5 Jenis Ikan Yang Sedap Di Bakar


Menu berbuka puasa Ramadhan ke dua puluh dua semalam, masak ikan cencaru bakar lagi. Ikan bakar lah masakan paling senang. Gaul dengan garam dan serbuk kunyit perencah dia pun dah sedap rasa dia. Ikan bakar ni kena makan panas-panas

Tak semua orang suka makan ikan bakar. Ada yang tak suka sebab masakan bakar ni jenis makanan yang kering. Tak ada masalah tu. Tak suka jenis kering, boleh buat ikan bersambal.  Ape ada hal kan. Nak rasa ikan yang original letak garam dan serbuk kunyit je. 
Letak garam saja pun bolehhhh. Itu dah kira resepi ikan bakar paling basic lah tu. Tak tahu juga tak tahu lah nak kata apa dah

Tapi! Tak semua ikan sedap di bakar ye. Ada juga ikan yang tak sesuai di bakar. Lepas tu ada pulak yang tak makan ikan air tawar, makan ikan laut je. Ikan tawar hanyir katanya. Kalau Fiza, dua-dua makan tapi jenis memilih juga juga jenis-jenis ikan. Nah, Fiza kongsikan jenis-jenis ikan bakar yang sedap

5 Jenis Ikan Yang Sedap Di Bakar1. Ikan CencaruIkut carta Fiza, ikan cencaru ikan laut paling enak dimakan dan sesuai untuk dibakar. Ikan cencaru atau orang panggil ikan jaket ni jenis ikan kulit tebal. So bila bakar tu tak risau lah isi dia hangus ke apa. Isi pun elok je walaupun kulit terbakar teruk. Lagipun ikan cencaru ni pun murah je. 

2. Ikan SiakapSelain masak stim limau/lemon dan sweet sour, ikan siakap ni kalau dibakar memang sedap. Isi dia lembut tapi bab nak membuang sisik tu agak leceh kalau beli yang belum disiang. Nasiblah kan struggle membuang sisik ikan. Nak senang pergi beli kat kedai yang boleh siang ikan siap-siap. Senang kerja masak nanti

3. Ikan KembungIkan kembung susah nak dapat sekarang  ni. Tak tahu lah kenapa. Setiap kali beli barang basah, yang ada cuma ikan spesis kembung macam ikan selar dengan ikan mambong. Ikan kembung ni terlajak laris. Harga dia pun boleh tahan mahal sekarang ni. Ohh lupa, sebab ikan kembung ni jenis ikan yang sedap dimasak apa pun. Sebab tu cepat habis. Dibakar kosong dengan garam pun sedap okay

4. Ikan BawalIkan bawal ni isi dia tak tebal dan tak lembut sangat pada Fiza. kalau dibakar tu seeloknya kena bungkus supaya isi dia tak hangus dan terlebih masak. Lebih sedap dibakar dengan sambal juga. Bakar kosong dengan garam dan serbuk kunyit agak kurang sedap rasanya. 
5. Ikan TenggalanPernah dengar ikan tenggalan? Atau mungkin ada nama lain kot. Tapi inilah nama ikan yang Fiza kenal sejak kecil sebab dari kecil dah biasa makan ikan sungai. Kalau dapat ikan tenggalan besar tu, memang di bakar terus la cerita dia. Perasakan dengan garam pun dah rasa manis isi ikan tu. Makan pulak dengan air asam atau sambal kicap memang terbaik lah rasa dia. 
Tapi ikan tenggalan ni banyak tulang. Leceh betul kalau nak makan tu. Jangan sampai tercekik tulang sudah lah. Dengar orang kata kalau ikan banyak tulang ni ikan yang sedap. Betul ke ek? Fakta ke auta entah. Ada yang tahu

Ada beberapa lagi jenis ikan yang sedap dibakar selain ikan cencaru, ikan siakap, ikan kembung, ikan bawal dan ikan tenggalan. Ini ikut citarasa Fiza je. Lain orang lain citarasa dia. Boleh juga bakar ikan merah, ikan jenahak, ikan kerapu dan banyak lagi jenis ikan. Ikan apa lagi yang sedap di bakar selain semua di atas

RESEPI IKAN BAKAR SAMBAL2 labu bawang besar *dikisar2 ulas bawang putih *dikisar1 inci halia *dikisar1 batang serai *dikisar4 sb cili kisar4 sb air asam jawa2 sb sos cili2 sb gula1/2 sk garamminyak masak
CARA BUAT SAMBAL IKAN BAKARKisar bahan-bahan yang bertanda *. Kisar halus ye baru sedap. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau dan garing sikit. Masukkan cili kisar, sos cili dan juga air asam jawa. Kacau rata dan biarkan sampai pecah minyak. Masak lama sikit lah macam tu. Sesekali kacau untuk elakkan hangit pada bahagian bawah sambal

Bila hampir masak baru perasakan dengan garam dan gula. Kacau sekejap dan tutup api. Kalau Fiza suka buat sambal ikan bakar ni lebih sikit buat stok. Bila nak bakar ikan senang sambal dan siap sedia tinggal perasakan ikan dengan garam dan serbuk kunyit je bakar dulu. Lepas tu baru lah letak sambal. So sambal dia tak hangus lah bila letak kemudian. Kalau bakar siap-siap memang hangus hangit sambal tu nanti

Nak sedap masak bungkus daun pisang dan daun kunyit. Kat bandar susah nak dapat dan pisang, kita bakar guna aluminium foil je la kan. Bakar 15 minit, kemudian terbalik kan tambah lagi 10 minit. Selepas 10 minit bukak bungkusan dan letakkan sambal. Tambah lagi 5 minit masak. Sedap dan mudah je awak-awak nak masak pun



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azhafizah.com/2020/05/5-jenis-ikan-yang-sedap-di-bakar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ikan Bakar Berempah Kita Bakar Sampai Masak

Resepi Ikan Bakar Berempah Kita Bakar Sampai Masak

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 639 hits
RESEPI IKAN BAKAR BEREMPAH KITA BAKAR SAMPAI MASAKBahan bahan
Resepi Ikan Bakar Bersambal Mudah Dan Panggang Guna Kuali

Resepi Ikan Bakar Bersambal Mudah Dan Panggang Guna Kuali

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 590 hits
Resepi ikan bakar bersambal mudah dan panggang guna kuali Apa menu korang hari ni Kalau dah jemu masakan bersantan kita buat ikan bakar pula nak Senang je menu ni yang teringin nak buat ikan bakar tapi tiada pemanggang Takpe kali ni kita ba...
Resipi Sup Ikan Ala Tom Yam Sedap Bagi Mereka Yang Tidak Sukakan Rasa Pedas

Resipi Sup Ikan Ala Tom Yam Sedap Bagi Mereka Yang Tidak Sukakan Rasa Pedas

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 663 hits
hi there rezeki sangat apabila adik ipar bagi banyak buah tomato dan kubis Jadi untuk tidak mensia siakan tomato tersebut mrs pip buat sup ikan tomato ataupun ala tom yam tidak pedas Teringin sangat mau makan sup tom yam malangnya anak anak...
Resepi 15 Jenis Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur

Resepi 15 Jenis Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 760 hits
Resepi 15 Jenis Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur Tak sangka yang kerabu ni punya daya tarikan yang bila kita tengok pun dah boleh buat rasa terliur apatah lagi kerabu yang menggunakan kerisik buatan sendiri dan beras sangai yang aromanya bua...
Dapur Fiezasani Resepi Sup Ikan Merah Mudah Dan Sedap

Dapur Fiezasani Resepi Sup Ikan Merah Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 499 hits
Percubaan pertama k fiezz masak sup ikan merah ni For info k fiezz mr hubby tak pernah makan pun ikan merah ni Tak tahu pun rasa dia sedap ke idak tapi k fiezz rasa sedap sebab harga dia mahal juga sekilo hehe Asyik masak ayam daging sotong...
Resipi Isi Ikan Masak Sos Thai Senang Dan Sedap Masak Guna Ikan Dori

Resipi Isi Ikan Masak Sos Thai Senang Dan Sedap Masak Guna Ikan Dori

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 1523 hits
hi semua resipi isi ikan masak sos thai ni senang dan sedap masak guna ikan dori sebabnya ikan dori tu kita boleh beli dalam bentuk kepingan kepingan yang kita akan potong kecil kecil nanti Selain itu ikan dori yang dijual dalam bentuk fila...
Pes Ikan Bakar Petai Adeqsue

Pes Ikan Bakar Petai Adeqsue

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 457 hits
AssalamualaikumPes Ikan Bakar Petai AdeqSue Sebelum ni saya ada share pes sos tiga rasa dari keluaran yang sama Jom jengah Kali ni saya cuba pes ikan bakar petai pulak Kita cuba pes yang mudah dan senang disediakan je Maklumlah berpuasa di ...
Bunyikan Hon Jika Mahu Beli Ikan Bakar

Bunyikan Hon Jika Mahu Beli Ikan Bakar

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 470 hits
Redzuan Muharamredzuan muharam hmetro com myHANYA perlu membunyikan hon sebagai isyarat untuk penghantar makanan berhenti sebelum berurus niaga di tepi jalan Itu idea diketengahkan Hisyam Md Jusoh 43 dan rakan kongsinya Noor Azman Wan 50 un...
13 Jenis Menu Nasi Yang Sedap Dan Disukai Rakyat Malaysia

13 Jenis Menu Nasi Yang Sedap Dan Disukai Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 772 hits
13 Jenis Menu Nasi Yang Sedap Dan Disukai Rakyat Malaysia Ada juadah nasi ni dibuat oleh sesetengah kita bila tiba hari istimewa seperti hari lahir ulang tahun perkahwinan ataupun pada hari perayaan tapi tak kurang juga menu nasi yang sedap...
Curang Itu Pilihan Tapiiii

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Five Fast Customs Selling Now On The Bike Exif Classifieds

Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang

Kajian Menunjukkan Kesan Teruk Rsv Ke Atas Orang Dewasa Di As Dorong Lebih Banyak Ujian Dan Vaksinasi

Menteri Kewangan Ii Rm12 8 Billion Wang Tak Dituntut Untuk Orang Awam

Rony Parulian Tak Ada Ujungnya Chord


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


A Comprehensive Guide To Marijuana Delivery In San Diego Quality And Transparency

Solat Kariah 16 Masjid Di Rembau Tak Sah Kerana Khatib Tertinggal Rukun Khutbah Jumaat

Polis Dua Remaja Hilang Di Puchong Malam Tadi

Mount Kinabalu Porter Represents Malaysia S Aspirations Against Global Ultra Trail Champions In Taiping

Local Woman Accused Of Egg Swap At Supermarket

Rita Rudaini Anggap Pelakon Baru Manja Campak Skrip Tengking Ke Itu Bukan Buli