5 Cara Menghalau Monyet Dan Babi Hutan Tanpa Membunuh


5 Cara Menghalau Monyet Dan Babi Hutan Tanpa Membunuh || Kalau kawasan kebun yang banyak haiwan penganggu seperti monyet dan babi hutan, memang boleh stress dibuatnya.
Seperti rumah kitorang, kawasan belakang tu kitorang guna untuk berkebun, bila pokok dah berbuah, memang datanglah kumpulan monyet ni mengambil segala buah yang ada. 
Jadi, kalau korang pun berdepan dengan masalah monyet dan babi hutan datang menganggu, ini antara tips menghalau monyet dari kebun yang korang boleh cuba pakai

5 Cara Menghalau Monyet Dan Babi Hutan Tanpa Membunuh
1. Menggunakan Campuran Belacan, Ubat Gegat dan Tepung
Cara ini mudah dilakukan dengan mencampurkan 10 biji ubat gegat yang telah ditumbuk hancur, 200gram belacan dan 200 gram tepung gandum. 
Sukatan ini hanyalah anggaran sahaja dan tiada masalah untuk lebih ataupun kurang kuantiti yang digunakan. 
Namun, belacan dan ubat gegat adalah bahan yang mempunyai bau yang kuat dan apabila kedua-duanya dicampur membuatkan sang monyet dan babi hutan tidak suka menghampiri kawasan tersebut.

Campuran tersebut dibahagikan kepada beberapa bahagian dan dibungkus dengan ikatan simpul menggunakan kain lalu digantung di beberapa tempat yang menjadi laluan monyet dan babi hutan. 
Untuk kawasan tertentu, perlu diletakkan mengelilingi kawasan kebun yang bertindak sebagai garisan penghalang bagi kedatangan binatang perosak.

2. Semburan Air Kencing Harimau
Harimau adalah haiwan pemangsa yang sangat ditakuti oleh kebanyakan haiwan lain termasuk monyet dan babi hutan. 
Sifat harimau yang memakan daging dan licik memburu membuatkan binatang-binatang lain akan lari apabila mengesan kehadiran harimau termasuklah apabila mengesan adanya bau kencing harimau di kawasan tersebut. 
Konsep ini diambil dan diaplikasi untuk menghalang kedatangan monyet-monyet, babi hutan ataupun binatang-binatang lain untuk merosakkan tanaman serta hasil perkebunan.

Di manakah anda boleh mendapat air kencing harimau? 
Cecair kencing harimau mudah didapati melalui pasaran online seperti Shopee, Lazada, Facebook Market, Website pembekal dan sebagainya. 
Ia juga boleh diperolehi di pasar peladang dan pembekal perkebunan seperti nursery, kedai racun perosak dan lain-lain.

Woha! aku pun baru tahu kencing harimau ada dijual pula. 
3. Memelihara Anjing Sebagai Penjaga
Sifat anjing sebagai pengawal, setia dan patuh kepada tuannya sesuai dipelihara dan dilatih untuk menjaga kawasan kebun daripada ancaman monyet dan babi hutan. 
Setiap anjing mempunyai sifat-sifatnya sendiri seperti jenis aktif menyalak (bising) yang mana ia akan menyalak apabila mengesan kehadiran monyet, babi hutan dan binatang lain termasuk manusia apabila memasuki kawasan tersebut. 
Selain itu, terdapat juga jenis anjing yang bersifat pembunuh, iaitu ia akan cuba menangkap dan membunuh binatang-binatang yang memasuki kawasan tersebut.

Sebaiknya perlu dipelihara lebih daripada seekor anjing penjaga untuk satu-satu kawasan kerana apabila kehadiran monyet ataupun babi hutan yang banyak secara berkumpulan, ianya akan membuatkan seekor anjing takut ataupun kurang keberkesanannya

Anjing ada beberapa jenis, so kena pilih anjing jenis penjaga untuk guard kawasan kebun. Seriously, pening aku dengan monyet-monyet belakang rumah yang datang kacau tanaman kami. 
Kena letak banyak anjing penjaga kalau macam ni

4. Meletakkan patung pemangsa ataupun orang-orang bergerak
Kaedah ini juga merupakan salah satu teknik untuk menghalau monyet mahupun babi hutan daripada berada di kawasan kebun. 
Caranya ialah meletakkan patung binatang pemangsa seperti harimau, ular dan orang-orang di kawasan kebun.

Orang-orang atau patung manusia, ular dan harimau boleh didapati di kedai permainan kanak-kanak dan kedai hiasan dengan memilih saiz yang lebih besar dan warna yang terang agar ianya lebih menarik perhatian. 
Patung-patung tersebut boleh diikat menggunakan tali telus (tangsi) dan digantung pada dahan pokok yang akan bergerak apabila ditiup angin ataupun dilalui oleh monyet-monyet tersebut. 
Patung-patung ini mampu menarik perhatian monyet atau babi hutan untuk segera lari apabila terlihatnya.

