5 Langkah Asas Yang Anda Perlu Buat Kalau Nak Pencen Awal Berhenti Dari Kerja Makan Gaji




Khas untuk yang makan gaji, pernahkah anda terfikir untuk pencen awal berhenti dari kerja makan gaji?
Ada satu pergerakan antarabangsa yang dinamakan FIRE. Boleh baca maklumat berkenaan pergerakan itu di pautan sini.
Fire adalah singkatan pendek kepada ‘financial independence, retire early’
Untuk me-melayu-kan perkataan itu saya jadikan ‘cukup duit, pencen awal’
Saya yakin anda juga tentu ada semangat nak buat macam tu. Terutamanya bagi yang makan gaji, tentu idamkan perkara sama.
Bagi anda yang nak cuba pencen awal dalam keadaan punya duit yang cukup, secara teorinya bukanlah payah sangat nak buat.
Saya kongsikankan 5 langkah paling asas untuk buat macam tu kat bawah ni.
1. Tentukan berapa umur nak pencenSekarang umur berapa?
Kalau dah masuk lewat 50-an, itu dah kira berumur sikit walaupun bukanlah tua sangat. 
Standard orang sekarang tak sama macam orang dulu. Mungkin moto ‘life start at 40’ kena ubah sekarang jadi ‘life start at 50’
Saya lihat rata-rata kawan-kawan yang masuk 50 ke atas masih gagah bergaya. Masih pakai baju dan seluar ketat. Masih giat bina badan dan ligat bersukan.
Berbeza dengan masa kat kampung dulu. 
Umur 50-an dah nampak sangat tua. Pakaian rasmi mereka bila masuk umur tu adalah kopiah, baju melayu dan kain pelikat. 
Masa banyak dihabiskan kat surau atau masjid jadi ahli sukarela buat khidmat untuk aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan.
Melalut pulak. Nak beritahu bahawa umur anda sekarang bukanlah faktor penghalang untuk mula rancang berhenti kerja dalam keadaan mencukupi untuk teruskan sisa-sisa hidup.
Tentukan berapa umur anda nak berhenti kerja makan gaji terlebih dahulu bermula dari sekarang. 
Berdasarkan kumpulan FIRE yang saya sebut di atas, mereka sasarkan untuk berhenti kerja makan gaji ketika umur masih muda.
Maksudnya lebih awal dari umur yang membolehkan anda pencen. Kat negara kita umur pencen adalah 60 tahun.
Bukan bermakna masuk 60 tahun wajib pencen. Ia bermaksud selagi umur tak capai 60 tahun, majikan tak boleh nak berhentikan anda dengan alasan perlu pencen. 
Undang-undang umur 60 tahun pencen adalah untuk lindungi diri anda dari disuruh balik rumah jangan datang kerja lagi.
Jika anda ada impian untuk berhenti kerja makan gaji awal, maksudnya nak lakukan perkara itu sebelum masuk umur 60 tahun. Tak kisah samada ketika umur 30, 40, atau 50 tahun. 
Bergantung kepada berapa umur anda sekarang.
Yang pastinya jangan sampai lebih 60 tahun pun masih terpaksa ulang alik pergi kerja makan gaji lagi. 
Kalau tak teruskan kerja, tak ada sumber untuk sara kehidupan dan segala tanggungan yang ada. 
Itu yang mahu dielakkan.
2. Belajar urus kewanganBila dah tahu nak pencen umur berapa, jangan lengah dari lakukan perkara penting no 2 ni.
Mula belajar urus kewangan.
Tak boleh main bedal beli apa saja benda ikut suka. Tak boleh tak berkira lagi macam selalu. 
Mula amalkan hidup dengan ada bajet.
Saya kongsikan sikit pasal bajet ni yang banyak ubah hidup saya masa mula bisnes dulu.
Masa makan gaji, perkataan bajet tak ada dalam kamus hidup. Yang saya ingat masa tu hanyalah belanja saja. 
Ada saja nak beli. 
Jika tak cukup duit pakai kad kredit sampai habis limit. Bila kerap belanja lebih, bank akan tambah lagi limit kredit. Boleh belanja lagi. Kemudian tambah jumlah kad kredit pulak. 
Sampai ada lebih dari 2 kad kredit.
Hanya bila berhenti kerja makan gaji barulah saya mula buat bajet. Niat awal hanyalah nak pastikan saya tak ada hutang kad kredit lagi.
Bukan payah pun buat bajet. 
Saya pakai microsoft office excel saja. Buat unjuran setiap bulan dari Januari ke December, jumlah duit masuk dan berapa belanja atau duit yang perlu dikeluarkan.
Masa itulah baru saya tahu bahawa formula asas yang sangat mudah tetapi sangat berkesan untuk urus duit adalah dengan pastikan duit masuk sentiasa lebih dari duit keluar. 
Dari aktiviti bajet anda dapat lakukan semua itu.
Jika yang keluar lebih dari masuk, samada anda perlu tambah lagi jumlah duit masuk. Atau kalau tak boleh, kena rendahkan lagi jumlah duit keluar. 
Formula yang sangat mudah.
Cuba buat sekarang, jika anda tak pernah buat bajet lagi. Pergi buka laptop dan pakai excel untuk masukkan kiraan itu. 
Kelebihan excel adalah anda boleh campur tolak secara automatik guna formula. Jadi mudah buat simulasi. 
Semua akan nampak lebih jelas bila anda bajet secara bulanan tarik sampai 2 atau 3 tahun ke depan.
3. Rancang peningkatan nilai diriIni satu lagi perkara penting. 
Jangan puas dengan kemahiran atau kelayakan yang ada sekarang. Tambah lagi supaya nilai anda meningkat.
Maksud saya, ambil kelas atau pergi belajar ilmu baru atau kemahiran baru yang relevan dengan kerja anda sekarang. 
Biasanya kerja makan gaji ni ada kelebihan untuk dapatkan perkara itu secara percuma.
Majikan yang baik sangat suka jika pekerja mereka suka tambah kemahiran. Ini akan tingkatkan produktiviti staff dan mampu lonjakkan prestasi syarikat atau jabatan di mana anda kerja. 
Ambil peluang itu dan sapu semua peluang yang ada dengan lahap tak usah nak malu-malu.
Ada macam-macam tawaran sekarang. Kursus pendek. Kursus jangka panjang part time sijil profesional dan lain-lain lagi seumpamanya. 
Semua itu dapat dipergunakan walaupun anda dah berhenti kerja nanti. Jadi tak rugi untuk buat sekarang.
Aktiviti ini juga dapat buka peluang naik pangkat. 
Seterusnya ada peluang tambah banyakkan lagi jumlah gaji. Kalau ada peluang loncat tempat kerja pula, jumlah peningkatan gaji adalah jauh lebih tinggi.
Semua itu akan bantu cepatkan proses cukupkan duit dan pencel awal yang anda sedang rancang sekarang.
4. Mula tanam disiplin menyimpanDalam bajet yang anda buat di atas tadi, pastikan ada lebihan untuk dijadikan duit simpanan.
Itu tidak termasuk duit KWSP yang anda potong secara wajib. 
Maksud saya jangan anggap KWSP itulah satu-satunya duit simpanan anda.
Petua ringkas yang disyorkan dalam buku ‘the richest man in Babylon’ adalah untuk simpan 20% daripada apa saja duit yang anda dapat. Samada gaji, duit kerja part-time, duit durian runtuh, bonus atau apa saja.
Kalau nak beli buku The Richest Man in Babylon boleh klik link ini
Saya cadangkan untuk jadikan angka 20% itu angka wajib. Buatlah apa saja supaya anda dapat simpan 20% tu sekarang. Kemudian cuba usahakan untuk tingkatkan lagi peratusan itu.
Dalam satu perkongsian ahli kumpulan Fire yang saya ada terbaca, dia simpan 50% dari pendapatannya setiap bulan untuk persediaan pencen awal!. 
Kalau andaa boleh buat macam tu, memang terbaik!.
5. Jadi pakar jimat kosApa saja yang anda rasa perlu beli sentiasa pertimbangkan terlebih dahulu soalan berikut
Kalau tak beli boleh tak? Perah otak cari alasan yang supaya anda tak perlu beli. Tanya kawan yang jenis berkira dan kedekut. Jangan pergi tanya kawan kaki belanja atau ada taste tinggi.Jika kena ada juga barang atau perkara tersebut, cuba tanya samada boleh pinjam atau sewa sahaja.Ambil kesempatan untuk pakai benda free sahaja. 
Contohnya bila ada kenduri nasi bungkus kat masjid, pergilah ambil. Lepas makan tengahari anda hari itu.
Tak payah la nak jadi macho atau kononnya nak bagi orang susah sahaja makan. Melainkan terang-terang makanan itu dikhaskan untuk orang susah.
Jika memang orang nak buat kenduri, semua orang boleh makan samada kaya atau miskin. Pergi ambil dan makan. Perut kenyang dan jimat duit.
Korbankan keselesaan untuk dapatkan kelebihan berjimat cermat. Fokus kepada objektif. 
Lihat kepada fungsi setiap barang dan bukan lihat kepada status yang dijanjikan oleh barang.
Semua itu hanya contoh untuk jadi pakar jimat. 
Ada banyak lagi ruang untuk anda berjimat cermat. Peka dan belajarlah secara berterusan untuk mahirkan diri anda jimatkan kos tanpa rosakkan kualiti hidup anda.
Jumlah duit yang anda perlu bila pencenDalam bab berapa perlu ada duit bila pencen nanti, memang sangat subjektif. 
Lain orang lain keperluannya.
Bergantung kepada tahap kesihatan anda. Semak keturunan samada ada penyakit yang berkaitan dengan genetik atau tidak. 
Juga gaya hidup anda sekarang, merokok atau tak. Gemuk gedempul atau fit. Kaki makan tak kenal pantang atau tidak.
Jika masih muda, mula serapkan gaya hidup sihat dari sekarang. 
Kalau dah agak berumur, perlu ubah gaya hidup juga. Semua itu bakal memberikan kualiti hidup yang lebih tinggi untuk anda nikmati di masa yang akan datang, Insyaallah.
Keperluan juga bergantung kepada lokasi.
Kalau anda ok untuk tinggal diluar bandar, kos sara hidup di sana adalah sangat rendah. Jadi bila pencen bawa semua keluarga anda pindah duduk kampung sana.
Anda sendiri tahu dan boleh rancang semua itu. Apapun, buat senarai yang saya kongsikan kat atas tu terlebih dulu.
Bila semua itu dah berjalan baik, anda boleh cari banyak lagi maklumat untuk perancangan waktu pencen anda nanti, macam mana nak buat. Apa aktiviti yang nak dilakukan dan kat mana nak duduk dan sebagainya ..
Panduan pencen balik kampungIni sedikit tips untuk yang kerja dibandar dan ada niat balik kampung.
Jika ada peluang beli rumah awal, belilah. Duduk kat rumah tu masa makan gaji dan berkeluarga. 
Anda akan dapat upgrade dari rumah kos rendah kepada rumah teres bila harga rumah yang dimiliki naik. 
Kemudian bila pencen nanti, jual rumah kat bandar bawa duit balik kampung beli tanah kat sana. Itu juga bantu tambah jumlah duit masa pencen nanti dalam jumlah yang banyak!
Moga bermanfaat!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2021/04/himpun-duit-sampai-cukup-henti-kerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Kata Kenaikan Harga Masih Normal Rakyat Kata Menteri Tak Tahu Buat Kerja Atau Makan Gaji Buta

Menteri Kata Kenaikan Harga Masih Normal Rakyat Kata Menteri Tak Tahu Buat Kerja Atau Makan Gaji Buta

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 260 hits
Tahun 2019 Zaman PH Dan Bandingkan Harga Sekarang Zaman BN PN RM 10 sekilo pon ada ManaWahai menteri kenaikan masih normal bagi pak menteri Sebab gaji pak menteri dan pemikiran pak menteri itu mudah sahaja kerana naik sedikit berbanding den...
Dah Tak Sanggup Nak Tanggung Rindu Wanita Dedah Sanggup Berhenti Kerja Di Luar Negara Untuk Beri Kejutan Pada 4 Anaknya

Dah Tak Sanggup Nak Tanggung Rindu Wanita Dedah Sanggup Berhenti Kerja Di Luar Negara Untuk Beri Kejutan Pada 4 Anaknya

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 306 hits
Wahida membuat kejutan kepada anak anaknya selepas dua tahun mereka terpisah kerana pandemik CvdI9 Mempunyai kerjaya yang stabil dan selesa di luar negara namun wanita ini memilih untuk melepaskan cita cita demi keluarga tersayang
Ibu Nubhan Cerita Pengalaman Terkejut Beli Beg Lv Harga Rm14 200 Mak Jenny Dah Plan Nak Melaram Pergi Makan Kenduri

Ibu Nubhan Cerita Pengalaman Terkejut Beli Beg Lv Harga Rm14 200 Mak Jenny Dah Plan Nak Melaram Pergi Makan Kenduri

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 343 hits
VIDEO spontan penyanyi Nubhan bersama ibunya yang popular dengan panggilan Mak Jenny semakin menjadi perhatian di media sosial kerana berjaya menyentuh hati orang ramai Rata rata netizen memberikan reaksi positif menonton telatah Nubhan dan...
Pack Ikut Menu Nak Makan Seminggu Lagi Jimat Masa Suami Pun Boleh Masak

Pack Ikut Menu Nak Makan Seminggu Lagi Jimat Masa Suami Pun Boleh Masak

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 317 hits
Sebenarnya nak jimatkan masa memasak ada macam macam cara yang boleh dibuat ikut style masing masing Ada pasangan yang lebih suka beli stok bahan mentah seminggu sekali Tak kurang juga yang yang suka beli barang dapur sebulan sekali atau pu...
Kurus Dengan Makan Mentega Kacang Jom Ikut Tiga Cara Ni Kalau Nak Berkesan

Kurus Dengan Makan Mentega Kacang Jom Ikut Tiga Cara Ni Kalau Nak Berkesan

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 267 hits
Kurus Dengan Makan Mentega Kacang Jom Ikut Tiga Cara Ni Kalau Nak Berkesan Alhamdulillah masih bernyawa Ok topik harini bagi aku agak menarik sebab aku pernah berjaya turunkan berat badan dengan cara makan mentega kacang bersama sama roti w...
Jangan Dibuang Biji Jambu Batu Biar Anak Makan Mudah Nak Berak

Jangan Dibuang Biji Jambu Batu Biar Anak Makan Mudah Nak Berak

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 284 hits
Jangan DiBuang Biji Jambu Batu Biar Anak Makan Mudah Nak Berak Kena buang biji jambu batu ni Bahaya Kalau bagi anak anak makan jambu batu situasi di atas mesti selalu jadi kan Ini kerana kita telah dimomok dengan fahaman biji jambu batu tid...
House Of Briyani Temerloh Port Makan Nasi Briyani Nak Ootd Pun Cantik

House Of Briyani Temerloh Port Makan Nasi Briyani Nak Ootd Pun Cantik

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 748 hits
House Of Briyani Temerloh Port Makan Nasi Briyani Nak OOTD Pun Cantik Assalamualaikum dan hi korang Sambung lagi pasal makan makan Kali ini tempat makanan pilihan zaza adalah House of Briyani dekat Temerloh Siapa yang dah pernah singgah mak...
Biskut Tiga Bahan Pasti Berulang Kali Nak Makan

Biskut Tiga Bahan Pasti Berulang Kali Nak Makan

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 185 hits
Biskut ni pernah viral suatu ketika dahulu Biskut 3 bahan ni habiskan saki baki tepung jagung yang ada jadi la kudapan untuk anak anak BISKUT TIGA BAHANBahan bahan 1 cawan tepung jagung2 sudu besar susu pekat1 sudu besar butterCara membuat ...
Pagi Ni Tiba Tiba Baby Nak Keluar Awal Seminggu Wawa Zainal Masuk H0spital Aeril Zafrel Titip Doa

Pagi Ni Tiba Tiba Baby Nak Keluar Awal Seminggu Wawa Zainal Masuk H0spital Aeril Zafrel Titip Doa

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 262 hits
Pelakon Aeril Zafrel berkongsi keadaan isterinya yang juga pelakon Wawa Zainal yang dimasukkan ke h0spital awal hari ini Menurut Aeril atau nama sebenarnya Suhair Sunari 33 Wawa berkemungkinan akan bersalin anak keempat mereka seminggu awal...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli

Bila Ko Tak Boleh Reply Komen

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Injection Moulding Malaysia Combining Precision And Efficiency

Destinasi Percutian Mesra Keluarga Di Malaysia