Bunyikan Hon Jika Mahu Beli Ikan Bakar



Redzuan Muharam
[email protected]


HANYA perlu membunyikan hon sebagai isyarat untuk penghantar makanan berhenti sebelum berurus niaga di tepi jalan.

Itu idea diketengahkan Hisyam Md Jusoh, 43, dan rakan kongsinya, Noor Azman Wan, 50, untuk menjual ikan siakap bakar kepada pelanggan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bapa dua anak itu berkata, perniagaan berkenaan diusahakan bermula tiga hari sebelum Ramadan bagi mencari pendapatan demi kelangsungan hidup selepas tidak dapat meneruskan tugasan hakiki iaitu kerja pendawaian elektrik berikutan pelaksanaan PKP.


"Idea ini tercetus hasil perbincangan saya bersama rakan kongsi dan isteri dengan tujuan mencari pendapatan kerana tiada pekerjaan sewaktu musim PKP.

"Kebetulan tiada yang menjalankan perniagaan sama sekitar Tasek Gelugor, jadi kami tawakal mencuba dan niat sebenar adalah menjualnya dengan harga murah kepada penduduk setempat

"Mulanya, kami cuba iklankan perniagaan di Facebook (FB) tetapi memikirkan faktor masa dan jarak jauh untuk membuat penghantaran, tercetuslah idea meletak nombor telefon pada kotak di belakang motosikal," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, selain memaparkan nombor telefon, kotak di belakang motosikal juga tertera perkataan yang boleh 'memancing' pelanggan membeli hanya dengan menekan hon kenderaan.

Katanya, kaedah itu digunakan bertujuan memudahkan urus niaga antara pelanggan dan penghantar makanan selain melariskan jualan.

"Kerja membersih, menyediakan ramuan dan membakar ikan dilakukan saya bersama rakan kongsi manakala, anak saudaranya membantu membuat penghantaran.

"Kebetulan, rumah kami berhampiran dengan kedai menjual ikan, jadi tidak sukar mendapatkan bekalan dan buat masa ini, penghantaran dilakukan di sekitar Tasek Gelugor, Kepala Batas, Padang Serai, Seberang Jaya dan Pokok Sena.

"Alhamdulillah, dalam sehari antara 20 hingga 50 ekor ikan terjual dan permintaan bertambah selepas tularnya gambar penghantar makanan itu di laman sosial.

"Terima kasih kepada warganet yang memberi sokongan dan saya bersama rakan kongsi kini merancang membuka kedai seandainya perniagaan kami usahakan terus mendapat sambutan," katanya.

Sementara itu, Norfaeezi Nordin, 28, yang ditugaskan sebagai penghantar makanan berkata, pada mulanya, kotak yang ada di motosikal tidak memaparkan nombor telefon atau sebarang perkataan boleh menarik perhatian pelanggan.

"Sebelum ini, kotak kosong saja tanpa tulisan tetapi kita cuba buat kelainan dengan memaparkan nombor telefon bersama perkataan yang boleh menarik perhatian orang ramai ketika di jalan raya.

"Jadi, di samping menghantar pesanan ke rumah pelanggan, mereka yang berminat boleh membeli ikan bakar dijual hanya dengan menekan hon sebagai isyarat.

"Bagaimanapun, saya akan mencari kawasan selamat sebelum memberhentikan motosikal dan dan setakat ini, idea diketengahkan itu berhasil menarik pelanggan," katanya.

Kredit Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/bunyikan-hon-jika-mahu-beli-ikan-bakar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikan Salmon Dan Kambing Bakar Air Fryer

Ikan Salmon Dan Kambing Bakar Air Fryer

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 897 hits
Air Fryer musim PKP ni dengar ceritanya laku keras Boleh masak macam macam guna Air Fryer termasuk bakar ikan bakar kambing kek cheesecake Pengalaman saya dengan air fryer ni bermula dari waktu saya di lagi Tapi jarang jarang pakai sebab ka...
Resepi Sata Ikan Asli Terengganu Goreng Boleh Bakar Pun Boleh

Resepi Sata Ikan Asli Terengganu Goreng Boleh Bakar Pun Boleh

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 924 hits
RESEPI SATA IKAN ASLI TERENGGANU GORENG BOLEH BAKAR PUN BOLEHSATA IKAN SATEY IKAN Dah takyah nak pergi terengganu dah lepas ni buat sendiri jeps Bahan bahan
Resepi Ikan Bakar Berempah Kita Bakar Sampai Masak

Resepi Ikan Bakar Berempah Kita Bakar Sampai Masak

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 680 hits
RESEPI IKAN BAKAR BEREMPAH KITA BAKAR SAMPAI MASAKBahan bahan
Resepi Ikan Bakar Bersambal Mudah Dan Panggang Guna Kuali

Resepi Ikan Bakar Bersambal Mudah Dan Panggang Guna Kuali

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 634 hits
Resepi ikan bakar bersambal mudah dan panggang guna kuali Apa menu korang hari ni Kalau dah jemu masakan bersantan kita buat ikan bakar pula nak Senang je menu ni yang teringin nak buat ikan bakar tapi tiada pemanggang Takpe kali ni kita ba...
Ikan Kembung Rebus Air Asam

Ikan Kembung Rebus Air Asam

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 1554 hits
Rezeki dari Allah swt kata mak saudara ana di kampung bila bercerita tentang ikan kembung atau ikan pelaling yang murah dan banyak sungguh di jual sepanjang PKP kini Kalau di Teluk Intan mak bagitau sekilo cuma RM5 sahaja Di Selangor ni unt...
Penternak Akuakultur Terima 100 Kilogram Anak Ikan

Penternak Akuakultur Terima 100 Kilogram Anak Ikan

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 322 hits
Dr Azman meninjau keadaan ternakan ikan Oleh Hidayah AzlinKUALA TERENGGANU 30 April Kerajaan Terengganu sedang giat mengagihkan 100 kilogram anak ikan kepada semua penternak akuakultur bagi meringankan beban golongan terjejas itu dalam temp...
Resepi Asam Pedas Ikan Pari Meletop Sedap

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Meletop Sedap

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 642 hits
Resepi Asam Pedas Ikan Pari Meletop Sedap Assalamualaikum dan Selamat Pagi Hai reader semua Anda tak tahu nak masak apa untuk berbuka bolehlah cuba resepi yang ingin Bonde kongsikan ini This is a content summary only Visit my website for fu...
Barreleyes Ikan Berkepala Lut Sinar

Barreleyes Ikan Berkepala Lut Sinar

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 714 hits
Barreleyes yang lebih dikenali dengan gelaran ikan hantu bersaiz kecil dan hidup di laut dalam Kepalanya yang lut sinar membolehkan mata ikan tersebut menerima lebih banyak cahaya untuk menajamkan penglihatannya rilekrilek
Resepi Ikan Goreng Berlada Campur Petai

Resepi Ikan Goreng Berlada Campur Petai

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 1831 hits
Hai guys kembali lagi dengan menu seterusnya iaitu ikan goreng berlada tambah petai Petai ni masak dengan apa pun memang best sangat kan Kisahnya husband saya ada belikan ikan talapia 2 ekor agak murah harganya rm10 ringgit seekor Ok la kan...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Normalisasikan Wanita Tegur Ibu Beri Anak Makanan Belum Dibayar

Dendam Kena Paksa Belajar Pelajar Spm Mengamuk Ibu Dan Abang Jadi Mangsa

Malaysia Negara Ke 10 Paling Menakutkan Untuk Memandu

Sajikan Dengan Keaslian Jadikannya Rasa Italian Meraikan Warisan Kulinari Itali Di B I G Publika

Resepi Ayam Kukus Mudah

Sedap Rupanya Daging Berlengas Berselera Encik Suamiku Makan