30 Resepi Sahur Mudah


Hari pertama kita melangkah ke bulan penuh barakah, bulan Ramadan yang kita rindui, bulan penuh kemuliaan. Pada bulan penuh keberkatan ini marilah sama kita melakukan banyak kebaikan untuk memperoleh ganjaran pahala. Macam biasa selain menahan lapar dan dahaga, perbuatan, pertuturan dan pendengaran, kita juga perlu meningkatkan dan memperbanyakkan amal ibadah supaya kesempatan satu bulan Ramadan ini tidak kita sia siakan. Sebagai emak dan ketua chef di rumah pasti kita seringkali buntu apalah nak dimasak. Kalau berbuka tu mungkin tak berapa pening nak fikir sebab banyak juadah boleh dibeli dan dipesan online sahaja. Tapi kalau waktu sahur ramai kaum ibu mati kutu dibuatnya. Nak pula bila dah masuk minggu kedua Ramadan, nak ulang lauk sama dah jemu. Haihhh mana nak fikir amal ibadat, mana nak fikir nak masak lagi kan. Haaa sebab tu lah saya terfikir nak kongsi 30 Resepi Sahur Mudah ni. 

Jadi untuk entri blog kali ini saya nak share 30 menu  masakan dan mudah untuk sahur. Senang kan atur saja menu dan boleh buat perancangan nak beli barang dapur juga. 
Tips Menu Sahur Mudah
Untuk menu sahur ni sebenarnya tak kisah apa sahaja menu sesuai. Tapi ada yang bila pagi pagi buta ni tak ada selera nak menikmati makanan. Faktor umur barang kali. Jadi kenalah masak yang bersesuaian


Pilihan menu yang ringkas menjadi pilihan. Sebenarnya tak perlu ringkas mana. Masak je ikut kita. Cuma pastikan jangan membazir sahaja

Frozen kan lebihan makanan semasa berbuka untuk dijadikan lauk sahur adalah idea yang sangat baik. Baru tak ada makanan terbazir
30 Resepi Sahur MudahDaging Merah Rose Daging ni diperap dengan sirap rose dan di tumis sehingga masak. Resepi penuh di SINI

Ayam Goreng KunyitAyam Goreng Kunyit Garing Garing  letak kacang panjang dan bawang lebih. Ayam tu nak sedap gaul sikit tepung Bestari pedas, serbuk cili paprika dan garam serta kunyit 

Daging Masak Lemak Cili ApiDaging Masak Lemak Cili Api Kentang pun sangat mudah nak buat. Kalau nak cepat guna daging salai siap yang dah difrozenkan. Bila nak masak cuma tambah santan, cili, bawang dan serai


Assam PrawnAssam Prawn atau Udang Masak Asam Jawa Bersama Sos Tiram ni insipirasi dari chinese restaurant. Memang sedap tau rasa dia. Kena cuba. Resepi SINI 

Ikan Kicap Chinese Style
Ikan Kicap Chinese Style ni dia light light sikit dan agak cair berbanding masak kicap kita. Tapi rasa dia sangat padu. Boleh try untuk menu sahur ya. Resepi di SINI

Daging Kicap Daging Kicap Bawang Goreng ni resepi mak mentua. Sangatlah Sedap makan dengan nasi putih panas panas. Resepi di SINI

Sambal Sardin PetaiSambal Sardin Petai paling senang nak buat. Sedap rupanya petai dimasak bersama sardin. Jom tengok resepi di SINI

Udang Masak HaliaUdang Masak Halia ni inspirasi dari kedai siam. Mudah sangat nak buatnya. Resepi di SINI 

Sambal TelurSambal Telur Mudah dan Cepat siap. Boleh rebus telur tu siap siap tau dan guna je pes sambal yang banyak orang buat jual sekarang ni


Daging Sweet SourDaging Masak Sweet Sour pun sedap. Kena try resepi saya ni. Ada kat SINI


Ayam KicapAyam Kicap Mudah saya suka buat style kering macam ni. Apa pun ayam kicap lah menu paling senang dan sedap kan


Sup IkanSup Ikan Siakap pun sedap. Guna ikan siakap sebab murah sikit berbanding ikan merah.  Boleh juga ganti ikan tenggiri atau salmon



Daging Air Asam UtaraDaging Rebus Air Asam. Kalau di utara sini menu ni agak biasa. Tapi buat pembuka selera nak bersahur memang sedap. Cuma jangan pedas sangat ya. Resepi di SINI 

Masak PaprikPaprik Sotong ni menu mudah juga. Tips dari saya guna je pes tomyam untuk paprik cuma tambah daun limau purut sikit. Tumis macam buat stir fry biasa. Tambah sos cili sedikit.

Daging Masak Lada HitamDagingng Lada Hitam Brokoli menu paling disukai. Kalau buat kat rumah licin! Kena try ya. Nak mudah guna ja sos black pepper instant. Cepat je masak.

Ayam Goreng Bawang PutihAyam Goreng Bawang Putih ni macam ayam goreng bawang biasa ca gantikan dengan bawang putih. Mesti tambah nasi 2 pinggan


Masak Lemak Telur SuhunMasak Lemak Telur Suhun pun sedap. Saya selalu buat jika ada telur lama dah nak expired. Telur merah dia dah tak bulat. Biar pecah pecah sikit dalam santan. Nikmat



Ayam Goremg Sambal BelacanAyam Goreng Sambal Belacan paling express. Guna je lebihan sambal belacan yang ada dan tumis sedikit dalam minyak gorengan ayam. Tambah bawang potong siap


Lobak Masin GorengLobak Masin Goreng Telur ini hidangan nostalgia masa kecik kecik. Sedap goreng dengan telur dan bawang. Kena try ok


Kari Nenas Ikan MasinKari Nenas Ikan Talang Masin ni nampak agak susah nak masak time sahur kan. Tapi mungkin boleh siap masak hari lain dan simpan untuk sahur sebab lauk ni memang pembuka selera.

Gulai Kawah
Gulai Kawah pun sama macam kari nenas diatas. Boleh masak siap dan frozenkan. Bila nak makan panaskan je. Lauk lauk macam ni sedap dan tak terjejas rasa bila kita frozenkan. 

Ayam Masak PandanAyam Masak Pandan ni resepi lain dari yang lain tapi percayalah rasanya sedap. Resepi di SINI

Paprik Sayur Paprik Sayur Campur. Sayur kalau tak tahu nak masak apa boleh try goreng seperti paprik. Sedap sangat! 

Daging Goreng KunyitDaging Goreng Kunyit Kelantan pun sedap untuk hidangan sahur. Cara kelantan ni buat kan daging lebih empuk dan lembut


Ikan Masak TaucuIkan Masak Taucu pun sedap ya nak buat menu sahur kita. Letak bawang dan cili padi banyak memang terangkat habislah makan dengan nasi panas panas time sahur.


Daging Cili Kering
Daging Goreng Cili Kering juga sedap. Macam Kung Pao sikit tapi tak berapa pekat. Boleh cuba style korang punya. saya punya sangat simple, tumis dengan halia dan cili kering, masuk sos tiram dan daging. Siap




Sambal Ikan BilisSambal Bilis Tumbuk. Sambal ikan bilis paling senang nak sediakan sebab boleh masak awal dan frozenkan. Masak banyak sekaligus boleh panaskan hari lain




Pajeri RebungPajeri Rebung Utara pun sedap nak pula digandingkan dengan ikan masin atau telur dadar. Masak kuah dia bagu pekat sikit. Sedap makan dengan nasi panas




Sambal Ikan Talang Masin. Fuh sedap ni. Boleh juga masak siap dan frozenkan


Ikan Masak AsamIkan Talang Masin Masak Asam pun sedap ya untul buat lauk sahur. Aduh teringat pulak. Mungkin esok lusa kena masak lauk ni untuk sahur


Ok itulah cadangan menu sesuai untuk sahur. Mesti dah dapat idea sikit sikit kan apa nak masak. Tak perlu ikut semua sekali. Kita cuma nak bagi dorongam dan idea supaya tercetus. Resepi boleh cari kat blog ni just google je macam contohnya Masak Asam Ikan Talang Eny Abdullah. Mesti jumpa

Ok selamat berpuasa semua. Semoga bulan ini kita dapat tingkatkan amal ibadat kita dan peroleh segala kebaikan. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.enyabdullah.com/2021/04/30-resepi-sahur-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi 15 Resepi Nasi Goreng Sedap Dan Mudah Untuk Sahur

Koleksi 15 Resepi Nasi Goreng Sedap Dan Mudah Untuk Sahur

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 658 hits
Koleksi 15 Resepi Nasi Goreng Sedap Dan Mudah Untuk Sahur Salam semua nasi goreng menu yang kebanyakan menjadi pilihan untuk waktu sahur dalam bulan puasa nanti Menu yang boleh dikatakan cepat dimasak sebab semua lauk dah disatukan sekali d...
Resepi Menu Sahur Simple Untuk 30 Hari Mudah Sedap Membuka Selera

Resepi Menu Sahur Simple Untuk 30 Hari Mudah Sedap Membuka Selera

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 608 hits
Resepi Menu Sahur Simple Untuk 30 Hari Mudah Sedap Membuka Selera Menu masakan bulan puasa memang banyak tapi kadang tu pening kepala nak fikir masak apa Lagi lagi untuk idea menu sahur Untuk diri ini daku lebih suka menu sahur simple cepat...
Resepi Gulai Kari Ikan Tongkol Mudah Dan Sedap

Resepi Gulai Kari Ikan Tongkol Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 405 hits
Resepi Gulai Kari Ikan Tongkol Mudah dan SedapBahan bahanIkan tongkol sederhana besar sekor2 sudu rempah kari ikan tambah air sikit buat pes1 sudu besar cili kering kisar4 ulas bawang merah kecil 3 ulas bawang putih Sedikit halia 1 sudu bes...
Resepi Murtabak Mee Baby Potong Jejari Comel Mudah Anak Nak Pegang

Resepi Murtabak Mee Baby Potong Jejari Comel Mudah Anak Nak Pegang

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 251 hits
Sesekali berkreatif dengan hidangan anak pastinya buat anak makin berselera Murtabak Mi Baby yang dipotong jejari comel antara hidangan kreatif mudah dan sedap yang boleh diberikan untuk anak Paling menarik hendak membuatnya pun cukuplah mu...
Resepi Ikan Bakar Bersambal Mudah Dan Panggang Guna Kuali

Resepi Ikan Bakar Bersambal Mudah Dan Panggang Guna Kuali

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 337 hits
Resepi ikan bakar bersambal mudah dan panggang guna kuali Apa menu korang hari ni Kalau dah jemu masakan bersantan kita buat ikan bakar pula nak Bila suami dah request nak makan ikan bakar saya fikir mana pula nak cari pemanggang Haishh res...
15 Cadangan Resepi Berbuka Puasa Mudah Dan Sedap

15 Cadangan Resepi Berbuka Puasa Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 979 hits
Sedang mencari resepi lauk berbuka puasa yang mudah dan sedap disediakan Jom kali ini saya nak kongsikan dengan semua antara resepi yang dah boleh masak dan disediakan untuk menu berbuka puasa nanti Resepi 20 Hari Menu Berbuka Puasa Mudah d...
Aneka Resepi Sup Sesuai Untuk Buka Puasa Dan Sahur

Aneka Resepi Sup Sesuai Untuk Buka Puasa Dan Sahur

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 510 hits
Aneka Resepi Sup Sesuai Untuk Buka Puasa Dan Sahur Salam ramadhan kepada semua rakan dan taulan umat islam di seluruh dunia Sambutlah hadirnya ramadhan dengan sederhana dalam menjamah hidangan berbuka atau pun bersahur namun bersungguh sung...
Resepi Jem Nanas Buatan Sendiri Mudah Sedap

Resepi Jem Nanas Buatan Sendiri Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 336 hits
Siapa suka makan roti dengan jem Lebih spesifik Jem Nanas Jem Nanas yang bagus mampu bertahan lama tanpa pengawet dan sebenarnya Jem Nanas tak susah untuk dibuat Boleh sahaja buat sendiri di rumah Anak saya Zikri pun boleh buat Jem Nanas se...
6 Menu Sahur Ini Sangat Mudah Dimasak Jimat Masa Dan Sedap Tak Terkata

6 Menu Sahur Ini Sangat Mudah Dimasak Jimat Masa Dan Sedap Tak Terkata

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 474 hits
Bulan Ramadan penuh keberkatan kian menjelang Bila tiba saat ini para ibu tentunya antara yang paling sibuk menyediakan sajian sahur buat keluarga tercinta Bangun awal untuk memasak sahur menjadi satu cabaran terutamanya bagi ibu ibu yang b...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport