Indah Ruhaila Belum Rezeki






Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga yang dibina.

Kehadiran zuriat tentu akan menambah bibit bahagia buat pasangan suami isteri dalam melayan telatah dan ragam mereka.

Namun, tidak semua pasangan bernasib baik dalam melayari bahtera rumah tangga untuk memiliki zuriat sendiri.

Penyanyi Indah Ruhaila yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2017 dengan Ahmad Shariff reda apabila belum dikurniakan zuriat.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki, kami bukan saja ingin beraya bertiga, tetapi berempat. Terus dapat kembar! Doakanlah kami supaya tahun depan dapat beraya dengan cahaya mata. Kalau terbabas (dapat anak) dalam masa terdekat, saya okey saja, tapi buat masa sekarang, saya ingin fokus kepada kerjaya nyanyian,” katanya.

Bersedia dengan segala pertanyaan yang bakal diajukan saudara-mara serta tetamu yang bakal hadir ke rumah sempena Aidilfitri tahun ini, Indah tidak tertekan atau rimas dengan soalan terbabit.

“Tak payah tunggu raya pun ramai yang dah bertanya. Mungkin raya tahun ini lebih ramai yang akan bertanya bila kami nak timang zuriat.

“Saya sudah bersedia dan tak rasa tertekan atau rimas. Lagipun saya bukannya sudah lama berkahwin, masih baru. Bagi saya, kalau Tuhan kata dah sampai rezeki, adalah. Saya dan suami memang tak sabar pun nak timang zuriat,” katanya.

Bercerita mengenai rutin di Aidilfitri, kali ini Indah bersama suami akan menyambut Aidilfitri di kampung halamannya di Masai, Johor.

Katanya, setiap kali beraya di Johor, dia sekeluarga akan berjalan-jalan di Plaza Angsana Johor Bahru beberapa hari sebelum Aidilfitri.

“Kebiasaannya, dua hari sebelum raya sudah berada di kampung. Tolong mak kemas rumah dan menyediakan juadah yang patut. Wajib buat kami adik-beradik pergi Plaza Angsana untuk mencari ‘mood’ raya,” katanya.

Menurut Indah, dia juga ingin mengambil masa untuk berehat Aidilfitri ini kerana sepanjang Ramadan dia terikat dengan jadual kerja yang padat.

“Puasa tahun ini sangat penat. Saya kurang rehat kerana terikat dengan aktiviti promosi. Semangat Aidilfitri memang ada, tapi fokus sekarang memang untuk kerja dan nak pastikan momentum dalam industri seni sentiasa konsisten,” katanya.

Sementara itu, Indah bersyukur apabila single terbaru berjudul Pudar memberi impak yang baik.

“Semua orang masih ingat saya menerusi lagu Percayalah dan saya juga akui percubaan selepas itu kurang mendapat perhatian. Walaupun ada single yang keluar selepas itu, tapi impaknya tidak sama seperti lagu Percayalah,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/06/indah-ruhaila-belum-rezeki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sibuk Mengawal Gugatan Di Mk Prabowo Belum Berencana Bertemu Jokowi

Sibuk Mengawal Gugatan Di Mk Prabowo Belum Berencana Bertemu Jokowi

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 224 hits
Dia mengatakan Prabowo Sandi dan Badan Pemenangan Nasional Prabowo Sandi saat ini masih fokus dalam gugatan Pilpres 2019
10 Hari Pascakerusuhan 53 Napi Lapas Langkat Kabur Belum Kembali

10 Hari Pascakerusuhan 53 Napi Lapas Langkat Kabur Belum Kembali

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 221 hits
Putu Gede menjelaskan napi yang menyerahkan diri hingga Sabtu tercatat sebanyak 111 orang dari jumlah 170 orang kabur saat terjadi kerusuhan di Lapas Narkotika Langkat
Persiapan Raya Dah Onz Ke Belum Korang

Persiapan Raya Dah Onz Ke Belum Korang

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 389 hits
Persiapan Raya Dah On Ke Belum Korang Sejak bebarapa tahun ni memang terbatas persiapan raya saya dan keluarga main pakai apa yang ada Susah nak match bagai lagi lagi husband memang tak beli baju raya atau tak tempah baju raya Tahun lepas s...
Amalan Dan Dzikir Melancarkan Rezeki Ajaran Rasulullah

Amalan Dan Dzikir Melancarkan Rezeki Ajaran Rasulullah

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 316 hits
Pada prinsipnya zikir sangat dianjurkan pada saat apa saja dan dengan lafazh apa saja Tidak peduli panas hujan mendung atau terik zikir tetap disarankan Tidak ada ketentuan bahwa zikir mesti diperbanyak saat saluran rezeki tersumbat atau kr...
Hebat Rezeki Allah 5 Tahun Berdua Raya Kali Ni Terus Berlima

Hebat Rezeki Allah 5 Tahun Berdua Raya Kali Ni Terus Berlima

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 364 hits
Bagi pasangan suami isteri penantian selama bertahun tahun bagi mendapatkan zuriat pertama bukan suatu perkara yang mudah untuk dilalui bersama Apatah lagi jika ahli keluarga dan masyarakat sekeliling sering bertanya soalan berkaitan cahaya...
Rezeki Anak Anak

Rezeki Anak Anak

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 170 hits
Tokey tudung bawal 10yal di AIRPPORT KB ingatkan gurau tp serius rupanya nak beli langkah kanan buleh belanja anak makan malam ni
Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Thaipusam Hormati Perbezaan Budaya Tunjang Kekuatan Rakyat Malaysia Pm

Khatan Barakah Insani Iskandar Puteri Jauhar

I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Resepi Makmur Pandan


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Kurangkan Hukuman Dnaa Jejas Skor Indeks Persepsi Rasuah Negara

Bateri 7000mah Untuk Siri Galaxy S26