Covid 19 Bercuti Tapi Berawaslah


 

Beberapa hari lalu saya kunjungi sekurang-kurangnya tiga kedai farmasi untuk mendapatkan kit ujian kendiri Covid-19. Dua daripadanya kehabisan stok manakala sebuah lagi ketiadaan jenis yang saya mahukan. Pada minggu sebelumnya pula, saya diminta datang semula selang dua hari jika mahukan kit sampel ‘oral & nasal swab’ berbanding yang menggunakan air liur.
Tidak perlu pun jadi seorang pakar perubatan untuk mengandaikan Covid-19 sedang kembali menular. Kerapnya kedai farmasi kehabisan stok kit ujian kendiri memberi petanda ramai yang mungkin sudah dijangkiti. Lazimnya orang tidak akan sesuka hati membelinya untuk simpanan di rumah melainkan mereka sudah ada gejala ringan seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak serta sering kegigilan dan kelesuan.
Baik di dalam mahupun di luar kedai terutama kedai makan, orang ramai dilihat mengenakan pelitup muka tanpa paksaan. Kalau sebelum ini ia menjadi amalan orang Cina yang lazimnya lebih berjaga-jaga – lihatlah keprihatinan mereka ketika menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan LRT di luar musim Covid-19 – kini orang Melayu yang lebih bersahaja dalam pelbagai perkara semakin berasakan perlu memakainya. Nah itu juga satu lagi petanda kesedaran mengenai ancaman virus itu semakin meningkat.
Kini, musim percutian kembali lagi – bermula dengan cuti Krismas yang membawa ke Tahun Baru apabila sekolah ditutup dan ramai kakitangan yang mahu menghabiskan cuti tahunan. Berpusu-pusulah pulang ke kampung atau keluar daerah untuk bersiar-siar dan beristirahat, ia semacam satu kemestian tatkala hadir atau tiadanya Covid-19 yang rata-rata dirasakan lambat lagi untuk sampai kepada mereka. Dengan tiadanya perintah kawalan pergerakan ketika ini, sesiapa saja tidak boleh disekat untuk ke mana-mana.
Tapi pengalaman lalu harus mengajar bahawa virus itu akan mengganas dan menjangkiti ramai dalam sesingkat masa ketika masyarakat leka dan alpa. Ketika keseronokan melenyapkan kebimbangan dan sikap lepas tangan mengatasi peringatan. Ramai juga menunggu isyarat daripada kerajaan – ini bukan pun salah mereka sebenarnya – dengan belumnya keluar amaran yang mendesak daripada pihak berwajib sebagai gambaran masih ada waktu senggang untuk berbuat apa saja.
Perangkaan terkini bagaimanapun mencadangkan ancaman terbaru Covid-19 semakin ketara. Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad memaklumkan pada 18 Dis lalu bahawa sebanyak 20,696 kes dilaporkan bagi tempoh 10-16 Dis. Terdapat peningkatan 62.2% kes baru sepanjang minggu epidemiologi ke-50, khususnya yang bergejala ringan kategori 1 dan 2. Daripada jumlah itu, 97.1% membabitkan warga tempatan, 2.9% rakyat asing dan 19 kes diimport. Sebanyak 151 kes dirujuk ke unit rawatan rapi, 96 memerlukan bantuan pernafasan di samping 28 kematian dicatatkan.
Ulang sudah ada 28 kematian direkodkan!
Sudah jadi lumrah orang ramai akan lebih cakna apabila ada kes Covid-19 yang membawa kepada kematian. Di sebalik varian terbaru dikatakan hanya membawa bersamanya gejala ringan dan hanya 0.5 % penghidapnya memerlukan sebarang bentuk bantuan, angka-angka kes dirujuk ke ICU dan kematian meskipun kecil tetap menuntut perhatian.
Dilaporkan juga sudah ada peningkatan 20 kali ganda kes Covid-19 di Johor sepanjang dua minggu lalu. Kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon, 673 kes positif direkodkan sepanjang seminggu sejak 16 Dis – kenaikan ketara daripada 34 kes positif dua minggu terdahulu. Jumlah kes tertinggi direkodkan di Kulai, diikuti oleh Johor Bahru dan Batu Pahat, dengan jumlah kes melampaui 100.
Pada masa sama, kira-kira 600 kes bergejala ringan dilaporkan di Perak yang mendorong kerajaan negeri mengeluarkan ingatan supaya rakyatnya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan meluas. Ia turut menekankan kepada perlunya kawalan kendiri untuk memutuskan rantaian Covid-19 manakala mereka yang mempunyai gejala dinasihatkan menjalani kuarantin di rumah.
Sambil itu, varian JN.1 – yang diklasifikasikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mempunyai tahap penyebaran tinggi di seluruh dunia – sudah mula dikesan di Malaysia Khamis lalu. Ahli virologi Prof Emeritus Dr Lam Sai Kit berkata penyebaran pantas varian JN.1 dalam beberapa bulan terakhir menunjukkan kebolehjangkitannya amat tinggi. Perlu juga dimaklumi bahawa gejala utama jangkitan JN.1 serupa dengan subvarian Omicron lain. Bagi pesakit berusia dan mempunyai pelbagai komorbiditi seperti diabetes dan penyakit jantung, sub-varian seperti JN.1 boleh menyebabkan kemasukan wad dan kematian, selain sindrom Covid-19 berpanjangan pada pesakit muda.
Minggu lalu, China mengesan tujuh kes JN.1 manakala India baru mengesannya melalui RT-PCR dalam pemantauan berterusan. Singapura, Thailand, Indonesia dan Australia juga melaporkan JN.1. Ia bermakna kedudukan kita terlalu berdekatan untuk boleh berasa selesa. Sehingga kini, lebih 40 negara melaporkan jangkitan JN.1 termasuk United Kingdom (UK), Denmark, Sepanyol, dan Iceland.
Mengambil kira perkembangan terkini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah turut menasihati rakyat supaya ambil langkah berjaga-jaga dan berdisiplin dalam kawalan kendiri. Golongan rentan, warga emas dan yang mempunyai komorbiditi dinasihatkan agar mengamalkan pemakaian pelitup muka di kawasan tumpuan awam, sesak, dan tertutup. Sultan Abdullah menzahirkan kegusaran jika rakyat lalai atau mengambil sikap sambil lewa, kes Covid-19 akan terus meningkat, tambahan pula ketika ini musim percutian sekolah, yang menyaksikan banyak pergerakan dan perhimpunan orang ramai.
Golongan rentan, warga emas, dan yang mempunyai komorbiditi hendaklah menyambut tawaran kerajaan untuk mendapatkan suntikan vaksinasi penggalak dari 234 pusat pemberian vaksin (PPV) di klinik kesihatan seluruh negara. Senarainya boleh diperoleh melalui aplikasi MySejahtera. Seperti kata Dzulkefly, vaksin yang dibekalkan sangat efektif bagi melindungi golongan terbabit daripada komplikasi berat jika dijangkiti.
Juga wujud semacam salah anggapan yang Covid-19 hanya lebih cenderung kepada golongan berusia. Kepercayaan itu dengan sendirinya ditolak oleh hakikat bahawa kes-kes terbaru yang dilaporkan lebih kepada kumpulan umur 18 hingga 49 tahun. Daripada 20,696 kes yang direkodkan dari 10-16 Dis, hampir sepertiga atau 5,950 orang (28.7 %) daripada kumpulan umur 30-39 tahun – menjadikan mereka kumpulan tunggal terbesar yang dijangkiti. Kumpulan kedua terbesar ialah 18-29 tahun yang membabitkan 5,499 orang (26.6%) dan seterusnya kumpulan 40-49 tahun yang paling ramai dijangkiti sejak pertengahan bulan lalu.
Sejak 16 Dis juga, jumlah harian kes positif ialah sekitar 3,000 atau lebih tepat lagi 2,957 kes – angka tertinggi sejak jumlah kes memuncak kepada 3,982 kes pada 8 Nov tahun lalu.
Angka-angka tidak berbohong tapi pada masa sama, orang ramai tidak gemar dihalang daripada pergi bercuti. Bercutilah tapi berawaslah agar kepulangan dari luar daerah nanti tidak dilanjutkan dengan berkurung di rumah. Lakukan kawalan kendiri, pakai pelitup muka dan jaga penjarakan sosial kerana sudah sampai masanya untuk ‘kita jaga kita’ semula. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/12/covid-19-bercuti-tapi-berawaslah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bongkar Pendedahan Panas Ds Anwar Tapi Seakan Ada Tangan Ghaib Yang M

Bongkar Pendedahan Panas Ds Anwar Tapi Seakan Ada Tangan Ghaib Yang M

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 176 hits
LAPORAN POLIS DATO SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP RASUAH TUN DAIM ZAINUDDIN PADA 30 JUL 99 LAPORAN POLIS TUN HS LEE 20455 99 Pada 14 April 1999 tatkala memberikan kenyataan di mahkamah saya telah merujuk kepada beberapa perlakuan rasuah besar ...
Sampai Sekarang Tiada Jawapan Tuntas Tapi Hukum Trtap Dijatuhkan

Sampai Sekarang Tiada Jawapan Tuntas Tapi Hukum Trtap Dijatuhkan

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 192 hits
Norshidah Mohd DaudSampai sekarang masih x terjawab kenapa ada 2 jawapan berbeza mengikut tahun berbeza dalam isu yang samaTapi yang di highlightkan 1 Penghina ulama2 Bencikan Islam3 Bencikan agamawanSana perli sini sini mengata sanaTapi te...
Wahyu Setiawan Kpk Bisa Menangkap Saya Tapi Kenapa Tak Bisa Tangkap Harun Masiku

Wahyu Setiawan Kpk Bisa Menangkap Saya Tapi Kenapa Tak Bisa Tangkap Harun Masiku

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 132 hits
Wahyu Setiawan diketahui sudah bebas pada 6 Oktober 2023 dari Lapas Kedungpane Semarang
Perkara Yang Dibolehkan Tapi Dibenci Perempuan Sehingga Dipatuhi Ramai Lelaki Kahwin Dua

Perkara Yang Dibolehkan Tapi Dibenci Perempuan Sehingga Dipatuhi Ramai Lelaki Kahwin Dua

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 187 hits
Jika seorang lelaki bercakap pasal kahwin dua itu perkara biasa Jika seorang perempuan benci lelaki yang suka cakap pasal kahwin dua itu juga perkara biasa Yang luar biasa adalah jika seorang lelaki itu bukan saja tak suka cakap pasal kahwi...
Aku Tahu Suami Aku Mampu Poligami Tapi Macam Mana Dengan Perasaan Aku Sia Sia 18 Tahun Berkahwin

Aku Tahu Suami Aku Mampu Poligami Tapi Macam Mana Dengan Perasaan Aku Sia Sia 18 Tahun Berkahwin

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 236 hits
Memang benar lelaki yang mampu boleh berkahwin empat adil dari segi kewangan itu mungkin pasti tapi bagaimana adil dalam perasaan Mustahil untuk sayang sama rata pastinya yang baru akan diberi lebih rasa kasih hingga akhirnya isteri lama me...
Awak Berhijab Tapi Jangan Berpakaian Seolah Terlanjang Elyana Emrizal Bidas Semula Komen Individu Suruh Tutup Aurat

Awak Berhijab Tapi Jangan Berpakaian Seolah Terlanjang Elyana Emrizal Bidas Semula Komen Individu Suruh Tutup Aurat

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 122 hits
Penyanyi Elyana baru baru ini telah membidas seorang individu apabila individu tersebut meninggalkan komen di salah satu hantarannya dia Instagram Individu itu berkongsi cerita kehilangan rakannya dan mendoakan agar Elyana kembali menutup a...
Ada Rombongan Datang Rumah Aku Nak Masuk Meminang Aku Tak Tahu Siapa Tapi Bila Aku Tanya

Ada Rombongan Datang Rumah Aku Nak Masuk Meminang Aku Tak Tahu Siapa Tapi Bila Aku Tanya

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 147 hits
Apa yang aku nak tulis ni kisah yang aku yakin terjadi dekat ibu tunggal di luar sana apa yang aku tulis tak panjang pendek je tapi cukup lah yang penting sampai pada makcik pakcik bawang kat luar Bagi mereka hadam Tahun 2004 suami aku meni...
Tak Sangka Dia Macam Tu Foto Terbaru Han Sohee Di Ig Dikritik Peminat Jepun Tapi Kenapa

Tak Sangka Dia Macam Tu Foto Terbaru Han Sohee Di Ig Dikritik Peminat Jepun Tapi Kenapa

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 129 hits
Baru baru ini Han So hee telah dituduh sebagai anti Jepun menerusi imej yang dimuat naiknya di Instagram ARTIKEL BERKAITAN Pada 25 Disember Han So hee telah berkongsi gambar Ahn Jung geun seorang aktivis kemerdekaan Korea yang dibunuh oleh ...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas