5 Kali Gugur Tak Ada Rezeki Nak Ada Anak Salah Satu Kehamilan Wanita Ini Adalah Kembar


Ketika membuat ujian kehamilan dan hasilnya ada dua garisan, itulah detik yang membahagiakan. Bersyukur dengan anugerah Tuhan berikan. Bagi pasangan yang menanti zuriat sendiri, pasti berdebar-debar ketika menunggu keputusan UPT yang dibuat.
Wanita ini erkongsi luahan perasaannya yang mengalami lima kali keguguran sepanjang empat tahun perkahwinannya. Sehingga kini, dia dan suami masih bersabar menanti untuk mendapat cahaya mata sendiri.
Assalamualaikum. Mohon admin siarkan kisah saya ni. Nama saya Zurin. Saya berusia 32 tahun. Saya dan berkahwin lebih kurang empat tahun. Dalam tempoh perkahwinan saya dan suami, sudah lima kali saya hamil tapi masih tak ada rezeki untuk ada anak. Kelima-lima kandungan saya gugur.
Kali pertama mengandung selepas tiga bulan perkahwinan. Waktu itu, happy sangat sebab saya dan hubby memang tak ada perancangan untuk tangguhkan kehamilan. Kami ikut rezeki, lebih cepat lebih baik. Mabuk teruk juga awal-awal tu, tapi malangnya masuk minggu ke-10 kandungan saya gugur.

Tak tahu di mana silapnya, makan minum semua saya jaga. Kerja berat pun hubby tak benarkan saya buat, tapi dah termaktub bukan rezeki kami. Kandungan tak kuat dan gugur. Waktu tu sedih tak payah ceritalah, saya berkurung je dalam bilik. Sampai suami buntu tak tahu nk pujuk macam mana.
Tak lama lepas tu, lebih kurang selepas enam bulan datang haid saya hamil semula. Alhamdulillah. Hubby paling happy sebab dia memang nak sangat ada baby. Tapi tetap juga sama, lebih kurang 12 minggu kehamilan, gugur juga. Memandangkan kantung tak keluar sendiri, saya terpaksa ke hospital untuk menjalani prosedur membersihkan bahagian dalam rahim.
Saya tertanya-tanya, di mana silap kami suami isteri. Dua kali hamil, gugur juga. Saya berpegang pada konsep rezeki, mungkin belum sampai waktu kami. Jadi saya dan hubby kuatkan semangat dan reda dengan ujian ini.
Saya tak bersedia untuk mengandung dalam masa terdekat, jadi saya cakap dengan hubby, boleh tak kalau kita tangguhkan untuk ‘mencuba’ dalam tahun depan. Hubby setuju sebab dia kata tak mahu saya stres dan kalau boleh biarlah saya betul-betul ready sebelum mengandung semula.
Pengakuan Lain: [“Dia Bagi Anak Saya Pisang Lenyek.” Bayi Usia 2 Minggu Meninggal Dunia Diberi Makan]
Nak dijadikan ceritakan, saya hamil semula untuk kali ketiga. Yang ini memang sedih sikit. Saya dapat bertahan sehingga minggu ke-20. Waktu ni, dah nampak ada dua kantung. Maknanya saya hamil kembar. Ya Allah, happy sangat. Memang hubby pun kata, Allah dengar doa kami jadi Dia bagi dua terus. Nak ‘ganti’ yang sebelum ni.
Kandungan kali ketiga ni, memang sungguh-sungguh kami jaga. Sebarang kerja rumah hubby tak bagi buat. Setiap vitamin yang disarankan doktor, saya ambil. Makan minum semua jaga. Alhamdulillah, kehamilan ketiga ni kurang mabuk dan saya lebih cergas.
Tapi itulah, kalau memang betul bukan rezeki. Baru nak merasa nikmat pregnant lama sikit dan berjaya melahirkan anak-anak syurga kami, rupanya mereka juga ‘dijemput’ pulang. Saya tak tahu macam mana boleh keguguran, sebab pagi tu saya bangun tidur tiba-tiba darah penuh atas cadar katil.
Menggigil satu badan waktu tu. Hubby cepat-cepat dukung saya dan bawa ke hospital. Masuk ke wad kecemasan waktu tu, disebabkan kondisi saya dengan history dua kali keguguran. Waktu dirawat doktor, saya memang tak sedar apa. Bila bangun tu, baru dapat tahu doktor tak dapat selamatkan kandungan saya.
Memang waktu ni saya kemurungan. Saya hampir hilang pedoman. Mujurlah hubby nampak waktu tu. Saya ada percubaan nak membunuh diri, Ya Allah ampunkan lah dosaku ini (caranya biarlah saya rahsiakan). Allah masih panjangkan umur saya, Alhamdulillah.
Tak lama selepas itu, saya hamil semula. Tapi saya pendekkan cerita, saya tergelincir dan jatuh di tandas. Gugur sekali lagi untuk kali keempat. Lebih kurang lima bulan selepas itu, saya mengandung pula untuk kali kelima. Pada waktu itu, saya dan hubby dah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Tak mahu terlalu berharap.
Betul, belum rezeki kami. Pada minggu ke-10 saya mengalami keguguran. Dah kering air mata mahu meratap. Saya dan hubby hanya berdoa yang baik-baik untuk future kami. semoga kami diberikan peluang untuk merasa mempunyai anak sendiri. Saya dah ada enam yang menunggu saya di ‘sana’, tapi saya tak pernah putus berdoa agar ada yang menemani saya dan hubby di dunia.
Saya nak nasihatkan untuk para suami, kalau ada kes yang sama seperti saya ni, tolonglah support isteri kalian. Jadilah support system terkuat untuk dia. Jangan bagi tekanan pada dia. Alhamdulillah, itulah yang hubby saya buat. Dengan adanya dia, saya jadi kuat. Dia lah yang banyak bantu saya untuk terus yakin dengan kekuasaan Allah SWT.
Pengakuan Lain: [“Allah Bagi Nikmat, Tapi Aku ‘Lupa’ Dia.” Suami Kongsi Kehilangan 2 Insan Tersayang Serentak]
Untuk kawan-kawan semua, saya mohon untuk kalian tolong doakan saya dan hubby. Semoga kami akan berupaya untuk mempertahankan kandungan sehingga bayi yang comel dilahirkan. Kalau dapat seorang pun kami dah rasa cukup bertuah. Minta kawan-kawan semua untuk doakan kami ya? Mana tahu doa salah seorang dari kalian ‘diangkat’ dan asbab itu saya mampu ada zuriat sendiri.
Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita atau pengalaman yang ingin dikongsikan, sila klik KONGSI CERITA
The post “5 Kali Gugur, Tak Ada Rezeki Nak Ada Anak.” Salah Satu Kehamilan Wanita Ini Adalah Kembar appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/5-kali-gugur-tak-ada-rezeki-nak-ada-anak-salah-satu-kehamilan-wanita-ini-adalah-kembar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagi 2 Hari Boleh Lahir Wanita Kongsi Kisah Sayu Hilang Anak Kembar Dalam Kandungan

Lagi 2 Hari Boleh Lahir Wanita Kongsi Kisah Sayu Hilang Anak Kembar Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 391 hits
Al Fatihah buat bayi syurga ini small Cover image via Miraa Nordin Facebook small Perkara yang paling dinanti nantikan oleh setiap pasangan yang telah berkahwin adalah kehadiran cahaya mata Kehadiran zuriat pastinya akan menambah kebahagian...
Anak Datang Ganggu Shahida Tetap Layan Ustaz Cakap Nak Rezeki Masuk Layanlah Anak Anak

Anak Datang Ganggu Shahida Tetap Layan Ustaz Cakap Nak Rezeki Masuk Layanlah Anak Anak

