5 Penyebab Kuat Berpeluh Ketika Tidur Alamak Terasa Gerun La Pulak
Pernah tak korang terjaga masa tidur dan merasakan baju tidur korang tu habis basah dengan peluh? Padahal, korang tidur di dalam bilik yang ber- air corn . Apakah yang menjadi penyebab yang menjadikan kita kuat berpeluh?
Ramai yang kata, kuat berpeluh ketika tidur adalah perkara biasa yang disebabkan oleh cuaca/suhu yang panas. Memang betul, tapi kalau dah terlalu kerap, hampir setiap malam, rasa pelik juga kan.
Dengan suasana bilik tidur yang sejuk, pakaian tidur yang nipis dan selesa, selimut pun macam tak pakai aje, tapi peluh merecik keluar!
Sis ada baca beberapa artikel yang menyatakan, jika saban malam kita kuat berpeluh ketika tidur kemungkinan besar kita mengalami gangguan kesihatan. Bermakna, kuat berpeluh tanda penyakit!
Bagi golongan wanita ‘kertu’ macam sis, masalah kuat berpeluh juga boleh terjadi disebabkan kedatangan masa menopause. Ahhhh… gitewww!! Tetiba sis pula yang rasa berdebar-debar. Hahaha.. hahah..
Bagi korang yang ada masalah kuat berpeluh, jom kita sama-sama hadam beberapa perkara yang dikatakan menjadi punca atau penyebabnya
Antaranya:
1. Suhu Badan Dan Suhu Bilik
Disebabkan suhu badan kita yang meningkat kerana suhu bilik tidur yang terlalu panas juga boleh menjadi salah satu punca kita kuat berpeluh pada malam hari.
Perkara ini disebabkan pada tahap tidur tertentu, sistem saraf otonomi yang berfungsi mengatur suhu badan, denyutan jantung, tekanan darah dan lain-lain lagi akan terstimulasi sehingga suhu badan kita pun jadi meningkat. Namun, ada sebahagian daripada kita akan mengalami penurunan suhu pada waktu subuh.
2. Perubahan Hormon /Menopause
Perubahan hormon juga boleh menjadi penyebab wanita berpeluh pada malam hari terutama wanita yang berusia 40 tahun ke atas. Biasanya ia didahului dengan tanda-tanda ‘period’ yang tidak teratur masa pra- menopause.
Hot flashes atau kulit kemerahan dan panas merupakan tanda menopause. Rasa panas ini boleh menyebabkan kita jadi kuat berpeluh ketika tidur.
3. Masalah Sleep Apnea
Salah satu gangguan tidur yang boleh membuatkan kita berpeluh ialah kerana gangguan sleep apnea. Ketika masalah ini terjadi, kita biasanya akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Keadaan ini membuatkan kita memerlukan tenaga dan usaha ekstra untuk bernafas sehingga menyebakan terjadinya peluh berlebihan.
4. Kanser
Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui bahawa berpeluh pada malam hari juga merupakan tanda-tanda awal dari beberapa jenis kanser
Jenis kanser yang paling dekat berkaitan dengan berpeluh pada malam hari ialah kanser limfoma. Leukemia juga dikatakan boleh menyebabkan kita jadi kuat berpeluh pada malam hari ketika tidur.
5. Hipoglisemia
Hipoglisemia adalah dimana keadaa gula darah rendah di bawah paras normal juga boleh membuatkan kita jadi kuat berpeluh pada malam hari
Biasanya orang yang menggunakan insulin atau ubat diabetis oral lebih mengalami masalah hipoglisemia pada malam hari yang salah satunya petandanya adalah kuat berpeluh pada malam hari.
Baca Juga: 5 Cara Berkesan Untuk Bakar Kalori Ketka Tidur
Itulah beberapa penyebab kuat berpeluh ketika tidur pada malam hari. Jika keadaan berlarutan sehingga menganggu tidur dan diserta petanda-petanda lain yang mencurigakan, jangan berlengah untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.
Sama-samalah kita menjaga kesihatan ya kerana itulah antara nikmat hidup yang cukup bermakna. Tanpa tubuh badan yang sihat, sekalipun kita ada banyak duit, banyak perkara yang tidak dapat kita buat nanti.
Semasa masih lagi sihat nie, marilah kita sama-sama menjaga kesihatan diri dengan sebaik mungkin. Selagi Covid-19 belum reda, #stayathome ok! Tak ada kepentingan, janganlah keluar. Ingat tu!
Sekian dulu catatan sis hari ini. Babai!
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Kredit Foto: Google
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2020/10/5-penyebab-kuat-berpeluh-ketika-tidur.html