5 Menu Bening Sup Yang Ringkas Sedap Bebas Minyak


Kata orang masakan rebus ni masakan malas, tapi kalau kena pada cara memasak, yang rebus dan reneh ini lagi sedap dan gerenti lebih sihat kerana bebas minyak. Apa yang penting, ia ringkas dan mudah disediakan, bak kata emak-emak. Campak-campak dah siap. Rugi tak cuba ni, sesuai untuk seisi keluarga ye.


.

BENING BEBOLA AYAM & FAT CHOY HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
BAHAN BEBOLA AYAM
1 mangkuk isi ayam kisar2 sudu makan tepung ubi1 sudu makan tepung gandum1 pokok daun bawang | hiris halus1 sudu teh serbuk lada hitam1 sudu teh serbuk cukup rasaSecubit garamBAHAN LAIN:
2 pokok sawai Fat Choy1 biji tomato | potong dadu2 ulas bawang merah | hiris1 biji bawang putih | titik2 hirisan halia muda | hiris1 kiub perasa ayam3 cawan airGaram dan perasa secukupnyaSedikit hirisan daun bawang | untuk hiasanSedikit bawang goreng | untuk hiasanCARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan bebola ayam. Campurkan semua bahan dalam mangkuk.
2. Uli hingga semua bahan sebati ( jika terlebih boleh tambah sedikit tepung lagi).
3. Bentukkan doh menjadi bulat hingga habis adunan.
4. Panaskan air dalam periuk, setelah mendidih masukkan bebola ikan tadi.
5. Rebus hingga bebola timbul. Angkat dan ketepikan.
6. Seterusnya untuk menyediakan bening, masukkan air dalam periuk.
7. Kemudian tambahkan di dalamnya hirisan bawang, halia dan bawang putih titik.
8. Setelah air rebusan mendidih masukkan kiub perasa ayam, garam dan perasa secukupnya.
9. Seterusnya masukkan semula bebola ayam, Fat Choy dan hirisan tomato.
10 . Kacau lebih kurang 2-3 minit lagi.
11. Tutup api, angkat masukkan dalam mangkuk dan taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang serta bawang goreng, kemudian hidangkan.

.
SUP WANTAN JERNIH
BAHAN-BAHAN:
10-15 keping kulit wantan1 pokok daun bawang | hiris1/2 biji tomato | dadu halus3 biji cili padi | hiris3 cawan air3 ulas bawang merah | hiris2 ulas bawang putih | ketuk2cm halia muda | hiris1 kiub pati ayamGaram dan perasa secukupnyaBAHAN ISI WANTAN
250gm isi ayam kisar2 sudu makan tepung ubi /kanji1 sudu teh serbuk lada sulah1 sudu teh serbuk perasa ayamCARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan isi wantan, campurkan semua bahan isi dalam mangkuk.
2. Gaul rata dan ketepikan.
3. Sementara itu, ambil kulit wantan, isikan di tengahnya dengan sedikit campuran isi ayam tadi.
4. Kemudian kemaskan seperti sup bunjut. Lakukan hingga habis.
5. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih, rebus wantan lebih kurang 3-5 minit.
6. Apabila timbul angkat,tos dan ketepikan.
7. Sementara itu, isikan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, halia dan bawang putih.
8. Didihkan atas dapur, setelah air mendidih masukkan kiub pati ayam, garam dan perasa secukupnya.
9. Masukkan wantan dalam mangkuk kemudian tuangkan sup di dalamnya.
10 . Hiaskan di atasnya dengan hirisan daun bawang, cili padi dan tomato yang telah didadu kecil sebelum dihidangkan.

.
SUP AYAM CAMPUR BERSAMA CENDAWAN SHIMEJI
BAHAN-BAHAN;
300gm isi dada ayam | potong dadu1 biji kentang | buang kulit dan potong dadu1/2 paket cendawan shimeji1/2 batang lobak merah | potong dadu3 ulas bawang merah | hiris2 ulas bawang putih | cincang2 hirisan halia1 sudu teh serbuk pati ayamGaram secukup rasa3 cawan air | boleh tambah jika perluBAHAN SAMPINGAN:
1 sudu makan bawang goreng1 sudu makan hirisan daun bawang1 sudu makan hirisan daun ketumbarCARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Renehkan di atas dapur, setelah mendidih, masukkan ayam, kentang dan lobak merah.
3. Biarkan terus mereneh lebih kurang lima minit.
4. Masukkan pula cendawan. Kacau rata.
5. Seterusnya, perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukupnya.
6. Tutup api, masukkan sup dalam mangkuk dan tabur di atasnya dengan daun bawang, ketumbar serta bawang goreng.


.

SUP CENDAWAN BUTANG DENGAN AYAM
BAHAN-BAHAN:
5 biji cendawan butang segar | hiris nipis150gm isi dada ayam3 ulas bawang merah | hiris2 ulas bawang putih | cincang1 hirisan halia1 sudu teh serbuk perasa ayam1 sudu teh lada sulahGaram dan serbuk perasa secukupnya2 cawan airCARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Renehkan di atas dapur, selepas mendidih masukkan ayam dan cendawan.
3. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
3. Perasakan dengan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam secukup rasa.
4. Setalah cukup rasa. Tutup api.
5. Sebelum dihidangkan, taburkan hirisan daun bawang di atasnya.


.

SUP TELUR BERSAMA JEJARI KETAM
BAHAN-BAHAN:
3-4 biji telur3 keping cendawan hitam | rendam dan toskan4 batang jejari ketam | siat memanjang1/2 sudu makan serbuk sup sayur1 sudu teh serbuk perasa ayam1 sudu teh serbuk lada sulah3 ulas bawang merah | hiris2 ulas bawang putih | titik2 hirisan halia mudaGaram dan gula secukup rasa3 cawan air1 sudu makan hirisan daun bawang1 sudu makan hirisan daun ketumbarSedikit hirisan batang seleriCARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Didihkan di atas dapur dengan api sederhana. Setelah mendidih masukkan jejari ketam dan cendawan.
3. Seterusnya perasakan dengan serbuk sup sayur, serbuk perasa ayam, lada sulah,garam dan sedikit gula secukup rasa.
4. Setelah cukup rasa. Tutup api.
5. Sementara itu isikan air dalam kuali non stick. Renehkan.
6. Setelah mereneh, kecilkan api dan pecahkan telur di dalamnya.
7. Setelah telur membeku, angkat dengan penapis masukkan dalam periuk sup.
8. Lakukan hingga habis telur.
9. Setelah siap, masukkan sup dalam mangkuk. Hias di atasnya dengan daun bawang dan bawang goreng.
10 Sup telur sedia dihidangkan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/09/5-menu-bening-sup-yang-ringkas-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Resipi Sayur Masak Bening Ringkas Mudah Masak

Koleksi Resipi Sayur Masak Bening Ringkas Mudah Masak

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 466 hits
Ada kalanya kita rasa nak makan dengan lauk pauk ringkas sahaja seperti sayur yang dimasak bening Ia ringkas mudah disediakan serta enak dinikmati bersama lauk pauk yang lain Nak cuba Rasa tampilkan resipi resipi sayur bening yang boleh and...
Menu Sup Untuk Bayi Kanak Kanak Kurang Sihat Pembuka Selera Anak Makan

Menu Sup Untuk Bayi Kanak Kanak Kurang Sihat Pembuka Selera Anak Makan

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 604 hits
Biasanya bila demam dan tak sihat kebanyakan anak anak tiada selera nak makan Kadang bila dipaksa pun tetap tak membantu Jika terus berlarutan dengan suhu anak lebih 37 darjah celcius maknanya anak kena dapat rehat cukup Antara tanda anak t...
3 Menu Sedap Dari Buah Naga

3 Menu Sedap Dari Buah Naga

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 613 hits
Tiga biji buah naga besar besar ni pemberian dari jiran ana Mrs Leong Memang besar saiznya dan buah naga ni antara buah kesukaan kami sekeluarga Dulu di kampung ana Teluk Intan memang ada pokok buah naga ni arwah pak sedara tanam Meriah bua...
Resepi Sup Daging Paling Mudah Dan Sedap Guna Perencah Sup Siam

Resepi Sup Daging Paling Mudah Dan Sedap Guna Perencah Sup Siam

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 951 hits
Resepi Supa Daging Paling Mudah Dan Sedap Guna Perencah Sup Siam Salam semua Nak share resepi paling senang sangat dah ikut jerr apa arahan yang dalam paket perencah tu D Lama rasanya tak beli apa apa jenis perencah segera macam ini Walaupu...
Restoran Menu Ala Thai Sedap Di Terengganu D Rumoh Pata

Restoran Menu Ala Thai Sedap Di Terengganu D Rumoh Pata

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 671 hits
Assalamualaikum Hai 31hb Ogos lepas kami geng blogger Ganu buat gathering kali yang kedua Biasa la Bila dah sekali dapat gathering rasa nak buat lagi berkali kali Hihi Gathering pertama masa hari raya hari tu Baca Masa raya tu lagi memang d...
Resepi Menu Makanan Berpantang Untuk Ibu Lepas Bersalin Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Menu Makanan Berpantang Untuk Ibu Lepas Bersalin Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 403 hits
Menu berpantang untuk kaum ibu selepas bersalin bukanlah susah untuk di buat Ia bagaikan menu diet eat clean juga Kali ini aku nak kongsi menu berpantang yang aku dapat dari dalam facebook untuk di tatap dan di ikuti oleh para ibu yang baru...
Ubah Selera Dengan 4 Menu Mudah Sedap Ni

Ubah Selera Dengan 4 Menu Mudah Sedap Ni

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 545 hits
Tak tau nak masak apa hari ni Apa kata korang cuba empat menu atentik yang telah diolah semula sesuai dengan cita rasa sekarang sungguh sedap dan sesuai dengan tekak seisi keluarga Yang penting resipi mudah dan bahan senang cari Sesekali ub...
Eatz Hong Kong The Garden Mall Menyajikan Pelbagai Jenis Menu Makanan Yang Sedap

Eatz Hong Kong The Garden Mall Menyajikan Pelbagai Jenis Menu Makanan Yang Sedap

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 857 hits
hai assalammualaikumEatz Hong Kong The Garden Mall Selalu sangat dah makan makanan Korea Thailand Jepun apa kata tukar pulak sesekali makan makanan Hong Kong pulak Yes Hong Kong ye guyss tak terfikir macam mana makanan diaorang kan sebab ja...
Sup Daging Ala Thai Terlajak Sedap

Sup Daging Ala Thai Terlajak Sedap

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 401 hits
1 kilogram daging dibersihkan3 biji buah pelaga1 2 sudu teh serbuk ketumbar1 2 sudu besar serbuk lada hitam1 2 sudu besar serbuk lada putih1 inci kulit kayu manis2 kuntum bunga cengkih1 biji tomato5 tangkai cili padi2 akar ketumbar di ketuk...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner