35 Bekas Hakim Saman Kerajaan Isu Kegagalan Kenaikan Pencen


Oleh Bernama Seluruh tumpuan terarah ke Mahkamah Rayuan, Putrajaya pagi ini berhubung keputusan kes rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan sabitan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd. GAMBAR: Abd Razak Aid SERAMAI 35 individu terdiri daripada bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi termasuk di Sabah dan Sarawak serta tujuh balu bekas hakim memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan tiga pihak lain berhubung kegagalan menetapkan kenaikan pencen dan faedah diterima mereka sejak 2015.
Hakim bersara terbabit termasuk bekas Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Siti Norma Yaakob dan Tan Sri Haidar Mohamed Nor, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yunos serta 31 individu lain memfailkan saman pemula itu minggu lepas di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Chooi & Company + Cheang & Ariff.
Mereka menamakan Kerajaan Malaysia, Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai defendan.
Dalam saman itu, kesemua plaintif memohon deklarasi bahawa kegagalan untuk menetapkan peratusan kenaikan lebih tinggi daripada dua peratus setiap tahun yang sesuai ke atas pencen dan faedah lain bagi setiap plaintif mengikut Seksyen 15B(2) Akta Saraan Hakim 1971 (Akta 45) melalui perintah dalam Warta telah melanggar Perkara 125(7) dan 125(9) Perlembagaan Persekutuan.
Mereka memohon perintah bahawa defendan kedua atau ketiga (Perdana Menteri dan Jemaah Menteri) hendaklah menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menetapkan peratusan kenaikan lebih tinggi daripada dua peratus setiap tahun yang sesuai ke atas pencen dan faedah lain yang diberikan kepada setiap plaintif berkuat kuasa dari 1 Julai 2015 mengikut Seksyen 15B(2) akta tersebut.
Selain itu, mereka memohon perintah mahkamah supaya defendan membayar amaun yang setiap plaintif berhak terima sejak 1 Julai 2015 selain kos, faedah dan perintah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Plaintif berkata mengikut Seksyen 15B Akta Saraan Hakim 1971, pencen hakim bersara dan orang tanggungan hakim yang telah meninggal dunia diselaraskan secara automatik berdasarkan gaji semasa hakim masih berkhidmat yang disemak secara berperingkat dari semasa ke semasa sebagaimana yang wajib dilakukan menurut Perkara 125(7) dan 125(9) Perlembagaan Persekutuan.
Menurut plaintif, cara pengiraan pelarasan dinyatakan dalam Jadual Ketiga dan Keempat akta terbabit tetapi ia dipadamkan daripada akta itu menyebabkan hak mereka terjejas apabila gaji hakim yang sedang berkhidmat dinaikkan berkuat kuasa pada 1 Julai 2015.
“Di bawah peruntukan Seksyen 15B Akta Saraan Hakim 1971 (sebelum pindaan dibuat), pencen plaintif akan diselaraskan secara automatik sejajar dengan kenaikan gaji hakim yang masih berkhidmat.
“Bagaimanapun, mengikut peruntukan Seksyen 15B(1) (selepas pindaan dan dikira secara retrospektif), pencen hakim bersara diselaraskan setiap tahun dengan kenaikan dua peratus dan tidak lagi mengambil kira kenaikan gaji yang diterima oleh hakim yang masih berkhidmat,” menurut plaintif dalam saman itu.
Plaintif berkata keadaan itu menyebabkan mana-mana hakim yang dilantik sebelum 1 Jan 2014 akan menerima pencen lebih rendah daripada sepatutnya.
Menurut mereka, Perkara 125(7) yang dibaca bersama Perkara 125(9) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa hak pencen seseorang hakim dilarang atau secara mandatori dihalang daripada diubah sehingga merugikan beliau selepas pelantikannya.— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/35-bekas-hakim-saman-kerajaan-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjadi Hak Bekas Hakim Kemuka Saman Terhadap Kerajaan Kata Wan Junaidi

Menjadi Hak Bekas Hakim Kemuka Saman Terhadap Kerajaan Kata Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 161 hits
Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan akan menyerahkan perkara terbabit kepada Pejabat Peguam Negara selepas saman dikemukakan oleh bekas hakim termasuk tujuh balu dan tanggungan mereka diterima PETALING JAYA Menjadi hak kumpulan hakim...
Bekas Ketua Hakim Najib Dan Zahid Perlu Berundur Untuk Pulihkan Imej Umno

Bekas Ketua Hakim Najib Dan Zahid Perlu Berundur Untuk Pulihkan Imej Umno

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 192 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak perlu meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Penasihat Barisan Nasional jika parti itu berniat membersihkan imejnya yang terpalit dengan kumpulan korupsi kata bekas Ketua H...
Bantu Hanya Sementara Tapi Kerja Kerajaan Ialah Mengawal Kenaikan Harga Barang

Bantu Hanya Sementara Tapi Kerja Kerajaan Ialah Mengawal Kenaikan Harga Barang

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 156 hits
Bagus juga Program Jualan Keluarga Malaysia ni Aku agak barangan dijual pada harga yang lebih murah kerana pemborong dapat menjual terus kepada rakyat tanpa melalui orang tengah Aku tak bantah Tapi kalau ini nak dianggap sebagai kejayaan ol...
Menteri Agama Perlu Selesaikan Isu Hakim Kanan Ppmm

Menteri Agama Perlu Selesaikan Isu Hakim Kanan Ppmm

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 118 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Idris Ahmad bertanggungjawab menyelesaikan polemik berkaitan isu hakim kanan syarie Presiden PPMM Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata ...
Tarikh Bayaran Pencen 2022 Pesara Kerajaan

Tarikh Bayaran Pencen 2022 Pesara Kerajaan

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 257 hits
Jadual pembayaran pencen dan bila tarikh pembayaran bagi setiap bulan untuk tahun 2022 yang dikeluarkan oleh JPA Seperti tahun tahun sebelumnya tarikh bayaran pencen bulanan pesara kerajaan akan diumumkan dalam surat pekeliling setiap tahun...
Penyokong Kerajaan Alih Isu Dr Maszlee Untuk Alih Isu Sebenar Perihal Banjir Balak Bentong

Penyokong Kerajaan Alih Isu Dr Maszlee Untuk Alih Isu Sebenar Perihal Banjir Balak Bentong

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 191 hits
BENTONG Agak menghairankan bila mana pemimpin portal dan cybertrooper kerajaan negeri lebih bernafsu untuk memainkan isu kenyataan Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik daripada isu sebenar perihal banjir balak di Bentong Mentakab ...
Lives Dsai Isu Mou Ph Dan Kerajaan Gagal Ismail Sabri Wrlr Akan Menyiarkan Langsung

Lives Dsai Isu Mou Ph Dan Kerajaan Gagal Ismail Sabri Wrlr Akan Menyiarkan Langsung

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 158 hits
Saya akan membicarakan terkait fungsi dan kedudukan MoU antara kerajaan dan Pakatan Harapan serta beberapa isu penting yang lain Nantikan jam 8 30 malam ini
Pas Senyap Isu Beri Pinjam Syarikat Judi Dapat Dedakkah

Pas Senyap Isu Beri Pinjam Syarikat Judi Dapat Dedakkah

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 184 hits
Isu pinjaman tanpa cagaran yang diberikan oleh 3 bank besar Malaysia kepada syarikat perjudian Genting Hong Kong masih tidak mendapat ulasan para pemimpin Pas Sewaktu Pas masih pembangkang isu judi sama ada nombor ekor atau kasino di Gentin...
Isu Syarikat Glc Bayar Gaji Juta Juta Dengan Guna Duit Rakyat

Isu Syarikat Glc Bayar Gaji Juta Juta Dengan Guna Duit Rakyat

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 190 hits
Yang berikut ini adalah screenshot salinan semuka surat daripada Laporan Tahunan atau Annual Report Maybank 2020 Muka surat ini senaraikan bayaran gaji yuran benefits emoluments etc kepada CEO serta Ahli ahli Lembaga Pengarah Maybank Mengik...
Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Overcoming Funding Challenges

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Satu Kesulitan Tidak Mungkin Menang Melawan Dua Kemudahan Tetap Optimis

Nostalgia Bedak Sejuk

Lima Gandingan Makanan Hebat Untuk Pemakanan Sihat Dari Susan Bowerman

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Experience The Bee Heat Ac Difference Experience Superior Comfort

Dua Lelaki Warga Asing Empat Lari 70 Meter Sahaja