4 Fakta Menarik Mengenai Sultan Haji Hassanal Bolkiah Yang Tidak Pernah Diceritakan Kepada Umum
Sebut sahaja nama Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah pasti orang ramai terbayang seorang raja yang dianggap antara manusia paling kaya di dunia.
Meskipun tidak banyak diperkatakan kepada umum, namun kisah mengenai Sultan Brunei sentiasa menarik perhatian terutama rakyat Malaysia.
Kekayaannya pada awal 1990-an dianggarkan $40 bilion dan beberapa pihak menggunakan angka yang sama untuk menggambarkan nilai bersih (net worth) dan asetnya hari ini.
Negara-negara monarki lain seperti Arab Saudi menguasai lebih banyak wang tetapi dianggap sebagai aset negara, manakala harta kekayaan Sultan Brunei lebih seperti aset peribadi walaupun ia secara rasmi milik negara.
Sultan Brunei memperoleh $100 setiap saat daripada pendapatan dan pelaburan minyak. Ini bersamaan dengan sekitar $2 bilion setahun.
Nilai bersihnya turun naik dengan ketara bergantung kepada beberapa faktor seperti harga minyak dan gas asli yang merupakan sumber pendapatannya.
Kini berusia 71 tahun, Forbes meletakkan beliau sebagai raja keempat terkaya di dunia dengan nilai bersih sebanyak $20 bilion pada tahun 2008.
1) Istana Nurul Iman merupakan istana kediaman terbesar di dunia
Istana Nurul Iman adalah kediaman rasmi Sultan Brunei Hassanal Bolkiah dan kerusi pemerintahan Brunei.
Terletak di Bandar Seri Begawan, ia dianggap sebagai kediaman peribadi terbesar di dunia dari segi kawasan lantai dengan memperoleh gelaran ‘istana kediaman terbesar di dunia’ oleh Guinness World Records.
Rekaan dalaman Istana Nurul Iman dibuat oleh Khuan Chew yang juga pernah dipertanggungjawabkan mereka bentuk Burj Al Arab di Dubai. Ianya siap dibina pada tahun 1984 dengan kos keseluruhan sekitar $1.4 bilion.
Istana ini mengandungi 1,788 bilik tidur, 257 bilik mandi, sebuah dewan jamuan yang boleh diperluas untuk menampung sehingga 5,000 tetamu, sebuah masjid yang boleh menampung 1,500 orang.
Istana ini juga mempunyai garaj 110 buah kereta, rumah kuda berhawa dingin untuk 200 ekor kuda polo kepunyaan Sultan Brunei dan 5 kolam renang.
Secara keseluruhan, Istana Nurul Iman mengandungi 2,152,782 kaki persegi ruang lantai.
Oleh kerana saiznya yang terlalu besar, Istana Nurul Iman menggunakan 564 lampu chandelier, 51,000 lampu mentol, 44 ruangan tangga dan 18 lif.
2) Memiliki koleksi jet peribadi dilengkapi ruang dalaman emas tulen dan kristal
Jet peribadi Sultan Brunei ini iaitu Boeing 747-400 tidak kurang seperti sebuah istana. Ruang tamu, bilik tidur dengan butiran emas dan emas berharga di dalam jet hanya boleh dimiliki oleh orang tertentu.
Jet tersebut juga dilengkapi dengan semua kemudahan moden dan mempunyai meja kawalan jauh yang berasingan.
Sultan Brunei juga memiliki Boeing 767 yang merupakan pesawat jet bersaiz sederhana, mempunyai badan lebar dan enjin berkembar yang dibina oleh Boeing Commercial Airplanes. Boeing 767-200 direka dengan bilik deluxe termasuk pejabat dengan dalaman yang lengkap.
Tempat duduk Airbus A340-200 boleh memuatkan sehingga 261 penumpang dalam susun atur kabin dalam bentuk tiga kelas yang mempunyai rangkaian 7,450 batu nautika (13,800 km).
Jet ini juga satu-satunya versi dengan kelebaran sayap yang lebih besar daripada panjang fiuslaj dan direka untuk laluan jauh dan tipis terutamanya di atas air.
Sultan Brunei juga menempah Boeing 747 yang terdapat beberapa bilik tidur dan kandang supaya beliau bersama kuda polonya dapat berulang-alik antara Britain dan Brunei.
3) Mempunyai salah satu ‘garaj kereta’ terbesar di muka bumi
The Empire Hotel di Brunei adalah saksi kepada salah sebuah empayar kereta yang amat dasyhat pernah dilihat.
Garaj tersebut dengan saiz 5 hangar pesawat yang menyimpan koleksi lebih 7000 kereta terbaik di dunia dengan nilai anggaran keseluruhan sebanyak $5 bilion.
Garaj berkelas rapi ini bagaikan sebuah ‘istana kereta’ yang mempunyai bahagian berasingan untuk menyimpan pelbagai jenama kereta mewah.
Antaranya seperti Mercedes, Rolls Royce, Lamborghini, Jaguar, BMW, Ferrari, Porsche, Bentley dan lebih lagi.
Terdapat beberapa kereta di sini adalah satu seumpamanya di muka bumi seperti the Porsche Carma dan panduan sebelah kanan Mercedes CLKGTR.
Beberapa kereta konsep seperti Ferrari Mythos dan Jaguar XJ-220 dengan rekabentuk Pininfarina juga menghiasi garaj tersebut.
4) Memotong rambut dengan harga mencecah $21,000
Harga potongan rambut Sultan Brunei did@kwa termahal di dunia bersamaan dengan harga sebuah kereta baru. Pada tahun 2009, Sultan Brunei dilaporkan membelanjakan lebih $21,000 hanya untuk menggunting rambutnya.
Anda pasti tertanya-tanya bagaimana ia boleh menjadi semahal begitu? Mari kami jelaskan, Sultan Brunei terpaksa menerbangkan pendandan rambut kegemarannya, Ken Modestou dari London hanya untuk rambutnya.
Modestou diberi suite peribadi di dalam penerbangan Singapore Airlines untuk memastikan bahawa dia tidak terded@h kepada pnyakit selesema b4bi oleh penumpang lain pada ketika itu.
Modestou memiliki salonnya sendiri bertempat dalam Hotel Dorchester di London. Modestou akan dihantar untuk memotong rambut Sultan Brunei secara kerap, kadang-kadang setiap 3 atau 4 minggu.
Sultan Brunei memberikannya penerbangan kelas pertama dengan kos anggaran kira-kira $14,000. Malah, segala-galanya ditanggung termasuk hotel dan makanan mewah. Ia adalah suatu perjanjian yang berterusan.
Sumber:iluminasi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini
Sumber : https://ift.tt/3kuEAZy
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2020/10/4-fakta-menarik-mengenai-sultan-haji.html