Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu Dekatje


Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu | Memang teruja nak berkongsi percutian singkat  kami selama satu malam di Ipoh baru-baru ini yang cukup padat dengan pengalaman menarik. Dah bertahun tak bercuti di Ipoh dan peluang kali ni kami gunapakai dengan sebaiknya dan terima kasih kepada pihak Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club yang menaja penginapan dan lawatan ke destinasi yang cukup memberi kenangan indah buat kami sekeluarga sampai penuh memori telefon bimbit dengan gambar-gambar yang cantik. 
Boleh baca kat sini
Penginapan di Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf ClubMakan Sedap di The Fairway Restaurant @ Royal Perak Golf ClubMemang santai walau program kami penuh namun tidak membebankan sekiranya korang ikut cara percutian kami dan dapat ke sebahagian lokasi menari di Ipoh ni.  Nanti percutian akan datang pun akan direka macam ni untuk menjimatkan masa dan yang pastinya perbelanjaan. Jom Cuti-Cuti Malaysia

Program Hari Pertama
2:00 petang - daftar masuk ke hotel
7 malam - makan malam
8:00 malam - aktiviti ke Hot Spring di Lost World of Tambun



Lost World Hot Springs & Night Park
Kalau nak main air, LWOT ni la tempatnya dan kalau dulu kami masuk ke sini sebab anak-anak memang suka main air tapi kali ni kami ke LWOT di waktu malam.  Yup kami akan main air di waktu malam hee

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
Memang hajat nak berendam dalam hot spring awalnya  tapi punya la ramai orang sampai kami terasa malas la pulak mana taknya lepas tu nak kena tukar baju lagi..memang saya dan suami malas hehee. Jadinya kami cuma berjalan-jalan dan ambil gambar. Jejak ke kolam air pun tidak! Psst...saya ni penakut jadi kalau dah penakut tu buat cara penakut la ya..hahaa

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
Jenuh menunggu di Lost World Hot Spring & Spa Stage kekonon nak tonton show dan nak dapat seat tapi dek kerana hujan mula turun jadi kami ke Night Park tengok haiwan je dulu. Akhirnya pertunjukan yang sepatutnya pada jam 9 malan terpaksa dibatalkan bila hujan mulai lebat dan terus kami zasss ke arah Luminous Forest. Sebenarnya bila waktu malam ni memasuki zoo
Kalau korang ke LW Hot Spring & Night Park ni pastikan korang masuk ke Luminous Forest ni yang sangat cantik dengan lampu-lampu bergantungan pasti buat korang teruja.  Antara tarikan yang pasti buat pengunjung teruja pastinya gabungan dunia mistik dengan bunga-bunga bercahaya, serangga yang besar dan banyak lagi

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe

Bridge of Luminosa
Diperbuat dari rakit Malayana yang autentik, jambatan Luminosa menyambung dunia kita ke dunia mistik Lumnious Forest.  Makalani adalah ketua puak yang pertama menyeberang jambatan untuk memasuki hutan.

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe

The Malayana Family
Humalaya Malayana. Keluarga Malayana yang mengalu-alukan kedatangan ke Luminous Forest yang dijadikan rumh mereka.

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
Lights of Aiyanna
Bunga istimewa yang dijadikan oleh Mother Sophea terletak jauh di dalam Luminous Forest. Lights of Aiyanna boleh menerangkan minda mereka yang duduk di atasnya, mengikis rasa dan fikiran jahat

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
Mother Sophea
Mother Sophea ni pokok yang boleh berkata-kata seusia dengan Luminous Forest sendiri. Dikatakan telah wujud 400 juta tahun yang lalu dan dia yang menyebarkan benih magik yang membuatkan Luminous Forest bersinar penuh magik. Mother Sophea juga yang membenarkan Makalani dan puak Malayana menghuni di dalam Luminous Forest

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
The Malayana Warriors
Pahlawan/Pengawal yang dilatih untuk menjaga dan memusnahkan kejahatan yang mengancam kesucian Luminous Forest. Mereka berani, gagah dan simbol kekuatan puak Malayana
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu #DekatJe
Shadowfang
Pengawal di Luminous Forest yang akan meludahkan racun membunuh sebarang kejahatan yang cuba mengancam kawasan hutan

Serius penat berjalan apatah lagi dalam hujan memang badan rasa lesu dan rimas, jadi dalam jam 1030 kot kami dah ke pintu utama menanti encik pemandu. Memang disyorkan sangat korang ke sini di waktu malam

Program Hari Kedua
Sarapan pagi di hotel atau boleh saja bersarapan di Mee Mat Jasak atau di sekitar pekan Ipoh ni
Wajib berkunjung ke Pasar Karat dalam sejam setengah atau dua jam. Mungkin boleh ronda sekitar pekan untuk bergambar di lokasi selfie yang sentiasa menjadi pilihan
11 pagi - Gunung Lang
12:30 tengahhari - Makan Tengahari di Restoran Haji Yahya atau Nasi Ganja


Memoryland aka Pasar Karat
Pastikan korang pandai tawar menawar! Dibuka setiap hari Ahad dari jam seawal 7 pagi sehingga 1 tenghahari, Memoryland atau  Pasar Karat atau dipanggil Loken menjadi tumpuan peminat barangan antik dan barangan lama.  Malahan bukan hanya pengunjung dari seluruh Malaysia tapi jugak dari Singapura dan luar negara yang akan mencari barangan lama untuk dijadikan koleksi simpanan dan ada juga yang membeli untuk dijual kembali dengan harga yang lebih tinggi kepada peminat barangan antik di Kuala Lumpur.

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung MingguDi kiri dan kanan jalan, peniaga hanya membentangkan tikar serta berlindung dengan hanya berpayung dan meletakkan pelbagai barangan jualan.  Jangan terkejut kalau ada barangan yang mungkin kita buang ke tong sampah dijual disini antaranya majalah lama, pita VCD. cerek, sterika, pinggan mangkuk bermotif flora, beg tok mudim, jam antik dan terpakai, pakaian, barangan elektronik, kamera antik, radio, lampu gasolin, alat muzik, kasut, selipar, majalah, buku lama, duit syiling dan duit kertas Malaysia, matawang negara lain pun terdapat di sini yang dijual dengan harga yang tinggi berdasarkan tahun dikeluarkan, no siri dan perkataan lama yang terdapat pada wang tersebut.  Selain barangan antik, terdapat juga peniaga yang menjual ubatan herba dan jangan terkejut kalau barangan yang dijual sangat mahal harganya tapi kalau dah berkenan dan pandai menawar, nah barangan tu pasti jadi milik korang

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung MingguJadi memang wajar Loken digelar syurga bagi pengumpul barangan antik kerana kat sini barangan elihat pelbagai barangan yang biasa dilihat di dalam cerita P Ramlee atau waktu saya masih kanak-kanak terdapat di sini. Memang asyik tengok sesetengah pembeli tawar menawar barangan yang berkenan di hati

Kalau lapar, jangan risau sebab kat sini pun kita boleh berhenti makan dan minum selepas penat berjalan dan yang pasti kalau keluar dari sini kat tangan tu pasti ada barangan yang dibeli..hehe

Taman Rekreasi Gunung Lang
Lokasi seterusnya adalah Gunung Lang yang selama ini tak terfikir pulak nak ke sini tapi memang sangat berbaloi untuk singgah ke sini dan boleh dijadikan 'stop over point' sekiranya korang berada di Lebuhraya Utara Selatan dan nak beristirehat boleh keluar ke susur keluar Ipoh Utara dan ikut arah papan tanda Taman Rekreasi Gunung Lang. Jarak dari pekan Ipoh ke Taman Rektreasi Gunung Lang ini lebih kurang lima kilomenter ja dan jangan risau sebab kawasn letak kereta pun banyak


Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung MingguDari kejauhan kita boleh nampak air terjun buatan manusia yang tertinggi di Malaysia dan memang ramai orang kat situ untuk bergambar malah ada pasangan pengantin turut bergambar kenangan di situ..memang cantik
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu
Agak jenuh jugak menunggu untuk menaik bot sebab hujung minggu dan tambahan pula cuti sekolah baru bermula jadi jangan naik angin sebab lokasi ni akan penuh sesak dengan pengunjung. Dan kami pun merasainya tambahan pulak jeti bot pulak dalam penyelengaraan sampai terdengar la rungutan pengunjung. Apa pun kalau pihak pengurusan letakkan pegawai supaya pengunjung yang sudah membeli tiket tahu giliran untuk naik bot dan bukan hanya menunggu tekong turun dari bot dan melepaskan pengunjung untuk menaiki bot.


Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu
Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung MingguMemang seronok dapat menaiki bot ni dengan tiupan angin dan pemandangan hijau, perghh asyik dengan jarak ke pulau tu hanya kira-kira 300 meter jadi korang boleh la berenang..hehe.  Aishh jangan buat hal ya sebab rasanya memang tidak dibenarkan berenang

Ipoh Menjadi Destinasi Pilihan Hujung Minggu
sumber GoogleTerdapat tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah, laluan pejalan kaki yang meliputi keseluruhan taman, rumah tradisional Perak, dataran warisan, wakaf terapung, gerbang warisan, menara pandang jauh, surau serta tandas. Selain dari itu terdapat ladang rusa dan burung dan pelbagai spesis  dan air terjun buatan tertinggi di Malaysia yang cukup menarik untuk bergambar.  Pengunjung juga boleh memberi makan kepada ikan-ikan di tasik yang mengandungi pelbagai spesis ikan ari tawar
Bayaran menaiki bot : RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak dan warga emas

Setiba kami di jeti kat seberang tu, kami sekeluarga dan satu keluarga lagi bersepakat untuk tidak turun ke pulau memandangkan ramai sungguh orang selain kami perlu mengejar masa untuk ke destinasi seterusnya selepas makan tengahhari.  Mungkin lain kali kami akan luangkan masa untuk ke sini lagi

Nak tahu lebih lanjut boleh jengah ke link di bawah
https://peraktoday.com.my/2018/01/keindahan-tersembunyi-di-taman-rekreasi-gunung-lang/https://www.orangperak.com/taman-rekreasi-gunung-lang.html
Waktu operasi bot
Isnin hingga Khamis : 8 pagi hingga 6 petang
Jumaat : 8 pagi hingga 12 tengahhari
Sabtu - Ahad dan cuti umum : 830 pagi hingga 6 petang


Terima kasih tak terhingga kepada Putrade Allsuites @ Royal Perak Golf Club yang sudi menaja penginapan, makan dan lawatan ke lokasi yang cukup menarik ni.  Sepertimana saya jatuh cinta dengan hotel ni, korang pun pasti akan jatuh hati. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.iamfuzy.com/2019/12/ipoh-menjadi-destinasi-pilihan-hujung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menginap Di Putrade All Suites Ipoh Untuk Berehat Rehat Di Hujung Minggu

Menginap Di Putrade All Suites Ipoh Untuk Berehat Rehat Di Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 395 hits
Hi Korang Hujung minggu memang kena di manfaatkan dengan berehat so seharuslahnya kita hendaklah berehat kan hehehe tapi last week kak lily tukar angin untuk berehat ya ampun sampai ke Ipoh ktorang berdua tau Kebetulan jugak ktorang tak de ...
Sekolah Tun Fatimah 20191115 Last Lawatan Hujung Minggu 2019

Sekolah Tun Fatimah 20191115 Last Lawatan Hujung Minggu 2019

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 456 hits
Sekolah Tun Fatimah 20191115 Last Lawatan Hujung Minggu 2019 Singgah Pizza Hut dahulu tapau pizza Ada jamuan last malam ni untuk dorm iqa Dua minggu tak jumpa iqa Outstation sahaja Dari drone sampai la ke SGE Apple Camp Banyak juga la cerit...
Imbas Kembali Nikon D90 Kamera Lagenda Yang Masih Menjadi Pilihan Pengguna

