Langkah Penjimatan Anwar Disambut Baik Harian Metro 28 11 2022


 

Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sambut baik langkah penjimatan awal oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta saranan beliau supaya anggota kabinet tidak membazirkan wang kerajaan bagi perbelanjaan tidak perlu dan keperluan peribadi.
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata, apabila penjimatan dalam bentuk kemudahan pejabat dilakukan, anggota Kabinet boleh fokus kepada pembangunan negara dan membantu menyelesaikan masalah rakyat.
"Satu perkara yang perlu difahami oleh mereka dan rakyat secara umumnya, semua pejabat jabatan kerajaan atau kementerian di Putrajaya dan Kuala Lumpur sudah ada kemudahan yang mencukupi untuk mereka mula bekerja, ini termasuk segala kemudahan perabot. Masuk pejabat boleh terus mula kerja," katanya kepada Berita Harian, hari ini.
eliau berkata, Cuepacs yakin langkah pertama ini satu keputusan tepat dan perlu diutamakan ketika ini kerana rakyat dimomokkan dengan kos sara hidup yang bakal meningkat menjelang 2023.
Berkongsi pendapat yang sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut berpendapat Perdana Menteri membuat langkah masuk akal dan paling diperlukan oleh rakyat kini.
"Apa yang pentingnya kita perlu bangunkan semula negara. PPIM akan menghantar surat terbuka kepada PM untuk menyatakan sokongan PPIM terhadap apa yang dilakukan beliau kini," katanya.
Mengulas lanjut, Nadzim berkata, subsidi minyak yang menelan belanja puluhan bilion ringgit perlu ditangani segera dan langkah penjimatan di peringkat kepimpinan negara adalah langkah baik dan rakyat perlu mengikuti contoh kepimpinan yang bagus.
"Pemimpin harus tegas, menunjukkan contoh yang baik. Perubahan itu datang dari atas. Perkara kecil seperti menukar permaidani dan sebagainya, nampak kecil tetapi impaknya besar," katanya.
Dalam pada itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, langkah penjimatan Ahli Parlimen tidak hanya terhenti di peringkat pengubahsuaian pejabat.
"Ketika saya masuk Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, saya kurangkan perbelanjaan makanan dalam pejabat ketika mesyuarat. Melalui Ketua Setiausaha kementerian, saya memberitahu saya tak mahu lihat lagi pembaziran makanan seperti itu.
"Mulakan langkah penjimatan di pejabat menteri dahulu, dan pengubahsuaian tidak ada keperluan. Saya sendiri tidak ada buat ubah suai, elakkan membazir," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro
LANGKAH PENJIMATAN ANWAR DISAMBUT BAIK

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/909126/langkah-penjimatan-anwar-disambut-baik


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/11/langkah-penjimatan-anwar-disambut-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langkah Penjimatan Bantu Fokus Pada Pembangunan Negara Selesai Masalah Rakyat Berita Harian 28 11 2022

Langkah Penjimatan Bantu Fokus Pada Pembangunan Negara Selesai Masalah Rakyat Berita Harian 28 11 2022

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 316 hits
KUALA LUMPUR Langkah penjimatan yang dinyatakan Perdana Menteri termasuk tidak membuat pengubahsuaian di pejabat menteri membolehkan tumpuan diberi pada pembangunan negara dan menyelesaikan masalah rakyat Menyambut baik langkah itu Presiden...
Waspada Sindiket Eksploitasi Penuntut Asing Ppim Harian Metro 16 11 2022

Waspada Sindiket Eksploitasi Penuntut Asing Ppim Harian Metro 16 11 2022

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 229 hits
Kuala Lumpur Mengaku sebagai ahli keluarga wujud sindiket yang mengeksploitasi pelancong asing terutama penuntut dari luar negara dengan menjanjikan peluang pekerjaan secara online Dalam kejadian terbaru kelmarin seorang penuntut warga Chin...
Cari Penyelesaian Atasi Peningkatan Kos Sara Hidup Sinar Harian 29 11 2022

Cari Penyelesaian Atasi Peningkatan Kos Sara Hidup Sinar Harian 29 11 2022

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 213 hits
SHAH ALAM Kerajaan perlu segera mencari solusi terbaik dalam membantu rakyat menghadapi masalah peningkatan kos sara hidup Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata peningkatan kos sara hidup itu amat membeb...
Perlu Jawatankuasa Khas Jaga Isu Ayam Ppim Sinar Harian 29 11 2022

Perlu Jawatankuasa Khas Jaga Isu Ayam Ppim Sinar Harian 29 11 2022

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 326 hits
SHORTS SINAR LIVE 29 NOVEMBER 2022 Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan baharu perlu mewujudkan jawatan khas bagi mengawal isu ayam manakala NGO boleh bertindak sebagai pemantau Sumber Sinar HarianPERLU...
Ph Belum Buka Langkah Anwar Masih Membisu

Ph Belum Buka Langkah Anwar Masih Membisu

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 222 hits
Affan Rostamam hmetro com myKuala Lumpur Pakatan harapan dilihat masih belum mengadakan sebarang pertemuan dengan gabungan lain bagi membentuk Kerajaan Persekutuan pasca Pilihan Raya Umum Ke 15 Biarpun meraih jumlah kerusi Parlimen tertingg...
5 Disember 2022 Kajian Teknikal Harian Dan Peluang Dagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd

5 Disember 2022 Kajian Teknikal Harian Dan Peluang Dagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 269 hits
Tahap harga sekitar 1 1700 telah melindungi harga untuk jangka masa yang singkat sebelum satu lagi penurunan harga berlaku ke arah tahap 1 1200 Tidak lama selepas itu zon harga sekitar tahap 1 1500 telah menggunakan tekanan PENJUALAN yang k...
Tubuh Rci Siasat Dakwaan Salah Guna Kuasa Pembelian Vaksin Covid 19 Berita Harian 26 11 2022

Tubuh Rci Siasat Dakwaan Salah Guna Kuasa Pembelian Vaksin Covid 19 Berita Harian 26 11 2022

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 231 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan salah guna kuasa pembelian vaksin COVID 19 yang dikatakan didalangi tampuk kepemimpinan pentadbiran terdahulu Ket...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Irfan Zaini Gambarkan Watak Jack Sebagai Watak Kompleks Dalam Macai

Jabal Malaikat Allah Hantar 3000 Malaikat Untuk Bantu Dalam Perang Badar

Flow Bangi Smoke Brew Bandar Baru Bangi

Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau