5 Kebaikan Minum Teh Hijau Sebelum Tidur
TENTU RAMAI DI KALANGAN KITA YANG SUKA MINUM TEH HIJAU YANG CUKUP KAYA DENGAN ANTIOKSIDAN NIE. TAPI, TAK RAMAI YANG TAHU KEBAIKANNYA APABILA DIMINUM SEBELUM TIDUR. LAGI BAGUS RUPANYA UNTUK KESIHATAN TUBUH!
Sebenarnya Sis pun baru tahu info dan tengah cuba membiasakan diri untuk meminumnya 2-3 jam sebelum tidur.Tubuh kita dikatakan jauh lebih sihat secara semulajadi dan bebas daripada serangan radikal bebas. Ini akan membuatkan kita terhindar daripada risiko terkena kanser payudara, kanser usus besar dan kanser prostat.
Jom baca, apa lagi kebaikan teh hijau jika diminum sebelum tidur.
1. MENINGKATKAN DAYA KETAHANAN BADAN
Secawan teh hijau panas yang diminum 2 atau 3 jam secara rutin sebelum tidur dikatakan mampu meningkatkan daya ketahanan badan atau tubuh secara semulajadi.
Catechin merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat terhadap di dalam teh hijau dan sangat efektif untuk membunuh semua kuman dan bakteria.
2. TIDUR LEBIH NYENYAK
Kandungan asid amino dan L-theainie yang terkandung dalam teh hijau akan membuatkan otak jadi lebih relaks, sehingga membuatkan tidur kita menjadi lebih lena atau nyenyak.
3. MENCEGAH GANGGUAN SISTEM PENGHADAMAN
Korang yang ada masalah dengan sistem penghadaman elok amalkan minum teh hijau secara rutin sebelum tidur. Sebabnya, minum teh hijau pada malam hari mampu merangsang pergerakan usus di pagi hari. Bermakna ianya akan membantu membersihkan segala kekotoran atau racun di usus sehingga melancarkan proses pembuangannya.
4. MEREDAKAN STRESS
Sis dah cuba cara nie dan agak berkesan untuk diamalkan. Sekiranya korang kerap stress pada malam hari, minum teh hijau panas secara rutin pada setiap malam dapat membuatkan korang berasa lebih tenang.
Kandungan L-theanine yang terdapat dalam teh hijau benar-benar membuatkan kita rasa lebih tenang dan jauh dari stress.
5. MENURUNKAN BERAT BADAN
Part nie yang paling Sis suka tau, sebab minum teh hijau dapat menurunkan berat badan kita secara semulajadi dan sangat efektif. Apatah lagi kalau kita rajin meminumnya sebelum tidur.
Peningkatan metabolisme tubuh akan membuatkan kita tidur dengan lebih lena dan membantu memaksimumkan proses pembakaran kalori.
Bukan itu sahaja, khasiat yang terdapat pada teh hijau juga mampu membakar lemak dalam tubuh dengan meningkatkan kadar hormone yang menyokong pembakaran lemak.
BACA JUGA: RAHSIA KURUS CEPAT
Itulah antara manfaat atay kebaikan minum teh hijau pada malam hari. Selain kita dapat memiliki berat badan yang ideal, minum teh hijau ini juga membuat tubuh badan kita menjadi lebih sihat dan bebas daripada serangan radikal bebas yang mengundang risiko penyakit kanser. So, korang yang tak suka minum teh hijau belajar-belajarlah menyukainya ya.Cantik kalau tak sihat, tak bermakna jugak kan… hihii…
Okaylah… sekian dulu perkongsian cerita tentang kebaikan minum teh hijau sebelum tidur daripada Sis. Jumpa lagi. Tataaaa…
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Foto: Sumber Google
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2019/01/5-kebaikan-minum-teh-hijau-sebelum-tidur.html