Laksa Mee Pangkor Original Resipi Mudah Tapi Sedap Hirup Kuah Paling Best
Laksa mee Pangkor merupakan antara hidangan yang cukup popular terutama di Pangkor, Lumut, Pantai Remis dan sekitarnya. Kalau di tempat lain mungkin agak susah kita nak jumpa laksa mee Pangkor.
Bagi orang Perak yang rindu nak makan laksa mee Pangkor, jom kita masak laksa mee Pangkor mengikut resipi yang dikongsikan oleh Chef Sue M Arukin ini. Memang puas hati bila masak sendiri. Nak tunggu balik kampung lambat lagi jadi kita buat sendiri, boleh makan ulang-ulang.
Resipi Laksa Mee Pangkor Original
RESIPI LAKSA MEE PANGKOR
BAHAN-BAHAN A:
2 ikat laksa mee Pangkor*
BAHAN-BAHAN B (Kuah):
10-12 ekor ikan kembung/termenung – saiz sederhana
3 keping asam gelugur
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya (sekitar 1.5 liter)
5 ulas bawang merah – mayang halus
3 ulas bawang putih – ketuk kasar
BAHAN-BAHAN C (Sambal):
500 gram udang saiz sederhana- bersihkan
10-15 tangkai cili kering – rebus & kisar
5 ulas bawang merah – mayang halus
3 ulas bawang putih – ketuk kasar
1/2 inci belacan
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN D (Sayur):
200gram kacang panjang – hiris kecil (refer gambar)
3 ulas bawang putih -ketuk & cincang kasar
Garam secukup rasa
Resipi Mudah Tapi Sedap, Hirup Kuah Paling Best
CARA MEMBUAT:
1. Celur laksa mee macam celur laksa atau mi kemudian toskan.
2. Untuk kuah; rebus semua bahan B hingga ikan empuk. Perisikan ikan (kisar tulang ikan dan tapis, ambil airnya). Isi ikan boleh dikisar halus atau kisar kasar. Boleh juga biarkan ikan rebus seeekor begitu. Tuang air rebusan ikan, air kisaran tulang ikan dan isi ikan kembali ke dalam periuk.
Didihkan hingga menggelegak. Tambah garam secukupnya dan sedikit gula (untuk balancekan rasa). Sementara itu, panaskan sesudu makan minyak dalam kuali, goreng bawang merah dan putih hingga perang (jangan sampai terlalu garing), kemudian tuang semuanya dalam kuali sup ikan tadi. Tutup api, tabur cincangan daun sup dan daun bawang.
3. Untuk sambal; panaskan dua sudu makan minyak dalam kuali. Goreng bawang merah hingga perang. Masukkan cili kisar lalu tumis hingga masak. Masukkan bawang putih (bawang putih akan hancur sendiri), asam gelugur dan udang. Tumis hingga semua bahan masak sempurna. Tambah garam dan gula secukup rasa.
4. Untuk sayur: panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bawang putih, goreng hingga wangi. Masukkan kacang panjang dan garam secukupnya. Kacau sebentar dan tutup api. Tak perlu tumis lama kerana kita nakkan kacang itu masih ada rasa rangup.
5. Untuk menghidang; letak sedikit laksa mee dalam mangkuk. Tuang kuah berserta isi ikan, sayur kacang dan sambal udang. Nikmati ketika kuah masih panas.
Sumber kredit: Sue M Arukin
The post Laksa Mee Pangkor Original, Resipi Mudah Tapi Sedap, Hirup Kuah Paling Best appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/laksa-mee-pangkor-original-resipi-mudah-tapi-sedap-hirup-kuah-paling-best/