Imbas Kembali Nikon D90 Kamera Lagenda Yang Masih Menjadi Pilihan Pengguna

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 261 hits
Nama Nikon D90 pasti sudah tidak asing lagi di kalangan para jurufoto mahupun penggemar fotografi di seluruh dunia Dilancarkan pada Ogos 2008 Nikon D90 yang juga sebuah DSLR Semi Pro telah menggantikan DSLR sebelumnya iaitu Nikon D80 yang d...
Digi Tawar Naik Taraf Kuota Data Bermula 2020 Mengubah Kuota Hujung Minggu Ke Kuota Sepanjang Hari

Digi Tawar Naik Taraf Kuota Data Bermula 2020 Mengubah Kuota Hujung Minggu Ke Kuota Sepanjang Hari

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 621 hits
Bagi pengguna perkhidmatan telekomunikasi Digi yang melanggan beberapa pelan pascabayar terpilih mungkin anda mengenali akan pembahagian kuota data 8211 dimana sebahagian ditawarkan untuk penggunaan sepanjang masa dan sebahagian lagi hanya ...
Sokongan Kepada Anwar Waktu Susah Dan Senang Jom Bertemu Di Kongres Nasional Keadilan Di Mitc Melaka Hujung Minggu Ini

Sokongan Kepada Anwar Waktu Susah Dan Senang Jom Bertemu Di Kongres Nasional Keadilan Di Mitc Melaka Hujung Minggu Ini

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 343 hits
KEADILAN bukan parti Anwar dan Anwar bukan KEADILAN Namun siapa boleh nafikan KEADILAN itu wujud dek batang tubuh insan bernama Anwar Bahkan reformasi itu sendiri mula menjadi sebutan kerana peristiwa pemecatan ke atas Anwar Ibrahim dari Um...
Nak Rasa Percutian Musim Sejuk Terbaik 2019 Ini 10 Destinasi Pilihan

Nak Rasa Percutian Musim Sejuk Terbaik 2019 Ini 10 Destinasi Pilihan

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 485 hits
Musim sejuk datang lagi Biasanya bermula bulan Disember kebanyakkan negara Eropah akan mula dilimpahi salji yang memutih Jika anda Nak Rasa Percutian Musim Sejuk Terbaik 2019 Ini 10 Destinasi Pilihan yang boleh diletakkan dalam senarai utam...
Vivo S1 Pro Meriah Ada Tawaran Di I City Hingga Hujung Minggu

Vivo S1 Pro Meriah Ada Tawaran Di I City Hingga Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 255 hits
Pusat beli belah iCity Shah Alam Sabtu lepas meriah dengan rakyat Malaysia yang ingin membeli telefon pintar terbaru vivo S1 Pro sempena jerayawara yang turut menawarkan beberapa promosi dan hadiah percuma yang akan membuatkan rakyat Malays...
Planner 2020 Ana Menjadi Pilihan

Planner 2020 Ana Menjadi Pilihan

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 579 hits
Planner 2020 Ana Menjadi Pilihan Setiap tahun bila akhir tahun mesti dok sibuk mencari planner untuk tahun baru Tahun ni awal lagi dah cari sebabnya tahun lepas agak terlewat mencari planner Rasanya awal tahun baru cari Sampaikan yang canti...
Kaum Hawa Digalak Jadikan Bidang Jahitan Kerjaya Pilihan

Kaum Hawa Digalak Jadikan Bidang Jahitan Kerjaya Pilihan

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 345 hits
Oleh Nooreni Abu BakarDUNGUN 23 November Kaum hawa khusus anak muda suri rumah dan ibu tunggal digalak mengikuti kelas jahitan dan seterusnya menjadikan tukang jahit sebagai kerjaya Tenaga pengajar kelas jahitan komuniti DUN Rantau Abang Nu...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui