Rentas Daerah Masih Perlu Surat Kebenaran Polis


Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Senior Asisten Komisioner Yusuh Mat Tais


KOTA KINABALU: Aktiviti rentas daerah di negeri ini masih memerlukan surat atau permit kebenaran daripada polis berikutan belum ada prosedur operasi standard (SOP) yang baharu dikeluarkan.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Senior Asisten Komisioner Yusuh Mat Tais berkata, pergerakan merentas negeri bagi individu yang sudah menerima dua dos vaksin yang lengkap juga belum diaplikasikan.

Beliau berkata, pada masa ini Sabah masih menggunapakai prosedur operasi standard (SOP) terdahulu kerana kerajaan negeri belum mengeluarkan SOP.

Ketika ini, di Sabah masih menggunakan SOP yang dikemas kini pada 6 Ogos lalu dan orang ramai perlu meminta kebenaran dan permit polis untuk merentas daerah.

“Kita mendapati ramai yang keliru dengan pertukaran SOP terutamanya selepas pengumuman di peringkat kerajaan Pusat baru-baru ini. Kelonggaran diumumkan itu masih belum diguna pakai di Sabah sehingga SOP baharu dikeluarkan.

“Maka, orang ramai dinasihatkan untuk terus mengamalkan disiplin diri kerana kita masih berhadapan cabaran jangkitan sporadik yang menjangkiti komuniti dalam diam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Op Bantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu hari ini.

Yusuh berkata, pasukan pemantau pematuhan SOP akan terus digerakkan bagi memastikan tiada aktiviti berkumpul secara beramai-ramai di pasar raya atau kesesakan luar biasa di kawasan tumpuan orang awam.

“Kita akan memberikan nasihat melalui team pemantauan dengan menggunakan kereta peronda polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB). Sekiranya ada pihak yang berdegil, kita akan memberikan kompaun mengikut undang-undang sedia ada,” katanya.

Tambahnya, pasukan polis akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengawal keadaan keselamatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) disamping membantu menangani kesesakan luar biasa di PPV.

Yusuh berkata, penugasan ini akan dilakukan agensi lain seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) berikutan kekangan keanggotaan polis yang melakukan penugasan lain di SJR serta tugas pematuhan SOP.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/rentas-daerah-masih-perlu-surat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentas Negeri Daerah Masih Tidak Dibenarkan Untuk Ppn Fasa 1 Dan 2 Ketua Polis Negara

Rentas Negeri Daerah Masih Tidak Dibenarkan Untuk Ppn Fasa 1 Dan 2 Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 260 hits
Acryl Sani Abdullah Sani berkata masyarakat diharap terus mematuhi prosedur operasi standard Majlis Keselamatan Negara agar jangkitan Covid 19 dapat dilandaikan KUALA LUMPUR Perjalanan rentas negeri dan daerah masih dilarang bagi negeri yan...
Unit Dron Polis Kesan 2 Kenderaan Rentas Daerah Beli Durian Ditahan Di Sipitang

Unit Dron Polis Kesan 2 Kenderaan Rentas Daerah Beli Durian Ditahan Di Sipitang

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 274 hits
Kenderaan van penumpang dan lori berkenaan dipercayai bergerak dari Kota Kinabalu hanya bertujuan untuk membeli durian Sipitang Dua kenderaan membawa muatan durian ditahan selepas gagal menunjukkan permit polis rentas daerah di Kampung Nalu...
Permit Perjalanan Rentas Daerah Di Sabah Masih Diperlukan

Permit Perjalanan Rentas Daerah Di Sabah Masih Diperlukan

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 252 hits
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sabah Yusuh Mat Tais KOTA KINABALU Orang ramai masih perlu menunjukkan surat atau permit semasa melakukan pergerakan merentas daerah kepada pihak polis semasa melalui sekat...
Di Perlis Dah Boleh Dine Dan Rentas Daerah

Di Perlis Dah Boleh Dine Dan Rentas Daerah

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 415 hits
Muhyiddin dan seluruh kabinet boleh kekal jika kerajaan sah memiliki majoriti kerusi Ia harus diputuskan di Parlimen secara Telus dan berani Pembangkang perlu dikunci mulut mereka selepas itu Bola di kaki Muhyiddin Episode dengan umno belum...
Kebenaran Rentas Negeri Kelonggaran Sektor Sosial Diumum Esok Atau Lusa Pm

Kebenaran Rentas Negeri Kelonggaran Sektor Sosial Diumum Esok Atau Lusa Pm

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 184 hits
Seperti contoh rentas negeri atau rentas daerah nak jumpa ibu bapa di tempat lain atau suami dan isteri terpisah dengan anak itu kita akan putuskan juga katanya Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pember...
Muhyiddin Umum 3 Negeri Beralih Ke Fasa 3 Ppn Mulai Rabu Rentas Daerah Dibenarkan

Muhyiddin Umum 3 Negeri Beralih Ke Fasa 3 Ppn Mulai Rabu Rentas Daerah Dibenarkan

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 293 hits
Tiga negeri iaitu Perlis Sarawak dan Labuan di bakal memasuki Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara mulai Rabu ini Perkara ini disampaikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi Alhamdulillah sukacita ingin saya umumkan ba...
Semua Ketua Polis Daerah Di Sabah Diarah Pantau Ppv Di Kawasan Masing Masing

Semua Ketua Polis Daerah Di Sabah Diarah Pantau Ppv Di Kawasan Masing Masing

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 248 hits
Semua KPD Di Sabah Diarah Siapsiaga pantau PPV Di Kawasan Masing Masing KOTA KINABALU Setiap Ketua Polis Daerah di Sabah diarahkan memantau pusat pemberian vaksin bagi mengelak berlaku kesesakan seperti sebelum ini Ketua Jabatan Pencegahan ...
Kontroversi Surat Istana Negara Bocor Dewan Pemuda Pas Akan Membuat Laporan Polis

Kontroversi Surat Istana Negara Bocor Dewan Pemuda Pas Akan Membuat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 255 hits
KUALA LUMPUR Dewan Pemuda Pas akan melaporkan kepada polis berhubung penyebaran surat didakwa sebagai surat Yang di Pertuan Agong kepada Perdana Menteri bertarikh 29 Julai lalu Menurut Timbalan Dewan Pemuda Pas Ahmad Fadhli Shaari pembocora...
Saya Masih Tunggu Suami Lana Nodin Keluar Surat Saman Michael Ang Simpan Komen

Saya Masih Tunggu Suami Lana Nodin Keluar Surat Saman Michael Ang Simpan Komen

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 266 hits
Penerbit dan pengarah drama terkenal Michael Ang memaklumkan bahawa dia belum dapat memberi sebarang komen mengenai tuntutan saman yang dikeluarkan suami kepada pelakon Lana Nordin iatu David Mackienzie kepada dirinya BACA 8220 Pastikan Mer...
How Malaysians Can Tactically Deal With Zakir Naik S Non Ban

Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Online Presence Is Critical For Business

68 Warganegara Asing Diusir Ntl Dilarang Masuk Malaysia

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Inovasi Teknologi Untuk Seragam Kerja Ramah Lingkungan

Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Himpunan Unik Trio Carlo Rino

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord