5 Kad Kredit Untuk Gaji Rm3000 Dan Kebawah
Memiliki kad kredit dengan gaji RM3000 sering dianggap mustahil, tetapi realitinya banyak bank di Malaysia yang menawarkan produk kad krdit yang sesuai untuk golongan dalam julat pendapatan ini.
Memilih kad kredit untuk gaji RM3000 memerlukan pertimbangan yang teliti antara keperluan peribadi dan kemampuan kewangan.
Kebiasaannya, individu dengan tangga gaji sebegini mungkin adalah individu yang baru melangkah ke alam pekerjaan dan mungkin belum memiliki ilmu pengurusan kewangan yang bagus, merisikokan mereka menggunakan kad kredit melebihi kemampuan mereka.
Namun dengan cara penggunaan dan ilmu kewangan yang bagus, kad kredit menawarkan pelbagai kelebihan tersendiri.
Kelebihan memiliki kad kredit

Memiliki kad kredit walaupun memiliki gaji RM3000 ke bawah mempunyai pelbagai kelebihan.
Kad kredit untuk gaji RM3000 membantu mengurus perbelanjaan bulanan dengan lebih teratur melalui penyata bulanan yang terperinci.
Apabila anda memiliki kad kredit, tidak semestinya anda perlu menggunakannya setiap bulan dan kad tersebut boleh berfungsi sebagai penyelesaian kewangan segera untuk keperluan tidak terduga seperti pembaikan kereta atau bil perubatan.
Setiap kad kredit untuk gaji RM3000 tetap menawarkan pelbagai program ganjaran berbeza dari cashback hingga mata ganjaran yang memberikan nilai tambah kepada perbelanjaan harian.
Penggunaan kad kredit untuk gaji RM3000 secara bertanggungjawab membantu membina rekod kredit yang baik untuk pinjaman masa depan seperti membuat pembiayaan membeli rumah atau kenderaan.
Tips Pengurusan dan Penggunaan Kad Kredit

Ramai yang takut untuk memiliki kad kredit kerana risau akan gelap mata untuk berbelanja lebih sehinggga menyebabkan mereka terperangkap dalam hutang.
Walaubagaimanapun, dengan ilmu yang betul perkara sebegini boleh dielakkan:
Pilih kad kredit untuk gaji RM3000 yang sepadan dengan corak perbelanjaan anda. Misalnya. jika banyak memandu, pilih kad dengan manfaat petrol.
Elakkan membawa baki ke bulan berikutnya untuk mengelakkan caj kewangan yang tinggi.
Pastikan penggunaan tidak melebihi 50% daripada had kredit untuk mengekalkan skor kredit yang sihat.
Kebanyakan kad kredit untuk gaji RM3000 menawarkan promosi istimewa yang boleh menjimatkan perbelanjaan.
Artikel berkaitan: Kad Kredit Patuh Syariah: Pilihan & Kelebihan
Senarai kad kredit gaji bawah RM3000
Berikut disenaraikan beberapa pilihan kad kredit yang anda boleh mohon bagi individu yang berpendapatan RM3000 ke bawah:
1. Maybank 2 Gold Cards (Visa/Mastercard)
Kelebihan:
Program Treatspoints yang kompetitif dengan penebusan menarik
Kad tambahan percuma
Diskaun petrol di stesen Shell
Caj tahunan boleh dikecualikan dengan penggunaan tertentu
Syarat Permohonan: Pendapatan tahunan minimum RM30,000
Mohon sekarang di Maybank.
2. CIMB e Credit Card
Kelebihan:
8% pulangan tunai untuk transaksi dalam talian (online), termasuk e-wallet dan aplikasi penghantaran makanan.
Pulangan tunai juga untuk transaksi luar negara.
Tiada had minimum perbelanjaan untuk layak dapatkan cashback.
Mudah diurus melalui aplikasi CIMB Clicks.
Syarat permohonan: Pendapatan sekurang-kurangnya RM24,000 setahun.
Mohon sekarang di CIMB.
3. AEON Classic Visa Card
Kelebihan:
Diskaun eksklusif di AEON, AEON BiG, Daiso, dan kedai rakan niaga AEON.
Pulangan tunai untuk pembelian harian seperti petrol, pasar raya, dan restoran.
Poin AEON MEMBER boleh dikumpul dan ditebus dengan baucar tunai AEON.
Akses kepada pelan ansuran 0% untuk barangan terpilih.
Syarat permohonan: Pendapatan minimum RM24,000 setahun.
Mohon sekarang di AEON.
4. RHB Shell VISA
Kelebihan:
Pulangan tunai sehinggan 12% apabila mengisi minyak di Petrol
Pulangan tunai sehingga 5% untuk bayaran bil
Pulangan tunai sehinggan 5% untuk pembelian barangan harian di AEON Supermarket, Giant, Jaya Grocer
Syarat permohonan: Pendapatan minimum RM24,000 setahun.
Mohon sekarang di RHB.
5. Public Bank Quantum Visa & MasterCard
Kelebihan:
Dua kad diberikan sekali gus: Quantum Visa (cashback) dan Quantum MasterCard (ganjaran poin).
Kad Kredit PB Quantum Visa: 1% Pulangan Tunai untuk transaksi tanpa sentuh (contactless).
Kad Kredit PB Quantum Mastercard: 2% Pulangan Tunai untuk transaksi luar negara.
Syarat permohonan: Pendapatan minimum RM36,000 setahun.
Mohon sekarang di Public Bank.
Memilih kad kredit untuk gaji RM3000 tidak lagi sukar kerana banyak bank kini menawarkan produk mesra pengguna dengan ganjaran dan syarat yang fleksibel.
Sama ada anda mencari pulangan tunai, poin ganjaran, atau kemudahan ansuran, terdapat pilihan yang sesuai untuk setiap keperluan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/kad-kredit-gaji-rm3000-kebawah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kad-kredit-gaji-rm3000-kebawah