4 Perkara Yang Perlu Anda Gabungkan Untuk Jalani Kehidupan Yang Baik




Soalan yang paling banyak bermain dalam kepala saya sejak dulu sampai sekarang adalah ..

Bagaimana nak jalani sebuah kehidupan yang baik?
Dengan tekanan hidup sekarang, ramai yang tak sempatpun untuk fikirkan soalan itu. Tapi jika diberikan ruang, saya yakin, menjalani sebuah kehidupan yang baik adalah idaman semua orang yang normal.
Hidup dengan baik ini dalam ertikata lain bermaksud, menjalani hidup yang berbaloi. Setiap apa yang dilakukan dirasakan penuh bermakna.
Dunia moden kelihatan serba maju dan lengkap. Tapi jika direnungkan baik-baik, segala kemajuan ini membuka lebih banyak ruang kosong dalam perasaan anda.
Dalam satu kajian yang saya baca, saintis dapati masalah kesunyian sudah menjadi satu wabak penyakit yang melanda manusia zaman moden.
Seperti yang saya sebutkan berkenaan ruang kosong dalam jiwa di atas tadi. 
Dengan teknologi moden, manusia mudah berhubung dengan siapa saja, sejauh manapun. Kita ingat kemudahan itu sangat membantu. Tapi sebenarnya, kemudahan itulah juga yang membuatkan makin ramai orang rasa hidupnya sunyi!.
Baca laporannya kat sini.
Ditambah pulak dengan seribu satu macam tekanan hidup yang melanda setiap saat, dah tentu akan timbul fikiran merasakan hidup macam tak berbaloi. Rasa dah gibab untuk teruskan apa yang anda lakukan sekarang.
Jalani kehidupan yang baikMacam mana nak buat supaya hidup rasa berbaloi?
Salah satu sifat yang ada pada orang yang jalani kehidupan yang baik adalah, dia sentiasa tak sabar untuk bangun tidur awal pagi keesokkan harinya, terjun dari tilam, mandi dan bersiap untuk selesaikan satu hari lagi pusingan kehidupan hariannya. Ini kehidupan yang semua orang nak.
Terbalik pula dengan mereka yang jalani kehidupan yang tidak bermakna. Mereka rasa sukar nak tidur malam. Bila dah tidur, susah pulak nak bangun pagi. Kemudian malas nak bersiap untuk keluar rumah teruskan satu lagi pusingan hari itu. Itu kehidupan yang tak ada orang sanggup berterusan hadapinya.
Untuk pastikan anda dapat nikmat kehidupan yang baik, perlu gabungkan 4 perkara berikut.
1. Cari perkara yang anda sukaIni dah biasa sangat kita dengar. Hampir semua orang sebut perkara yang sama. Kalau anda tahu apakah perkara-perkara yang anda suka, dan habiskan lebih masa untuk buat perkara tersebut, masa terasa singkat dan anda tidur malam sambil tersenyum manis.
Cuba luangkan masa untuk buat senarai perkara-perkara yang anda suka dan cintainya dengan sepenuh hati. 
Kalau masih tak dapat kenal pasti, cuba beli buku nota untuk dijadikan sebagai jurnal harian.
Setiap malam sebelum tidur, cuba buat refleksi semula perjalanan hidup anda satu hari itu. Tulis satu persatu aktiviti yang dah anda luangkan masa melakukannya. Tanya samada anda rasa puas gembira atau tidak buat aktiviti tersebut.
Dari catitan demi catitan setiap hari yang dikekalkan dalam tempoh yang lama, anda akan dapat jumpa apakah aktiviti atau perkara yang anda memang suka sangat melakukannya.
2. Cari perkara yang anda cekapKalau umur dah lebih dari 30 tahun, saya yakin anda sudah tahu apa perkara yang anda cekap dan apa perkara yang lemah.
Dari zaman kanak-kanak sehinggalah ke tahap umur lebih kurang 30 tahun, anda sepatutnya dah banyak mencuba buat perkara baru dan dah puas meneroka dunia kehidupan.
Oleh itu dah tiba masa untuk kenal pasti apa yang cekap dan apa yang tidak.
Kecekapan memerlukan latihan. Dalam tempoh 30 tahun sebelum ini, samada terpaksa atau sukarela, anda mesti telah tempuh berbagai latihan hidup dari segi fizikal mahupun mental.
Jaringan kenalan juga biasanya paling banyak terbentuk dalam tempoh 30 tahun itu. 
Jadi anda perlu ambil masa sekejap untuk buat renungan dan imbau kembali segala yang telah dijalani dan kenal pasti lingkungan kemahiran yang anda dah berjaya himpun dalam diri.
3. Cari sumber jana pendapatanApa sumber yang memberikan duit kepada anda selama ini?
Sama juga macam kat atas tadi. Kalau anda dah berumur 30 ke atas, sudah pasti dah tahu apakah aktiviti yang dapat menjana pendapatan untuk anda hidup.
Itu adalah sumber ekonomi anda.
Mungkin ada hanya satu, iaitu kerjaya anda sekarang.
Apa kemahiran yang ada yang membuatkan anda dibayar. Mesti ada sesuatu. Tak akan ada orang sewel yang bagi duit secara percuma, saja-saja.
Cuba buat senarai tambahan apakah lagi perkara yang ada pada anda yang boleh menjana pendapatan. Tak semestinya dibayar dalam bentuk duit. Mungkin anda dibayar benda lain sebagai tukar ganti, masa, keistimewaan, pertukaran benda bernilai dan lain-lain lagi yang ada nilai.
4. Cari apa keperluan masyarakatSemak semula masyarakat sekeliling anda. Tak kisah samada lokal atau nasional. Apakah yang mereka perlukan?
Biasanya masyarakat amat membutuhkan solusi kepada masalah yang mereka hadapi. 
Masalah ini berbagai, tapi boleh diringkaskan hanya kepada 2 perkara sahaja. Pertama adalah keluar dari kesukaran dan keduanya adalah mencari yang lebih baik.
Buatlah semua senarai keperluan masyarakat yang anda boleh fikirkan dan nampak. 
Cara mudah adalah dengan merenung kerjaya anda sekarang. Apakah masalah masyarakat yang anda selesaikan.
Kemudian, kembangkan lagi satu persatu supaya lebih banyak.
HobiKalau anda gabungkan perkara #1 dengan #2, aktiviti tersebut akan membentuk hobi anda. 
Itulah yang boleh membuatkan anda rasa puas hati dan lega setiap kali melakukannya. Kalau ada hanya 2 perkara itu saja, ia tak akan membuatkan anda berkekalan rasa bahagia dan hidup berbaloi.
Nak makan apa kalau tak ada sumber pendapatan?
Kerja makan gajiJika anda gabungkan #2 dengan #3, ia akan membentuk kerja makan gaji.
Anda cekap dan dibayar pulak untuk kecekapan tersebut, maka sudah tentu ia jadi satu profesi atau kerja makan gaji.
Tapi masih tak cukup.
Ramai orang yang buat perkara yang dia cekap dan dibayar dengan jumah wang yang banyak, tapi hidupnya dirasakan masih tidak bermakna. Ia sekadar memenuhi profesi kerja makan gajinya. Hidup masih terasa kosong dan tak berapa nak puas.
KerjayaKalau digabungkan #3 dengan #4 aktiviti tersebut mampu membina kerjaya yang bermakna untuk anda.
Anda akan rasa lebih tekun dan seronok jika tahu semua aktiviti yang anda dibayar untuknya menyumbang kepada keperluan masyarakat.
Itu kita boleh kategorikan sebagai satu kerjaya yang disukai.
Anda rasa tekun dan buat dengan ikhlas bila tahu ianya membantu memenuhi keperluan masyarakat.
Tapi masih tak sempurna lagi sebab tak semestinya itu kerja atau aktiviti yang anda suka dan jatuh cinta.
Misi hidupMisi hidup akan terbentuk kalau anda buat aktiviti yang diperlukan oleh masyarakat dan dalam masa yang sama anda amat mencintai aktiviti tersebut.
Iaitu gabungan #1 dan #4
Ini ramai yang dah amalkan. Mereka digelar sebagai aktivitis kemasyarakatan. Mereka pulun buat tanpa jemu dan penuh tekun.
Tapi misi hidup saja tanpa ada sumber duit masuk tak akan mampu kekalkan anda bahagia. Lama-lama parah juga kalau asyik korbankan masa laksanakan misi hidup. Kalau anak orang kaya yang ada harta pusaka bertimbun takpa lah!.
Hidup yang baikKalau anda nak hidup rasa berbaloi, loncat dari katil setiap pagi untuk teruskan satu lingkaran kehidupan sehari lagi, setiap hati, hari demi hari, perlu gabungkan kesemua 4 perkara yang saya sebutkan kat atas tadi.
Orang yang berjaya gabungkan kesemua 4 perkara tersebut dipanggil mereka yang telah menemui IKIGAI dalam hidup mereka.
Orang tersebut akan rasa diri berguna, yakin diri, kehidupan yang penuh dan kekayaan yang mencukupi.
Itulah yang membuatkan hidup rasa berbaloi…
Nota: Pedoman di atas memberi fokus pada hubungan sesama manusia. Sudah tentu dengan anggapan anda percaya dan sudah melengkapi hubungan dengan Allah yang menjadi satu kewajipan untuk semua manusia yang berakal.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/12/4-perkara-yang-perlu-anda-gabungkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengikut Berkualiti Sebarkan Perkara Baik

Pengikut Berkualiti Sebarkan Perkara Baik

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 158 hits
Banyak individu menjadikan media sosial sebagai medan berkongsi pengalaman dan menyebarkan sesuatu yang mendatangkan kebaikan Mereka menjadi pendakwah guru fasilitator jurulatih dan seumpamanya Untuk menyebar luas perkongsian itu jumlah pen...
Jokowi Kenang Ferry Mursyidan Baldan Almarhum Seorang Yang Sangat Baik

Jokowi Kenang Ferry Mursyidan Baldan Almarhum Seorang Yang Sangat Baik

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 98 hits
Jokowi datang tidak sendiri tampak Menteri Investasi Bahlil Lahadalia dan Menteri Sekretaris Negara Pratikno ikut mendampingi
Semakin Baik Nad Zainal Dah Boleh Gerak Tangan Angguk Kepala

Semakin Baik Nad Zainal Dah Boleh Gerak Tangan Angguk Kepala

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 154 hits
Pelakon Nad Zainal menunjukkan perkembangan positif apabila dilaporkan mula menggerakkan tangan dan menganggukkan kepala selepas seminggu dirawat akibat jangkitan kuman dalam paru paru Menurut laporan Kosmo Online rakan artis Ungku Ismail m...
Langkah Penjimatan Anwar Disambut Baik Harian Metro 28 11 2022

Langkah Penjimatan Anwar Disambut Baik Harian Metro 28 11 2022

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 186 hits
Kuala Lumpur Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam sambut baik langkah penjimatan awal oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta saranan beliau supaya anggota kabinet tidak membazirkan wang kerajaan bagi perb...
Prestasi Malaysia Bangun Kewangan Mampan Agak Baik Kata Bank Dunia

Prestasi Malaysia Bangun Kewangan Mampan Agak Baik Kata Bank Dunia

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 117 hits
Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia Tatiana Didier berkata dari segi pembangunan ekonomi Malaysia menerajui perubahan dalam kalangan Asean 5 dan beberapa negara sebaya lain KUALA LUMPUR Malaysia menunjukkan prestasi agak baik dalam membangunkan k...
Isteri Tetap Manja Dengan Suami Rupanya Sebab Dilayan Baik Cukup Perhatian

Isteri Tetap Manja Dengan Suami Rupanya Sebab Dilayan Baik Cukup Perhatian

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 335 hits
Dalam kehidupan berumah tangga kena saling menerima pasangan seadanya Baik atau buruk itulah orangnya yang akan melengkapkan kehidupan kita Setiap hari akan ada perkara baharu yang akan kita belajar tentang pasangan biarpun dah bertahun tah...
Suami Baharu Disangka Baik Rupanya Kaki Nombor Ekor

Suami Baharu Disangka Baik Rupanya Kaki Nombor Ekor

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 193 hits
SETELAH kematian suami tercinta seorang wanita yang ingin dikenali sebagai Sofea merasakan jiwanya seakan kosong
Pemimpin Umno Yakin Masa Depan Lebih Baik Bersama Ph

Pemimpin Umno Yakin Masa Depan Lebih Baik Bersama Ph

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 160 hits
Pemimpin Umno yakin masa depan lebih baik bersama PHPosted By on December 04 2022Masa hadapan Umno dikira lebih cerah bersama Pakatan Harapan berbanding bergabung dengan Perikatan Nasional Aktivis Umno Datuk Lokman Noor Adam berkata demikia...
7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco