5 Healthy Food Yang Tidak Sihat Langsung



Manfaat mengamalkan pemakanan sihat tidak dapat dinafikan lagi. Namun dalam rentak kehidupan yang pantas hari ini, kadang kala agak sukar untuk seseorang mencari dengan teliti alternatif lebih sihat untuk dijadikan santapan.

Lebih mengelirukan lagi, ada sesetengah makanan yang dipasarkan atau disebut-sebut sebagai pilihan lebih sihat, namun hakikatnya tidak sesihat seperti yang diperkatakan.

Disini kami mengumpul penjelasan di Internet tentang lima makanan yang dianggap sihat, namun ianya mungkin memerlukan penilaian lebih teliti sebelum seseorang menyuapkannya ke dalam mulut.

1. Jus buah-buahan
Buah-buahan memang baik untuk kesihatan dan merupakan sebahagian penting diet seimbang. Ini bagaimanapun tidak bermakna jus buah-buahan juga menawarkan khasiat yang sama.

Menurut laman Healthline, kebanyakan jus buah-buahan yang dibeli di pasar-pasar raya bukan jus buah sebenar, sebaliknya air manis yang berperisa.

Malah jus buah-buahan segar juga tidak begitu sihat, kerana proses memerah akan mengeluarkan bahan sihat seperti serat dan meninggalkan jus yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

2. Minuman 'sports'

Selain jus, sports drinks atau minuman tenaga untuk atlit juga kurang menyihatkan.

Minuman tersebut mengandungi elektrolit (galian garam) dan gula yang diperlukan untuk seorang atlit setelah bersukan.

Namun untuk orang biasa yang tidak bersukan, tubuh badan tidak memerlukan kandungan garam dan gula tambahan itu.

Malah menurut Healthline, meskipun kandungan gula dalam minuman atlit adalah kurang berbanding minuman bergas, air jarang atau air putih adalah lebih sesuai untuk minuman seharian.

3. Bar tenaga
Biskut tenaga atau energy bar adalah satu lagi jenis makanan yang kerap disangka sebagai pilihan sihat. Seperti sports drink, bar tenaga juga direka khas untuk para atlit, khususnya memberi bekalan tenaga tambahan untuk bersukan.

Tidak kira dalam bentuk granola, muesli, protein atau campuran buah-buahan dan kekacang, menurut New Straits Times snek sebegini secara lazimnya mengandungi sirap jagung fruktosa dan lemak tepu yang tinggi.

Sebahagiannya pula mengandungi coklat, marshmallow dan gula hangus atau pelbagai perasa lain, dengan setiap satu mempunyai kandungan kalori tinggi.

Jika anda benar-benar ingin memakannya, WebMD menyarankan cari yang sekurang-kurangnya mempunyai 3-5g serat, 5g protin dan kurang 35 peratus kalorinya datang daripada gula.

4. Kuskus

Makanan asal Mediterranean yang kelihatan seperti bijirin ini mungkin antara beberapa pilihan yang ditawarkan di kedai-kedai salad. Namun kuskus, yang kadangkala dianggap sebagai pengganti lebih sihat kepada nasi, pada hakikatnya adalah pasta dalam bentuk yang dikisar halus.

Laman The Healthy menyarankan agar seseorang yang ingin mengamalkan pemakanan sihat, memilih quinoa atau bijirin sihat lain berbanding kuskus.

5. Marjerin

Sesetengah orang menganggap marjerin sebagai lebih sihat berbanding mentega, namun ia tidak semestinya benar. Dari segi kandungan kalori, marjerin dan mentega kedua-duanya secara am mempunyai kiraan yang sama.

Meskipun marjerin, diperbuat daripada minyak sayuran, direka sebagai alternatif lebih sihat berbanding mentega (yang mengandungi kolestrol dan lemak tepu), sesetengah marjerin mengandungi trans lemak - yang lebih mudarat untuk kesihatan. The Healthy menekankan, jika anda membeli marjerin, carilah yang bebas lemak trans. - PenaMinang.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penaminang.com/2020/01/5-healthy-food-yang-tidak-sihat-langsung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Persoal Pun Berat Badan Anak Orang Kecil Tak Semestinya Tak Sihat

Tak Perlu Persoal Pun Berat Badan Anak Orang Kecil Tak Semestinya Tak Sihat

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 437 hits
Berat badan bayi bukan untuk melihat sama ada bayi kurus atau gemuk ia merujuk ia adalah penanda aras perkembangan dan tumbesaran bayi Tumbesaran bayi mesti mengikut aliran carta kesihatan yang betul Berapa berat baby ni Itulah antara soala...
The Politics Of Sihat Bersama 2030

The Politics Of Sihat Bersama 2030

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 193 hits
I d like to address three recent issues in our health system They may seem easy to solve with our usual short term solutions but in reality they mask much larger and deeper problems that need difficult and long term structural reforms In De...
Tak Hanya Keuntungan Agen Brilink Berperan Langsung Menanggulangi Kemiskinan

Tak Hanya Keuntungan Agen Brilink Berperan Langsung Menanggulangi Kemiskinan

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 156 hits
Agen BRILink melayani pencairan program bantuan sosial non tunai sehingga berkontribusi terhadap penyaluran bansos kepada masyarakat yang dilakukan secara efisien tepat sasaran tepat jumlah tepat waktu tepat kualitas dan tepat administrasi
Menko Airlangga Penyetopan Impor Dari China Berdampak Tak Langsung Ke Indonesia

Menko Airlangga Penyetopan Impor Dari China Berdampak Tak Langsung Ke Indonesia

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 141 hits
Airlangga menyebut bahwa China dari segi produksi juga mengalami penurunan Hal itu dikarenakan adanya perpanjangan hari libur kepada pegawai mereka sebagai dampak merebaknya virus corona
Ojk Akui Terima Iuran Asabri Meski Tak Lakukan Pengawasan Langsung

Ojk Akui Terima Iuran Asabri Meski Tak Lakukan Pengawasan Langsung

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 147 hits
Pasal 54 dalam Peraturan Pemerintah Nomor 102 tahun 2015 yang menjabarkan pengawasan Asabri dilakukan oleh pengawas internal dan eksternal Dalam pasal itu disebutkan pengawas eksternal Asabri yakni Inspektorat Jenderal Kementerian Pertahana...
50 000 Sarapan Sihat Dari Dutch Lady Dan Kelloggs Buat Pengguna Lrt Terpilih

50 000 Sarapan Sihat Dari Dutch Lady Dan Kelloggs Buat Pengguna Lrt Terpilih

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 291 hits
Assalammualaikum dan Salam SejahteraBaru ni aku berkesempatan ke Ampang Park LRT Station untuk bersama sama Dutch Lady dan Kellogg s Corn Flake dalam edarkan sarapan sihat percuma kepada pengguna LRT Rupanya sebanyak 50 000 pek sarapan yang...
Finesse D Pro Nyah Toksin Dalam Badan Dan Kurus Secara Sihat

Finesse D Pro Nyah Toksin Dalam Badan Dan Kurus Secara Sihat

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 308 hits
Assalammualaikum dan Salam SejahteraMalaysia merupakan syurga makanan buat pencinta dan kaki makan dan aku salah seoarang nya Kemana saja aku pergi mesti nak cuba makanan tempatan yang best kat situ lagi kalau yang tengah tular Baru aku per...
Nak Mulakan Cara Hidup Sihat Kena Mula Dari Kecil Ini Sukan Sesuai Ikut Umur Anak

Nak Mulakan Cara Hidup Sihat Kena Mula Dari Kecil Ini Sukan Sesuai Ikut Umur Anak

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 563 hits
Bersukan memang perlu dipupuk sejak dari kecil lagi Malah kanak kanak memang sudah azalinya sentiasa aktif dan cergas Namun mungkin yang ibu bapa kurang arif tentang sukan yang bersesuaian dengan usia si kecil anda Ternyata memang banyak je...
Kehidupan Lebih Sihat Dengan Hexagon

Kehidupan Lebih Sihat Dengan Hexagon

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 271 hits
Selalunya kalau nak minum air alkaline saya selalu ambik dekat rumah pakcik saya ye lah dekat rumah pakcik saya je yang ada mesin air alkaline tu buat masa ni kata pakcik saya mesin dia saja dah cecah RM12K makaihhhh mahal tu jadi memang ta...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel