Sokongan Kepada Anwar Waktu Susah Dan Senang Jom Bertemu Di Kongres Nasional Keadilan Di Mitc Melaka Hujung Minggu Ini


KEADILAN bukan parti Anwar dan Anwar bukan KEADILAN. Namun, siapa boleh nafikan KEADILAN itu wujud dek batang tubuh insan bernama Anwar? Bahkan, reformasi itu sendiri mula menjadi sebutan kerana peristiwa pemecatan ke atas Anwar Ibrahim dari Umno dan kerajaan pada tahun 1998

Di dalam KEADILAN, Anwar Ibrahim banyak menghabiskan masanya di dalam penjara. Di luar penjara, tugas memimpin parti dipertanggungjawabkan kepada isterinya Kak Wan dan dibantu oleh sahabat2 Anwar yang ikhlas berjuang. Tidak semuanya ikhlas, ada yang mula tunjuk taring terutamanya apabila Anwar disumbatkan ke dalam penjara

Ada yang berkata sewaktu Kak Wan memimpin parti, tidak berlaku kekecuhan dan krisis seperti sekarang menandakan Kak Wan lebih baik dan pandai memimpin berbanding Anwar. Ya, tidak dapat dinafikan Kak Wan telah memimpin begitu baik sekali, sikapnya yang lemah lembut, penuh kesabaran, bertimbang rasa, penuh ihsan yang selari dengan sifat2 kewanitaan banyak membantu menstabilkan parti dan parti dilihat dari luar begitu aman dan tenteram

Malangnya, tidak ramai yang tahu berapa banyak Kak Wan terpaksa telan dan simpan suka dukanya sepanjang beliau memimpin parti? Hanya yang selalu berada di sisinya dan di dalam kepimpinan parti sahaja yang tahu bagaimana Kak Wan terpaksa banyak bersabar dengan karenah beberapa pimpinan yang menjadi tikus berkeliaran ketika kucing tiada. Tikus-tikus ini begitu berani menggigit dan merobek apa sahaja yang mereka mahu

Harapkan pagar, pagar makan padi. Pimpinan yang diharapkan dapat membantu Kak Wan selaku Presiden tatkala Anwar di dalam penjara, sebaliknya khianat dan seringkali menguji kesabaran Kak Wan. Kartel ini mula menunjukkan taring mengambil kesempatan di atas sifat kesabaran Kak Wan. Mereka selalu buat keputusan yang berbeza dari keputusan mesyuarat. Mereka sering buat kenyataan yang menyanggah keputusan parti. Sekiranya Kak Wan cuba membetulkan kartel ini, mereka mengugut dengan mengumpulkan tandatangan di kalangan kartel bertujuan untuk menunjukkan kekuatan kartel mereka

Sampai ke tahap tugas Presiden menandatangani watikah calon pun mereka berani ambil alih. Keputusan parti menyokong PH pun mereka tidak peduli dan masih memuja dan memuji Pas. Keputusan parti menyokong Tun M sebagai PM sekiranya PH ke Putrajaya, mereka sanggah dan menamakan kepala kartel sebagai calon terbaik sebagai PM. Sekarang, demi mahu selamatkan perut masing2 mahu tidak mahu mereka lah paling kuat menjilat Tun M. Tidakkah mereka merasa malu kepada rakyat yang tahu sikap mereka sebelum ini? Ya, apa yang mahu dimalukan sedangkan semburit pun sanggup dirakam

Apabila Anwar mengambil alih Presiden, kartel ini cuba untuk melakukan perkara yang sama kerana mereka yakin mereka ada kekuatan apatah lagi ramai di kalangan mereka telah menjadi menteri. Anwar apa ada, hanya Ahli Parlimen biasa sahaja, fikir mereka. Tetapi mereka silap besar. Mereka salah orang. Kalau Anwar boleh berhadapan dengan gergasi seperti Tun M di tahun 1998, kemudiannya berpuluh tahun berperang dengan rejim zalim Umno/Bn dengan segala kekuatan dan jentera kerajaan yang mereka ada, setakat dua tiga ekor kartel cicak mengkarung, adakah Anwar hairan

KEADILAN dilihat seperti berkrisis di bawah Anwar kerana Anwar begitu tegas dalam soal prinsip dan Anwar tidak takut dengan ugutan kartel. Mereka sengaja buat hal agar parti pecat mereka dan mereka akan meraih simpati dan menyalahkan Anwar. Itu tujuan mereka. Anwar tidak sebodoh itu. Anwar mahu lihat sejauh mana kepintaran mereka. Seekor mengarung akhirnya terjelepuk sendiri. Kartel meroyan sakan. Mereka lupa KEADILAN kini dipimpin oleh Anwar Ibrahim

Mereka lupa, kekuatan Anwar adalah kerana dokongan rakyat marhaen. Kekuatan kartel hanya kerana upah dan projek. Mengkarung yang tersembam itu pun akibat projek juga. KEADILAN harus kuat kerana prinsip bukannya dedak dan projek

Kongres di Melaka nanti adalah ujian buat kita semua. Apakah kita mahu pertahankan prinsip bersama Anwar atau kita tergolong dalam kumpulan kartel? Waktu belum terlambat untuk kita mengubah 'kiblat". Biarkan kartel terjun dengan labu-labunya. Biarkan...biarkan..

Bertemu kita di Melaka, InsyaAllah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wfauzdin.blogspot.com/2019/12/sokongan-kepada-anwar-waktu-susah-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kongres Nasional Keadilan Ucapan Hanya Untuk Mengangkat Impian Satu Sosok

Kongres Nasional Keadilan Ucapan Hanya Untuk Mengangkat Impian Satu Sosok

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 351 hits
Ucapan ucapan yang berlangsung ketika kongres hari ini hanya untuk mengangkat impian satu sosok dan menyerang serta melempar tohmahan kepada pimpinan yang lain Demikian luah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang keluar dar...
Kekecohan Semasa Kongres Nasional Amk Biadab Kata Anwar

Kekecohan Semasa Kongres Nasional Amk Biadab Kata Anwar

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 669 hits
By 6 December 2019Kelihatan kekecohan berlaku antara perwakilan pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre Ayer Keroh Melaka foto IQBAL BASRI 06 DISEMBER 2019...
Sekolah Tun Fatimah 20191115 Last Lawatan Hujung Minggu 2019

Sekolah Tun Fatimah 20191115 Last Lawatan Hujung Minggu 2019

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 467 hits
Sekolah Tun Fatimah 20191115 Last Lawatan Hujung Minggu 2019 Singgah Pizza Hut dahulu tapau pizza Ada jamuan last malam ni untuk dorm iqa Dua minggu tak jumpa iqa Outstation sahaja Dari drone sampai la ke SGE Apple Camp Banyak juga la cerit...
Pan Senang Dengar Pks Dan Berkarya Mau Bertemu Sore Ini

Pan Senang Dengar Pks Dan Berkarya Mau Bertemu Sore Ini

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 194 hits
PKS tengah membangun kekuatan oposisi Partai pimpinan Sohibul Iman ini akan bertemu Ketum Berkarya Tommy Soeharto sore ini Selasa Terkait pertemuan itu Ketua DPP PAN Yandri Susanto menyambut baik pertemuan kedua belah pihak Dia melihat posi...
Anwar Tindakan Dua Adun Pkr Di Melaka Tidak Dapat Diterima

Anwar Tindakan Dua Adun Pkr Di Melaka Tidak Dapat Diterima

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 428 hits
Diterbitkan Hari ini 12 56 tengahariBERITAPresiden PKR Anwar Ibrahim berkata tindakan dua Adun parti itu sehingga menyaksikan usul yang dibawa oleh kerajaan negeri Melaka tewas di dewan undangan negeri semalam tidak dapat diterima Saya seda...
Anwar To Meet Melaka Pkr Reps Whose Absence Led To Defeat Of Ruling Govt S Motion

Anwar To Meet Melaka Pkr Reps Whose Absence Led To Defeat Of Ruling Govt S Motion

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 515 hits
Calling their absence unacceptable PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim said he will be meeting two Melaka assemblymen after the party failed to get its state senator nominee approved in the legislative assembly yesterday Anwar said he wi...
Video Saya Dilakukan Seperti Binatang Inikah Kongres Keadilan Mizan

Video Saya Dilakukan Seperti Binatang Inikah Kongres Keadilan Mizan

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 272 hits
AYER KEROH Pengerusi Angkatan Muda Keadilan Mizan Adli Md Noor mendakwa sayap PKR itu menggunakan kekerasan ketika menghalang beliau daripada memasuki dewan persidangan Kongres AMK hari ini Beliau juga menyifatkan dilakukan seperti binatang...
Konvensyen Keadilan Perak Malam Tadi Jangan Uji Saya Kata Anwar

Konvensyen Keadilan Perak Malam Tadi Jangan Uji Saya Kata Anwar

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 331 hits
CnpWFAUZDIN NSKONVENSYEN KEADILAN PERAK MALAM TADI JANGAN UJI SAYA KATA ANWAR Terlebih dahulu tabik dan syabas saya ucapkan kepada MPN KEADILAN Perak yang telah berjaya melangsungkan Konvensyen KEADILAN bagi negeri tersebut yang merupakan k...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hidup Setiap Orang Berbeza

Diy Creative Quiet Books For Child With Fine Motor Skills

Menu Berbuka Puasa Ke 4

Rendang Cili Padi Sedap

Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat