30 Mp Umno Sokong Anwar Khalid Samad



Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mengesahkan seramai 30 Ahli Parlimen Umno menyokong Anwar Ibrahim.
Beliau mendedahkan, perkara itu diketahui dalam satu surat ditandangani pemimpin Amanah, DAP, PKR dan Umno yang diserahkan Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong.
Surat itu bagi membuktikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah hilang majoriti di Dewan Rakyat, kata Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam dalam satu saluran Youtube, Jom Channel.
“Apa difahamkan, Anwar Ibrahim membawa surat daripada ketua-ketua parti yang nyatakan ahli Parlimen partinya menyokong Anwar Ibrahim.
“Bagi Amanah, surat ditandatangani oleh Mohamad Sabu (presiden) dengan 11 ahli Parlimen, DAP ditandatangani oleh Lim Guan Eng dengan 42 ahli Parlimen, surat dari PKR mungkin Anwar Ibrahim sendiri yang tandatangan, 39 ahli Parlimen sokong.
“Saya difahamkan, daripada Ahmad Zahid Hamidi (presiden Umno) ada 30 ahli Parlimen, jika tidak silap saya menyokong Anwar Ibrahim. Kemuka itu sahaja (kepada Yang di Pertuan Agong),” katanya dipetik.
Tambahnya, beberapa ahli Parlimen Bebas turut menyokong Anwar melalui surat akuan bersumpah (SD) tetapi beliau tidak menamakan wakil rakyat terbabit.
“Dalam sidang media, Anwar Ibrahim tidak sebut surat akuan (SD) daripada semua ahli parlimen, tetapi ada beberapa ahli Parlimen Bebas yang berikan SD.
“Ahli Parlimen lain melalui presiden parti, termasuk Umno iaitu Zahid. Agak pelik kenapa melalui Zahid.
“Mungkin Zahid juga sokong dan memimpin ahli Parlimen Umno menyokong Anwar. Itu (saya) tidak tahu,” jelasnya.
Jelas Khalid, dengan jumlah itu Muhyiddin sudahpun hilang kuasa sebagai perdana menteri dan sepatutnya meletak jawatan secara prinsipnya tetapi tidak berbuat demikian.
Malah Muhyiddin masih lagi tampil ke khalayak umum sebagai perdana menteri walaupun kedudukannya dipertikai, kata bekas menteri wilayah persekutuan itu.
“Apabila Muhyiddin tidak letak jawatan, isu ini terus menjadi pertikaian dan timbul pelbagai spekulasi. Apabila Anwar menghadap Agong, beliau masih buat ucapan perutusan sedangkan kita tahu hakikatnya persoalan majoriti dipertikaikan.
“Zahid sendiri sudah sahkan ada ahli Parlimen menyokong Anwar Ibrahim, patutnya (Muhyiddin) sudah tahu (hilang majoriti),” kata Khalid.
Bagaimanapun beliau mengakui proses untuk Anwar mengambil alih pentadbiran kerajaan dari Muhyiddin itu belum berakhir dan perlu ditentusahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Memang ada tanggapan Anwar membawa senarai nama dan SD yang menyokong beliau tetapi hakikatnya kalau bawa SD pun, Agong akan tetap buat perincian, siasatan sama ada SD itu betul atau tidak.
“Memang belum berakhir sekadar Anwar menghadap Agong,” jelas beliau lagi.
Tambahnya, tindakan Anwar untuk tidak mendedahkan senarai nama juga tepat kerana bimbang sekiranya ahli Parlimen terbabit menukar fikiran atau ditekan partinya.
Anwar mengadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Selasa bagi mempersembahkan senarai ahli Parlimen yang didakwa mendukungnya.
Istana Negara kemudian menyatakan Anwar hanya mengemukakan jumlah penyokong tetapi tidak menyerahkan senarai nama itu kepada baginda.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30151

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khalid Samad Kata 30 Dari Umno Sokong Anwar

Khalid Samad Kata 30 Dari Umno Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 407 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai jumlah sokongan yang jelas termasuk 30 ahli parlimen Umno ketika beliau mempersembahkan bukti sokongan itu kepada Yang Dipertuan Agong kata Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad Khalid satu satunya pemim...
Anwar Dapat Sokongan Cukup Termasuk 30 Dari Umno Kata Khalid Samad

Anwar Dapat Sokongan Cukup Termasuk 30 Dari Umno Kata Khalid Samad

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 372 hits
Anwar turut membawa surat dari Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan 30 MP Umno menyokong Anwar kata Khalid Samad Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai jumlah sokongan yang jelas termasuk 30 ahli parlimen Umno ketika beliau mempersemba...
Umno Kunci Mulut Ditanya Sokong Anwar Atau Tidak

Umno Kunci Mulut Ditanya Sokong Anwar Atau Tidak

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 269 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mengunci mulut ketika ditanya sama ada parti itu kini telah beralih arah menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim Ada ke sebut begitu katanya pada sidang me...
Pecat Semua Mp Umno Yang Sokong Datuk Seri Anwar Cadang Tun Abdul Hamid Mohamad

Pecat Semua Mp Umno Yang Sokong Datuk Seri Anwar Cadang Tun Abdul Hamid Mohamad

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 342 hits
Mengikut kenyataan DS Ismail Sabri yang dibuat di Sabah MT dan ahli ahli Parlimen UMNO telah membuat keputusan 1 Jika hendak menyokong sesuatu gabungan ia mestilah dibuat secara en bloc bukan secara individu 2 Sesiapa yang memberi sokongan ...
Khalid Samad Dedah Kenapa Anwar Umum Ada Majoriti

Khalid Samad Dedah Kenapa Anwar Umum Ada Majoriti

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 299 hits
Anwar umum ada majoriti untuk elak PM minta Agong bubar Parlimen MALAYSIA DATELINE Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan baru baru ini diberitahu tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai sokongan yang kuat untuk me...
Siapa Mp Umno Yang Sokong Anwar Selepas 17 Mp Tampil Nafi

Siapa Mp Umno Yang Sokong Anwar Selepas 17 Mp Tampil Nafi

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 520 hits
themalaysialife comDifahamkan lebih daripada 15 Ahli Parlimen bakal bertukar angin mengetepikan kerajaan Perikatan Nasional dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu Sekurang kurangnya 11 daripada 15 MP itu dika...
Zahid Akan Usul Umno Keluar Dari Pn Sokong Anwar Dalam Mesyuarat Biro Politik Dan Mt Umno

Zahid Akan Usul Umno Keluar Dari Pn Sokong Anwar Dalam Mesyuarat Biro Politik Dan Mt Umno

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 451 hits
Presiden Zahid Hamidi mengumumkan hala tuju Umno selepas pilihan raya Sabah akan dibawa ke biro politik dan majlis tertinggi parti Terdahulu Timbalan Presiden Mohamad Hasan dalam kenyataan menegur situasi Umno ketika ini berkaitan kerjasama...
Kuih Batil Pisang Sambil Buat Teringat Kenangan Lama

Guardian Malaysia Merainkan Chnese New Year Own Your Year Of Togetherness

Royal Addendum Remarks Cops Complete Taking Kj S Statement Says Igp

The Minimalist Renter S Guide To Decluttering Your Space After The Holidays

Sup Tauhu Jepun Dengan Kobis Menyegarkan

Amira Othman Duta Jenama Varisha Lancar Koleksi Raya Series Dan Lagu Baru Bila Nak Kahwin

18 Foto Ilustrasi Ragam Masyarakat Moden Hari Ini Olahan John Holcroft

Clarify Stand On Ties With Bn Umno Man Tells Sabah Ph


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe


Bunga Kantan Dan Daun Kesom

Anak Menteri Nikah Di Negara Jiran Kata Kpn

14 Januari 2020 14 Januari 2025 Cukup 5 Tahun

Anwar Ditegur Cuba Heret Pm Terdahulu Dalam Kemelut Titah Adendum Najib

Yab Menteri Besar Sila Letak Jawatan

Ministry To Monitor Prices Of Essential Goods Daily After 400 Hike Claim