5 Amalan Yang Membebaskan Diri Daripada Api Neraka



Sebelum pulang ke ‘kampung’ akhirat, kita perlulah menyediakan bekalan dengan sebaiknya. Bekalan tersebut adalah sebagai bukti bahawa kita menjadi hamba Allah S.W.T yang taat mematuhi perintahNya.
Bekalan yang dibawa haruslah benar dan datang daripada sumber yang sahih iaitu dari al-Quran dan as-Sunnah. Bukan bekalan yang boleh menyebabkan kita tersasar ke neraka. Nauzubillah minzalik.
Allah itu sangat sayang akan hambaNya lalu Dia mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W untuk menyampaikan wahyu kepada kita menuju ke jalan kebenaran. Bukan itu sahaja, Baginda turut memberi peringatan agar tidak terjebak ke jalan kejahatan dan kesesatan. Allah S.W.T berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli neraka.”
Surah Al-Baqarah 2:119
Insha Allah, artikel kali ini penulis akan menyenaraikan beberapa amalan yang dapat membebaskan kita daripada api neraka dan membawa ke syurga. Semoga kita semua diberi kekuatan dan semangat untuk terus melakukan kebaikan. Amin.
Amalan Pertama
Daripada Saidatina Aisyah r.ha., Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya setiap manusia daripada keturunan Adam diciptakan dengan memiliki 360 sendi. Sesiapa yang bertakbir kepada Allah, bertahmid kepada Allah, bertahlil kepada Allah, bertasbih kepada Allah, beristighfar kepada Allah, menyingkirkan batu dari laluan orang ramai, membuang duri atau tulang dari laluan orang ramai, amar makruf atau nahi mungkar melibatkan sebanyak 360 sendi itu, maka sesungguhnya dia berjalan pada hari itu sambil dia telah menjauhkan dirinya dari neraka.”
Hadis Riwayat Muslim
Setiap kebaikan yang dibuat akan memperoleh ganjarannya. Dan antara ganjarannya dapat menjauhkan diri dari neraka. Alangkah bahagianya mereka yang terselamat daripada azab neraka.
Amalan Kedua
Daripada Ummu Habibah r.ha, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengerjakan solat 4 rakaat sebelum Zuhur(Qabliyyah) dan 4 rakaat selepasnya (ba’diyyah), Allah akan mengharamkan neraka baginya.”
Hadis Riwayat Nasa’i
Solat sunat 4 rakaat ini boleh dibuat :
1. Dua rakaat satu salam (seperti solat dua rakaat-dibuat dua kali)
2. Empat rakaat satu salam (sekaligus)
Jika berkesempatan lakukan solat sunat ini. Hal ini kerana, Allah telah berjanji mengharamkan neraka bagi mereka yang melakukannya. Subhanaallah!
Amalan Ketiga
Daripada Umar R.A, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
“Tidaklah salah seorang daripada kalangan kalian berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mengucapkan, “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang layak disembah) melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad ialah hamba Allah dan utusan-Nya, melainkan akan dibukakan untuknya lapan pintu syurga, dia boleh masuk melalui pintu mana sahaja yang dia kehendaki.”
Hadis Riwayat Muslim
Amalan Keempat
Daripada Sayyidina Abu Umamah (al-Bahili) ra. berkata: Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang membaca Ayat Kursi setiap kali selepas solat fardu, tidak ada yang boleh menghalangnya daripada memasuki syurga kecuali kematian.”
Hadis Riwayat an-Nasa’I
Berilah sedikit ruang waktu untuk membaca ayat Kursi selepas mengerjakan solat fardu. Tidak sampai beberapa minit, ayatnya ringkas sahaja.
Tidak ada yang menghalang mereka yang membaca ayat Kursi untuk masuk ke syurga melainkan kematian adalah bermaksud dijamin syurga untuknya. Hal ini kerana, kita tidak akan masuk syurga kecuali perlu mengalami fasa kematian.
Amalan Kelima
Daripada Saidatina Aisyah r.ha, beliau berkata:
“Pernah ada seorang wanita bersama dua orang puterinya datang menemui saya untuk meminta sesuatu. Namun, tidak ada sesuatu pun di sisi saya kecuali sebiji kurma. Lalu, saya memberikan kurma itu kepadanya. Dia pun membahagikan kurma itu di antara dua orang anak perempuannya, sedangkan dia tidak memakannya. Kemudian, dia bangun dan lalu pergi. Tidak lama kemudian, Rasulullah S.A.W masuk menemui kami, dan saya menceritakan kepada Rasulullah (kejadian tadi). Maka, Baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan ini (anak-anak wanita tadi), lalu dia berbuat baik kepada mereka, nescaya mereka akan menjadi perisai baginya dari api neraka.”
Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim
Berbuat baik kepada anak-anak walaupun dalam keadaan yang susah dan tidak menyenangkan amatlah dipuji. Benarlah kasih seorang ibu cukuplah besar dan tidak ternilai. Sesungguhnya ada kebaikan di dalam kebaikan. Waallahu a’lam.
Rujukan:
1. Ceramah Dato’ Ustaz Shamsuri Haji Ahmad
2. Ringkasan Riyadhus Solihin
3. Amalan Kecil Berpahala Besar (Penulis: Fahrur Muis)
4. Amalan Kecil Pahala Berganda (Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll)
 
Sumber: tzkrh.com 
The post 5 Amalan Yang Membebaskan Diri Daripada Api Neraka appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/5-amalan-yang-membebaskan-diri-daripada-api-neraka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Unsur Tanah Air Api Dan Angin Dalam Menilai Personaliti Diri

Unsur Tanah Air Api Dan Angin Dalam Menilai Personaliti Diri

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 761 hits
AdvertisementUnsur Tanah Api Air Dan Angin Ada banyak teori yang dibincangkan tentang personaliti seseorang dan kaitannya dengan alam sekitar dan bulan kelahiran Kononnya tarikh kelahiran menentukan sikap seseorang samada ia memiliki sifat ...
3 Cahaya Di Hari Kiamat Perisai Api Neraka Dan Syafaat Di Akhirat

3 Cahaya Di Hari Kiamat Perisai Api Neraka Dan Syafaat Di Akhirat

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 616 hits
3 Cahaya Di Hari Kiamat Marilah kita renungkan perkongsian tazkirah di bawah ini Yang mana ia berkaitan soal hidup sesudah mati di waktu kita sudah tak ada apa apa yang boleh membantu kita kecuali amal soleh ketika di dunia Kita hidup kat d...
Kenderaan Klon Jpj Malaysia Saran Pemilik Serah Diri

Kenderaan Klon Jpj Malaysia Saran Pemilik Serah Diri

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 318 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Mahasiswa Binus Ditemukan Tewas Diduga Bunuh Diri Melompat Dari Atas Gedung Kampus

Mahasiswa Binus Ditemukan Tewas Diduga Bunuh Diri Melompat Dari Atas Gedung Kampus

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 306 hits
Korban meninggal dunia diduga karena bunuh diri akibat terjatuh dari lantai atas kata Kabid Humas Polda Metro Jaya Kombes Raden Prabowo Argo Yuwono
Erti Kemerdekaan Pada Diri

Erti Kemerdekaan Pada Diri

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 278 hits
Ucapan hari merdeka sempena sambutan kemerdekaan Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta Jom sayangi malaysiaku Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia 1957 Moga utuhnya perpaduan Malaysia bertambah semangat patriotik setiap orang saya s...
Lagi Aktivis Ditemukan Tewas Bunuh Diri Waspada 5 Tanda Depresi Yang Jarang Disadari Ini

Lagi Aktivis Ditemukan Tewas Bunuh Diri Waspada 5 Tanda Depresi Yang Jarang Disadari Ini

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 247 hits
Aktivis anti bunuh diri aja bisa depresi dan mengakhiri hidupnya jangan sampai kamu juga mengalami hal sama
Sham Abah Balik Ni Buka Pintu Kisah Dikongsi Lelaki Ini Boleh Buat Diri Insaf

Sham Abah Balik Ni Buka Pintu Kisah Dikongsi Lelaki Ini Boleh Buat Diri Insaf

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 506 hits
Ayah merupakan tulang belakang keluarga Peranan dan pengorbanan seorang ayah cukup besar dalam membina sebuah keluarga walapun mereka sering dipinggirkan dari mendapat penghargaan masyarakat Biarpun terpaksa berusah payah meredah hujan pana...
Sedar Diburu Polis Geng Picit Roti Serah Diri Selepas Minta Maaf

Sedar Diburu Polis Geng Picit Roti Serah Diri Selepas Minta Maaf

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 2694 hits
Susulan isu seorang remaja lelaki merosakkan makanan dan minuman di Family Mart Nilai yang telah menjadi buruan pihak polis remaja terbabit datang ke balai polis menyerah diri BACA Remaja lelaki di dalam video yang tular semalam bersama dua...
Naib Ketua Amk Desak Pecat Haziq Hanya Kerana Haziq Meliwat Seorang Diri

Naib Ketua Amk Desak Pecat Haziq Hanya Kerana Haziq Meliwat Seorang Diri

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 638 hits
Haziq buat akuan memang dia di dalam video tersebut Dia juga sebut nama Azmin Apakah Haziq bercakap benar bahawa memang dia dan Azmin di dalam bilik hotel tersebut Tiada siapa boleh pastikan kebenarannya Tapi Haziq telah mengaku Azmin pula ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti