5 Minuman Malaysia Terbaik Yang Mesti Anda Cuba
Assalamualaikum. Hai!
Nikmati sebarang makanan tanpa minuman bagaikan tidak lengkap. Makan sedap, pastinya mahu digandingkan dengan air yang sedap juga. Di Malaysia ini sendiri, bukan saja terkenal dengan makanannya yang sedap dan pelbagai, malah turut terkenal dengan pelbagai jenis minuman yang bagus.
Ada banyak jenis minuman yang sedap kategori terbaik untuk cuba di Malaysia. Antara minuman tersebut, di sini akan di kongsikan lima minuman Malaysia terbaik yang mesti di cuba. Nampak biasa tapi punya rasa yang luar biasa.
1. Milo Ais
Milo, produk Nestle, adalah minuman coklat malt yang terkenal di banyak negara di Asia, Amerika Selatan, Afrika, dan Pasifik. Ini adalah salah satu minuman Malaysia yang terbaik untuk dinikmati.
Di Malaysia, ramai suka minum Milo air panas dan sejuk. Minuman ini makin sedap dengan sedikit gula tambahan dan susu pekat. Rasanya manis berkrim dengan rasa coklat yang baik.
Salah satu kenangan paling menggembirakan ketika kecil, bila ada trak Milo datang berkunjung ke sekolah dan semua orang dapat minum secawan kecil Milo sejuk yang benar-benar sedap.
2. Teh Tarik
Ramai rakyat Malaysia menganggap ini minuman nasional untuk negara. Teh tarik yang diperbuat dari serbuk teh yang disatukan dengan susu pekat atau sejat (biasanya pekat, kerana lebih manis), memang sangat sedap dan manis berkrim.
Apa yang menjadikannya lebih istimewa adalah pada cara penyediaannya. Setelah semua bahan dicampurkan, teh kemudian dituangkan berulang kali dari satu cawan atau kendi ke dalam cawan atau kendi yang lain. Ia dilakukan berulang kali pada ketinggian yang tertentu.
Tujuannya untuk menyejukkan minuman teh tarik ini tapi dalam masa yang sama telah membuatkan minuman ini berbuih. Ilusi aliran teh yang panjang 'ditarik' di udara, sangat sesuai dengan nama yang diberikan. Pelancong luar yang pernah nikmati teh tarik memang akan teringat sampai bila-bila.
3. Sirap Bandung
Minuman berwarna pink atau merah jambu nampak sangat menyeronokkan. Pelancong luar mungkin akan salah anggap air bandung dengan susu berperisa strawberi, sedangkan sirap bandung ini mempunyai rasa unik.
Minuman ini tidak ada kaitan dengan kota Bandung, Indonesia juga. Perkataan ‘bandung’ di sini bermaksud ‘campuran’, dan dalam hal ini, ia adalah campuran sirap mawar dan susu pekat atau sejat.
Ini adalah minuman pilihan biasa di majlis perkahwinan dan festival orang Melayu, terdapat juga di kebanyakan restoran tempatan.
4. Sirap Selasih
Ini adalah air sirap mawar yang dihiasi dengan biji selasih. Minuman ini bukan sahaja manis rasanya, tetapi juga berbau manis seperti bunga mawar. Biji selasih tidak mempunyai sebarang rasa, hanya untuk tekstur. Minuman ini sering ada di mana saja baik di majlis-majlis, gerai makan tepi jalan, restoran dan sebagainya. Harganya juga sangat murah dan sedap di minum pada waktu cuaca panas.
5. Air Mata Kucing
Ini bukannya minuman dari mata kucing, haiwan peliharaan yang manja dan comel. Mata kucing ini adalah sejenis buah yang tergolong dalam keluarga yang sama dengan buah longan. Ia disebut 'mata kucing'.
Menurut pembacaan, air mata kucing ini telah berada di peringkat nombor 6 dari "50 Minuman Paling Sedap dari Seluruh Dunia" oleh CNN. Satu pencapaian yang sangat membanggakan.
Para penyelidik mendakwa bahawa buah mata kucing dapat membantu menghilang kan kemurungan, mencegah kerosakan sel, dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Minuman menyegarkan ini biasanya dijual oleh penjaja jalanan di Petaling Street, Kuala Lumpur dan di mana-mana pasar malam yang terdapat di Malaysia.
Selain dari minuman di atas tadi, ada lagi pelbagai minuman lain yang tak kurang hebatnya.
Nak nikmati sebarang minuman di Malaysia tidak susah. Tanpa perlu ke mana-mana juga boleh mendapatkannya dengan mudah. Salah satu cara terbaik adalah dengan menggunakan servis online food delivery dari Foodpanda.
Melalui aplikasi Foodpanda, ada minuman boba, Tealive dan banyak lagi. Tepuk dada tanya selera dan pastikan jika pesan makanan, jangan lupa pesan sekali minuman pilihan untuk melengkapkan hari dengan penuh kepuasan.
p/s: semua gambar sumber dari Google
Bisik-bisik :: Gambar ni semua tengok masa ni tak rasa apa-apa. Nanti masa puasa akan nampak sangat luar biasa. Hahahaha.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shahadafauzi.com/2021/04/5-minuman-malaysia-terbaik-yang-mesti-anda-cuba.html