Kelemahan teknik ini ialah apabila patung-patung ini telah tergantung lama pada tempat tersebut, ianya tidak lagi dipercayai oleh binatang-binatang tersebut kerana mengesyaki itu hanyalah objek yang tidak hidup

hailah monyet, memang berakal juga kau ni ya! 
5. Memasang Pagar Elektrik Berkuasa Rendah
Pagar merupakan benteng penghalang kepada babi hutan untuk memasuki kawasan kebun tetapi tidak kepada monyet kerana ianya pandai memanjat. 
Namun pagar yang dibekal dengan kuasa elektrik adalah penyelesaian kepada masalah tersebut. 
Kaedah ini dilihat sangat berkesan tetapi akan melibatkan kos yang agak tinggi kerana memerlukan komponen pagar dan juga sistem tenaga untuk mengaktifkan renjatan kepada babi hutan dan monyet.

Pagar elektrik boleh diperolehi di pasaran online ataupun di dapati di permis-permis yang menjual alat perkebunan. 
Kebiasaannya, renjatan elektrik yang berlaku adalah pada tahap rendah dan tidak mematikan binatang tersebut dan ianya juga tidak berbahaya kepada manusia. 
Selain cara menghalau tanpa membunuh binatang perosak seperti di atas, terdapat juga kaedah lain untuk menghalang binatang perosak iaitu dengan cara menghapus monyet dan babi hutan yang datang di kawasan kebun. 
Namun membunuh binatang ciptaan Allah SWT bukanlah cara yang terbaik untuk menanganinya.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang sedang menghadapi masalah seumpama ini dan sekiranya ada cara lain selain di atas bolehlah di kongsikan idea anda di ruang komen di bawah agar kita sama-sama peroleh keberkatan dunia dan akhirat.

cheers.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mrspip.com/2021/03/5-cara-menghalau-monyet-dan-babi-hutan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Barbados Vs Grenada Apabila Menjaringkan Gol Sendiri Adalah Cara Terakhir Untuk Menang

Barbados Vs Grenada Apabila Menjaringkan Gol Sendiri Adalah Cara Terakhir Untuk Menang

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 231 hits
Terdapat bermacam cara yang digunakan oleh pemain atau pasukan bola sepak dalam usaha untuk memenangi sesuatu perlawanan atau melangkah jauh dalam sesuatu kejohanan Pemain melakukan dive jika disentuh tidak disentuh pertahanan lawan Ada yan...
Cara Mandi Wajib Guna Shower

Cara Mandi Wajib Guna Shower

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 514 hits
Cara Mandi Wajib Guna Shower Mandi wajib satu kewajipan bila berhadas besar Ada 6 sebab hadas besar iaitu Keluar mani haid nifas wiladah jimak dan mati selain mati syahid Mandi wajib ni kita belajar dari zaman sekolah lagi Cara mandi nak ce...
Videografis Cara Melepaskan Dan Menyimpan Masker Memperhatikan Higienitas

Videografis Cara Melepaskan Dan Menyimpan Masker Memperhatikan Higienitas

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 247 hits
Masker yang dibiarkan tergantung tanpa terlindung juga berpotensi menerima paparan dari luar Dalam menjaga higienitas masker disarankan paling baik menggunakan kantung
11 Cara Tingkatkan Emosi Power Untuk Bisnes Owner

11 Cara Tingkatkan Emosi Power Untuk Bisnes Owner

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 355 hits
Assalamualaikum wbt Tahukah anda emosi seseorang individu mempunyai beberapa level antaranya paling tinggi sederhana dan rendah Menurut kajian emosi yang paling power adalah berada pada level yang paling tinggi Di mana level paling tinggi m...
Cara Buat Link Di Profil Instagram

Cara Buat Link Di Profil Instagram

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 450 hits
Cara Buat Link Di Profil Instagram Kalau sebelum ni pemilik bisnes hanya menumpukan jualan semata mata di platform Facebook tapi sekarang dah ramai yang sedar sebenarnya dekat platform Instagram pun boleh buat jualan Antara salah satu fungs...
Cara Pendaftaran Vaksinasi Covid19 Melalui Aplikasi Mysejahtera

Cara Pendaftaran Vaksinasi Covid19 Melalui Aplikasi Mysejahtera

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 309 hits
Setahun lebih dah kita mengharungi hari demi hari dengan pelbagai ujian dalam penularan pendamik Covid19 ini Ramai yang kehilangan sumber pendapatan tekanan demi tekanan kehidupan terpisah lama dengan insan insan yang tersayang amal ibadah ...
Tat Telur Homemade Lagi Sedap Dari Bakeri Ini Cara Mudah Hanya Guna 6 Bahan

Tat Telur Homemade Lagi Sedap Dari Bakeri Ini Cara Mudah Hanya Guna 6 Bahan

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 335 hits
Tat Telur sememangnya menjadi kegemaran ramai Pastri yang rapuh ditambah pula dengan filling telur yang lemak manis sebiji memang tak cukup Kalau makan ketika masih suam lagi nikmat rasanya tau Bagi anda yang nak cuba saudari Norain Naim ad...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran