13 Jenis Menu Nasi Yang Sedap Dan Disukai Rakyat Malaysia


13 Jenis Menu Nasi Yang Sedap Dan Disukai Rakyat Malaysia | Ada juadah nasi ni dibuat oleh sesetengah kita bila tiba hari istimewa seperti hari lahir, ulang tahun perkahwinan ataupun pada hari perayaan tapi tak kurang juga menu nasi yang sedap ni dibuat pada hari-hari biasa malah juadah nasi ni boleh kita dapatkan di kedai apatah lagi sekarang kalau malas memasak kita cuma boleh tempah melalui atas talian atau nak lebih jimat kita masak jer.  Mungkin himpunan resepi 13 Jenis Menu Nasi Yang Sedap Dan Disukai Rakyat Malaysia ni mampu memberi semangat kita untuk memasak sendiri.  Selamat mencuba
1. Resepi Nasi Daging
2. Resepi Nasi Kacang
3. Resepi Nasi Lemak Lemuni
4. Resepi Nasi Tomato
5. Resepi Nasi Minyak
6. Resepi Nasi Butter
7. Resepi Nasi Ayam
8. Resepi Nasi Kerabu
9. Resepi Nasi Dagang
10. Resepi Nasi Hujan Panas
11. Resepi Nasi Arab
12. Nasi Ambeng (tiada resepi)
13. Resepi Bubur Lambuk (kombinasi resepi bonda & mertua)

13 Jenis Menu Nasi Yang Sedap Dan Disukai Rakyat Malaysia1. Resepi Nasi Daging
13 Jenis Menu Nasi Yang Sedap Dan Disukai Rakyat Malaysia
credit pix Che NomBahan-bahan:-
3 sudu minyak sapi
2 sudu rempah kurma
2 biji buah tomato - dipotong dadu
1 helai daun pandan
½ tin susu cair
1 ketul kiub sup daging
1 batang serai, dititik
Daun ketumbar, dipotong panjang
sedikit kismis hitam

bahan untuk ditumis
1 biji bawang besar - hiris nipis mcm nak makan laksa
5 ulas bawang putih - dicincang
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang,
3 batang bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan untuk rebusan daging:
240 gm daging batang pinang
2 sudu rempah kurma
2 inci halia, hiris nipis
Air

Cara membuatnya:-
Rebus daging bersama rempah kurma dan halia sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.Panaskan minyak sapi di dalam kuali, masukkan semua bahan tumisan, masak hingga bawang tu kekuningan dan naik bau wangi.  Masukkan rempah kurma dan perlahankan api, kacau hingga rempah masak, serai dan masukkan daun pandan.  Masukkan beras dan kacau seketika. Tutup api dan pindahkan ke periuk berisi nasi, tambah air rebusan daging dengan sukatan yang biasa kita masak nasi, susu cair, serta daun ketumbar.  Tutup periuk dan biarkan nasi dimasak.  Bila nasi dah kering, buka penutup dan gembur nasi biarkan rata dan sebati.  
Air Asam Kerisik
10 biji cili merah, dihiris halus
5 biji cili api , dihiris halus
2 inci belacan, dibakar
2 sudu kerisek
1 biji tomato potong dadu
sedikit jus limau
air asam jawa setengah cawan
sedikit gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya:-
Gaul kesemua bahan didalam mangkuk dan biarkan ia sebati

Nak resepi Nasi Lemak dan Sambal Sedap, baca SINI


2. Resepi Nasi Kacang
Nasi kacang ni kesukaan kekanda saya yang ke 4 dan setiap kali Aidil Fitri memang nasi kacang menjadi menu dia sekeluarga dan semestinya dibawa ke rumah bonda untuk ahli keluarga yang lain.
13 Jenis Menu Nasi Yang Sedap Dan Disukai Rakyat Malaysia
pix kredit jendeladapursurianti.blogspot
Bahan-bahan:-
3 cawan Beras Basmathi,dicuci, rendam 30min dan toskan
⅔ cawan kacang dhal, direbus hingga empuk dan toskan
3½ cawan air
¼ cawan susu cair
serbuk kunyit
garam secukup rasa

Bahan untuk ditumis
1 kuntum bunga lawang
2 tangkai bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 helai daun pandan, disimpul
1 labu bawang besar, dipotong dadu
1 inci halia, dihiris memanjang
3 sudu minyak sapi Ghee

Bahan hiasan
Bawang goreng

Cara membuatnya:-
Panaskan minyak sapi didalam periuk atau kuali, tumis bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau wangi.  Masukkan bawang dan halia, tumis hingga wangi dan keperang-perangan.Masukkan beras serta serbuk kunyit dan gaul hingga sebati kemudian masukkan kacang dhal, gaul hingga sebati.Sekiranya menggunakan kuali, pindahkan semua bahan ke dalam rice cooker, masukkan air (sukat air mengikut kebiasaan) serta susu cair dan garam secukup rasa. Tanak nasi hingga masak. Cadangan lauk : Acar Rampai, Gulai Daging, Ayam Masak Merah, Acar Buah


3. Resepi Nasi Lemak Lemuni
Nasi lemak lemuni kegemaran saya dan adik beradik dan bila bonda cakap dia nak masak jer memang kami tak lepas peluang dan tiada lauk lain yang menambat hati iaitu sambal ikan bilis bonda dan kalau ada telur masin tu kira bonus dah tu dapat pulak ikan gelama jeruk memang tak panggu kepala dah!

13 Jenis Menu Nasi Yang Sedap Dan Disukai Rakyat Malaysia
pix kredit FHA Selemak SantanBahan-bahan:-
4 pot beras, dibasuh
8 tangkai daun lemuni
200ml santan segar
1 inci halia, di hiris nipis
1 batang serai, dititik
1 labu bawang besar, dimayang
2 ulas bawang putih, dihiris
1 helai daun pandan, dibasuh dan disimpul
1 sudu teh halba
sedikit garam

Cara membuatnya:-
Daun lemuni dibasuh dan dikisar dengan air (lebih kurang 11/2 pot air) hingga halus. Masukkan beras, air, bawang besar, bawang putih, halba dan halia serta daun pandan ke dalam periuk nasi dan air daun lemuni dan garam secukup rasa.  Masak seperti memasak nasi lemak biasaCadangan lauk nasi lemak lemuni pastinya sambal ikan bilis yang garing atau sambal sotong kering


4. Resepi Nasi Tomato
Kali pertama dan terakhir buat nasi tomato masa Allahyarham Abah masih ada dan waktu dia sihat berkunjung ke rumah, sungguh berselera dia makan ditemani mak sesambil dia bercerita dan bergurau senda...ahhh rindu abah!
13 Jenis Menu Nasi Yang Sedap Dan Disukai Rakyat Malaysia
pix kredit https://norazlitaaziz.blogspot.com/Bahan-bahan:-
5 pot beras biasa atau beras bashmati - dicuci dan ditoskan
1 ½ sudu minyak sapi atau mentega atau marjerin (kalau tak guna minyak pun ok)
½ cawan susu cair
2 sudu tomato puri
air - ikut sukatan beras
4 biji tomato - dipotong dadu
daun pandan - disimpul
daun ketumbar (kalau suka)

Bahan untuk ditumbuk/kisar
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 inci halia

Bahan untuk menumis:-
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis

Cara membuatnya:-
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia didalam periuk yang berisi minyak sapi sampai naik bau dan berwarna kuningMasukkan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manisMasukkan tomato dan tomato puri, digaul rataMasukkan beras beserta air, daun pandan  dan susu cair di dalam periuk nasi serta garamBahan yang ditumis tadi dicampurkan ke dalam periuk nasi, masukkan daun ketumbar (kalau suka) dan dikacau hingga sebati dan ditutup biar masak macam biasaBuka penutup periuk dan gembur nasi dengan perlahan-lahan supaya nasi tidak hancurCadangan lauk : Acar Rampai dan Ayam Masak Merah


5. Resepi Nasi Minyak
Resepi Nasi Minyak  dari FB Sheila Rusly

Bahan-bahan Nasi Minyak:-
3 pot beras
3 pot air
3 pot fresh milk
3 sudu besar mentega
3 sudu bawang & halia blend (bawang holland & bawang putih sikit je serta sedikit halia)
Rempah 4 beradik (kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga)
2 sudu besar Sos tomato @ tomato puri
1 helai daun pandan
Secubit garam, gula & ajinomoto utk perasa ikot selera masing2

Cara membuatnya:-
Panaskan kuali & cairkan mentega.Tumis bhn rempah 4 beradik sehingga naik bau.Masukkan bawang & halia blend. Tumis hingga garing.Masukkan sos tomato @ tomato puri. Kacau sehingga sebati. Optional. tak letak pun tak apa. Ni versi syMasukkan air & susu cair. Biarkan mendidihSementara tu blh basuh beras. Potong daun pndan pendek2 & masukkan dlm periuk kemudian masukkan kesemua bahan tumis yg dh mendidih td.Masak nasi sehingga masak. InshaALLAH lembut nasi minyak tu.Biarkan seketika & taburkan pewarna. Biarkan lg bru kacau.Kaup & kacau nasi dr tepi periuk baru nasi x pth. Sy guna beras Basmathi.

6. Resepi Nasi Butter

13 Jenis Menu Nasi Yang Sedap Dan Disukai Rakyat Malaysia
pix sumber GoogleBahan untuk nasi
3 pot beras
½ tin susu cair.
½ ketul butter
4 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukup rasa

Bahan untuk hiasan
Bawang goreng
Daun sup dan daun bawang, dihiris
Cili merah, dihiris

Cara membuatnya:-
Panaskan butter dan tumis bawang merah dn sedikit halia. Bila bawang sudah kekuningan, masukkan beras dan kacau hingga sebatiTuangkan nasi ke dalam periuk nasi, masukkan air, susu dan garam secukup rasa.  Air kena lebih sedikit dari biasa.Gembur nasi supaya nasi masak sepenuhnya dan sempuran.Hidangkan nasi dengan taburan bawang goreng, daun bawang, daun sup dan cili merah.Cadangan : Nasi Butter sedap dimakan dengan Ayam Goreng Berempah dan coleslaw ala nasi ayam KFC

7. Resepi Nasi Ayam
13 Jenis Menu Nasi Yang Sedap Dan Disukai Rakyat Malaysia
pix credit GoogleBahan A:
5 pot beras - dibasuh seperti biasa dan letak tepi
Ketulan lemak ayam - panaskan dan ambil minyak ayam - saya tambah
5 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
½ - 1 kiub serbuk pati ayam
1 sudu kecil garam
Secubit gula
Rempah penumis - 1 bunga lawang, 2 buah pelaga, 1 kulit kayu manis
2 helai daun pandan, dibasuh dan disimpulkan
Daun sup
Sedikit kunyit

Bahan B:
1 ekor ayam - dipotong 8 (ikut kesukaan sendiri ya)
5 ulas bawang putih - diketuk
2 inci halia - dihiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 sudu besar kicap cair
garam secukupnya

Cara memasak Nasi Ayam:

Rebus ayam, halia, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengih dan buah pelagaBila air rebusan mengelegak, angkat dan toskan ayamCedukkan air rebusan ayam kedalam rice cooker, ikut separas 1½ ruas jari, secubit kunyit dan daun pandan serta daun bawang yang dipotong.  Masakkan nasi seperti nasi biasa.  Kalau tak nak nasi berwarna kuning, tak perlu letak kunyit Buka penutup rice cooker dan kacau nasi, supaya kunyit tu sama rata dalam nasi dan tambah air rebusan jika perlu, tutup periuk dan dibiar hingga masak.Ayam yang ditoskan tadi dilumurkan kicap cair dibakar atau digoreng hingga masak. Pastikan ayam tu tenggelam dalam minyak yang banyak sewaktu memasak atau  ayam boleh juga dibakar dengan suhu 180°C selama 30 minit
Hiasan
Daun salad, Timun, Tomato, Daun sup & daun bawang, diracik, bawang goreng

Bahan C - sambal cili:
5 tangkai cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia - saya tambah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 sudu kecil gula atau secukup rasa
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomota - opsyenal saya tambah

Blend cili padi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.

Bahan D - sambal Kicap
Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan gula. Angkat.
Kuah Sup
Jeruk kubis
Garam
Serbuk pati ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur

Separuh air rebusan ayam dimasak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk pati ayam.
Tabur potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.

Kredit : sebahagian resepi dari Azie Kitchen



8. Resepi Nasi Kerabu
Nasi kerabu ni saya paling suka makan dengan ikan goreng tepung yang saya beli di kawasan perumahan dan pernah beberapa kali memakan nasi kerabu dengan ikan selayang goreng berlada yang ada rasa sedikit masam yang didatangkan dari Temerloh oleh seorang rakan sepejabat dulu.
13 Jenis Menu Nasi Yang Sedap Dan Disukai Rakyat Malaysia
pix sumber GoogleBahan untuk nasi
5 pot beras
Air secukupnya
5 kuntum bunga telang
2 helai daun pandan

Caranya : 
Bunga telang dibersihkan dibuat tampuknya dan dikisar dan ditapis. Air tapisan dicampurkan ke dalam beras, ditanak samada menggunakan rice cooker atau periuk dengan sukatan air seperti memasak nasi biasa.  Masukkan daun pandan bagi memberi aroma yang lebih menarik.

Ulam ulaman : Kubis, Timun, Kacang panjang, Daun kesum,  Bunga kantan dihiris halus

Bahan lain:-
Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk
Kuah Sambal Tumis

Bahan-bahan untuk sambal kelapa:-
½ biji kelapa parut dan disangai hingga perang dan tumbuk
5 ekor ikan selayang-direbus, buang tulang, ambil isinya dan disangai hingga agak garing
5 ulas bawang merah*
2 batang serai-hiris nipis*
1" halia*
1/2 sdt lada hitam*
1 sdt garam*
1/2 keping gula melaka-hiris halus*
1 sdb gula pasir *-(bahan yang bertanda* perlu ditumbuk lumat)
Sedikit serbuk perasa

Cara membuatnya:- Masukkan bahan yang ditumbuk, kelapa goreng dan ikan ke dalam mangkuk. Gaul mesra dan rasakan masin dan manisnya..jika sudah ok ketepikan.


Bahan tumis:
2 cawan santan pekat
5 ulas bawang merah*
1" halia*
1 batang serai-hiris halus* (bahan yang bertanda * perlu dikisar halus)
1 senduk kecil cili kering yang telah dikisar
3 sdb budu
1 keping asam gelugor
Garam,gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara:

Masukkan santan ke dalam periuk dan masak hingga pecah minyak.Masukkan bahan kisar serta cili kering dan kacau hingga sebati.Masukkan budu,asam gelugor,garam,gula dan serbuk perasa.Masak hingga pekat dengan api yang perlahan,perlu dikacau sekali sekala supaya bahagian bawahnya tidak hangit ....sesuaikan rasanya dan bolehlah ditutup apinya.

Bahan untuk Air lada:
10-15 biji cili siam/cili padi
3 sdb gula
1sdk garam
1/2 cawan cuka/secukupnya-biar belender boleh berpusing

Caranya:-  Blender semua bahan tetapi jangan terlalu hancur,biar kasar2 skit. Tuang dalam mangkuk...sesuaikan rasanya..biar manis dan masinnya seimbang.Siap
Budu
1 mangkuk kecil budu diperah dengan sedikit limau nipis.

kredit sebahagian resepi dari MamaMia Kitchen


9. Resepi Nasi Dagang
13 Jenis Menu Nasi Yang Sedap Dan Disukai Rakyat MalaysiaBahan-bahan:-
300 gm beras nasi dagang
200 gm beras pulut ( campur kedua2nya)
4 ulas bawang merah
1 inci halia 1 batang serai
1 sudu halba
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
Garam dn gula secukup rasa

Cara membuatnya:-
Rendam beras nasi dagang dan pulut dlm 3@4 jamMayang bawang merah,halia dn serai nipis-nipisMasak santan pekat dgn ½ sudu teh garam, bwng dan halia.Bila dah mendidih..angkat ketepikn dluPanaskan periuk kukusan..masukkn kedua2 beras td..kukus hingga separuh masak..kluarkn, gaul dgn santan pekat yg telah di campurkn dgn bwng td.time ni bole tmbah gula. Kukus lg dlm 10 minit, keluarkan..msukkn santan cair..kukus lg hingga masak..kukus smp betul2 masak..
Kalau makan nasi dagang, kena ada gulai ikan tongkol atau orang Pantai Timur sebut ikan aye dan acar timur, nak resepi, baca SINI 



10. Resepi Nasi Hujan Panas

13 Jenis Menu Nasi Yang Sedap Dan Disukai Rakyat MalaysiaBahan B:-
4 cawan beras basmati
4 cawan air
½ cawan susu cair
1 kiub pati ayam
3 biji tomato (Dicencang)
Pewarna hijau, merah,  dan kuning
1 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan marjerin
Garam secukup rasa

Bahan B (Tumisan)
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1 batang serai (Diketuk)
2 helai daun pandan (Disimpul)

Cara menyediakan dan memasak:

Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan.Panaskan minyak sapi dan marjerin di dalam periuk ataupun kuali.Tumiskan bahan B sehingga wangi.Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendidih.Masukkan susu cair, kiub ayam, tomato, dan beras. Kacau rata. Masakkan seperti nasi biasa.Apabila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada setiap tempat yang berlainan.Biarkan nasi masak dan kering. Kemudian gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.Hiaskan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang.Nasi Hujan Panas sedap digandingkan dengan Ayam Masak Merah


11. Resepi Nasi Arab
13 Jenis Menu Nasi Yang Sedap Dan Disukai Rakyat Malaysia
pix SirapLimau
Bahan-bahan:- (untuk direbus)
Ayam ½ekor potong 2
1 kiub ayam
1 biji tomato belah 4
1 biji cili hijau belah 4 (td saya guna yang merah sebab lupa beli hijau)
1 batang kulit kayu manis
½ sudu jintan manis biji
½ sudu biji ketumbar
½ sudu lada hitam biji

Cara-cara
Mula-mula rebus semua bahan dalam air tengelam ayam sehingga 30 minit, garam sesudu.
Kemudian angkat, toskan ayam lumur dengan serbuk kunyit, madu dan sedikit garam dan diperap

Bahan Tumisan Nasi
Minyak sapi / butter / minyak masak
2½ pot beras basmathi yang telah di rendam ±30 min (kalau beras biasa rendam 5-7 min saja)
½ sudu biji ketumbar
½ sudu jintan manis
½ sudu lada hitam

Cara-cara
Untuk nasi, mula-mula kita tumis bahan sehingga naik bau, kemudian masukkan beras dan kacau ± 1 minit.Masak Nasi Bersama Ayam - alihkan ke rice cooker. Masukkan air rebusan dan ayam di atas sekali. Sukatan air rebusan macam masak nasi biasa. (Kalau guna beras biasa, sukatan air rebusan tu sama dengan kuantiti beras.)Akhir sekali tabur sedikit daun ketumbar di atas ayam. Nanti baru keluar baunya yang sedap sangat.
Bahan-bahan untuk salad
Timun di buang biji tengah
Tomato di potong dadu
Bawang besar racik halus
Garam dan perahan lemon

Cara-cara
Gaulkan semua sayuran yang dah dipotong bersama perahan lemon dan garam.


Bahan-bahan untuk sambal:-
3 batang cili besar merah
3 batang cili padi merah
Tomato
Daun ketumbar
Perahan lemon
Garam / gula

Cara-cara
Blend cili, tomato dan daun ketumbar.
Kemudian perasakan dengan garam, gula dan perahan lemon.

kredit sirap limau.com


12. Nasi Ambeng

Nasi ambeng, hidangan istimewa masyarakat jawa dengan nasi putih dihidang didalam dulang bersama lauk – pauk yang mengelilingi nasi putih tersebut.

Antara lauk – pauk yang disajikan bersama adalah sambal goreng, bergedil, ikan goreng telur rebus, tempe goreng, mee atau bihun goreng, urap, serunding kelapa dan opor ayam. Biasanya nasi ambeng disajikan di majllis – majlis kenduri sebagai tanda kesyukuran. Nasi ini jika dimakan menggunakan dulang akan dipanggil nasi ambeng, namun jika dibungkus dan dibawa pulang oleh tetamu ia akan dinamakan ‘berkat’.

13 Jenis Menu Nasi Yang Sedap Dan Disukai Rakyat MalaysiaKebiasaanya  hidangan ini akan dimakan beramai – ramai antara empat hingga lima orang dewasa menggunakan tangan sahaja tanpa menggunakan sudu mahupun garfu.

Nasi ambeng ini turut membawa pengertian agar setiap orang atau semua pihak dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Nasi ambeng ini semakin popular dan diminati ramai terutama dari kalangan yang berketurunan jawa yang sememangnya ramai di Malaysia.


13. Resepi Bubur Lambuk (kombinasi resepi bonda & mertua)
Bubur Nasi ni selalunya bila kami rasa tak sedap badan, macam nak demam memang bonda akan buatkan bubur nasi lepas tu makan waktu suam-suam terus masuk ke perut..uishh sedap. Kalau ibu mertua pulak dia buat bubur nasi lain sikit dengan menanak nasi dahulu seperti tanak nasi biasa dan kemudian dia tumis bahan-bahan dan nasi yang ditanak dimasukkan kemudian
13 Jenis Menu Nasi Yang Sedap Dan Disukai Rakyat MalaysiaBahan-bahan:-2 pot beras, dibasuh dan ditanak
1 sudu lada hitam, ditumbuk kasar

Bahan untuk ditumis:-
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas, diketuk
2 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
rempah 4 beradik (2x cengkih, 1x bunga lawang, 1x kulit kayu manis, 2x buah pelaga)
1 sudu kecil halba
1 senduk minyak masak
150gm  ayam, dipoton gkecil
½ cawan udang kering merah
garam secukup rasa

Bahan hiasan:-
Dauh sup, daun bawang (dihiris), cili masak (dihiris), bawang goreng, telur masin, lobak asin, bawang putih, dipotong dadu dan digoreng

Cara penyediaan:-

Tanak nasi seperti biasa. Bila nasi dah kembang, tutup api dan biarkan.Panaskan minyak, tumis bawang, rempah 4 beradik hingga naik bau wangi, masukkan isi ayam, bila ayam sudah nampak masak, masukkan nasi yang telah ditanak bersama 3 cawan air serta lada hitam dan halba.Masak hingga mendidih dan kemudian masukkan udang kering (kalau suka). Masukkan garam secukup rasa.Cadangan lauk : Telur masin, ikan jeruk masin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2020/05/13-jenis-menu-nasi-yang-sedap-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
25 Jenis Biskut Dan Kuih Raya Popular Rakyat Malaysia

25 Jenis Biskut Dan Kuih Raya Popular Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 971 hits
Assalamualaikum Bila dekat nak raya mesti ramai yang sibuk buat kuih raya Tapi tradisi buat kuih raya nie Fiza dapat rasa masa zaman kanak kanak dulu Mak buat kuih kita tolong sibuk Lepas tu bila beraya ziarah rumah saudara ada biskut raya ...
Maggi Agihkan Bubur Lambuk Kepada 120 000 Rakyat Malaysia

Maggi Agihkan Bubur Lambuk Kepada 120 000 Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 388 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraProgram MAGGI Bubur Lambuk Langkah Seterusnya dalam Program Bantuan Nestl Cares COVID 19 Kali ini aku nak berkongsi dengan anda semua salah satu usaha murni yang dilakukan oleh salah satu pengeluar mi sege...
Menu Berbuka Nasi Hujan Panas

Menu Berbuka Nasi Hujan Panas

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 753 hits
AssalammualaikumSalam ramadan ke 12 Alhamdulillah rezeki berbuka kami kali ini nasi hujan panasayam masak merah acar ketam buttermilk kuih mochiUlangan masak ketam buttermilk sebab Mr Velentine syamimi dan wani suka makan ketam masak butter...
Rahsia Resepi Set Nasi Tomato Yang Sedap Hanya Guna Bahan Asas

Rahsia Resepi Set Nasi Tomato Yang Sedap Hanya Guna Bahan Asas

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 516 hits
Rahsia Resepi Set Nasi Tomato Yang Sedap Hanya Guna Bahan AsasWalaupun berkali mencuba ada waktunya kita masih tercari cari resipi nasi tomato dan ayam masak merah yang bukan hanya sedap bahkan cara membuatnya juga cukup mudah
Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Orang Kahwin Paling Sedap Cepat Senang Ini Rahsianya

Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Orang Kahwin Paling Sedap Cepat Senang Ini Rahsianya

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 395 hits
Walaupun berkali mencuba ada waktunya kita masih tercari cari resipi nasi tomato dan ayam masak merah yang bukan hanya sedap bahkan cara membuatnya juga cukup mudah Resipi set Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah yang dikongsikan oleh ini palin...
Nasi Dagang Resipi Asli Terengganu Untuk Juadah Hari Raya Memang Sedap

Nasi Dagang Resipi Asli Terengganu Untuk Juadah Hari Raya Memang Sedap

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 522 hits
Nasi dagang antara salah satu juadah wajib ketika hari raya di sebelah pantai timur Kalau berkunjung ke rumah sanak saudara pasti akan dihidangkan dengan nasi dagang Bagi yang teringin nak makan nasi dagang untuk juadah hari raya apa kata a...
Telur Dadar Berkeju Resepi Kesukaan Rakyat Malaysia

Telur Dadar Berkeju Resepi Kesukaan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 392 hits
Telur Dadar BerkejuIni adalah salah satu resepi yang menjadi kesukaan ramai rakyat MalaysiaBahan bahan
Grandmama S Malaysia Membawa Pulang Suasana Perayaan Untuk Set Menu Ramadan

Grandmama S Malaysia Membawa Pulang Suasana Perayaan Untuk Set Menu Ramadan

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 738 hits
Grandmama s Malaysia Membawa Pulang Suasana Perayaan Untuk Set Menu Ramadan Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Berbuka puasa hari ini nak makan apa ya Haa Kalau rasa nak pesan makan atau malas memasak pesan je makanan dekat Grandmama s Ma...
Rakyat Malaysia Sambut Aidilfitri Cara Berbeza Di Taiwan

Rakyat Malaysia Sambut Aidilfitri Cara Berbeza Di Taiwan

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR 21 Mei Berbaki dua hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri sudah pasti lebaran kali ini mencipta sejarah baharu dan memberikan suasana berbeza apabila masyarakat terpaksa beraya dalam keadaan Perintah Ka...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids