Tawaran Program Biasiswa Albukhary 2022 Untuk Pelajar Cemerlang
Sukacita dimaklumkan bahawa Albukhary International University (AIU) kini menawarkan Biasiswa Albukhary bagi pelajar yang cemerlang dari aspek akademik dan kokurikulum.
Biasiswa ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke AIU.
AIU merupakan antara universiti bertaraf antarabangsa yang unggul di Malaysia.
Baca Juga : Tawaran Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng Untuk Siswa Ijazah Sarjana Muda
Syarat Kelayakan
Calon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :
Berumur antara 18 hingga 22 tahun.Status perkahwinan bujang.Pendapatan isi rumah di bawah USD 300 untuk pemohon antarabangsa dan MYR 2,400 (Sabah dan Sarawak), MYR 5,300( W.P Kuala Lumpur, W.P Putrajaya & W.P Labuan) atau MYR 2,900 (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka , Negeri Sembilan, Pahang).Biasiswa hanya ditawarkan kepada satu penerima sahaja dalam satu keluarga. Pelajar tak dibenarkan untuk bekerja semasa melanjutkan pelajaran di AIU. Pemegang biasiswa tidak boleh menerima bantuan atau biasiswa daripada pihak lain sepanjang tempoh tajaan Biasiswa Albukhary.
Cara Memohon Biasiswa Albukhary
Pelajar yang berminat untuk memohon boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :
Mengisi borang permohonan secara atas talian.Muat turun Manual Tatacara Permohonan Biasiswa.Melengkapkan dokumen sokongan.Menulis 3 karangan bertajuk di bawah:Mengapakah Yayasan Albukhary perlu menaja anda?Bagaimanakah biasiswa akan memberi kesan kepada masa depan anda?Apa yang menjadikan anda calon yang sesuai dan baik – sebarang kemahiran, pengalaman atau pencapaian yang berkaitan yang diperoleh daripada pendidikan, kerja atau aktiviti lain.Pelajar yang layak ke peringkat seterusnya akan dipanggil untuk temuduga.
Nota : Karangan perlulah ditulis sekurang-kurangnya 150 perkataan dalam Bahasa Inggeris.
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon juga perlu sertakan dokumen seperti yang disenaraikan di bawah :
Surat biasiswa – hanya jika anda ditaja oleh pihak lainPengenalan (ID) bapa atau sijil kematianPengenalan (ID) atau sijil kematian ibuSlip pendapatan bapa *Borang Akuan Bukti PendapatanSlip pendapatan ibu *Borang Akuan Bukti PendapatanBil utiliti (bil elektrik atau air)Surat pengesahan oleh salah seorang pengadil *Contoh Templat Surat Pengesahan BiasiswaTiga (3) Gambar rumah keluarga – pemandangan dari luar, ruang tamu, dapur *Contoh Gambar Rumah Keluarga
Proses Saringan
Pelajar yang berkelayakan serta menepati kriteria akan dipanggil untuk sesi temuduga. Calon akan dinilai berdasarkan asperk-aspek berikut :
Status Sosioekonomi 40%Kemahiran Komunikasi 25%Personaliti & Sikap 20%Pertahanan Kenyataan Peribadi 15%
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Albukhary, sila hubungi Unit Biasiswa menerusi saluran berikut :
No. Tel : +60 47747 392 / +60 4774 7426
Alamat emel :
[email protected]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/biasiswa-albukhary/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=biasiswa-albukhary