32 Ahli Parlimen Umno Akan Tinggalkan Parti Secara Berperingkat



32 ahli parlimen Umno akan tinggalkan parti secara berperingkat?Posted By: Pentadbiron: December 14, 2018 

Sekurang-kurangnya 32 ahli Parlimen Umno di Semenanjung didakwa sudah menukar taat setia kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. FMT difahamkan 5 daripada mereka sedia mengisytihar keluar parti.Dua daripada kumpulan 5 orang itu dari Pantai Timur dan yang lain dari Perak, Johor dan Selangor.“Apabila ini berlaku, lebih ramai ahli Parlimen Umno dijangka meninggalkan parti,” kata sumber yang rapat dengan kelompok tertinggi parti itu.Menggambarkannya seperti “gelombang kedua” penghijrahan dari Umno, sumber berkata ia akan berlaku secara berperingkat.Semalam, 36 wakil rakyat, senator dan ketua-ketua bahagian di Sabah mengumumkan keluar parti, secara efektif melumpuhkan Umno Sabah yang ditubuhkan pada 1991.Turut menyertai mereka adalah bekas menteri persekutuan Datuk Seri Salleh Said Keruak dan bekas speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Seorang lagi bekas menteri persekutuan, Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman meninggalkan parti itu pada September dan menjadi wakil rakyat bebas.Walaupun bekas ketua Umno dan bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman tiada pada sidang media wakil-wakil rakyat itu di Kota Kinabalu semalam, difahamkan beliau juga menyetujui penghijrahan itu.Anak Musa, Hafez Yamani, yang belum mengangkat sumpah ahli Parlimen selepas memenangi kerusi Sipitang, juga akan mengikuti rakan-rakannya keluar parti.Sumber berkata langkah Umno Sabah itu lebih kepada kekecewaan terhadap hubungan rapat kepimpinan Umno pusat dengan kumpulan haluan kanan serta PAS.“Ahli dan pemimpin Umno Sabah secara tradisinya tidak mahu terlibat dengan retorik perkauman seperti itu, tetapi bunyi bising dari Kuala Lumpur terlalu kuat hingga mereka tak lagi boleh mengabaikannya,” kata seorang veteran Umno Sabah kepada FMT.“Tiada arah tuju yang jelas daripada Umno. Ramai mahukan perubahan di peringkat tertinggi tetapi itu tidak berlaku,” tambahnya.Sementara itu, salah seorang yang meninggalkan parti itu berkata perasaan putus asa sudah terlalu ketara.“Kami pergi kerana tidak tahu ke mana arah tuju parti,” katanya kepada FMT.Walaupun 4 ahli Parlimen dan 9 Adun berkata mereka kini wakil rakyat bebas, spekulasi kuat mengatakan langkah itu persediaan untuk menyertai PPBM, yang belum membuka cawangan di Sabah.Spekulasi semakin kencang apabila Dr Mahathir semalam mengesahkan beberapa pemimpin Umno Sabah menemuinya sebelum keputusan semalam.Perdana menteri bagaimanapun enggan memberitahu sama ada ahli-ahli Parlimen itu mempunyai tempat dalam PPBM, yang dipengerusikannya.“Kita perlu melihat bagaimana kelakuan mereka. sekiranya mereka menyokong dan tidak melakukan apa-apa sebelum ini, kami boleh menerima mereka,” katanya kepada pemberita semalam.Pada Oktober, Ahli Majlis Tertinggi PPBM Datuk A Kadir Jasin mendakwa seramai 40 ahli Parlimen Umno akan meninggalkan parti itu untuk menyertai PPBM.Sementara itu, seorang wakil rakyat Umno Sabah tidak menyembunyikan pertemuan dengan Dr Mahathir.“Semasa kami mengikrarkan sokongan kepada Dr Mahathir, kami beritahu kami akan sertai PPBM,” katanya.Umno memenangi 54 kerusi pada pilihan raya umum Mei lalu, yang menyaksikan parti itu tumbang selepas 6 dekad menguasai kerajaan.Beberapa pemimpin tertingginya berdepan tuduhan rasuah, termasuk bekas presiden Datuk Seri Najib Razak, Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Mansor.Beberapa Ahli Parlimen Umno sudah meninggalkan parti itu selepas kekalahan pilihan raya, termasuk bekas menteri perdagangan Datuk Seri Mustapa Mohamed, bekas ketua Puteri Umno Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Parlimen Bagan Serai Noor Azmi Ghazali

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2018/12/32-ahli-parlimen-umno-akan-tinggalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Enam Lagi Ahli Parlimen Umno Isytihar Keluar Parti

Enam Lagi Ahli Parlimen Umno Isytihar Keluar Parti

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 284 hits
KUALA LUMPUR Enam lagi Ahli Parlimen UMNO mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini Mereka ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor Datuk S...
Shamsul Anuar Sahkan Enam Lagi Ahli Parlimen Keluar Umno

Shamsul Anuar Sahkan Enam Lagi Ahli Parlimen Keluar Umno

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 365 hits
KUALA LUMPUR Ketua Penerangan UMNO Datuk Shamsul Anuar Nasarah mengesahkan enam lagi ahli Parlimen UMNO keluar daripada parti itu hari ini termasuk ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainuddin Shamsul Anuar yang juga ahli Parlimen Lenggo...
Bersatu Kurang Cerdik Pandai Import Ahli Parlimen Umno Lokman Adam

Bersatu Kurang Cerdik Pandai Import Ahli Parlimen Umno Lokman Adam

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 386 hits
ISMA WEB Ahli MT UMNO dedah gerakan jatuhkan Zahid sebagai presiden BANGI Tindakan mengimport wakil rakyat dari UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia disebabkan parti itu kekurangan golongan cerdik pandai demikian kata Ahli Majlis T...
37 Ahli Parlimen Umno Didakwa Tandatangan Sd Sokong Tun M

37 Ahli Parlimen Umno Didakwa Tandatangan Sd Sokong Tun M

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 361 hits
ISMA WEB Lokman Adam dakwa akuan sumpah dibuat selepas ada desas desus undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri akan dibuat di Dewan Rakyat BANGI Tiga puluh tujuh Ahli Parlimen UMNO didakwa bersetuju menandatangani akuan bersumpah menyok...
Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya Keluar Umno

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya Keluar Umno

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 450 hits
GEORGETOWN Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya mengumumkan keluar UMNO berkuatkuasa hari ini Shabudin mengesahkan perkara itu kepada NSTP melalui aplikasi WhatsApp Betul katanya ringkas ketika diminta mengesahkan mengenai lapo...
Annuar Sahkan 6 Ahli Parlimen Keluar Umno

Annuar Sahkan 6 Ahli Parlimen Keluar Umno

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 414 hits
Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa mengesahkan 6 ahli Parlimen Umno keluar dari parti itu menerusi surat pemakluman yang dihantar ke Ibu Pejabat Umno pagi tadi Saya mengesahkan pagi ini pejabat saya menerima suatu pemakluman bersama ...
Ahli Parlimen Sabah Mungkin Keluar Umno Kerana Kewangan

Ahli Parlimen Sabah Mungkin Keluar Umno Kerana Kewangan

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 366 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa nbsp UMNO nbsp tidak menolak kemungkinan ahli Parlimen di Sabah berhasrat meninggalkan parti itu disebabkan masalah kewangan Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan khabar angin men...
Ahli Parlimen Umno Sertai Ph Satu Perkembangan Berbahaya Ramkarpal

Ahli Parlimen Umno Sertai Ph Satu Perkembangan Berbahaya Ramkarpal

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 289 hits
KUALA LUMPUR Tindakan beberapa Ahli Parlimen UMNO keluar parti dan berpaling kesetiaan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap satu perkembangan berbahaya selain menentang sepenuhnya kehendak rakyat yang menolak kerajaan Bar...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Kkb Polls Respect Mca S Decision To Boycott Campaign



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Mood Blogging On

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Update Daftar Link 50 Anggota Aktif Komunitas Blogger Pontianak

Time Crunched Car Care How Mobile Washes Save The Day