5 Anggapan Salah Warga Indonesia Terhadap Malaysia


Sejak kemerdekaan, Malaysia dan Indonesia sering menganggap kedua-duanya sebagai sahabat baik yang merupakan ‘satu rumpun’. Walaubagaimanapun, keadaan ini juga merupakan salah satu penyebab berlakunya pergesaran di antara kedua-dua negara terutamanya dalam isu budaya, tuntutan bertindih wilayah maritim dan layanan buruk majikan Malaysia kononnya, terhadap pekerja Indonesia.


Ketidakpercayaan dan wasangka ini diapi-apikan lagi dengan media Indonesia memainkan pelbagai sentimen terhadap negara kita menyebabkan sebahagian rakyat Indonesia untuk menanamkan persepsi kurang tepat terhadap kita rakyat Malaysia dan negara kita.

Ini adalah lima persepsi kurang tepat Indonesia terhadap kita:

1. Rakyat Malaysia tidak berjuang mendapatkan kemerdekaan daripada British

Ramai rakyat Indonesia yang berfikiran bahawa rakyat Malaysia tidak berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1957 dan berkesimpulan bahawa kemerdekaan tersebut diberikan kepada kita begitu sahaja. Kebanyakan rakyat Indonesia berbangga bahawasanya mereka berjuang untuk mengusir Belanda dari tanahair mereka.

Jelas sekali bahawa mereka tidak membaca sejarah perjuangan pejuang kebebasan tanahair kita seperti Mat Salleh, Rentap, Mat Kilau, Rosli Dhobi, Tok Janggut, Dol Said dan Haji Abdul Rahman Limbung, antaranya, yang berani menentang pemerintah British.

Perlu diingat bahawa sementara British adalah kuasa besar dunia waktu berakhirnya Perang Dunia Kedua, Belanda pula bukan begitu.

Malah, Belanda pernah dijajah oleh Jerman pada tahun 1940. Sekiranya Indonesia dijajah British, besar kemungkinan tidak akan berlaku peperangan sepertimana penentangan yang berlaku terhadap Belanda.

Rakyat Malaya berperang untuk mendapatkan kemerdekaan melalui cara diplomasi yang banyak menyelamatkan nyawa untuk mengukir jalan kemerdekaan buat Persekutuan Malaya pada tahun 1957.

Cara yang sama digunakan untuk memerdekakan Sabah dan Sarawak menerusi Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 – manifestasi bahawasanya rakyat Malaysia adalah pencinta keamanan.

2. Malaysia lebih maju daripada Indonesia kerana Malaysia bekas jajahan/naungan British

Penjajah British telah menjarah Malaya lebih daripada 100 tahun sebelum negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Malaya, Sabah dan Sarawak tidak pernah dianggap oleh British sebagai koloni berharga jika dibanding Singapura ataupun Hong Kong. Pembangunan infrastruktur hanya dilakukan untuk kepentingan ekonomi British dan bukannya untuk rakyat tempatan.

Sebagai contoh, landasan keretapi pertama di Malaysia dibina pada tahun 1885 hanya menghubungkan di antara Port Weld (Kuala Sepetang) dengan Taiping untuk mengangkut bijih timah dari Lembah Kinta ke kawasan pelabuhan untuk dieksport.

Menara Berkembar Petronas, Putrajaya, Jambatan-jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Pantai Timur, Lebuhraya Utara Selatan, Empangan Bakun, MRT, LRT, Lebuhraya Pan-Borneo dan kemudahan infrastruktur serta pendidikan/ sosio-ekonomi yang lain hanya dibangun secara meluas setelah Merdeka.

Kemudahan-kemudahan ini hanyalah cuma angan-angan dalam mimpi-mimpi rakyat Malaysia sewaktu 150 tahun era pemerintah British.

Malaysia menjadi negara moden seperti ini hari ini bukanlah kerana pemberian British, tetapi adalah atas usaha rakyat Malaysia yang mahu melakukan yang terbaik untuk bagi mempersediakan negara yang hebat bagi generasi akan datang.

3. Rakyat Malaysia tidak mempunyai budaya tersendiri

Malaysia adalah sebuah negara bermasyarakat majmuk dengan orang-orang Melayu, Cina, India dan Bumiputra Sabah dan Sarawak membentuk populasi utama negara. Sebelum Malaysia dan Indonesia mencapai kemerdekaan di pertengahan abad ke-20, tidak pernah wujud sempadan politik antarabangsa di antara kedua-dua negara dan warga Nusantara bebas untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain di dalam Kepulauan Melayu.

