3h2m Bercuti Di Courtyard By Marriot Melaka
Assalamualaikum WBT
TERTUNAI sudah janji nak bawa Iman bercuti di Courtyard by Marriot Melaka. Hari khamis, Pak Inche bercuti, Iman kelas dalam talian (tapi pensyarah batalkan kelas) dan Sk pula terlibat dengan Mesyuarat Menambahbaik SOP. Selesai mesyuarat, lepas zohor, Sk mohon pulang awal, dapatlah bertolak awal ke Melaka. Itupun terkejut sebaik keluar dari Plaza Tol Senai (U), kenderaan dah bersesak namun syukurlah perjalanan kemudiannya lancar dan kami singgah makan di R&R Machap.

Hari tu lupa ambil gambar di lobi. Boleh baca pengalaman pertama Sk menginap di CBMM DI SINI. Nahhh.. tengok, kemahen luas eh lobinya. Nak main bola keranjang pun boleh ni 😆. Seperti sebelum ni, proses daftar masuk sangatlah laju. Kali ni dapat bilik di tingkat 26 😍

Bercuti.. tapi dua beranak ni.. yang sorang sibuk dengan assignment, yang sorang sibuk dengan kerja

Lepas maghrib, kami keluar makan malam di Gerai Satay Asyura. Boleh baca DI SINI. Sebelum balik ke hotel singgah pulak makan Roti John di Seri Erra Kopitiam, nanti Sk cerita kemudian la yang tu ya

Sk minta Pak Inche tempah penginapan di CBMM ni sebab tak puas sarapan di sini hari tu 🤭. Banyak sungguh pilihan side dish menu western di sini

Nasi Lemak Pak Inche.. masin katanya. Esoknya, tak serik pulak dia makan nasi lemak lagi. Mujurlah esoknya tu tak masin. Hari pertama tu makan Nasi Lemak dengan lauk Rendang Ayam, hari kedua lauknya Ayam Berlado

Pak Inche ambil menu western pulak

Nasi Goreng Sambal, Mee Goreng Mamak, Rendang Ayam dan Karipap Kentang. Semuanya sedap cuma mee goreng tu tak la stail mamak betul

Buah dan pastri serta hot latte

Pastri lagi.. tapi yang ni masuk beg 🤭 sebab dah tak larat nak masuk perut. Mak-mak sangat

Lobi sunyi.. mungkin belum waktu check in dan check out. Lif kat sini pun laju jer

Oh, tak ambil extra bed atau bilik lain untuk Iman sebab sofa kat sini pun dah cukup besar. Karang, berdengung pulak Pak Inche nak membayo, hahahah. Sk bawa comforter la bagi empuk sikit. Untuk breakfast, kami tempah semasa daftar masuk, dapat harga RM35. Jika walk in di cafe harganya RM55

Malam kedua, makan Nan Cheese dan Ayam Tamdoori di Restoran Pak Putra. Punyalah kenyang sampai ke pagi tu, kami tiga beranak tak larat dah nak makan 😆😆😆

Nampak ada Roti Jala Kari Ayam.. tapi boleh pulak lupa nak ambil mungkin otak pun dah bagi isyarat tak mahu makan dah 🤭

Pak Inche ambil Mihun Kari.. dia makan suku kot, yang lainnya Sk habiskan.

Waffle dan Hot Cappucino

Check out
Iman dan Baby Elephant. Kelakar, bila ditegur baby elephant sama comel dengan tuan oleh seorang penyanyi band yang membuat persembahan di lounge

Penutup JJCM 2023
Lamberttt lagi la agaknya nak menginap semula di sini.. kumpul duit lebih sikit tahun 2024 ni
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2023/12/3h2m-bercuti-di-courtyard-by-marriot.html