4 9 Juta Masuk Syurga Tanpa Hisab Tanpa Azab



Hushain bin Abdurrahman berkata, aku pernah bersama Sa’id bin Jubair lalu dia bertanya: “Siapa di antara kalian yang melihat bintang jatuh (tahi bintang) malam tadi?” Aku menjawab: “Aku.” Kemudian aku berkata: “Sesungguhnya aku (ketika itu) bukan sedang solat tetapi (sedang kesakitan kerana) disengat binatang.”

Sa’id bertanya lagi: “Lantas apa yang kamu buat (untuk merawat sengatan itu)?” Aku menjawab: “Aku meminta untuk diruqyah.” Said bertanya: “Apakah yang membuatkan kamu melakukan hal tersebut?” Aku menjawab: “Sebuah hadith yang diceritakan oleh asy-Sya’bi.” Said bertanya lagi: “Apakah yang diceritakan oleh asy-Sya’bi?” Aku menjawab: “Dia telah menceritakan kepada kami daripada Buraidah bin Hushaib al-Aslami, bahwa dia berkata, tidak ada ruqyah (yang lebih utama) kecuali terhadap penyakit ain dan sengatan.”

Maka Sa’id menjawab: “Baguslah orang yang melaksanakan sesuai dengan apa yang dia dengar, akan tetapi Ibn Abbas telah menceritakan kepada kami daripada Nabi, baginda bersabda:

“Aku diperlihatkan oleh Allah beberapa golongan umat manusia. Maka aku lalu melihat seorang Nabi yang bersamanya sekumpulan manusia, ada juga Nabi yang bersamanya satu atau dua orang (pengikut) sahaja dan seorang Nabi tanpa seorang jua pengikut.

Tiba-tiba diperlihatkan kepada aku sekumpulan orang yang banyak sehingga aku menyangka mereka adalah umatku. Akan tetapi dikatakan kepadaku: “Mereka adalah Nabi Musa dan kaumnya. Namun lihatlah ke hujung sana.” Maka aku pun melihat dan ternyata terdapat satu kumpulan yang banyak. Dikatakan lagi kepadaku: “Lihatlah ke hujung yang lain pula.” Ternyata di sana juga terdapat satu kumpulan yang banyak. Dikatakan kepadaku: “Inilah umatmu dan bersama mereka ada 70,000 orang yang akan memasuki syurga tanpa dihisab mahupun diseksa.”

Kemudian Rasulullah bangun lalu masuk ke dalam rumahnya. Orang ramai mula berbincang mengenai golongan yang akan masuk syurga tanpa dihisab mahupun disiksa. Sebahagian dari mereka berkata: “Mungkin mereka itu adalah orang-orang yang selalu bersama Rasulullah.” Ada pula yang mengatakan: “Mungkin mereka adalah orang-orang yang dilahirkan dalam Islam dan tidak pernah melakukan perbuatan syirik terhadap Allah.” Mereka mengemukakan pendapat masing-masing.

Maka keluarlah Rasulullah menemui mereka lalu bertanya: “Apakah yang kalian bincangkan?” Mereka pun menerangkan perbincangan tersebut. Maka Rasulullah bersabda: “Mereka itu adalah orang-orang yang tidak meruqyah, tidak meminta untuk diruqyah, tidak mempercayai sial dan hanya kepada Allah mereka bertawakkal.”

Ukkasyah bin Mihshan berdiri lalu berkata: “Doalah kepada Allah agar aku menjadi dari kalangan mereka.” Rasulullah bersabda: “Kamu dari kalangan mereka.” Kemudian seorang lelaki lain berdiri dan berkata: “Doalah kepada Allah agar aku menjadi dari kalangan mereka.” Rasulullah bersabda: “Ukkasyah telah mendahuluimu.”

[Sahih Muslim]

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Tuhanku ‘Azza wa Jalla telah menjanjikanku untuk memasukkan dari umatku 70,000 orang ke dalam syurga tanpa hisab dan tanpa azab, dalam setiap 1,000 orang ada 70,000 orang bersama mereka, dan tiga kali cedokan dari cedokan Tuhanku Azza wa Jalla.”

[Musnad Ahmad]

Demikianlah sebuah hadith Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang agung. Di dalamnya terkandung banyak pelajaran, namun yang akan saya sentuh dalam tulisan ini ialah lafaz: “Mereka itu adalah orang-orang yang tidak meruqyah, tidak meminta untuk diruqyah, tidak mempercayai sial dan hanya kepada Allah mereka bertawakkal.”

Dalam lafaz lain yang lebih terpelihara lagi masyhur, baginda bersabda: “Meraka itu adalah orang yang tidak meminta diruqyah, tidak mempercayai sial, tidak melakukan pengubatan besi panas (kay) dan hanya kepada Allah mereka bertawakkal.”

[Sahih Muslim dan Sahih al-Bukhari]

Pada zahirnya hadith ini kelihatan bercanggah dengan hadith-hadith lain yang menganjurkan meruqyah orang lain, meminta diruqyah dan berubat apabila sakit.

Anjuran Meruqyah Orang Lain

Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah pernah melarang ruqyah. (Pada satu hari) datang keluarga Amr bin Hazm kepada baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Kami mempunyai ruqyah untuk sengatan kalajengking, namun anda melarang ruqyah.” Lalu mereka membacakan ruqyah itu di hadapan baginda. Maka baginda bersabda: “Aku lihat ini tidak apa-apa (maka teruskanlah). Sesiapa di antara kalian yang mampu memberikan manfaat kepada saudaranya maka lakukanlah ia.” [Sahih Muslim]

Hadis ini menjadi dalil dianjurkan meruqyah orang lain dengan syarat ruqyah itu bebas daripada sebarang bentuk syirik dan khurafat. Hadis ini juga membentuk hukum dasar bagi ruqyah, iaitu semua ruqyah dilarang sehingga diperdengarkan secara jelas dari awal hingga akhir bagi memastikan ia bebas daripada syirik dan khurafat.

Perkara ini hendaklah diperhatikan kerana kebanyakan ustaz yang membaca ruqyah hanya berkumat-kamit sesuatu yang tidak dapat didengar secara jelas dari awal hingga akhir. Sekadar pakaian ala-ala ustaz, gelaran ustaz dan kemasyhuran dia menyembuhkan penyakit orang lain bukanlah lesen untuk menghalalkan ruqyah yang dibacakannya.

Anjuran Meminta Diruqyah

Daripada Umm Salamah bahawa Nabi melihat budak wanita di rumahnya. Ketika baginda melihat bekas hitam pada wajah budak wanita itu, baginda bersabda: “Mintalah ruqyah untuk dia kerana padanya terdapat kesan sihir pandangan.” [Sahih al-Bukhari]

Berdasarkan hadis ini, dianjurkan meminta ruqyah bagi mengubati kesan sihir, penyakit ain atau penyakit fizikal yang lain.

Anjuran Berubat

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Berubatlah wahai hamba Allah. Ini kerana sesungguhnya Allah tidak menjadikan suatu penyakit melainkan menjadikan bersamanya ubat, melainkan penyakit tua.” [Sunan Ibn Majah]

Hadith ini menjadi dalil bahawa dianjurkan berubat bagi sesiapa yang sakit. Adapun berubat dengan besi panas (kay), maka terdapat hadith yang membolehkannya serta yang melarangnya. Jalan pertengahan di antara hadith-hadith tersebut ialah berubat dengan besi panas hanyalah terhadap penyakit yang sesuai dengannya serta ia dilakukan sebagai pilihan terakhir.

Kembali kepada hadith yang menerangkan 70,000 daripada umat ini yang akan masuk syurga tanpa dihisab mahupun diseksa. Berdasarkan zahir hadith ini sahaja, ada yang enggan meruqyah, meminta diruqyah atau berubat apabila mereka sakit. Mereka menyangka dengan keengganan tersebut, mereka akan mudah memasuki syurga.
Himpunan semua hadith-hadith dalam bab ini menunjukkan bahawa secara umumnya umat Islam dianjurkan meruqyah orang yang sakit, meminta diruqyah ketika sakit dan berubat ketika sakit. Bahkan perbuatan ini telah dilakukan sendiri oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ketika baginda sakit, bagi menunjukkan kebolehannya.

Hanya di kalangan umat ini ada segelintir yang memiliki hubungan yang amat kuat dengan Allah. Mereka redha kepada Allah apabila diuji dengan penyakit dan mereka menyerahkannya kepada Allah sepenuhnya (tawakkal) sama ada untuk mencabut penyakit itu atau mencabut nyawa mereka disebabkan penyakit itu. Namun diulangi, hadith ini hanya merujuk kepada segelintir umat Islam, 70,000 dari sekian ramai umat Islam dari zaman Rasulullah sehingga Hari Kiamat. Justeru hadith ini hanya menerangkan keutamaan segelintir umat Islam. Ia tidak membawa hukum haram meruqyah, meminta diruqyah dan berubat selagi mana ruqyah dan ubatan yang digunakan adalah halal.

