4 Remaja Terlibat Sindiket Jual Surat Rentas Negeri Miti Palsu Diberkas Kata Kp Johor


BernamaAyob Khan Mydin Pitchay berkata, modus operandi mereka adalah dengan mengiklankan perkhidmatan di media sosial termasuk Instagram, Facebook dan WeChat dengan menjual surat itu pada harga RM150. (Gambar Bernama)JOHOR BAHRU: Empat remaja dipercayai terlibat dalam sindiket penjualan dan pemalsuan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan surat akuan majikan bagi tujuan merentas negeri ditahan di sekitar bandar raya ini, 5 Ogos lepas.
Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dua lelaki dan dua wanita berusia 16 hingga 19 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Johor dibantu JSJK Bukit Aman, sekitar pukul 8.30 malam sehingga 10.30 malam.
Katanya, sindiket itu dipercayai beroperasi sejak Mac tahun ini dan dianggarkan sebanyak 250 dokumen palsu telah dijual ke seluruh Semenanjung Malaysia dengan keuntungan sebanyak RM37,500.
“Modus operandi mereka adalah dengan mengiklankan perkhidmatan di media sosial termasuk Instagram, Facebook dan WeChat dengan menjual surat itu pada harga RM150. Empat individu ini menerima komisen sebanyak RM50 hingga RM100 setiap seorang bagi setiap dokumen yang dijual,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata, sindiket itu juga pada masa sama didapati menggunakan kod respons pantas atau Kod QR yang boleh diimbas di surat palsu berkenaan yang sekali gus menyukarkan pihak polis di sekatan jalan raya (SJR) untuk mengesan.
“Namun kami dapati bahawa penama yang membawa surat ini di SJR bukan pekerja syarikat seperti yang tertera di surat palsu itu. Mungkin ada penglibatan orang dalam jadi kami akan siasat,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Menurut beliau pihaknya kini sedang mengesan seorang lelaki berusia 21 tahun, dipercayai dalang sindiket itu dikenali sebagai Nicholas Chai Jia Han, yang beralamat di No 49 Jalan Bukit Kontang, Taman Ria, Tangkak.
“Individu ini dikehendaki mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sebarang maklumat orang ramai diminta menghubungi ASP Timmy Anak Aheng di talian 019-7773728 atau balai polis berhampiran,” katanya.
Sementara itu, mengenai kes berlainan, Ayob Khan berkata, tiga lelaki tempatan berusia 27 hingga 47 tahun disyaki terlibat sindiket pinjaman ah long yang beroperasi sejak 2019 dengan menyasarkan peniaga kecil ditahan di sekitar bandar raya ini pada 18 Ogos lalu.
“Setakat ini 80 peminjam berulang telah dikesan dengan jumlah pinjaman berjumlah RM1.5 juta,” katanya yang menjelaskan kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.
Dalam serbuan berasingan pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun pada 17 Ogos lalu kerana dipercayai terlibat kegiatan khianat dengan menyimbah cat ke rumah peminjam di sekitar Batu Pahat dan Segamat.
Individu terbabit melakukan khianat melibatkan empat buah rumah setakat ini dengan menerima upah RM350 bagi setiap rumah yang disimbah cat dan kes disiasat mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/4-remaja-terlibat-sindiket-jual-surat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sindiket Jual Palsu Watikah Pingat Darjah Kebesaran Negeri Melaka Tumpas

Sindiket Jual Palsu Watikah Pingat Darjah Kebesaran Negeri Melaka Tumpas

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 442 hits
Ketua Menteri Sulaiman Md Ali berkata mereka yang ditahan dipercayai dalang utama orang tengah dan pembeli watikah pingat serta bintang palsu darjah kebesaran yang ditawarkan dengan harga antara RM50 000 hingga RM100 000 MELAKA Sindiket ter...
Selepas Berjasa Bolehkan Ziarah Pusara Lebih Terpuji Jika Ismail Sabri Dapat Benarkan Rentas Negeri Dengan Segera

Selepas Berjasa Bolehkan Ziarah Pusara Lebih Terpuji Jika Ismail Sabri Dapat Benarkan Rentas Negeri Dengan Segera

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 238 hits
Satu satunya jasa Ismail Sabri Yaakob yang ada yang dapat dirasai rakyat setakat seminggu memegang jawatan Perdana ini ialah mendedahkan bahawa menziarahi kubur bukan lagi perkara yang melanggar SOP Selama ini tiada siapa tahu atau dimaklum...
Ppv Dibanjiri Kerana Pengumuman Kelonggaran Dua Dos Vaksin Untuk Rentas Daerah Negeri

Ppv Dibanjiri Kerana Pengumuman Kelonggaran Dua Dos Vaksin Untuk Rentas Daerah Negeri

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 449 hits
Kelihatan orang ramai berpusu pusa hadir di pusat vaksinasi walk in di Taman Harmoni Sandakan KOTA KINABALU Dua Pusat Pemberian Vaksin di Sandakan dan Lahad Datu yang dibuka secara walk in tanpa perlu janji temu dibanjiri ratusan orang seaw...
Pm Dihentam Didakwa Langgar Sop Rentas Negeri Ziarah Kubur

Pm Dihentam Didakwa Langgar Sop Rentas Negeri Ziarah Kubur

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 272 hits
Netizen minta Ismail Sabri tunjuk teladan baik kepada rakyat BANGI Baru genap seminggu dilantik menjadi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini dihentam oleh kebanyakan pengguna media sosial Ini susulan tindakan beliau pulan...
Agong Perkenan Surat Peletakan Jawatan Pm Muhyiddin Jadi Caretaker Kata Istana Negara

Agong Perkenan Surat Peletakan Jawatan Pm Muhyiddin Jadi Caretaker Kata Istana Negara

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 354 hits
August 16 2021 3 04 PMPETALING JAYA Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima surat peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada sesi menghadap pagi tadi di Istana Negara Menurut kenyataan Istana N...
Virai Kes Jual Sijil Vaksin Palsu Pesaiah Boleh Dikenakan Denda Rm100 000

Virai Kes Jual Sijil Vaksin Palsu Pesaiah Boleh Dikenakan Denda Rm100 000

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 484 hits
Polis Diraja Malaysia membuka kertas siasatan berhubung penjualan sijil digital vaksin C0VID 19 palsu secara dalam talian Terdahulu Kementerian Kesihatan mengenal pasti satu kes penjualan sijil vaksinasi dalam bentuk kad fizikal secara dala
Jangan Ambil Kesempatan Lengkap 2 Dos Rentas Negeri Daerah Tanpa Tujuan Penting

Jangan Ambil Kesempatan Lengkap 2 Dos Rentas Negeri Daerah Tanpa Tujuan Penting

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 259 hits
Mazli merakamkan gambar kenangan bersama pegawai serta anggota IPD Kota Belud di Kampung Lahanas semasa program Ops Bantu KOTA BELUD Orang ramai diingatkan agar tidak mengambil kesempatan menggunakan alasan lengkap dua dos suntikan vaksinas...
Rentas Daerah Masih Perlu Surat Kebenaran Polis

Rentas Daerah Masih Perlu Surat Kebenaran Polis

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 371 hits
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah Senior Asisten Komisioner Yusuh Mat Tais KOTA KINABALU Aktiviti rentas daerah di negeri ini masih memerlukan surat atau permit kebenaran daripada po...
Sabah Belum Benarkan Rentas Negeri Daerah

Sabah Belum Benarkan Rentas Negeri Daerah

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 308 hits
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah Senior Asisten Komisioner Yusuh Mat Tais KOTA KINABALU Pergerakan merentas negeri bagi individu yang sudah menerima dua dos vaksin yang lengkap belu...
Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terus Melangkah Uk Setuju Bantu Malaysia Dalam Teknologi Dan Inovasi Baharu Fadillah

9 Tips Mudah Kurangkan Resdung

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Petua Simpan Santan Segar