Tanda Allah Menerima Taubat Seseorang



Soalan:
Adakah boleh dipastikan bahawa Allah SWT telah menerima taubat yang telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh? Dan apakah tanda-tanda Allah SWT menerima taubat seseorang? Mohon penjelasan.

Jawapan:
Kami mulakan dengan perintah Allah SWT kepada kita supaya bertaubat:

وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“..dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” [Surah al-Nur (31)]

Ibn Kathir berkata: “Lakukanlah apa yang aku perintahkan kamu dengannya, dan semua sifat-sifat yang mulia dan akhlak yang terpuji. Pada saat yang sama, tinggalkanlah perangai ahli jahiliyyah dan sifat buruk mereka. Ini kerana kejayaan dan kemenangan yang sebenar dengan melaksanakan perintah Allah dan Rasul serta meninggalkan larangan-Nya.” (Lihat Tafsir al-Quran al-'Azim, 6/50)

Untuk menjawab persoalan di atas, kami kemukakan seperti berikut:

Pertama, adakah boleh dipastikan bahawa Allah SWT telah menerima taubat seseorang? Pendapat majoriti ulama’ menyebut bahawa orang yang benar-benar bertaubat dengan memenuhi segala rukun dan syarat taubat, maka dapat dipastikan penerimaan taubatnya di sisi Allah SWT. Hal ini sepertimana disebut oleh Ibn Rajab:

أَنَّ مَنْ تَابَ إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا، وَاجْتَمَعَتْ شُرُوطُ التَّوْبَةِ فِي حَقِّهِ، فَإِنَّهُ يُقْطَعُ بِقَبُولِ اللَّهِ تَوْبَتَهُ، كَمَا يُقْطَعُ بِقَبُولِ إِسْلَامِ الْكَافِرِ إِذَا أَسْلَمَ إِسْلَامًا صَحِيحًا، وَهَذَا قَوْلُ الْجُمْهُورِ، وَكَلَامُ ابْنِ عَبْدِ الْبَرِّ يَدُلُّ عَلَى أَنَّهُ إِجْمَاعٌ
“Orang yang bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat nasuha, memenuhi semua syarat taubat bagi dirinya, maka boleh dipastikan Allah SWT menerima taubat dirinya. Ini sepertimana boleh dipastikan orang kafir yang masuk Islam dengan benar. Inilah pendapat majoriti ulama’. Keterangan Ibn Abd al-Bar menunjukkan bahawa perkara tersebut telah menjadi kesepakatan ulama’.” (Lihat Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, 1/418)

Antara dalil mereka ialah firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّـهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan SyariatNya).” [Surah al-Nisa’ (48)]

Ibn Kathir berkata: “Allah SWT memberitahu bahawa Dia tidak mengampuni perbuatan syirik dengan maksud Dia tidak mengampuni seseorang hamba yang menemui-Nya (mati) dalam keadaan musyrik. Sebaliknya Allah SWT mengampuni dosa yang selain itu bagi mereka yang dikehendaki-Nya daripada kalangan hamba-Nya.” (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/327)

Begitu juga dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا اعْتَرَفَ بِذَنْبِهِ ثُمَّ تَابَ تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِ
“Sesungguhnya hamba, jika dia mengakui dosanya dan kemudian dia bertaubat, nescaya Allah SWT menerima taubatnya.” [Riwayat al-Bukhari (2661)]

Mulla Ali al-Qari dalam Mirqat al-Mafatih (4/1616) menyebut: “Iaitu seseorang yang menyedari keadaan dirinya yang berdosa, kemudian dia bertaubat dengan memenuhi segala rukun dan syarat-syaratnya seperti menyesal, meninggalkannya, berazam dan berusaha memperbaiki diri maka Allah SWT akan menerima taubatnya berdasarkan firman-Nya:

وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ
“Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya (yang bertaubat).” [Surah al-Syura (25)]

Al-Qurtubi berkata: “Allah pasti mengampunkan sebarang bentuk dosa iaitu dari perlakuan syirik sebelum mereka Islam. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan dari kebaikan dan kejahatan.” (Lihat al-Jami' li Ahkam al-Quran, 7/27)




Kedua, berkenaan tanda-tanda Allah SWT menerima taubat seseorang ialah antaranya apabila sikap dan akhlaknya berubah, jiwanya menjadi dekat dan kasih dengan masjid, akhlak dan bahasanya baik, dia merasa seronok untuk melakukan ibadat serta dia tetap berterusan memohon keampunan kepada Allah SWT. Maka itu adalah merupakan antara tanda Allah SWT menerima ibadatnya.

Abu al-Laith al-Samarqandi dalam kitabnya Tanbih al-Ghafilin menyatakan bahawa sebahagian hukama’ menyebut: “Taubat seseorang dapat diketahui pada empat perkara:
Jika dia sudah dapat mengawal lidahnya daripada berkata dusta, ghibah dan kata-kata yang tidak penting baginya.Jika sudah tidak ada rasa hasad, dengki, iri hati terhadap semua manusia.Jika telah menjauhi rakan taulan yang jahat.Sentiasa bersiap sedia menghadapi mati dan selalu beristighfar menyesali dosa-dosanya yang lalu serta bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah kepada Tuhannya.” (Lihat Tanbih al-Ghafilin bi Ahadith Sayyid al-Anbiya' wa al-Mursalin, hlm. 109)
Sebahagian ahli hikmah telah ditanya: “Adakah ada tanda bahawa taubat seseorang itu telah diterima?” Mereka menjawab: “Ya, empat tanda taubatnya diterima, iaitu:
Memutuskan hubungan dengan kawan-kawannya yang tidak baik dan bergaul dengan orang-orang yang soleh.Menghentikan semua jenis maksiat dan rajin melakukan ibadat.Hilang rasa bersenang-senangan dengan dunia daripada hatinya, dan selalu mengingati kesusahan hari akhirat.Percaya dan yakin dengan jaminan Allah SWT dalam soal rezeki, lalu dia menyibukkan dirinya dengan melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT.” (Lihat Tanbih al-Ghafilin, 110)Justeru, mereka menyebut apabila terdapat semua sifat tersebut, maka termasuklah dia dari kalangan mereka yang disebut oleh Allah SWT:

إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
“SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” [Surah al-Baqarah (222)]

Atha', Muqatil bin Sulaiman dan al-Kalbi mentafsirkan ayat ini bahawa Allah suka kepada mereka yang sentiasa bertaubat dari dosa dan suka mensucikan diri dengan air daripada sebarang hadas dan najis. (Lihat Ma'alim al-Tanzil, 1/259)

Sebagai kesimpulan, bukanlah bermakna seseorang yang telah mempunyai tanda-tanda taubatnya diterima Allah itu supaya berhenti memohon taubat. Malah sejelas-jelas tanda seseorang itu insaf akan dirinya adalah dia sentiasa istiqamah dan berterusan dalam memohon taubat kepada Allah SWT sepanjang hayatnya sebagaimana yang digambarkan oleh Nabi SAW sendiri yang diriwayatkan beristighfar dalam sehari sebanyak 100 kali.

Ini sebagaimana yang disebutkan oleh Baginda SAW dalam hadith yang diriwayatkan daripada al-Aghar al-Muzani:

إِنَّهُ لَيُغَانُ عَلَى قَلْبِى وَإِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ فِى الْيَوْمِ مِائَةَ مَرَّةٍ
“Sesungguhnya dilitupi pada hatiku (dengan kelalaian daripada berzikir) dan aku memohon ampun kepada Allah SWT, sehari seratus kali.” [Riwayat Muslim (7033) dan Abu Daud (1517)]

Imam Nawawi menyebut dengan menukilkan pendapat ahli bahasa: “Perkataan 'ليغان' bermaksud apa-apa yang melitupi hati.” Al-Qadhi 'Iyadh pula berkata: “Dikatakan maksudnya ialah waktu-waktu lemah dan lalai daripada zikir yang sepatutnya berterusan. Apabila hal ini berlaku, dia mengira sebagai dosa, justeru dia beristighfar. Ada pendapat berkata, dikatakan kerana Rasulullah SAW amat prihatin dan runsing terhadap umatnya.” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 17/23)

Semoga kita termasuk dalam kalangan mereka yang sentiasa bertaubat dan diterima taubatnya di sisi Allah SWT. Amin. Kami akhiri dengan doa:

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.” [Surah al-A’raf (23)]

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/tanda-allah-menerima-taubat-seseorang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mendekati Allah Jika Perlu Saja Ini Petuah Ulama Ini Bikin Kita Sadar

Mendekati Allah Jika Perlu Saja Ini Petuah Ulama Ini Bikin Kita Sadar

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 251 hits
Kebersamaan dengan Allah SWT membutuhkan ibadah dan amal baik yang istiqomah baik lahir maupun batin Kebersamaan tersebut dapat mendekatkan manusia kepada Tuhannya Namun Pengasuh Pondok Pesantren Raudhatut Thalibin Leteh Rembang ini meneran...
Video Ya Allah Takkan Tak Nampak Takutnya Bila Tengok Polis Trafik Dirempuh Hingga Melambung Rupa Rupa Ini Yang Berlaku

Video Ya Allah Takkan Tak Nampak Takutnya Bila Tengok Polis Trafik Dirempuh Hingga Melambung Rupa Rupa Ini Yang Berlaku

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 333 hits
VIDEO Ya Allah Takkan Tak Nampak Takutnya Bila Tengok Polis Trafik Dirempuh Hingga Melambung Rupa Rupa Ini Yang Berlaku Berkongsi sebuah video merakamkan sebuah rakaman di mana seorang anggota trafik dirempuh ketika sedang mengawal lalu lin...
Islam Jalan Sebenar Babak Kehidupan Kerana Allah Subhanahu Wa Ta Alla Aamiin 9320

Islam Jalan Sebenar Babak Kehidupan Kerana Allah Subhanahu Wa Ta Alla Aamiin 9320

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 420 hits
Kawin Paksa Ala Siti Nurbaya dalam Perspektif Hukum Fiqih by SITI NURBAYA KASIH TAK SAMPAI sering disingkat SITI NURBAYA atau dalam ejaan lama ditulis dengan SITTI NOERBAJA merupakan novel Indonesia karangan Marah Rusli Novel ini diterbitka...
In Syaa Allah Tidak Akan Datang Lagi Kedurjanaan 9321

In Syaa Allah Tidak Akan Datang Lagi Kedurjanaan 9321

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 367 hits
Bismillahirrahmanirrahim AlhamdulillahirabbilalaamiinSesungguhnya Allah jadikan sesuatu hal itu punya hikmah tersendiri Apa yang terjadi adalah sebuah jawapan kepada pertanyaan yang juga doa sampai bila tentang kita Allah sentiasa mengingat...
Semoga Allah Berkati Kerajaan Negeri Terengganu

Semoga Allah Berkati Kerajaan Negeri Terengganu

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 374 hits
Hampir SELURUH kementerian jabatan dan Menteri kerjanya mencengkik rakyat Angan untuk dilihat tidak korup KINI beralih kepada sikap ala Israel membuli rakyat Palestine Kurang sangat malah mungkin tidak ada suatu pun tindakan dan keputusan y...
Cuba Bayangkan Malam Tadi Allah Bagi Rm10 Juta Setiap Seorang Dalam Bank Apa Yang Akan Kamu Lakukan

Cuba Bayangkan Malam Tadi Allah Bagi Rm10 Juta Setiap Seorang Dalam Bank Apa Yang Akan Kamu Lakukan

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 380 hits
Setiap ciptaan Allah swt itu indah dan sudah tersusun ikatan kimianya agar kita selalu sedar akan nikmat dan sentiasa bersyukur padanya Akan semua ciptaan Allah itu ada sebab sebabnya dan Begitulah kitaran alam yang Allah dah susun Perhatik...
Allah Sayang Bidadari Mama Anak Demam On Off Disahkan Ada Tumor Akhirnya Pergi Selamanya

Allah Sayang Bidadari Mama Anak Demam On Off Disahkan Ada Tumor Akhirnya Pergi Selamanya

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 401 hits
Ibu mana yang tak sedih apabila anak yang baru nak menjengah usia 2 tahun pada Jun ini pergi buat selama lamanya selepas mengalami demam dan turut disahkan mengalami jangkitan paru paru Paling mengejutkan ibu arwah adik Arra sebelum ini Arr...
Ya Allah Dari Mana Datang Banyak Nya Gajah Ini Kampung Orang Asli Didatangi Gajah

Ya Allah Dari Mana Datang Banyak Nya Gajah Ini Kampung Orang Asli Didatangi Gajah

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 747 hits
BIMBANG di4ncam kumpulan gajah liar penduduk Kampung Orang Asli Sungai Peroh di Kluang terpaksa duduk diatas dahan hampir empat jam bagi menyembunyikan diri Situasi panik itu dilalui Azar Eja 35 bagi mengelak bertembung dengan kira kira 50 ...
Pas Ke Putrajaya Bersama Umno Kerana Allah Subky Latif

Pas Ke Putrajaya Bersama Umno Kerana Allah Subky Latif

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 273 hits
PAS dan Umno bekerjasama selepas tewas teruk PRU14 kepada Pakatan Harapan yang dianggotai PKR PAN PPBM dan Warisan Foto ihsan MalaysiaGazette oleh Subky Latif PAS dan Umno memeterai taawun kerjasama membentuk jawatankuasa teknikal bagi semu...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


7 Jenis Rezeki Yang Ramai Nak Tahu

Persediaan Bila Banjir

30 Tanda Tanda Hati Kotor

Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap