Sindiket Jual Palsu Watikah Pingat Darjah Kebesaran Negeri Melaka Tumpas


 
Ketua Menteri Sulaiman Md Ali berkata, mereka yang ditahan dipercayai dalang utama, orang tengah dan pembeli watikah, pingat serta bintang palsu darjah kebesaran, yang ditawarkan dengan harga antara RM50,000 hingga RM100,000. (Gambar Bernama)MELAKA: Sindiket terbesar penjualan dan pemalsuan watikah serta pingat darjah kebesaran negeri Melaka, yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri serta watikah Jaksa Pendamai Melaka akhirnya tumpas, selepas dua dalang dan 32 individu ditahan Polis Kontinjen Melaka.
Ketua Menteri Sulaiman Md Ali berkata, kesemua suspek ditahan dalam beberapa siri serbuan menerusi operasi khas bermula 22 Februari hingga 29 Mac lepas di sekitar Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor.
Beliau berkata kesemua mereka yang ditahan itu berusia 26 hingga 70 tahun dipercayai terlibat sebagai dalang utama, orang tengah dan pembeli watikah, pingat serta bintang palsu darjah kebesaran Melaka, yang ditawarkan dengan harga antara RM50,000 hingga RM100,000.
“Serbuan ini berdasarkan maklumat awal daripada orang awam mengenai aktiviti yang dijalankan sindiket yang didalangi dua lelaki berusia 40-an, yang dipercayai menjalankan kegiatannya sejak pertengahan tahun lepas, selain dibantu beberapa orang tengah yang berperanan sebagai pempromosi dan penjual.
“Dua dalang utama itu ditahan di rumahnya di Melaka Tengah, yang turut dijadikan sebagai pusat mencetak watikah, manakala pingat dan selempang palsu ditempah dari luar negara dari pembekal tidak sah,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Seri Negeri di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Polis Melaka Abdul Majid Mohd Ali.
Sulaiman berkata, modus operandi digunakan ialah menyasarkan ahli perniagaan dan mempromosi kegiatan mereka melalui kenalan, sebelum menghantar pesanan watikah, pingat dan bintang darjah kebesaran Melaka itu, di tempat yang ditetapkan.
“Polis Melaka juga telah merampas pelbagai barangan antaranya lapan keping watikah palsu darjah kebesaran Melaka, lapan watikah palsu Jaksa Pendamai Melaka, 13 selempang, 21 pingat dan darjah kebesaran.
“Selain itu turut dirampas dua keping kad keahlian palsu dan 168 set emblem kereta Majlis Datuk-Datuk Melaka, dua keping keahlian palsu dan tujuh set emblem kereta Majlis Jaksa Pendamai Melaka, selain peralatan komputer dan aksesori,” katanya.
Sulaiman berkata sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka polis Melaka berkaitan kes itu, yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Beliau berkata kes turut disiasat di bawah Seksyen 3(1)(a) Enakmen Lambang-lambang dan Nama-nama (Mencegah Penggunaan Yang Tidak Betul) Enakmen A21 Enakmen Negeri Melaka, dan Seksyen 3(1)(b) Enakmen Lambang-lambang dan Nama-nama (Mencegah Penggunaan Yang Tidak Betul) Enakmen A21 Enakmen Negeri Melaka.
“Justeru orang awam juga dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan kegiatan pemberian pingat darjah kebesaran negeri Melaka seumpama ini, kerana ia melibatkan proses dan pemberian melalui majlis rasmi.
“Melaka ini ada permohonan, ada tapisan keselamatan mesti melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Insolvensi dan polis. Tidak kira apa permohonan bermula dari sekecil-kecil pingat hingga yang paling tinggi, akan melalui tapisan tiga agensi ini sebelum permohonan mereka layak,” katanya.
Katanya kedua-dua lelaki dalang utama sindiket itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, esok. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/08/sindiket-jual-palsu-watikah-pingat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Virai Kes Jual Sijil Vaksin Palsu Pesaiah Boleh Dikenakan Denda Rm100 000

Virai Kes Jual Sijil Vaksin Palsu Pesaiah Boleh Dikenakan Denda Rm100 000

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 472 hits
Polis Diraja Malaysia membuka kertas siasatan berhubung penjualan sijil digital vaksin C0VID 19 palsu secara dalam talian Terdahulu Kementerian Kesihatan mengenal pasti satu kes penjualan sijil vaksinasi dalam bentuk kad fizikal secara dala
Sindiket Judi Kaut Untung Rm700 000 Sebulan Tumpas 19 Ditahan

Sindiket Judi Kaut Untung Rm700 000 Sebulan Tumpas 19 Ditahan

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 314 hits
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Amihizam Abdul Shukor berkata sindiket itu beroperasi sejak dua bulan lalu dan 11 daripada suspek ditahan adalah warga asing PETALING JAYA Satu sindiket perjudian dalam talian yang menyasarkan pelangg...
Sindiket Datuk Ken Miliki 14 Banglo 14 Kereta Mewah Tumpas

Sindiket Datuk Ken Miliki 14 Banglo 14 Kereta Mewah Tumpas

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 468 hits
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed kanan melihat kereta mewah Lamborghini Huracan yang dirampas daripada Datuk Ken di Mess pegawai Kanan IPK Selangor hari ini at terakhirnya dikesan di Bandar Country Homes Rawang Polis meminta ban...
Sindiket Dato Ken Tumpas Nilai Rampasan Rm33 Juta

Sindiket Dato Ken Tumpas Nilai Rampasan Rm33 Juta

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 1086 hits
AJUNAIDI menunjukkan model kereta Lamborghini yang dirampas polis dalam satu serbuan dekat kediaman di Country Homse Rawang di sini pada Julai lalu yang membawa kepada penangkapan individu bergelar Dato Ken pada 11 Ogos SHAH ALAM Seorang le...
Mahu Jaga Kesihatan Mental Kerajaan Pertimbang Buka Pasar Malam Di Negeri Fasa 1 Ppn

Mahu Jaga Kesihatan Mental Kerajaan Pertimbang Buka Pasar Malam Di Negeri Fasa 1 Ppn

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 335 hits
Pada 8 Ogos lalu pihak kerajaan telah mengumumkan kelonggaran buat mereka yang berada di negeri dalam fasa dua Pelan Pemulihan Negara untuk dine in di kedai buat mereka yang lengkap mendapatkan dua dos suntikan vaksin mengikut SOP yang dite...
Panas Tiga Negeri Terancam Kerana Keputusan Umno

Panas Tiga Negeri Terancam Kerana Keputusan Umno

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 185 hits
gemilangdaily comKeputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Ahmad Zahid Hamidi mahu menjatuhkan kerajaan Persekutuan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin membawa krisis politik yang lebih besar dan merumitkan di beberapa negeri yang dik...
Lawati Lokasi Ini Bagi Mengenang Jasa 3 Ahli Sukan Terkenal Negeri Selangor

Lawati Lokasi Ini Bagi Mengenang Jasa 3 Ahli Sukan Terkenal Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 284 hits
3 Lokasi Di Sekitar Negeri Selangor Ini Turut Memberi Pendedahan kepada Orang Awam tentang Kemasyshuran Negeri Ini dalam Arena SukanAcara Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjadi topik yang hangat diperkatakan beberapa minggu ini Walaupun era pande...
Negeri Pertama Adakan Sidang Dun Esok Johor Jadi Tumpuan Susulan Kemelut Politik Umno Pn

Negeri Pertama Adakan Sidang Dun Esok Johor Jadi Tumpuan Susulan Kemelut Politik Umno Pn

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 227 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Sidang Dewan Undangan Negeri Johor akan membuka tirainya esok dan menjadi tumpuan apabila menjadi negeri pertama mengadakan persidangan selepas Parlimen mula bersidang akhir bulan lalu Tumpuan itu susulan kemelut ...
Impak Positif Pembukaan Semula Pelancongan Negeri Fasa 2

Impak Positif Pembukaan Semula Pelancongan Negeri Fasa 2

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 367 hits
Impak positif pembukaan semula pelancongan negeri Fasa 2 dan ke atas akan mula terasa Ini kerana kerajaan telah mengumumkan bahawa negeri negeri yang berada di Fasa 2 ke atas akan diberikan kelonggaran dalam aktiviti sosial di bawah Pelan P...
Rewards Travel Now Too Many Points Not Enough Seats

Jumaat Terakhir Sebelum Ramadan Saya Nak Tanya Ada Sesiapa Nak Taja Makanan Dan Minuman Untuk Buka Puasa

Pahang Sultan Wants End To Debate Over Royal Addendum On Najib

Tiket Murah Promo Sekarang Ada Promo Tiket Murah Kat Trip Com Jom Check It Out

Isu Beras Kajian Mardi Buktikan Rakyat Ditipu

Salam Ramadan 1446h 2025h Dan Selamat Berpuasa

Unifi Mobile Kini Ada Pelan Prabayar Dengan Tempoh Aktif 12 Bulan Harga Rm180

Penganggur Ditahan 3 Jam Lepas Samun Kedai Emas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jakim After Revocation Imports Of Products Certified By Three Halal Bodies From China Croatia And France Banned

Strategies Needed To Counter Impending Geopolitical Challenges

Saturday Jokes 253

Pembukaan Ssf Flagship Store Glenmarie Dan Perkongsian Strategik Dengan Haqqi Mall

48 Years Of Tenacious Struggle Aliran Refuses To Surrender Hope

Gloomy Morning Pancake Felt Keychain