5 Niche Terbaik Buat Duit Online 2020


Untuk tahun ini, apa niche yang boleh membantu anda untuk buat duit online? Di sini kami senaraikan kepada anda antara niche yang memang ramai pembeli. InsyaAllah, kena cara usaha, produknya bagus, pasti ada yang menjadi.


Yang penting adalah mencuba dan usaha berterusan tanpa menyerah kalah. Jika kena cara dan ia sememangnya rezeki anda, siapa tahu anda mungkin tak perlu lagi kerja makan gaji.

Niche 1 : Buat Duit Online

Ini memang niche nombor satu yang ada dalam carta, tidak kiralah untuk pasaran dalam negara atau luar negara.

Jika anda sudah lali dengan niche ini, dan selalu fikir, sudah tidak ada harapan untuk menjual produk berkaitan niche ni kerana persaingan yang ada, anda perlu fikir sekali lagi.

Jumlah pengguna internet semakin meningkat setiap tahun. Pada masa yang sama, kesedaran mereka dalam melihat peluang buat duit melalui internet semakin meningkat.

Maka dengan itu, permintaan untuk produk yang memberi mereka ilmu tentang buat duit online juga pasti tidak akan pernah putus.

Niche buat duit online ini bukan sahaja amat sesuai untuk para newbie, untuk mereka yang sudah ada dalam level sederhana dan advance juga suka untuk menimba ilmu baru.

Baiklah, untuk menggunakan niche ini bagi menjana wang online untuk tahun 2015, anda tidak perlu mencipta produk buat duit online anda sendiri.

Cukup sahaja dengan menjadi ejen affiliate bagi produk digital yang sudah di keluarkan di pasaran. Jika anda menulis blog, anda juga memilih niche ini untuk menjana wang melalui google adsense.

Topik apa yang sekarang ini sedang hangat di bincangkan oleh ramai untuk niche ini. Untuk pasaran Malaysia, topik pemasaran menjadi antara yang hot.

Contohnya pemasaran melalui facebook ads. Memandangkan amat ramai penggunakan facebook ads masih belum cuba teknik ini, maka mempromosi ebook atau produk digital untuk topik ini pasti akan mendapat sambutan.

Selain itu, ramai juga yang mahu belajar teknik pemasaran atau jualan melalui Instagram. Lihat siapa yang sudah menjual ebook berkaitan dengan topik Instagram dan tanyakan kepada seller samada anda boleh menjadi ejen affiliate atau tidak.

Topik buat duit online lain yang semakin hangat di bincangkan ialah Google Adsense. Di saat ramai yang komplen bahawa Google suka ban akaun adsense player, atau jumlah CPC amat kecil, anda masih boleh menyelongkar teknik buat duit adsense.

Tanya kepada seller, adakah mereka menawarkan affiliate? Jika produk yang anda promosikan itu boleh di pasarkan di Malaysia atau luar negara, itu sudah di kira.

Usah takut untuk mempromosi produk yang di jual dalam Bahasa inggeris yang di jual dengan nilai USD, rakyat Malaysia hari ini semakin open dalam membuat belian bagi produk digital dari luar. Asalkan ia bermanfaat, pasti akan ada pembelinya.

Layari forum luar kerana di sana ada ramai adsense player yang sudi berkongsi rahsia bagaimana mereka sukses dengan google adsense.

Anda boleh layari website ashadee untuk lihat produk digital bagi niche ini. Pilih mana yang best dan lakukan promosi kepada orang ramai terutamanya kepada newbie.

Niche 2: Kesihatan & Kecantikan

Niche ini juga tidak kurang hebatnya. Asal ada sahaja produk yang berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan, pasti ada pembeli yang berpusu-pusu mahu membuat bayaran.

Saya pernah melihat kejayaan seorang anak muda yang jika saya sebut namanya pasti ramai yang tahu.

Beliau di katakana mengambil masa kurang dari 3 tahun untuk menjadi jutawan hanya dengan menjual produk kesihatan dan kecantikan melalui facebook.

Jika anda mahu menjual produk fizikal di internet, niche kesihatan dan kecantikan pasti mempunyai sambutan. Dengan sedikit sentuhan dalam kerja pemasaran yang tepat, anda berpotensi untuk mengaut keuntungan yang banyak.

Perlukah anda mempunyai produk sendiri untuk berniaga di internet?

Baiklah, saya akan bercerita sedikit kepada anda supaya anda boleh faham. Saya di maklumkan bahawa ada juga kilang yang sudi membantu usahawan bagi mengeluarkan produk sendiri.

Ada kilang yang meletakkan jumlah minima tertentu, sebagai contoh minima untuk hasilkan produk sekitar 1,000 siap dengan packaging.

Paling penting anda sediakan modal yang di kehendaki. Jika anda melihat ada sample produk kecantikan dan kesihatan yang bagus dan berkualiti yang boleh anda jenamakan semula, anda boleh menggunakan cara ini.

Kemudian buka peluang kepada orang ramai untuk menjadi ejen dan kerahkan ejen anda untuk melakukan pemasaran melalui internet terutamanya melalui facebook ads.

Dengan cara ini insyaAllah produk kesihatan dan kecantikan anda bakal mendapat sambutan di pasaran.

Tidak ada duit untuk keluarkan produk kecantikan anda sendiri?

Tidak mengapa. Anda boleh berjinak-jinak dahulu dengan mempromosikan produk orang lain. Jika tidak mahu pegang stok di tangan, anda boleh sertai program dropship di mana pemilik produk kecantikan dan kesihatan tersebut yang akan terima order dari anda dan mereka yang akan menghantar produk kepada pelanggan. Mudah bukan?

Antara topik hot yang berkaitan dengan niche kesihatan dan kecantikan ialah tentang penyelesaian masalah jerawat samada dalam bentuk ebook atau produk yang boleh di gunapakai secara fizikal, topik menurunkan berat badan dengan cara berkesan, topik untuk kesihatan suami isteri, dan juga penjagaan bayi. Saya lihat niche penjagaan bayi juga sekarang ini makin meningkat naik.

Di luar Negara juga, niche kesihatan juga semakin meningkat. Antara yang hot ialah seperti bagaimana untuk mengajar anak kecil untuk buang air besar di tandas. Lucu kan? Tapi ini juga boleh di jadikan duit kalau permintaan sudah ada.

Niche 3: Games

Tahukah anda carian untuk topik games di google mencecah lebih dari 20 juta di seluruh dunia. Maka tidak hairanlah semakin hari semakin banyak produk di internet yang berkaitan dengan niche ini.

Baiklah, jika anda mahu buat duit online 2015 melalui niche ini, anda boleh mencari ebook yang berkaitan dengan topic how to play _____ games. Lihat di keywords planner tools apa cadangan yang di berikan oleh pihak google.

Selain daripada menjual ebook berkaitan dengan games, anda juga boleh membina website portal games anda sendiri.

Jika anda tidak tahu bagaimana untuk membina website flash game yang mengandungi lebih dari 1,000 games, anda boleh melayari website http://sukagameonline.com untuk mendapatkan servis membina portal games anda sendiri.

Saya lihat ada banyak koleksi games yang tersedia untuk website yang di bina dan website juga dikatakan sangat mobile friendly.

Melalui portal games seperti ini, anda boleh buat duit dengan cara menjual ebook atau pun menjual produk digital.

Niche 4: Software

Sebut sahaja software memang ramai orang suka. Jika anda seorang yang suka menggunakan banyak cabang untuk melakukan kerja-kerja online atau offline menggunakan komputer, maka dengan adanya software, banyak kerja akan menjadi mudah.

Hari ini ramai programmer semakin kreatif dalam membina software sesuai dengan keperluan para pengguna.

Ada yang membangunkan software untuk mengedit video 3D, ada yang membangunkan software berkaitan dengan kerja pemasaran dan lain-lain lagi.

Sebut sahaja apa jenis kategori software, pasti banyak ada di luar sana. Untuk menjual software, anda punya 3 pilihan samada melabur wang untuk menghasilkan software anda sendiri dengan mengupah programmer, beli software orang lain dengan mendapat hak penuh untuk jual semula, atau menjadi ejen affiliate dengan menjual software orang lain yang sudah ada di pasaran.

Sekiranya anda memang pakar dalam buat software, maka tiada masalah untuk anda mengkoding software anda sendiri.

Mana satu pihan anda, itu terpulang. Anda boleh cari mana-mana software yang ada di pasaran dan lakukan proses pemasaran menggunakan facebook ads,insyaAllah berkesan.

Antara software yang selalu mendapat sambutan ialah software yang berkaitan dengan design. Sebagai contoh, ramai orang suka buat video entri untuk youtube dengan design yang cantik. Jika tanya mat salleh di luar sana, memang mereka suka buat video intro sebegini, market untuk topik ini amat luas.

Anda boleh mencari mana-mana website yang menawarkan software yang membekalkan kerja editing template video ini, dan request untuk menjadi ejen. Software lain yang boleh anda fokus ialah berkaitan dengan kerja promosi online.

Jika anda berminat untuk menjual software sebegini, cuba buat kajian dan carian dengan lebih details. insyaAllah, jika targetnya tepat, jualan software anda pasti menguntungkan.

Cadangan saya, jadilah ejen yang menjual software yang mengenakan bayaran bulanan atau paid member yang meminta pembeli untuk subscribe bayaran.

Biasanya anda sebagai ejen juga akan menerima bayaran komisyen setiap bulan.

Niche 5: Perhubungan & Percintaan

Siapa di sini selalu tengok TV terutama menonton rancangan seperti motivasi atau WHI? Dalam tiap-tiap minggu, pasti ada topik tentang perhubungan yang di bincangkan samada isu berkaitan sosial masyarakat,rumah tangga atau percintaan.

Jika anda fikir niche perhubungan tidak punya permintaan,ia satu kesilapan sebenarnya.

Jika di luar negara, ebook yang berkaitan dengan niche perhubungan ini sungguh top dan mendapat sambutan di luar jangkaan.

Dahulu pernah seorang blogger lelaki menulis satu ebook untuk kaum hawa mencari teman lelaki. Saya lihat penulis itu sungguh berani.

Dan satu perkara yang hebat, ebook beliau mendapat sambutan hangat dari kaum wanita. WOW!

Jika anda mampu menulis ebook berkaitan dengan perhubungan, anda boleh menulis dan menjual ebook anda sendiri untuk niche ini.

Antara sub topik dari niche ini ialah isu rumahtangga, persahabatan, tips tempat kerja, dan antara topik yang lebih kreatif, bagaimana untuk mendapat ex anda semula, bagaimana menangani anak nakal,dan banyak lagi.

Anda boleh lakukan kerjasama dengan pakar dalam bidang ini untuk hasilkan produk sendiri atau jadi ejen affiliate bagi produk niche ini yang sudah sedia ada di pasaran.

Penutup

Jika anda dapat buat duit dengan 1 niche sahaja, dapat jumpa produk yang bagus dan menggunakan teknik pemasaran yang tepat, insyaAllah anda akan sukses. Amin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
5 Cara Menjadi Kaya Walaupun Makan GajiRahsia Cara Nak Buat Bisnes Tudung Dan Untung Besar Walaupun Tanpa Premis!
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2015/06/10-niche-terbaik-buat-duit-online-2015.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahsia Cara Terbaik Buat Duit Secara Online Dari Rumah

Rahsia Cara Terbaik Buat Duit Secara Online Dari Rumah

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 428 hits
Ada orang yang dilahirkan miskin dan ada pula yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya Benarkah bahawa seseorang yang kaya itu disebabkan tuah dan orang miskin disebabkan takdir Benarkah bahawa untuk menjadi kaya kita perlu belajar daripada...
Peluang Buat Duit Online

Peluang Buat Duit Online

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 255 hits
hari ini saya nak berkongsi peluang buat duit secara online yang boleh dibuat dirumah Hanya klik mana2 gambar dibawah untuk mendapatkan maklumat mengenainya
Ulasan Poco F2 Pro Peranti Mercu Dengan Nilai Terbaik 2020

Ulasan Poco F2 Pro Peranti Mercu Dengan Nilai Terbaik 2020

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 295 hits
Enam minggu yang lalu saya menimbulkan kemarahan pengguna Android apabila mengatakan dengan pelancaran iPhone SE 2020 peranti kelas pertengahan Android sudah boleh gulung tikar balik kampung dan tanam jagung sahaja kerana tidak mampu menand...
Balik Kampung Boleh Mohon Online 25 April 2020

Balik Kampung Boleh Mohon Online 25 April 2020

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 299 hits
Mereka yang ingin melakukan perjalanan dari kampung halaman mereka ke Kuala Lumpur atau pusat bandar lain boleh membuat permohonan secara dalam talian atau mendaftar di balai polis mulai 25 April Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob...
Panduan Keluarkan Duit Asb Secara Online

Panduan Keluarkan Duit Asb Secara Online

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 315 hits
Panduan Keluarkan Duit ASB Secara Online Apa Panduan Melabur Tukar Pindahan dan Pengeluaran Duit
5 Laptop Terbaik Bawah Rm2000 Untuk Student Universiti Bagi Tahun 2020

5 Laptop Terbaik Bawah Rm2000 Untuk Student Universiti Bagi Tahun 2020

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 894 hits
Anda sedang mencari laptop terbaik bawah RM2000 dengan mengikut bajet yang anda ada Ada boleh tengok sini senarai 5 laptop terbaik untuk student universiti bagi tahun 2020 Student universiti sekarang kebanyakan assignment yang diberi perluk...
6060 Aktiviti Temubual Toqqi Bersama Q Plex Communication Ppim 27 06 2020

6060 Aktiviti Temubual Toqqi Bersama Q Plex Communication Ppim 27 06 2020

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 317 hits
Hari ini telah berlangsungnya sesi temubual Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi bersama Q Plex Communication dalam membincangkan usaha dan peranan PPIM ke arah membantu rakyat yang terkesan dengan Covid 19
6058 Malakat Mall Menyatukan Kuasa Pembelian Pengguna Muslim Azeez Rahim 26 06 2020

6058 Malakat Mall Menyatukan Kuasa Pembelian Pengguna Muslim Azeez Rahim 26 06 2020

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 534 hits
Bersama sama ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Dato Nadzim Johan yang merupakan sahabat seperjuangan seawal usia saya 14 tahun Membesar bersamanya kami mempunyai minat dan matlamat yang sama memperjuangkan bangsa dan agama sem...
6056 Masjid Main Peranan Kempen Budaya Bersih Harian Metro 27 06 2020

6056 Masjid Main Peranan Kempen Budaya Bersih Harian Metro 27 06 2020

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 331 hits
MASJID disaran memainkan peranan penting untuk membudayakan kebersihan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan penumpuan kepada penjagaan diri serta kawasan sekitar khususnya ketika negara berdepan pandemik Covid 19 Ketua Aktivis Persatuan Pe...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel