4 Pembunuh Bersiri Yang Belum Dikenalpasti
Terima kasih kepada kemajuan teknologi kerana banyak daripada kes-kes pembunuhan dapat diselesaikan dan dikenalpasi pembunuhnya. Wujudnya bidang forensik sebagai contohnya membolehkan penelitian yang terperinci mengkaji bagaimana pembunuhan itu berlaku.
Walaupun begitu, bukan semua kes-kes pembunuhan dapat diselesaikan. Sebagai contoh kes-kes pembunuhan bersiri yang masih tidak dapat dikenal pasti. Oleh itu pada entri ini mari baca 4 pembunuh bersiri yang belum dikenalpasti.
1. Pembunuh bersiri Lebuh raya Bedford
Pembunuhan bersiri menjadi hangat sekitar tahun 1988 ke 1989 di bandar Bedford,Massachusetts. Mangsa pembunuhan pertama merupakan penduduk asal Fall River,Massachusetts Debra Medeiros.
Mayatnya ditemui pada july 3 1988 di jalan utara. Mangsa dikatakan hilang oleh ibunya yang mana dikatakan mangsa sebelumnya telah bergaduh dengan teman lelakinya. Ketika ditemui jasad mangsa hanya tinggal rangka.
Mangsa yang lain semua ditemui diantara musim luruh dan musim bunga 1989. Mangsa-mangsa terdiri daripada Robin Rhodes, yang mana paling akhir dilihat di new Bedford diantara April 1988.
Mangsa seterusnya ialah Rochelle Clifford Dopierala, yang terakhir dilihat pada April 1988 di New Bedford. Mangsa lainya adalah Debroh Lynn McConnell yang terakhir dilihat oleh keluarganya pada May 1988.Tidak terkira lain-lain mangsa yang telah dibunuh oleh pembunuh bersiri ini.
Semua mangsa ini sama ada dikenali menagih dadah mahupun pelacur, dimana semua mayat mereka di temui berhampiran jalan 140,interstatate 195 dan jalan 88.
2. Si pembunuh "lelaki batu"
Pembunuh bersiri ini akan membunuh mangsanya dengan memukul batu besar ke kepala mangsanya sehingga mati.
Pembunuhan ini berlaku di bandar kolkata india, dimana sebanyak 13 mangsa yang terdiri daripada orang miskin dan dan gelandangan dibunuh sekitar tengah malam dan awal pagi.
Pembunuh bersiri itu belum dapat dikenalpasti sampai sekarang. Namun orang ramai disana menyatakan pembunuh bersiri itu adalah seorang lelaki muda yang menghidapi sakit jiwa.
3. Pembunuh bersiri Hwaseong
Antara kisah pembunuhan kejam di korea selatan bermula pada tahun 1986 ke tahun 1991, di bandar Hwaseong di daerah Gyeonggi.
Sebanyak 10 perempuan berumur diantara 14 ke 71 tahun ditemui dibunuh. Kes itu melibatkan 3000 suspek.Kes pembunuhan pertama terjadi kepada perempuan tua berusia 71 tahun pada september 1986.
Antara mangsa lain adalah penduduk yang bernama Park Hyun-sook yang berusia 25 tahun,Kwon-Jung-bon yang berusia 25 tahun,Lee Kye-sook yang berusia 23 tahun dan lain-lain mangsa yang tidak dinyatakan di sini.
Di setiap kes, mangsa akan dirogol dan dibunuh.Apabila mangsa yang bernama Park Sang-hee ditemui pada september 16,1988,detektif menemui rambut yang bukan dimiliki oleh mangsa.
Bahan bukti ini membawa kepada penangkapan wanita berusia 22 tahun bernama Yoon. Namun oleh sebab tidak cukup bahan bukti dia dibebaskan pada julai 1987.
Kes pembunuh bersiri Hwaseong dibuka balik pada tahun 2007 apabila seorang wanita hilang di bandar sama .
Wanita tersebut berusia 52 tahun bernama Park dan seorang lagi mangsa bernama Bae berumur 46 tahun. Park merupakan seorang penjaga kedai buku manakala Bae merupakan pekerja bar karaoke.
Kedua-dua mangsa hilang 10 kilometer darpada tempat sebenar jenayah pada 1986 dan 1991.Sehingga kini kes pembunuhan bersiri Hwaseong belum dapat diselesaikan,
4. Pembunuh bersiri gila Volga
Salah satu daripada pembunuh bersiri yang kejam masih menjadi tanda tanya, walaupun selepas pembunuh bersini ini membunuh perempuan tua sekitar tahun 2011 sehingga tahun 2012.
Dikenali sebagai si gila Volga ,pembunuh bersiri dari Rusia ini melakukan pembunuhannya di beberapa bandar termasuk bandar Kazan,Nizhny Bobgord,Izhecsk,Prm,Uda,Samara dan Ulyannovsk.
Media rusia menggambarkan yang pembunuh bersiri ini kurus diantara umur 20 ke 35 tahun dan mempunyai ketinggian sekitar 5'9 inci.
Dalam rakaman CCTV yang diperolehi pada tempat kejadian jenayah, suspek memakai jeket hitam dengan topi dan kasut tennis.
Mangsa pembunuh ini berumur sekitar 75 ke 90 tahun dan kebanyakan mereka tinggal di perumahan awam berdekatan dengan sungai Volga.
Pembunuh itu dipercayai berasal daripada Tatarstan dan berkemungkinan pergi ke sekolah berdekatan Kazan semasa masa pembunuhan..
Setiap kali pembunuhan mangsa akan dicekik dan dirompak dan polis menyatakan yang motif utama pembunuhan adalah untuk mendapatkan duit.
Terima kasih kerana melawat blog ini.Jangan lupa Share dan Like blog Mediaokofee dan selamat membaca.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mediaokofee.blogspot.com/2019/06/4-pembunuh-bersiri-yang-belum.html