5 Idea Wanpaku Sandwic Yang Sedap Mudah Mengenyangkan
Wanpaku Sandwic atau juga dikenali sebagai Wanpaku Sando adalah sandwic stail terbaru dari Jepun yang sedang trending dan jadi ‘kegilaan’ ramai di seluruh dunia. Dihasilkan dari kepingan roti yang dilapis dengan pelbagai jenis sayur dan bahan-bahan berwarna warni, sajian Wanpaku Sandwic ini tentunya antara sajian sihat yang anda boleh cuba.
Sesuai dinikmati pada bila-bila dan boleh menggunakan apa sahaja bahan kegemaran untuk dijadikan inti. Bagi anda yang nak cuba, lima idea Wanpaku Sandwic perkongsian saudari Cik Merpati Putih ni boleh dicuba.
1. WANPAKU SANDWIC ( INTI TUNA, TAUHU, AYAM REBUS & TELUR HANCUR)
BAHAN-BAHAN:
Roti wholemealIsi tuna dalam tin (yang ada mayones)Tauhu goreng – masak guna minyak zaitunIsi ayam rebus – rebus bersama garamTelur hancurSalad secukupnyaHirisan kubis unguHirisan lobak merahCARA PENYEDIAAN:
1. Ambil roti dan susun bahan-bahan secara berselang-seli.
2. Balut menggunakan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas.
3. Potong dua menggunakan pisau roti. Sedia untuk dinikmati.
2. WANPAKU SANDWIC ( INTI AYAM GRILL, TAUHU & KACANG MERAH)
BAHAN-BAHAN:
Roti wholemealTauhuBean merah / kacang panggangMayones (kewpie pink)Kubis unguLobak merahSaladBAHAN AYAM GRILL:
Isi ayamGaram secukup rasaBAHAN KISAR ( Ikut jumlah ayam yang digunakan):
Bawang merahBawang putihSeraiStevia ( pengganti gula)Cili kering kisarCARA PENYEDIAAN:
1. Gaul isi ayam bersama garam dan bahan-bahan kisar. Perap seketika kemudian panggang hingga masak.
2. Ambil roti dan susun isi ayam panggang dan bahan-bahan lain secara berselang-seli. Picit mayones dengan secukupnya.
4. Balut menggunakan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas.
3. Potong dua menggunakan pisau roti. Sedia untuk dinikmati.
3. WANPAKU SANDWIC ( INTI AYAM GRILL & TELUR MATA KERBAU)
BAHAN-BAHAN:
Roti wholemealAyam grill – boleh guna resipi diatasTelur mata kerbauMayones (kewpie) secukupnyaHirisan kubis unguSaladLobak merahCARA PENYEDIAAN:
1. Ambil roti dan susun isi ayam panggang, telur mata kerbau dan bahan-bahan lain secara berselang-seli. Picit mayones dengan secukupnya.
2. Balut menggunakan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas.
3. Potong dua menggunakan pisau roti. Sedia untuk dinikmati.
4. WANPAKU SANDWIC ( INTI AYAM GRILL & TELUR HANCUR MAYONES)
BAHAN-BAHAN:
Roti wholemealAyam grill – boleh guna resipi diatasTelur hancur – digaul dengan mayones kewpieSaladKubis unguLobak merahCARA PENYEDIAAN:
1. Ambil roti dan susun isi ayam panggang, telur hancur dan bahan-bahan lain secara berselang-seli.
2. Balut menggunakan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas.
3. Potong dua menggunakan pisau roti. Sedia untuk dinikmati.
5. WANPAKU SANDWIC ( INTI SARDIN, AYAM REBUS & TELUR HANCUR)
BAHAN-BAHAN:
Roti wholemealSardin – dimasak dan dihancurkanAyam rebus – direbus dengan garamTelur hancurHirisan bawang merahSaladKubis unguLobak merahCARA PENYEDIAAN:
1. Ambil roti dan susun salad, sardin, isi ayam rebus, telur hancur dan bahan-bahan lain secara berselang-seli.
2. Balut menggunakan kertas minyak atau aluminium foil dengan kemas.
3. Potong dua menggunakan pisau roti. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Cik Merpati Putih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/10/5-idea-wanpaku-sandwic-yang-sedap-mudah.html