Unsur Tanah Air Api Dan Angin Dalam Menilai Personaliti Diri
Advertisement
Unsur Tanah, Api, Air Dan Angin - Ada banyak teori yang dibincangkan tentang personaliti seseorang dan kaitannya dengan alam sekitar dan bulan kelahiran. Kononnya, tarikh kelahiran menentukan sikap seseorang samada ia memiliki sifat-sifat baik atau sebaliknya.
Begitu juga dengan unsur alam seperti tanah, air, api dan angin dengan mengaitkannya kepada giliran kelahiran dalam keluarga.
Contohnya seperti di bawah:-
TANAH : anak pertama, kelima dan kesembilan
AIR : anak kedua, keenam, kesepuluh
API : anak ketiga, ketujuh, kesebelas
ANGIN : anak keempat, kelapan, keduabelas
Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang ada dalam alam ini.
Ibnu Sina juga percaya bahawa wujud ketahanan semulajadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan dan ini menekankan betapa eratnya hubungan antara jiwa dan raga.
Unsur Tanah, Air, Api Dan Angin Dalam Menilai Personaliti Diri
TanahSiapa yang tergolongan dalam unsur tanah ni? Secara umumnya unsur tanah diberikan kepada anak pertama, kelima, kesembilan dan seterusnya ulangan empat kali daripada empat unsur yang dinyatakan
Individu yang tergolongan dalam unsur tanah dikatakan memiliki sifat merendah diri, tidak cerewet dan tenang. Sifat-sifay yang baik untuk dimiliki oleh sesiapa sahaja. Namun ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa sifat merendah diri tidak boleh lagi diamalkan dalam zaman ini kerana ditakuti ia semakin menyebabkan seseorang itu tertinggal ke belakang. Senang cerita, sifat rendah diri haruslah bersesuaian dengan situasi di mana seseorang itu berada.
Individu yang di kategorikan di bawah unsur tanah juga dikatakan bijak mengimbangi emosi dan sentiasa tenang. Ini juga sifat yang baik yang menjadikan kamu nampak matang dan sentiasa bijak mengawal keadaan, terutamanya jika berlaku kecemasan
AirSesuai dengan unsur air, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah menangis. Ya ke? Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam kategori ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya.
Tidak hairanlah sekiranya sidia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi anak sulung memang sesuai benar berpasangan dengan anak kedua, keenam, kesepuluh dan sebagainya yang terdiri dari unsur air.
ApiUnsur api diberikan kepada anak ketiga, ketujuh, ke sebelas dan sebagainya dalam keluarga. Individu yang tergolong dalam kategori ini dilihat memiliki sifat yang bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, mereka juga mampu menjadi pendengar yang baik. Kadangkala nasihat mereka juga boleh diambil kira dan membantu mengurangkan masalah yang ada.
Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu itu kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.
AnginUnsur angin diberikan kepada individu yang dilahirkan sebagai anak keempat, kelapan, keduabelas dan sebagainya. Individu di bawah unsur angin dikatakan bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan dirinya disenangi oleh teman-teman sekeliling.
Individu yang terletak di bawah unsur angin juga memiliki mulut manis dan bijak bermain kata-kata. Ramai orang mungkin bimbang dengan karekter tersebut namun kerana ia sudah sifat semulajadinya maka agak sukar dikikis.
Bersesuaian dengan unsur angin, golongan tersebut suka berubah-ubah pendirian dan antara sifat buruk mereka adalah suka bertukar-tukar pasangan
Namun begitu pendapat di atas adalah sekadar pandangan berasaskan analisis yang dilakukan oleh manusia. Seperti biasa, mana ada manusia yang sempurna dalam segenap segi. Oleh sebab itu baca info di atas dengan fikiran terbuka
Semoga bermanfaat untuk memperbaiki diri kita, menjadi lebih baik dari sebelumnya
Sebarkan Bahagia
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2015/07/unsur-tanah-air-api-dan-angin-dalam.html