Bukan semua orang mampu ke tahap keutamaan ini. Dibimbangi ada yang hanya mampu redha apabila sakit itu berada ditahap awal, tetapi merungut, marah dan putus asa kepada Allah apabila penyakit merebak ke tahap kronik di kemudian hari. Pada tahap ini yang menjadi mudah baginya bukanlah syurga tetapi neraka. Moga Allah memelihara kita semua.

Oleh: Hafiz Firdaus
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/07/49-juta-masuk-syurga-tanpa-hisab-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm42 Juta Masuk Ke Akaun Najib Bukan Milik Yr1m Kata Saksi

Rm42 Juta Masuk Ke Akaun Najib Bukan Milik Yr1m Kata Saksi

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR 16 Julai Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa wang RM42 juta yang dimasukkan ke dalam dua akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh Syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd pada 2014 dan 2015 bukan milik Yayas...
Saksi Rm5 Juta Masuk Akaun Najib Elak Umno Dapat Cek Tendang

Saksi Rm5 Juta Masuk Akaun Najib Elak Umno Dapat Cek Tendang

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 275 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa sejumlah RM5 juta dipindahkan pada September 2014 daripada akaun Putra Perdana Construction di Allianz Bank ke akaun Datuk Seri Najib Tun Razak di AmBank untuk memastikan cek y...
Mobil Masuk Kuburan Di Madiun Sopir Malah Mengira Pulang Ke Rumah

Mobil Masuk Kuburan Di Madiun Sopir Malah Mengira Pulang Ke Rumah

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 223 hits
Kejadian aneh dan mistis menggegerkan warga Dusun Sawahan Desa Dagangan Kecamatan Dagangan Kabupaten Madiun Mobil Daihatsu Xenia berwarna putih berpelat nomor B 1685 VKN ditemukan di dalam kuburan di Dusun Sawahan Senin pagi Sontak kejadian...
Amal Masuk Kampung Santuni Warga Kuala Juru

Amal Masuk Kampung Santuni Warga Kuala Juru

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 270 hits
NIZAR TAJUDINBATU KAWAN Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan program Amal Masuk Kampung 5 0 anjuran bersama Masjid Kuala Juru di sini awal pagi kelmarin Timbalan Pengarah AMAL Pulau Pinang Muhammad Nazrul Ali berkata...
Dahnil Anzar Masuk Gerindra Haedar Ingatkan Tak Seret Muhammadiyah Ke Politik

Dahnil Anzar Masuk Gerindra Haedar Ingatkan Tak Seret Muhammadiyah Ke Politik

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 139 hits
Muhammadiyah mempersilakan kadernya berkiprah di politik praktis instansi pemerintahan dan lainnya ujar Haedar di UMY Selasa
Kerajaan Ph Terbubar Once Azmin Masuk Gerakan

Kerajaan Ph Terbubar Once Azmin Masuk Gerakan

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 464 hits
Semua ahli PKR yang ada jawatan kerajaan akan turut berhijrah mengikut Azmin kecuali wan azizah saifudin dan fauziah salleh Satu dua menteri dan timbalan menteri DAP juga akan ikut azmin Mahathir masih kekal PM UMNO dan PAS akan sertai kera...
Pengusaha Ajak Bank Indonesia Masuk Dalam Ekosistem Mata Uang Digital

Pengusaha Ajak Bank Indonesia Masuk Dalam Ekosistem Mata Uang Digital

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 187 hits
Wakil Ketua Kadin Bidang Logistik dan Rantai Pasok Rico Rustombi mendorong Bank Indonesia untuk terlibat dalam ekosistem mata uang digital Ini sekaligus dapat menjadi jalan bagi BI mengenal mata uang digital sembari menyiapkan kebijakan unt...
3 189 Peserta Lolos Masuk Uns Melalui Jalur Mandiri

3 189 Peserta Lolos Masuk Uns Melalui Jalur Mandiri

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 148 hits
3 189 Peserta Lolos Masuk UNS Melalui Jalur Mandiri Rektor UNS Prof Jamal Wiwoho mengatakan SM UNS tahun 2019 merupakan jalur masuk yang terakhir untuk UNS pada Program Sarjana dan Program Vokasi
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Cek Pertama Dari Google Adsense

Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles