5 Lokasi Menarik Untuk Habiskan Hujung Minggu Bersama Keluarga Di Sekitar Kl Je
5 Lokasi Menarik Untuk Habiskan Hujung Minggu Bersama Keluarga. Di Sekitar KL Je! Dah hujung minggu ni, nak buat aktiviti apa bersama keluarga? Takkan nak duduk rumah tengok televisyen sahaja kan, mestilah kena ada aktiviti barulah tak bosan.
BACA: 5 Tempat Tarikan Ramai Di Bali 2019, Boleh Jadikan Panduan Percutian Anda!
5 Lokasi Menarik Untuk Habiskan Hujung Minggu Bersama Keluarga
Haa, buat anda yang tak tahu nak pergi mana untuk menghabiskan cuti hujung minggu, kami senaraikan 7 tempat yang anda boleh kunjungi. Tak payah pergi jauh-jauh, untuk anda yang ada di sekitar Kuala lumpur dan Selangor, banyak tempat menarik yang anda boleh lawati. Buat anda yang berada di luar Kuala Lumpur pun boleh saja datang jika berkelapangan ya!
1. DISTRICT 21
Siapa yang tak pernah dengar District 21 ni kan? Terletak di salah sebuah pusat membeli -belah paling popular di Malaysia iaitu IOI Mall, Putrajaya, pasti akan menarik minat bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak.
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh anda cuba bersama anak-anak adalah seperti Sky Trail, The Maze, Power Station untuk mencuba wall climbing, Roller Glider untuk merasai pengalaman ber’flying fox’, Go Pedal untuk bermain go kart, Pump Track untuk bermain basikal, skuter ataupun skateboard, Free Fall, Low Ropes dan akhir sekali Tubby Ride. Bukan anda sahaja boleh cuba tapi anak-anak pun mesti suka!
Lokasi :District 21, AT 6, Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya
Waktu beroperasi : Isnin – Jumaat (12.00pm – 8.00pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum,Cuti Sekolah (10.00am – 8.00pm)
2. TAMAN BURUNG KUALA LUMPUR
Bagi anda yang bukan penggemar kepada aktiviti lasak pula, memang sesuai sangatlah untuk membawa seisi keluarga berkunjung ke Taman Burung Kuala Lumpur. Di sini, anda dapat melihat sangkar habitat burung-burung yang eksotik dari seluruh pelusuk dunia.
Taman burung ini juga dibahagikan kepada empat Zon yang menempatkan spesis burung yang berbeza. Jadi, kalau anda nak beriadah sambil memberi ilmu kepada anak-anak, taman burung inilah tempatnya!
Lokasi : KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)
3. AQUARIA KLCC
Aquaria KLCC pasti menjanjikan pengalaman yang hebat buat anda sekeluarga! Menempatkan lebih daripada 150 spesis hidupan laut, yang menjadi tarikan utama di akuarium ini adalah ikan jerung, ular laut, kuda laut dan lain-lain lagi. Tambah pula anak-anak sedang berada di sekolah, memang sangat sesuai lah Aquaria KLCC ini dikunjungi supaya mereka mendapat ilmu untuk diceritakan kepada rakan-rakan di sekolah.
Selain daripada melihat hidupan-hidupan laut ini, anda juga boleh menyertai program Diving with Sharks yang mana sekiranya anda memiliki lesen menyelam anda boleh mendekati jerung ini di dalam air, kalau tak ada lesen pun anda masih boleh menyertai program Cage Rage di mana anda akan dimasukkan di dalam sangkar yang akan diselamkan di dalam air. Menarik kan!
Lokasi : Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur City, 50088 Kuala Lumpur
4. TAMAN RAMA-RAMA KUALA LUMPUR
Percaya atau tidak, Taman Rama-Rama Kuala Lumpur merupakan taman rama-rama terbesar di dunia! Mempunyai sebanyak lebih 6000 jenis rama-rama disekitar tumbuhan eksotik ini, pasti akan menarik minat si kecil untuk datang melihat haiwan yang comel dan cantik ini.
Bukan itu sahaja, haiwan lain seperti ikan koi, unggas dan serangga eksotik juga turut ditempatkan di sini. Anda juga boleh melawat muzium yang mengumpulkan pelbagai koleksi rama-rama yang jarang kita dapat lihat. Barulah bersantai sambil belajar kan?
Lokasi : Kuala Lumpur Butterfly Park, Jalan Cenderasari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur 50480
Waktu operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)
5. KUALA LUMPUR UPSIDE DOWN
Kalau anda tidak pernah berkunjung ke rumah terbalik ini, anda patut masukkan dalam senarai tempat wajib dikunjungi bersama keluarga! Hal ini kerana, rumah terbalik di Kuala Lumpur ini merupakan rumah terbalik tertinggi di Malaysia.
Kalau anda nak tahu, semua barang dalam rumah ini terbalik tau dan bila anda masuk pun badan anda pun akan terbalik juga! Pastinya, kunjungan ke rumah terbalik ini akan menerbitkan keseronokan anak-anak menghabiskan cuti hujung minggu.
Lokasi : Off, Jalan P Ramlee & Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur (KL Tower)
Waktu operasi : Setiap Hari (9.00am – 7.00pm)
Sumber: The Kaki Cuti
The post 5 Lokasi Menarik Untuk Habiskan Hujung Minggu Bersama Keluarga. Di Sekitar KL Je! appeared first on Apakes.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/5-lokasi-menarik-untuk-habiskan-hujung-minggu-bersama-keluarga-di-sekitar-kl-je/