5 Must Eat Restaurants In Penang
Bila ke Penang, antara perkara yang terlintas di fikiran adalah pemandangannya yang sangat cantik. Banyak betul tempat menarik boleh dilawati kat sana seperti Bukit Bendera, Pantai Tanjung Bungah, Teluk Duyung, The Habitat dan yang paling amazing tak lain dan tak bukan sudah tentulah Jambatan Pulau Pinang. Boleh juga merasa naik feri dari tanah besar ke pulau mutiara tu.
Di Penang bukan saja tertawan dengan pemandangan malah dengan menu makanannya juga. Boleh kecur air liur ni saat terkenangkan menu makanan Penang yang sedap-sedap. Ada nasi lemak kaw, ada nasi kandar ohsem, ada cendol lemak manis dan lain-lain lagi. Boleh gemuk rasanya kalau stay kat Penang ni lama-lama.
Tapi tak dinafikan yang di Penang tu juga kesesakan lalu lintas boleh buat hati rasa sakit! Lagi-lagi kalau kebetulan baru je sampai. Ah malas rasa nak keluar dari bilik semata untuk mencari restoran yang sedap ni. Tapi, nak tak nak lapar, maka jalan terbaik untuk atasi masalah ni adalah dengan menggunakan food delivery penang.
5 Must-Eat Restaurants in Penang
Antara 5 restoran yang dirasakan patut untuk nikmati menu masakannya semasa berada di Penang adalah :
#1 - Nasi Kandar Pelita (Macalister Road)
Tak lengkap rasanya kalau ke Penang tapi tak pekena nasi kandar. Dengan lauk pauknya yang bersaiz besar, di tambah pula kuah banjir di atas nasi putih panas. Memang terangkat habis! Paling best kalau boleh makan telur sotong. Memang sedap amat tu.
#2 - Kopitan Classic Penang Delight (Georgetown)
Jika terasa nak makan menu makanan cina pula, boleh cuba menu dari Kopitan Classic Penang Delight. Kat sini macam-macam menu ada. Dari nasi, mee, makanan nyonya, makanan barat, spaghetii, roti & toast dan banyak lagilah!
Boleh rambang mata dibuatnya. Sebut nak makan apa, InshaAllah kat sini ada. Dan kedai ini juga berstatus halal. Ohya, makanan special Kids Meal pun ada juga. Jadi ibu ayah boleh nikmati makanan kegemaran masing-masing tanpa perlu risaukan menu untuk anak-anak.
#3 - Restoran Makbul (Bandar Sunway)
Jika nak rasa menu Penang yang lain seperti cucur udang dan pasembor, boleh order dari Restoran Makbul. Nasi kandar dengan kari kepala ikan, sotong, udang dan bermacam jenis lauk lain juga ada jika mahu. Restoran Makbul beroperasi 24 jam dan ada beberapa cawangan di sekitar Penang. Mudahlah, kalau lapar boleh order mengikut sebarang menu pilihan yang ingin dinikmati.
#4 - Maznah Cafe
Bagi yang kurang gemar dengan menu masakan mamak dan kari ni, jangan susah hati. Kalian boleh nikmati menu makanan melayu dari Maznah Cafe. Kat sini boleh order masakan panas seperti nasi goreng, sup tulang, tomyam, bihun hailam, sambal pecal, tempe berlada dan bermacam menu yang lain lagi. Jika pening kepala tak tahu nak pilih menu yang mana, boleh terus order set nasi goreng ayam penyet.
#5 - Lem Burger Bagan Ajam
Nak jemu makan nasi? Nak tukar selera dengan menu makanan western? Tak ada masalah. Di Penang memang ada banyak restoran yang menyajikan menu masakan ala barat ni. Salah satu daripadanya adalah Lem Burger.
Tengoklah antara menu yang ada tu. Bila lihat burger dengan cheese melimpah ruah terus rasa kecur air liur. Menu begini semua golongan boleh makan. Cuma soal rasa itu bergantung pada citarasa masing-masing.
Rasa Lapar? Malas Nak Keluar? Order Je Secara Online
Macam yang CN cakap tadi, jika rasa nak makan menu-menu ni semua, tak payah nak susah payah drive. Jika rasa penat berjalan sepanjang hari lihat keindahan Pulau Pinang tu, boleh duduk rehat sambil tonton TV. Nanti makanan tu sendiri boleh sampai hingga ke muka pintu.
Salah satu delivery service yang sering digunakan di Penang tak lain dan tak bukan adalah Food Panda. Layari website Foodpanda, masukkan lokasi, pilih penghantaran, buat tempahan menu yang diinginkan kemudian tunggu saja makanan tu sampai.
Apa lagi, jom kita ke Penang!
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.cekgunorazimah.com/2020/02/5-must-eat-restaurants-in-penang.html