Oleh kerana itu, terdapat banyak orang-orang Melayu Malaysia yang berketurunan Bugis, Jawa, Minang dan Batak dan berkongsi banyak persamaan budaya dengan orang-orang Indonesia menerusi tarian tradisional, makanan tradisi dan bahasa.

Adalah tidak tepat bagi Indonesia untuk terus menerus menuduh Malaysia untuk ‘mencuri’ budaya Indonesia sedangkan golongan-golongan ini hanya mempraktikkan budaya yang serupa kerana mereka berkongsi susur galur keturunan yang sama.

Agak aneh kita tidak pernah mendengar China memprotes pengalaman budaya Cina yang diamalkan oleh masyarakat Cina Malaysia seperti Tarian Naga atau menyambut Tahun Baru Cina dan sama juga, kerajaan India tidak pernah membantah bagi masyarakat Tamil/India di Malaysia yang mempraktikkan amalan dan kepercayaan yang sama atau hampir sama dengan mereka di Tamil Nadu atau mana-mana wilayah di India.

4. Majikan Malaysia memperlakukan pekerja Indonesia dengan kejam

Memang benar terdapat sebilangan kecil majikan Malaysia yang mengasari pekerja Indonesia mereka.

Akan tetapi, ini bukanlah realiti sebenar yang berlaku. Peluang pekerjaan yang agak banyak di Malaysia juga banyak membantu menghasilkan pekerja migran yang berjaya mengubah taraf sosio-ekonomi mereka, atau ‘pahlawan devisa’, gelarannya di Indonesia.

Ini boleh dilihat dari bilangan pekerja haram dari Indonesia yang sanggup menyeberang Selat Melaka semata-mata untuk bekerja di Malaysia walaupun mereka tahu bahaya yang akan menimpa sekiranya mereka ditangkap.

Ini sekaligus menunjukkan di mata mereka Malaysia dilihat sebagai bumi emas yang menjanjikan kemakmuran. Sekiranya Malaysia ialah bumi kekejaman, kenapa mungkin mereka berbondong-bondong menempuh kesusahan datang ke mari?

5. Rakyat Malaysia menghina rakyat Indonesia menerusi gelaran ‘Indon’

Majoriti rakyat Indonesia sangat sensitif dengan gelaran ‘Indon’ yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia. Walaupun gelaran ini dianggap penghinaan oleh sebahagian besar rakyat Indonesia, banyak rakyat Malaysia yang menganggapnya hanya sekadar kependekan daripada perkataan ‘Indonesia’, seperti Bangla untuk ‘Bangladesh’, Pinoy untuk ‘Filipina’, Aussies untuk ‘Australia’ dan Brits untuk ‘British’.

Memang benar kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu gelaran ini adalah suatu penghinaan. Penggunaan gelaran ini jauh sekali digunakan dengan niat untuk menghina rakyat Indonesia. Akan tetapi, memandangkan gelaran ini dibenci dan tidak disukai, adalah lebih baik untuk menggantikannya dengan ‘Indo’ ataupun ‘Indonesia’.

Kesimpulan

Sebenarnya terdapat lebih lagi persepsi yang boleh disenaraikan tetapi lima ini adalah yang utama yang perlu diperbetulkan dari masa ke semasa. Rakyat Malaysia dan rakyat Indonesia secara dasarnya adalah bersaudara.

Walaupun dipisahkan oleh garis sempadan politik antarabangsa, jauh di sudut sanubari, mereka tetap dedaunan dari pohon yang sama.

Inilah masanya untuk rakyat Malaysia dan rakyat Indonesia meletakkan ke tepi perbezaan di antara mereka untuk mengelakkan pertikaian yang boleh merosakkan hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Jerat Percintaan Kahwin Campur Masyarakat Indonesia5 Perkara Jangan Lakukan Jika Melancong Ke Indonesia
sumber: thepatriots



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/03/anggapan-salah-indonesia-terhadap-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Lelaki Dan Seorang Wanita Rohingya Culik Warga Indonesia Ditahan

Dua Lelaki Dan Seorang Wanita Rohingya Culik Warga Indonesia Ditahan

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 272 hits
Dua lelaki dan seorang wanita Rohingya culik warga Indonesia ditahan Dikemas kini 41 minit yang lalu middot Diterbitkan pada
Ag Malaysia Agreed To Indonesia S Request To Free Siti Aisyah

Ag Malaysia Agreed To Indonesia S Request To Free Siti Aisyah

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 351 hits
Malaysia agreed to Indonesia s request to drop charges against an Indonesian woman accused in the 2017 killing of the North Korean leader s half brother Kim Jong nam attorney general Tommy Thomas said in a letter on March 8 Siti Aisyah was ...
42 Tahun Dicari Akhirnya Patok Ke 371 Perbatasan Indonesia Malaysia Ditemukan

42 Tahun Dicari Akhirnya Patok Ke 371 Perbatasan Indonesia Malaysia Ditemukan

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 268 hits
Pasukan TNI dari Yonif Raider 613 Raja Alam akhirnya menemukan 371 patok batas RI Malaysia di kecamatan Krayan Nunukan Kalimantan Utara setelah penantian dan usaha prajurit yang panjang dalam 42 tahun terakhir menembus hutan belantara Kalim...
2 Warga Bontang Ditangkap Saat Kirim 1 Kg Sabu Asal Malaysia

2 Warga Bontang Ditangkap Saat Kirim 1 Kg Sabu Asal Malaysia

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 241 hits
Dua pengedar narkoba Rd dan TI warga Loktuan Kota Bontang Kalimantan Timur dibekuk tim gabungan BNN Provinsi Kalimantan Timur dan BNN Kota Samarinda beserta barang bukti 1 kilogram sabu asal Malaysia Keduanya meringkuk di penjara BNN
Indonesia Kembali Lakukan Penjajakan Ekspor Beras Ke Malaysia

Indonesia Kembali Lakukan Penjajakan Ekspor Beras Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 262 hits
BERNAS merupakan satu satunya institusi yang telah ditunjuk oleh pemerintah Malaysia untuk menangani import beras ke Malaysia Ismail Mohamed Yusoff menyatakan market share beras di Malaysia sebesar 60 persen dipenuhi dari produksi domestik ...
Berwaspadalah Terhadap Tanda Awal Strokk Haba Suhu Panas Landa 10 Kawasan Di Malaysia

Berwaspadalah Terhadap Tanda Awal Strokk Haba Suhu Panas Landa 10 Kawasan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 309 hits
Suhu panas landa 10 kawasan SUHU maksimum harian antara 35 hingga 37 celcius akan dialami 10 kawasan di Semenanjung selama tiga hari berturut turut yang dikategorikan pada tahap satu iaitu dalam fasa berjaga jaga Kemas kini status gelombang...
Terkini Final Bergu All England Indonesia Tewaskan Malaysia

Terkini Final Bergu All England Indonesia Tewaskan Malaysia

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 324 hits
KUALA LUMPUR Harapan rakyat Malaysia untuk melihat beregu lelaki negara Aaron Chia Soh Wooi Yik untuk menjadi juara kejohanan badminton All England 2019 tidak kesampaian Pasangan negara itu ditewaskan oleh pasangan handal dari bIndonesia Mo...
Jomblo Di Malaysia Dapat Tunjangan Dari Pemerintah Bagaimana Kalau Indonesia Terapkan Aturan Ini

Jomblo Di Malaysia Dapat Tunjangan Dari Pemerintah Bagaimana Kalau Indonesia Terapkan Aturan Ini

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 231 hits
Yap kalian enggak salah baca Sahabat Baru baru ini pemerintah Malaysia melalui kementerian keuangan merencanakan akan memberikan tunjangan kepada anak muda yang belum menikah Jumlah yang diterima oleh para jomblo ini sebesar RM 100 atau sek...
4832 Hina Nabi Ngo Buat Laporan Polis Terhadap Dua Pemilik Facebook Utusan Malaysia 5 3 19

4832 Hina Nabi Ngo Buat Laporan Polis Terhadap Dua Pemilik Facebook Utusan Malaysia 5 3 19

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 470 hits
KUALA LUMPUR 4 Mac Beberapa pertubuhan bukan kerajaan hari ini membuat lima laporan polis terhadap dua pengguna Facebook yang mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW baru baru ini Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids