Siapa Mp Umno Yang Sokong Anwar Selepas 17 Mp Tampil Nafi


themalaysialife.com
October 13, 2020 7:36 am

Difahamkan lebih daripada 15 Ahli Parlimen (MP) bakal bertukar ‘angin’ mengetepikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu.

Sekurang-kurangnya 11 daripada 15 MP itu dikatakan dari Umno iaitu parti Melayu-Islam terbesar yang kini mempunyai 39 MP.

Mereka antara yang belum membuat kenyataan media atau laporan polis setakat hari ini menafikan sokongan kepada Presiden PKR itu.

“Umno ada 39 MP. Yang tak nafi akan ikut Anwar pun lebih 15 MP,” kata sumber dari PKR kepada Malaysia Dateline.

Sementara itu, satu sumber lagi memberitahu jumlah keseluruhan MP yang menyokong Anwar untuk membentuk kerajaan baharu mungkin lebih daripada 121 MP.

Esok Anwar bakal mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ahli Parlimen Port Dickson itu pada 23 September lalu mendakwa mempunyai jumlah kerusi yang “kukuh dan meyakinkan.”

Susulan itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno dan BN tidak dapat menghalang Ahli Parlimen parti itu mengambil keputusan menyokong Anwar.

Walau bagaimanapun, seorang demi seorang MP Umno menafikan pernah menandatangani sebarang Akuan Bersumpah (SD) menyokong Anwar atau rancangan menubuhkan kerajaan baharu.

Mereka antara yang terdapat dalam senarai 19 nama yang tular di media sosial kononnya berpihak kepada Anwar.

Sehingga hari ini sekurang-kurangnya 17 MP Umno secara terbuka menolak dakwaan antara 121 Ahli Parlimen yang dikatakan menyokong pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Berikut adalah senarai Ahli Parlimen Umno terbabit:
1. Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau)
2. Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap)
3. Datuk Hasbullah Osman (Gerik)
4. Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit)
5. Tajuddin Abd Rahman (Pasir Salak)
6. Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang)
7. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya)
8. Datuk Jalaluddin Alias (Jelebu)
9. Datuk Salim Shariff (Jempol)
10. Datuk Ahmad Maslan (Pontian)
11. Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands)
12. Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut)
13. Datuk Seri Hasan Arifin (Rompin)
14. Datuk Seri Idris Jusoh (Besut)
15. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang)
16. Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan)
17. Datuk Mohamad Alamin (Kimanis)

Sementara itu, dua lagi MP Umno yang kini menghadapi tuduhan rasuah masih belum secara terbuka menafikan sokongan kepada Anwar iaitu Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) dan Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling).

Dalam hal berkaitan, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini mengesahkan tidak ada mana-mana MP Umno memberi sokongan kepada Anwar.

Ketua Umno Bahagian Padang Rengas tersebut mendakwa sudah menghubungi semua MP Umno yang tidak berada dalam kerajaan termasuk Zahid Hamidi.

“Tidak ada seorang pun yang mengaku memberi sokongan kepada Anwar,” dipetik Astro Awani.

Nazri sebelum ini disebut-sebut sebagai MP Umno yang akan menyokong Anwar memandangkan pernah ada kecenderungan demikian ketika era pentadbiran kerajaan PH.

Bagaimanapun, Nazri mendakwa sokongan serius kepada Anwar dan PKR itu sebagai satu jalan untuk mengembalikan Umno sebagai kerajaan.

Malah, beliau kemudiannya menyokong Anwar yang berhasrat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson dua tahun lalu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/10/siapa-mp-umno-yang-sokong-anwar-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Besar Menanti Dap Amanah Sekiranya Ahli Parlimen Umno Sokong Anwar Kata Penganalisis

Bahaya Besar Menanti Dap Amanah Sekiranya Ahli Parlimen Umno Sokong Anwar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 469 hits
Robin Augustin Mohd Izani Mohd Zain and Kamarul Zaman Yusoff PETALING JAYA Amanah dan DAP akan terkesan teruk sekiranya Presiden PKR Anwar Ibrahim membentuk kerajaan dengan sokongan ahli Parlimen Umno menurut penganalisis Mohd Izani Mohd Za...
Umno Bergolak Desak Anwar Dedah Nama Mp Umno Yang Sokong

Umno Bergolak Desak Anwar Dedah Nama Mp Umno Yang Sokong

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 315 hits
BOB KELANANG Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa berkata rakyat perlu tahu siapa sebenarnya ahli ahli Parlimen yang berkomplot dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika negara diancam pandemik koronavirus Justeru...
Sokong Anwar Umno Berpecah Tiga

Sokong Anwar Umno Berpecah Tiga

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 401 hits
Umno tegang kerana tentangan kuat beberapa ahli ParlimenMinderjeet KaurPETALING JAYA Ketegangan berlaku dalam Umno antara ahli Parlimen yang menyokong pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim dan mereka yang tak mahu sokong Tiga ahli Parlimen Umn...
Mujahid Rayu Umno Sokong Anwar

Mujahid Rayu Umno Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 327 hits
Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan pembelot dalam Kerajaan Perikatan Nasional Dalam artikel terbaharu bertajuk Membuang Sial Langkah Sheraton yang dimuat naik di Facebooknya har...
23 Ahli Parlimen Umno Tak Sokong Anwar Kata Nazri

23 Ahli Parlimen Umno Tak Sokong Anwar Kata Nazri

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 397 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Umno Nazri Aziz berkata tiada seorang pun daripada 23 ahli Parlimen parti itu yang menyokong rancangan ketua pembangkang Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru Ahli Parlimen Padang Rengas itu menolak laporan FMT s...
Umno Kunci Mulut Ditanya Sokong Anwar Atau Tidak

Umno Kunci Mulut Ditanya Sokong Anwar Atau Tidak

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 310 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mengunci mulut ketika ditanya sama ada parti itu kini telah beralih arah menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim Ada ke sebut begitu katanya pada sidang me...
Idris Buat Laporan Polis Nafi Sokong Anwar Jadi Pm

Idris Buat Laporan Polis Nafi Sokong Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 350 hits
304 total views 304 views today Ahli Parlimen Besut Idris Jusoh hari ini membuat laporan polis bagi menegaskan yang dia tidak memberikan sokongan kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri seperti yang didakwa sese...
Khalid Samad Kata 30 Dari Umno Sokong Anwar

Khalid Samad Kata 30 Dari Umno Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 447 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai jumlah sokongan yang jelas termasuk 30 ahli parlimen Umno ketika beliau mempersembahkan bukti sokongan itu kepada Yang Dipertuan Agong kata Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad Khalid satu satunya pemim...
Honey Trap When Seduction Meets Spycraft In The Shadows Of Power

Klia S Aerotrain System Operational Next Month Loke

Pn Mp S Call To Restore Judicial Independence Timely

Upsi Oriental Daily 19 06 2025

Rafizi Apa Guna Kekal Dalam Kabinet Jika Hilang Kebebasan Bersuara

Power Rate Exemptions For Low Usage Consumers

Siti Nurhaliza Bisakah Chord

Diam Bukan Lemah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Benda Hibah Sebenarnya

Duit Selalu Sangat Takk Cukup Korang Mesti Reset Mindset Korang

Improvement Personality

Lirik Lagu Aku Ikhlas Melepaskanmu Shandy Pagalla

Awie Riez Luka Chord

Revealed The Hyper Exclusive Mv Agusta Superveloce 1000 Ago