4976 Along Ancam Patahkan Tangan Harian Metro 13 06 2019




NIAT anak meminjam ceti haram untuk mengubati penyakit buah pinggang dideritai ibu bertukar mimpi buruk selepas dia menjadi buruan along sejak sebulan lalu.Bukan itu saja, along terbabit juga turut memuat naik iklan untuk memberi ganjaran RM10,000 kepada sesiapa saja yang boleh mematahkan tangannya kerana gagal melunaskan bayaran seperti sepatutnya.Keadaan itu menyebabkan Amirah, 32, kini buntu memikirkan nasibnya yang tidak berani keluar rumah kerana bimbang keselamatannya selepas diugut termasuk bahagian badan dikerat.“Saya berhubung dengan along melalui rakan bulan lalu. Mulanya saya ingin meminjam RM10,000 untuk membiayai perubatan ibu yang menghidap penyakit buah pinggang tetapi saya dimaklumkan ia tidak diluluskan.“Saya hanya terima RM500 dan perlu membayar semula RM1,200. Disebabkan terlalu sedikit, saya buat pinjaman kedua berjumlah RM1,000 dan dikehendaki membayar RM2,000 dalam tempoh sebulan.“Kemudian saya dimaklumkan jumlah tuntutan along ke atas pinjaman saya RM20,000. Saya tidak mampu kerana gaji sebagai pembantu jualan hanya RM1,200 sebulan,” katanya ketika membuat aduan kepada Pengarah Unit Banteras Ceti Haram Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Azman Kang.Amirah berkata, tidak lama selepas itu, dia menerima mesej berupa iklan tawaran kepada sesiapa yang boleh mematahkan sebelah tangannya akan diberi ganjaran RM10,000 kerana gagal membayar pinjaman.Katanya, along berkenaan mengugut untuk memuat naik poster berkenaan di Facebook jika dia masih gagal mendapatkan wang untuk melunaskan hutang, menyebabkan dia terpaksa meminta bantuan PPIM baru-baru ini.“Saya tak sangka ada tawaran begitu. Saya bimbang saya diapa-apakan dan keluarga sudah tentu susah hati. “Laporan polis sudah dibuat di Jenjarom, Banting kerana khuatir berlaku sesuatu yang buruk kepada saya,” katanya.Sementara itu, Azman berkata, PPIM menerima aduan berkenaan dan akan berbincang dengan along terbabit untuk menjadualkan semula pinjaman Amirah.Katanya, siasatan awal mendapati, along berkenaan berselindung di sebalik lesen pemberi pinjam wang dan tidak mengikut peraturan seperti termaktub dalam akta.“Nampaknya, along semakin berani mengugut peminjam walaupun mereka sendiri yang melanggar Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.“Kita juga akan membawa isu ini kepada Bukit Aman untuk tindakan lanjut,” katanya.
Artikel oleh: Harian MetroALONG ANCAM PATAHKAN TANGANhttps://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/06/464520/pinjam-rm1000-bayar-rm20000


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/06/4976-along-ancam-patahkan-tangan-harian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4987 Hati Hati Ayat Manis Along Harian Metro 17 06 2019

4987 Hati Hati Ayat Manis Along Harian Metro 17 06 2019

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 704 hits
Cepat ekspres dan senang lulus Itu antara ayat manis pihak memberikan kemudahan pinjaman yang tentunya membuatkan ramai tertarik apatah lagi ketika terdesak untuk mendapatkan wang Ini ditambah dengan perkhidmatan dalam talian yang tidak mem...
4995 Gesa Wujud Pusat Salur Maklumat Harian Metro 18 06 2019

4995 Gesa Wujud Pusat Salur Maklumat Harian Metro 18 06 2019

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 411 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu kerajaan menerusi Polis Diraja Malaysia mewujudkan pusat saluran maklumat bagi membolehkan rakyat menyertai kempen banteras judi haram Cadangan itu bagi membolehkan data dan butiran mereka...
5000 Saya Akur Dan Terima Kasih Dbkl Menteri Qobin Harian Metro 18 06 2019

5000 Saya Akur Dan Terima Kasih Dbkl Menteri Qobin Harian Metro 18 06 2019

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 522 hits
SAYA akur dengan arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengeluarkan arahan untuk merobohkan struktur kedai makan ini Bagaimanapun saya bersyukur hasil perbincangan DBKL memberikan masa untuk kami mengalihkan struktur ini untuk membuat permoho...
4988 Ppim Sedia Bantu Polis Banteras Judi Haram Sinar Harian 17 06 2019

4988 Ppim Sedia Bantu Polis Banteras Judi Haram Sinar Harian 17 06 2019

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 421 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyokong penuh komitmen Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador dalam membanteras jenayah judi di negara ini Ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya bersedia untuk berkongsi ...
17 Jun 2019 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Pasangan Gbp Usd Dan Cadangan Dagangan

17 Jun 2019 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Pasangan Gbp Usd Dan Cadangan Dagangan

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 386 hits
Bagi kenaikkan harga untuk mendapatkan semula dominasi penembusan menaik yang lain di atas tahap 1 2750 adalah diperlukan untuk memperluas sasaran kenaikan harga yang berpotensi ke arah 1 2800 1 2890 dan 1 2940 Walau bagaimanapun kemerosota...
17 Jun 2019 Analisis Teknikal Dan Cadangan Perdagangan Urusniaga Harian Pasangan Mata Wang Eur Usd

17 Jun 2019 Analisis Teknikal Dan Cadangan Perdagangan Urusniaga Harian Pasangan Mata Wang Eur Usd

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 406 hits
Sejak 19 Januari pasangan mata wang EUR USD telah bergerak dalam saluran digambarkan dengan kecenderungan menurun sedikit Tinjauan jangka pendek bertukar kepada penurunan harga mensasarkan ke tahap 1 1175 dikekalkan pada carta 4H Baru baru ...
Pendaftaran Cpns 2019 Dibuka Akhir Tahun Dibutuhkan 200 Ribu Orang Ada Jatah Buat P3k Dan Honorer

Pendaftaran Cpns 2019 Dibuka Akhir Tahun Dibutuhkan 200 Ribu Orang Ada Jatah Buat P3k Dan Honorer

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 328 hits
Pendaftaran CPNS kembali dibuka oleh Kementerian Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi Republik Indonesia Melansir dari Kompas com Menpan RB Syafruddin mengatakan pendaftaran CPNS 2019 akan dibuka pada akhir tahun Kemungkina...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik