5 Barang Dapur Perlu Tukar Untuk Capai Azam Diet
5 Barang Dapur Perlu Tukar Untuk Capai Azam Diet. Cerita pasal diet memang takkan habis. Setiap minggu berganti bulan, akan kedengaranlah azam untuk diet itu dan ini dengan impian yang besar. Azam diet yang nyata adalah untuk kurus. Padahal diet bukan setakat untuk kurus, tetapi juga yang utama adalah demi kesihatan.
Ada orang yang mudah ikut aturan displin dalam berdiet. Ada pula yang susah sangat nak ikut displin, hajat nak diet tetapi pemilihan makanan kurang tepat. Sebelum anda keluar berdiet, bersenam, buat aktiviti workout di gym, anda juga kena semak apa yang anda makan di rumah. Orang kata dari rumah lah bermula semuanya.
5 Barang Dapur Perlu Tukar Untuk Capai Azam Diet
Apakah 5 bahan dapur tersebut? Jom kita semak senarai tersebut. Ada tak yang tersimpan di rumah anda
1. Nasi putih - tukar kepada beras perang
2. Roti putih - tukar kepada roti wholemeal, yang tawar rasanya dan memang tak sedap bila cicah milo panas! Hehe.
3. Ubi kentang - tukar kepada ubi keledek
4. Daging - tukar sumber protein daging kepada ikan
5. Biskut - tukar kepada buah-buahan
Haa.. boleh tukar tak? Pasti boleh kan.. macam kita makan dalam pantang. Semua benda kena back to basis.. back to nature. Makan benda yang badan kita perlu saja. Yang tak perlu makan, kita tukar
Semoga panduan barang apa yang perlu ada di dapur rumah dan yang perlu ditukar, menjadikan kita faham mengapa itu semua perlu bermula dari dapur rumah anda sendiri
Yang nak sihat adalah kita dan bukan orang lain. Abaikan jika ada mulut yang suka komplen tentang dapur anda.
Selamat menjaga kesihatan ya
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2019/03/5-barang-dapur-perlu-tukar-untuk-capai.html