4888 Kenyataan Media Letupan Di Kompleks Bersepadu Pengerang Ppim 12 4 19



KENYATAAN MEDIA
LETUPAN DI KOMPLEKS BERSEPADU PENGERANG


Susulan letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu pengusaha dan pengurus kompleks itu mengambil langkah proaktif bagi menjamin keselamatan pekerja dan penduduk sekitar.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata kejadian letupan yang berlaku amat membimbangkan.

" Apakah pihak berwajib dan pengurusan di sana boleh memberi jaminan perkara sebegini tidak akan berulang," katanya.

Nadzim mahu satu jaminan kepada penduduk dan pekerja bahawa langkah keselamatan akan diperketat.

" Penduduk dan pekerja ibarat berada di kawasan bom jangkamasa yang akan meletup pada bila-bila masa, ini amat membimbangkan dan pihak berwajib harus bertindak segera," tegasnya.

Nadzim turut berkata kejadian seperti itu sepatutnya tidak berlaku dan laporan penuh mesti dimaklumkan kepada rakyat kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa orang awam juga.

" PPIM memohon usaha bersungguh-sungguh dan komitmen tinggi agar tidak lagi ada insiden melibatkan kecuaian dan kualiti kerja, capailah '0 accident' dan kembalikan keyakinan rakyat,"

Nadzim turut mahu pihak bertanggungjawab jangan ambil sambil lewa dan menyorok dibelakang SOP perhubungan awam atau polisi syarikat dan sebagainya.

Hari ini dalam sebuah kenyataan, Petronas mengesahkan berlaku letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang kira-kira jam 1.25 pagi, pada Jumaat.

Namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan sehingga kini.

Penduduk sekitar bagaimanapun mendakwa terdapat rumah yang mengalami kerosakan akibat letupan tersebut.

Menurut sumber PPIM, letupan kerap berlaku terutama di Paka, Terengganu namun ia tidak dilaporkan media.

" Antara dakwaan pekerja di sana ialah pihak majikan mula mengambil pekerja tidak mahir seperti warga Bangladesh kerana gaji mereka lebih murah, ini mungkin menyumbang kepada kejadian kemalangan di sana,"

" Kita minta pihak pengurusan mengambil serius dakwaan ini dan mengambil langkah terbaik memastikan perkara seperti ini tidak berulang," katanya.

Berikut adalah kejadian letupan di kompleks-kompleks minyak dan gas dalam negara.

3 Dis 2018. - Kebakaran kecil berlaku di kompleks penapisan minyak Malaysian Refining Company Sdn. Bhd. (MRCSB), anak syarikat milik Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di Sungai Udang, Melaka.

16 Ogos 2016 - 2 maut letupan gas Sipitang Sabah. Dua Orang meninggal dunia setelah terkena letupan gas ammonia pada 9.30 pagi tadi di loji PETRONAS, Sipitang.

10 May 2012 - Seorang pekerja kontrak maut dan sembilan lagi cedera dalam kebakaran di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas di Paka, Terengganu.

26 Julai 2012. - Kapal tangki MISC Bunga Alpinia terbakar di Jeti Terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd, pulau Labuan jam 2.30 pagi. Kapal itu turut meletup.

Februari 2010 - Satu letupan besar berlaku di cerowong pembuangan gas terkawal (S1001 Flare Tip) Petronas Methanol Labuan (PML)

Disember 2010 - Enam pekerja pelantar minyak milik Petronas di luar pantai Terengganu dilaporkan cedera apabila pelantar yang sedang dalam penyelenggaraan berkala terbakar.

Ogos 2008 - Kebakaran Terminal Minyak di Pelabuhan Tanjung Langsat terjadi pada jam
6.30 petang melibatkan sebuah tangki minyak yang penuh dengan bahan kimia mudah terbakar.

Sebarang pertanyaan, hubungi Hotline Unit Media PPIM di talian +60192199052 Terima Kasih. [TAMAT]






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/04/4888-kenyataan-media-letupan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 10 Rumah Rosak Letupan Kompleks Petronas Pengerang

Lebih 10 Rumah Rosak Letupan Kompleks Petronas Pengerang

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 500 hits
KOTA TINGGI Lebih 10 rumah di Kampung Lepau dekat Pengerang di sini mengalami kerosakan di siling dan dinding dipercayai kesan daripada kejadian letupan serta kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang awal pagi tadi Pemilik rumah Abd Rahim ...
Video Letupan Gegar Pengerang

Video Letupan Gegar Pengerang

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 390 hits
PENGERANG 6 Syaaban 1440H Jumaat Satu letupan kuat menyebabkan kebakaran dikatakan berlaku di loji penapis minyak Petronas di sini awal pagi tadi Menerusi video yang tular sejak kejadian itu letupan dikatakan berlaku kira kira jam 1 30 pagi...
Jkkp Johor Arah Pegawai Siasat Kejadian Letupan Kebakaran Di Pengerang

Jkkp Johor Arah Pegawai Siasat Kejadian Letupan Kebakaran Di Pengerang

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 379 hits
Kenyataan Media Dua pekerja telah mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Central Medical Facility untuk menerima rawatan lanjut Persatuan Bangsa Johor facebook JOHOR BAHRU Satu pasukan pegawai dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pek...
4892 Sidang Media Kontraktor Bongkar Kontrak Di Felda Realiti Atau Fantasi Ppim 17 4 19

4892 Sidang Media Kontraktor Bongkar Kontrak Di Felda Realiti Atau Fantasi Ppim 17 4 19

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 448 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menerima aduan beserta bukti daripada sebuah syarikat kontraktor yang menjalankan projek perumahan Generasi Kedua di bawah seliaan FGV Pelbagai isu salah urus dan salah guna kuasa telah berkali kali dilapor...
4891 Ppim Gesa Rapid Pengerang Tingkat Aspek Keselamatan World Times News 14 4 19

4891 Ppim Gesa Rapid Pengerang Tingkat Aspek Keselamatan World Times News 14 4 19

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 411 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia hari ini menggesa pengusaha dan pengurus Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia di Pengerang Johor memperketatkan aspek keselamatan di kawasan kompleks tersebut Ketua Aktivis PPIM N...
Petronas Sahkan Berlaku Letupan Di Kawasan Rapid Pengerang Bazookapenaka My

Petronas Sahkan Berlaku Letupan Di Kawasan Rapid Pengerang Bazookapenaka My

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 572 hits
PETRONAS mengesahkan berlaku letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang 1 25 pagi hari ini Kenyataan media itu berkata berikutan itu satu pasukan kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian Pasukan kecemasan dan kebakaran kami dikera...
Letupan Di Rapid Pengerang Dua Cedera

Letupan Di Rapid Pengerang Dua Cedera

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 722 hits
Letupan Di RAPID Pengerang Dua Cedera Dua pengawal keselamatan cedera susulan insiden letupan di satu lot tapak projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia Pengerang dekat sini awal pagi tadi Letupan Di RAPID Pengerang Dua Ced...
Pengalaman Melalui Cabaran Seminggu Tanpa Sosial Media

Pengalaman Melalui Cabaran Seminggu Tanpa Sosial Media

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 545 hits
Hye semua Minggu lepas saya ada buat satu cabaran pada diri sendiri Cabaran nak tinggalkan sosial media selama seminggu Walaupun cabaran ni saya terpaksa buat tak sampai seminggu tapi tetap saya nak share sikit apa yang saya dapat dari caba...
4867 Sidang Media Kempen Beli Produk Muslim Menara Kl 2 4 19

4867 Sidang Media Kempen Beli Produk Muslim Menara Kl 2 4 19

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 416 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Gerakan Pembela Ummah hari ini melancarkan Kempen Beli Produk Muslim Kempen berterusan itu bertujuan untuk menggalakkan ekonomi Muslim selain mengetengahkan produk dan perkhidmatan muslim di Malaysia Ke...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Salam Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga

The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B