4295 Ppim Perkenal Aplikasi Sppz Harian Metro 19 09 2019



PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru pembabitan semua pihak dalam memperkasa penggunaan aplikasi telefon pintar SPPZ (Sokong Peniaga Pembayar Zakat) yang diperkenalkan hari ini.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, aplikasi itu menghimpun segala maklumat perniagaan dimiliki dan diusahakan umat Islam untuk diakses semua pihak termasuk pengguna.

“Aplikasi ini bertujuan menghimpunkan maklumat berkaitan perniagaan umat Islam yang juga pembayar zakat di seluruh dunia amnya dan Malaysia khasnya dalam apa saja bidang di bawah satu platform.

“Untuk pengguna, apa saja anda perlukan, contohnya tayar kereta pancit di tengah lebuh raya, SPPZ bantu anda cari bengkel atau servis tukar tayar terdekat menerusi jaringan GPS (sistem pengesanan global) yang tersedia dalam aplikasi.

“Malah pengguna boleh membuat aduan untuk perniagaan terbabit jika didapati ada tidak kena, memberi cadangan dan sebagainya,” katanya.

Difahamkan, aplikasi yang memerlukan capaian Internet itu baru saja didaftarkan dua hari lalu dan hanya boleh dicapai pengguna telefon pintar Android buat masa ini.

Bagaimanapun, ia akan tersedia untuk pengguna iPhone tidak lama lagi dan pengguna boleh membayar zakat menggunakan aplikasi itu dan setakat ini, SPPZ sudah dimuat turun kira-kira 200 kali.

Nadzim berkata, aplikasi itu bukan bertujuan memboikot perniagaan bukan Islam, sebaliknya memfokuskan kepada peniaga Islam yang bakal atau sudah membayar zakat.

Beliau berkata, pada masa sama, ia platform untuk menyebarluas pentingnya membayar zakat.

“Hasil usaha PPIM sebelum ini, ada penerima zakat kini sudah menjadi pembayar zakat.

“Kami amat mengharapkan lebih ramai khususnya peniaga tampil menyertai SPPZ kerana ia percuma dan hanya sumbangan kecil diperlukan untuk tujuan pengurusan supaya ia dapat terus beri manfaat pada semua,” katanya.

Terdahulu, Nadzim memperkenalkan Pertubuhan Komuniti SPPZ hasil gabungan kerjasama dengan beberapa pertubuhan Islam antaranya Persatuan Sufi Antarabangsa.


Artikel oleh: Harian Metro 
PPIM PERKENAL APLIKASI SPPZ
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/498426/ppim-perkenal-aplikasi-sspz


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/09/4295-ppim-perkenal-aplikasi-sppz-harian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4288 Ppim Rombak Struktur Harian Metro 17 09 2019

4288 Ppim Rombak Struktur Harian Metro 17 09 2019

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 531 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia akan memberikan fokus kepada penyampaian maklumat kepenggunaan dengan cara yang lebih berkesan dalam usaha mengekang aktiviti penipuan di negara ini Menerusi perubahan struktur pengurusannya ia turut membab...
5276 Aktiviti Perjumpaan Bersama Admin Facebook Kempen Sppz Dan Bmf Ppim 13 09 2019

5276 Aktiviti Perjumpaan Bersama Admin Facebook Kempen Sppz Dan Bmf Ppim 13 09 2019

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 794 hits
Perjumpaan bersama admin dan moderator Facebook yang menyokong Kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat dan Kempen Buy Muslim First
4291 Pertubuhan Komuniti Sppz Bakal Jadi Rujukan Utama Muamalat Umat Islam Sidang Media Ppim 19 09 2019

4291 Pertubuhan Komuniti Sppz Bakal Jadi Rujukan Utama Muamalat Umat Islam Sidang Media Ppim 19 09 2019

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 467 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah memperkenalkan sebuah pertubuhan yang dinamakan Pertubuhan Komuniti Sokong Peniaga Pembayar Zakat Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata matlamat utama Komuniti SPPZ ialah bagi menjadi sebuah platfor...
5266 Lahir Mutawif Mutawifah Profesional Harian Metro 11 09 2019

5266 Lahir Mutawif Mutawifah Profesional Harian Metro 11 09 2019

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 410 hits
DALAM usaha melahirkan lebih ramai golongan mutawif daripada kalangan anak tempatan yang bertauliah selain memberi peluang pekerjaan kepada anak muda biarpun bukan daripada lulusan agama Persatuan Pengguna Islam Malaysia menganjurkan kursus...
4303 Tidak Menolak Mungkin Ada Gelatin Dalam Wang Kertas Ppim Sinar Harian 22 09 2019

4303 Tidak Menolak Mungkin Ada Gelatin Dalam Wang Kertas Ppim Sinar Harian 22 09 2019

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 487 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia tidak menolak kemungkinan terdapat gelatin dalam wang kertas Ringgit Malaysia memandangkan bahan itu kebiasaannya digunakan dalam setiap penyediaan barangan yang dihasilkan termasuk cat gam dan da...
5260 Pantauan Berkala Ikut Sop Harian Metro 10 09 2019

5260 Pantauan Berkala Ikut Sop Harian Metro 10 09 2019

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 312 hits
Kuala Lumpur Babitkan penyertaan orang awam bertauliah mahupun jawatankuasa masjid bagi memantau proses penyembelihan ayam Persatuan Pengguna Islam Malaysia Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata mekanisme pemantauan berkala perlu di...
4306 Along Caj Biaya Kereta Sesuka Hati Harian Metro 23 09 2019

4306 Along Caj Biaya Kereta Sesuka Hati Harian Metro 23 09 2019

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 471 hits
WUJUD syarikat pembiaya pinjaman kenderaan atau syarikat kredit didalangi along mengenakan caj sesuka hati serta mendesak peminjam supaya melangsaikan pembiayaan penuh atau berdepan kereta dilelong Ketua Biro Pembangunan Sosial Persatuan Pe...
4314 Pelantikan Jawahar Ali Sebagai Presiden Presma Petanda Baik Kempen Sppz Ppim Bernama 25 09 2019

4314 Pelantikan Jawahar Ali Sebagai Presiden Presma Petanda Baik Kempen Sppz Ppim Bernama 25 09 2019

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 494 hits
KUALA LUMPUR 25 Sept Pelantikan Datuk Jawahar Ali Taib Khan sebagai Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia yang baharu merupakan petanda baik kepada kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Mala...
Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Gunung Rinjani Sejarah Harga Tiket Laluan Pendaki

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Mayat Ibu Anak Perempuan Ditemui Reput Jiran Tercium Bau Busuk

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Meggy Z Terlanjur Basah Chord

Cream O Strawberry Is The Berry Snack You Need Rn

Bila Ketua Hanya Jawatan Bukan Peranan

How To Choose The Right Switch Cover

Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

New Electricity Tariff Rates Will Malaysians Continue To Be Burdened