Untuk Bersatu Menjadi Satu Pilihannya Adalah Satu




Sejak awal penubuhannya, tidak dinafikan tonggak utama Bersatu ialah Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi dan Muhyiddin Yassin sebagai Presiden.Tetapi, berikutan keinginan mendapat kedudukan lebih tinggi serta lupa bagaimana kemenangan dalam PRU14 lalu diperolehi, Muhyiddin dengan sokongan majoriti MPT Bersatu telah membawa parti itu keluar daripada PH.Seterusnya, melalui kerjasama dengan UMNO, Pas, GPS dan kumpulan pengkhianat daripada PKR dan mereka yang lupa diri daripada Bersatu sendiri, Muhyiddin akhirnya diangkat sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lalu.Sejak itu, Bersatu tidak lagi menjadi parti yang bersatu, tetapi sudah jadi parti berdua – atau terpecah kepada dua.Satu kumpulan yang memihak kepada Muhyiddin berada dalam kerajaan tidak berdaftar PN, manakala satu pihak lagi yang menyokong Tun Mahathir terus pro kepada PH.Setiausaha Agung juga ada dua, satu lantikan asal oleh Tun Mahathir dan satu lagi lantikan baru oleh Muhyiddin.Dalam keadaan ini, Bersatu terus terpecah dua sehingga dalam sidang Parlimen pada 18 Mei ini, Tun Mahathir telah memutuskan untuk duduk di barisan pembangkang bersama PH.Mungkin beberapa lagi Ahli Parlimen Bersatu yang memihak kepada Tun Mahathir akan turut sama duduk bersama PH di barisan pembangkang.Sesungguhnya situasi ini tidak pernah berlaku kepada mana-mana parti sebelum ini dan ia sama sekali bukanlah sesuatu baik bagi Bersatu.Mana-mana parti politik mesti ada satu hala tuju saja, tidak boleh sama sekali separuh berada dalam kerajaan dan separuh lagi bersama pembangkang.Tidak lama lagi, mungkin dalam suku ketiga tahun 2020 ini, Bersatu akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinannya.Tun Mahathir yang mempertahankan jawatan Pengerusi tidak dicabar oleh sesiapa dan dengan demikian, beliau telah diisytiharkan menang tanpa bertanding.Muhyiddin pula akan dicabar oleh Mukhriz Mahathir bagi jawatan Presiden.Ini bermakna, menjelang pemilihan akan datang atau jika Muhyiddin terus kekal lagi sebagai Presiden Bersatu dalam pemilihan akan datang ini, parti itu sentiasa menjadi parti yang ada dua nakhoda sehinggalah tempoh tiga tahun akan datang.Jika demikian, bagaimana Bersatu mahu menghadapi PRU akan datang dan di kerusi-kerusi mana mereka ingin bertanding nanti?Berbanding Muhyiddin yang bersama PN, tetapi UMNO sendiri telah mengumumkan akan mengenepikannya bila tiba masa bertanding, Tun Mahathir dan Mukhriz sebaliknya ingin membawa kembali Bersatu ke pangkuan PH.Usaha membawa Bersatu kembali ke pangkuan PH tidak mungkin berjaya jika Muhyiddin terus menang sebagai Presiden kerana menangnya beliau, sementara Tun Mahathir tetap ada juga sebagai Pengerusi, parti itu akan terus terbelah dua dan caca marba.Lantaran itu, untuk menjadikan Bersatu sebagai parti yang satu, dalam erti kata satu haluan dan satu tujuan, memenangkan kumpulan Tun Mahathir dalam pemilihan akan datang ini adalah satu-satunya pilihan yang ada.Hanya dengan kemenangan kumpulan Tun Mahathir menguasai Bersatu, hala tuju parti itu dapat ditentukan dengan lebih baik, terpulang sama ada selepas itu mahu kekal bersama PN, keluar meninggalkan PN atau membawanya kembali menyertai PH.Kumpulan yang kalah pula dengan senang hati boleh menyertai mana-mana parti lain seperti UMNO atau Pas misalnya, sebagai pilihan meneruskan perjuangan.Barangkali kesilapan Muhyiddin di sini ialah tidak meletakkan orang untuk mencabar Tun Mahathir bagi jawatan Pengerusi Bersatu.Jika semua jawatan dipertandingkan, maka proses pembersihan dan penyucian hala tuju parti melalui usaha memastikan satu kumpulan saja menguasai kepimpinan Bersatu tentu lebih mudah untuk dilakukan.Tetapi, dalam keadaan sekarang, oleh kerana Tun Mahathir telah diisytiharkan menang tanpa bertanding dan kedudukannya tidak boleh diketepikan lagi, satu-satunya pilihan untuk menjadikan Bersatu sebagai parti yang bersatu hanyalah dengan menjadikan Muhyiddin dan kumpulannya sebagai “korban sebuah perjuangan”. 
(ShahbudinHusin 04/05/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/untuk-bersatu-menjadi-satu-pilihannya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parti Bersatu Pening Kepala Mana Satu Nak Sokong

Ahli Parti Bersatu Pening Kepala Mana Satu Nak Sokong

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 330 hits
MPT Bersatu tak pernah buat keputusan keluar PH KEMASKINI 11 34PM Penambahan kenyataan Marzuki Yahya berkenaan keputusan mesyuarat MPT Bersatu pada akhir Februari lalu serta kuasa Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi parti Seorang pemimpin ...
Paris Adalah Salah Satu Destinasi Yang Mesra Muslim

Paris Adalah Salah Satu Destinasi Yang Mesra Muslim

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 351 hits
Kota Paris yang terkenal dengan mercu tanda Eiffel Tower adalah satu lokasi terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga atau rakan rakan Kunjungan ke muzium seperti Louvre atau Sacre Ceour Basilica yang terkenal dengan keindahan seni bin...
Kembali Ke Umno Adalah Jalan Paling Mulia Bagi Pengkhianat Bersatu

Kembali Ke Umno Adalah Jalan Paling Mulia Bagi Pengkhianat Bersatu

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 308 hits
Sudah ada suara yang MENGHENTAM AHLI BERSATU yang TIDAK MENYOKONG KERAJAAN PN ini Yang sebuk MENGHENTAM AHLI YANG MENENTANG PENGKHIANATAN TERSEBUT sebenarnya TIDAK SEDAR DIRI kerana mereka TELAH DI PERGUNAKAN OLEH MUHYIDDIN untuk MENCAPAI M...
Apa Keistimewaan Minyak Camelina Sehingga Dipilih Menjadi Salah Satu Bahan Dalam Minuman Aex3xie

Apa Keistimewaan Minyak Camelina Sehingga Dipilih Menjadi Salah Satu Bahan Dalam Minuman Aex3xie

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 905 hits
AEX3XIE MINUMAN COKLAT PERTAMA DI MALAYSIA MENGANDUNGI MINYAK CAMELINA klik image ye APA KEISTIMEWAAN MINYAK CAMELINA SEHINGGA DIPILIH MENJADI SALAH SATU BAHAN DALAM MINUMAN AEX3XIE APA ITU MINYAK CAMELINA Minyak camelina diekstrak dari ben...
Why Debate Ge Seats Now As Gov T Focuses On Health Economic Crises Bersatu Man

Why Debate Ge Seats Now As Gov T Focuses On Health Economic Crises Bersatu Man

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 371 hits
Bersatu supreme council member Dr Muhammad Faiz Na aman took aim at fellow Bersatu leader and party deputy president Mukhriz Mahathir for allegedly politicking at a time when the Perikatan Nasional government was focussed on overcoming the ...
Covid 19 69 Kes Baharu 39 Kes Pulih Satu Kematian Hari Ini

Covid 19 69 Kes Baharu 39 Kes Pulih Satu Kematian Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 475 hits
PUTRAJAYA Seorang pesakit positif Covid 19 meninggal dunia hari ini menurut Kementerian Kesihatan Malaysia Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mangsa direkodkan mempunyai latar belakang penyakit barah Beliau mempu...
Zakatfitrah Menghimpunkan Amil Masjid Dibawah Satu Bumbung Tawar Halaman Web Percuma Untuk Amil Masjid

Zakatfitrah Menghimpunkan Amil Masjid Dibawah Satu Bumbung Tawar Halaman Web Percuma Untuk Amil Masjid

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 283 hits
Pada hari ini terdapat sejumlah perkhidmatan yang memudahkan penghasilan laman khas untuk sesuatu tujuan Selari dengannya kini laman ZakatFitrah my hadir dengan fokus utama untuk menghimpunkan amil masjid dibawah satu bumbung Untuk para pen...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya