Lebih 10 Rumah Rosak Letupan Kompleks Petronas Pengerang



KOTA TINGGI: Lebih 10 rumah di Kampung Lepau, dekat Pengerang, di sini mengalami kerosakan di siling dan dinding, dipercayai kesan daripada kejadian letupan serta kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), awal pagi tadi.

Pemilik rumah Abd Rahim Sanusi, 85, yang tinggal bersama 2 anak serta 2 cucunya berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur dan terjaga bila terdengar bunyi berdentum.

“Saya baru lepas bedah jantung, terperanjat. Bila terperanjat, saya urut dada saya, baru lega sikit. Bila keluar dari bilik, nampak banyak siling di rumah jatuh,” kata warga emas itu ketika ditemui di sini hari ini.

Selain daripada beberapa siling yang jatuh, kelihatan beberapa kesan retakan di rumahnya.

Seorang lagi penduduk kampung, Abdul Halim Mahmood, 52, berkata, kira-kira 1.30 pagi, dia mahu berehat sebelum terdengar satu bunyi yang kuat seperti bom meletup.

“Saya dengar bunyi kaca pecah, jadi saya meninjau di luar dan dapati pintu sliding door saya pecah selepas bunyi yang kuat itu,” katanya, yang turut mendapati beberapa retakan pada dinding rumahnya.

Ketua kampung, Zainal Abidin Abd Rahim berkata, ketika kejadian, dia berada di luar kampung dan merasa sendiri gegaran letupan berkenaan, sebelum mendapat panggilan daripada orang kampung untuk memaklumkan mengenai perkara itu.

“Tidak lama lepas kejadian, saya menghubungi wakil Petronas untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Pihak Petronas minta saya buat bancian setiap rumah untuk mengenal pasti jenis kerosakan serta meminta penduduk terjejas untuk buat laporan polis,” kata beliau.

Zainal Abidin juga meminta penduduk kampung itu supaya tidak bimbang dan memaklumkan kepadanya mengenai kerosakan di rumah mereka.

Sehingga pukul 10 pagi tadi, difahamkan lebih 10 laporan polis telah dibuat.

Kampung Lepau, yang terletak kira-kira 1 kilometer dari Kompleks Bersepadu Pengerang, mempunyai 67 buah rumah dan lebih 100 penduduk.

Petronas dalam satu kenyataan di sini berkata, kejadian kebakaran dan letupan yang berlaku pada pukul 1.25 pagi itu, berjaya dikawal setengah jam kemudian.

Kejadian itu turut mencederakan 2 lelaki tempatan yang merupakan pengawal keselamatan di tapak projek berkenaan. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/04/lebih-10-rumah-rosak-letupan-kompleks.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4888 Kenyataan Media Letupan Di Kompleks Bersepadu Pengerang Ppim 12 4 19

4888 Kenyataan Media Letupan Di Kompleks Bersepadu Pengerang Ppim 12 4 19

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 380 hits
KENYATAAN MEDIALETUPAN DI KOMPLEKS BERSEPADU PENGERANGSusulan letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu pengusaha dan pengurus kompleks itu mengambil langkah proaktif bagi menjamin keselamatan pekerja da...
Petronas Sahkan Berlaku Letupan Di Kawasan Rapid Pengerang Bazookapenaka My

Petronas Sahkan Berlaku Letupan Di Kawasan Rapid Pengerang Bazookapenaka My

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 538 hits
PETRONAS mengesahkan berlaku letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang 1 25 pagi hari ini Kenyataan media itu berkata berikutan itu satu pasukan kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian Pasukan kecemasan dan kebakaran kami dikera...
Video Letupan Gegar Pengerang

Video Letupan Gegar Pengerang

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 359 hits
PENGERANG 6 Syaaban 1440H Jumaat Satu letupan kuat menyebabkan kebakaran dikatakan berlaku di loji penapis minyak Petronas di sini awal pagi tadi Menerusi video yang tular sejak kejadian itu letupan dikatakan berlaku kira kira jam 1 30 pagi...
Jkkp Johor Arah Pegawai Siasat Kejadian Letupan Kebakaran Di Pengerang

Jkkp Johor Arah Pegawai Siasat Kejadian Letupan Kebakaran Di Pengerang

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 348 hits
Kenyataan Media Dua pekerja telah mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Central Medical Facility untuk menerima rawatan lanjut Persatuan Bangsa Johor facebook JOHOR BAHRU Satu pasukan pegawai dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pek...
Dua Bulan Lebih Temani Istri Di Rumah Sakit Kesetiaan Sby Pada Ani Yudhoyono Ini Bikin Baper

Dua Bulan Lebih Temani Istri Di Rumah Sakit Kesetiaan Sby Pada Ani Yudhoyono Ini Bikin Baper

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 388 hits
Liat kesetiaan pak SBY menemani sang istri saat suka maupun duka jadi bukti kalau cinta nggak mengenal usia
Video Puting Beliung Di Penang Petang Tadi Habis Rumah Dan Gerai Rosak

Video Puting Beliung Di Penang Petang Tadi Habis Rumah Dan Gerai Rosak

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 607 hits
2802 SHARES Kejadian puting beliung telah dilaporkan berlaku di Tanjong Tokong Pulau Pinang petang tadi Menurut laporan banyak rumah dan gerai mengalami kerosakan bumbung rumah Flat tercabut harta benda awam rosak dan pokok tumbang Kejadian...
Letupan Di Rapid Pengerang Dua Cedera

Letupan Di Rapid Pengerang Dua Cedera

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 676 hits
Letupan Di RAPID Pengerang Dua Cedera Dua pengawal keselamatan cedera susulan insiden letupan di satu lot tapak projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia Pengerang dekat sini awal pagi tadi Letupan Di RAPID Pengerang Dua Ced...
Rumah Rosak Pokok Tumbang Dilanda Ribut Petir

Rumah Rosak Pokok Tumbang Dilanda Ribut Petir

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 310 hits
NURUL KHAIRIAH MOHAMED YUSOF 07 April 2019 10 36 PM KAJANG Beberapa buah rumah dan kenderaan rosak akibat dihempap pokok yang tumbang akibat hujan lebat serta ribut
Meski Diberi Rumah Dan Uang Ribuan Dolar Putra Khashoggi Tolak Tawaran Damai Saudi

Meski Diberi Rumah Dan Uang Ribuan Dolar Putra Khashoggi Tolak Tawaran Damai Saudi

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 328 hits
Pemerintah Saudi menawarkan uang damai supaya tidak perlu ada pengadilan atas kasus pembunuhan Jamal Khashoggi yang terjadi 3 Oktober tahun lalu
Semakan Budi95 Dibuka Khamis Ini

Cara Sahkan Mykad Dalam Setel Untuk Guna Budi95

Susu Rosak Jangan Buang Transform Jadi Keju Cottage Homemade Sedap Dan Puas Hati

Mof Nafi Had Pembelian Ron95 Sekali Sehari Harga Subsidi Kekal Terjamin

Throw The Book At Them Public Urges Stiff Penalty For Taxi Tout Couple Who Extorted Chinese Tourists

Jangan Fitnah Walaun Hati Hati Tentang Maklumat

Budi95 Shows Govt Failed To Make Targeted Subsidy System Work Muda

Over 254k Malaysians Are Obese Dzulkefly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Melawat Kebun Dan Sarapan Di Pagi Ahad

Daftar Ahli Amway Rahsia Jana Pendapatan Yang Ramai Terlepas Pandang

Transforming Tabung Haji Obviously Rashid Hussein Not Learned From His Past

Amira Othman Kongsi Momen Mesra Bersama Fattah Rakan Selebriti Cemburu

Why Abu Dhabi Is The New Hotspot For Girls Weekend Getaways

Baru Tahu Ternyata Ada Heater Kolam Renang Hemat Listrik Hampir 600