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 373 hits
Datin Shahida Rashid isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri sememangnya seorang ibu yang penyayang Di instagramnya selalu kita lihat banyak berkisarkan tentang anak anak termasuklah anak angkatnya Ameena walaupun dia seorang...
Nak Jadi Jutawan Jadilah Dermawan Pada Mak Isteri Anak Tip Murah Rezeki Ebit Lew

Nak Jadi Jutawan Jadilah Dermawan Pada Mak Isteri Anak Tip Murah Rezeki Ebit Lew

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 503 hits
Ustaz pendakwah yang sangat terkenal di media sosial melalui kerja amal yang dilakukan olehnya berkongsi bagaimana cara mendapat rezeki yang melimpah ruah Menurutnya melalui perkongsian di Instagram beliau sebelum ini pernah melalui kehidup...
Bukan Sahaja Wanita Ramai Isteri Dedah Suami Mereka Adalah Peminat Tegar The World Of The Married

Bukan Sahaja Wanita Ramai Isteri Dedah Suami Mereka Adalah Peminat Tegar The World Of The Married

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 538 hits
Apalah jampi yang dipakai oleh The World Of The Married ini sampaikan semua orang tak berhenti menyebut tentang drama tersebut siang dan malam Walaupun memulakan cerita dengan kisah pengkhianatan di antara pasangan suami isteri tetapi setel...
Ahli Parti Bersatu Pening Kepala Mana Satu Nak Sokong

Ahli Parti Bersatu Pening Kepala Mana Satu Nak Sokong

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 330 hits
MPT Bersatu tak pernah buat keputusan keluar PH KEMASKINI 11 34PM Penambahan kenyataan Marzuki Yahya berkenaan keputusan mesyuarat MPT Bersatu pada akhir Februari lalu serta kuasa Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi parti Seorang pemimpin ...
Foto Tak Lama Lagi Adiel Mikael Nak Jadi Abang Tahniah Datin Niena Baharun Kini Hamil Anak Kedua

Foto Tak Lama Lagi Adiel Mikael Nak Jadi Abang Tahniah Datin Niena Baharun Kini Hamil Anak Kedua

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 770 hits
April 28 2020 Datin Niena Baharun atau nama sebenar beliau Amaniena binti Kamarul Baharun merupakan seorang model dan pelakon Menerusi laman Instagram beliau telah memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya Pelakon drama b...
Anak Lemah Mengadu Sakit Perut Mak Ayah Jangan Paksa Kalau Anak Tak Larat Nak Puasa

Anak Lemah Mengadu Sakit Perut Mak Ayah Jangan Paksa Kalau Anak Tak Larat Nak Puasa

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 443 hits
Semua ibu bapa sememangnya merasa cukup bangga bila anak kecil seusia lima atau enam tahun sudah pandai berpuasa Namun sedarkah mereka si kecil yang terpaksa mencuba berpuasa seharian itu lemah dan mengalami kesakitan sepanjang hari Jangan ...
Wanita Dedah Warga Asing Dah Lima Hari Tak Makan Minta Nak Pinjam Duit Beli Makanan

Wanita Dedah Warga Asing Dah Lima Hari Tak Makan Minta Nak Pinjam Duit Beli Makanan

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 405 hits
Ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan ini ramai pekerja yang kehilangan sumber rezeki akibat virus yang melanda Jika sebelum ini tular kisah seorang lelaki yang berjalan kaki pulang ke Kelantan setelah hilang pekerjaan kali ini kisah lela...
Untuk Bersatu Menjadi Satu Pilihannya Adalah Satu

Untuk Bersatu Menjadi Satu Pilihannya Adalah Satu

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 240 hits
Sejak awal penubuhannya tidak dinafikan tonggak utama Bersatu ialah Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi dan Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Tetapi berikutan keinginan mendapat kedudukan lebih tinggi serta lupa bagaimana kemenangan dalam...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan