30 Hari Tambang Percuma Rapidkl Mrt Lrt Monorel Brt Bas
PERJALANAN PERCUMA 30 HARI BERSAMA RAPIDKL /RAPID KL 30-DAY FREE RIDE (RKLFR) – INFO UNTUK PELANGGAN My50
Tambang percuma pengangkutan awam di kesemua rangkaian bas dan rel Rapid KL telah diaktifkan, serentak dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 semalam.
Ia adalah salah satu langkah kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat disamping mempromosikan penggunaan pengangkutan awam. Tambang percuma ini ditawarkan mulai 16 Jun sehingga 15 Julai 2022.
Apakah Tambang Percuma Sebulan Rapid KL?
Rapid KL 30-Day Free Ride (RKLFR) adalah tawaran 30-HARI PERJALANAN PERCUMA kepada semua pengguna sedia ada ataupun mereka yang berminat untuk menaiki perkhidmatan Rapid KL dari 16 Jun sehingga 15 Julai 2022.
Terma Dan Syarat Perkhidmatan Percuma RapidKL
Terbuka kepada semua pelanggan Rapid KL termasuk My50/ Pas Konsesi/ Kad Touch ‘N Go.Muat turun aplikasi MyRapid PULSE untuk menebus 30 hari perjalanan percuma.Pelanggan dikehendaki melengkapkan sentuhan masuk dan keluar token, pas atau kad di setiap perjalanan.Bagi pelanggan yang telah membeli pas My50 pada 16 Jun 2022, anda mesti menebus perjalanan percuma 30 hari di antara 23 hingga 25 Julai 2022 SAHAJA iaitu selepas pas semasa anda tamat tempoh sepenuhnya. Pelanggan dikehendaki menyimpan resit sebagai bukti pembelian.Bagi pelanggan My50 sedia ada yang mempunyai tamat tempoh pas antara 17 Jun hingga 15 Julai 2022, anda boleh menikmati perjalanan percuma selama 30 hari pada pembelian My50 yang seterusnya selepas pas semasa anda tamat tempoh sepenuhnya.Perjalanan percuma 30 hari ini TIDAK SAH untuk perkhidmatan Rapid Penang dan Rapid Kuantan.
Tempoh Perkhidmatan Percuma RapidKL
RKLFR bermula 16 Jun 2022 6 pagi hingga 15 Julai 2022 11.30 malam untuk semua perkhidmatan Rapid KL (LRT/ MRT Laluan Kajang / Monorel / BRT/ Bas Rapid KL / Bas Pengantara MRT) dan 16 Jun 2022 3 petang hingga 15 Julai 2022 11.30 malam untuk MRT Laluan Putrajaya.
Cara Menebus
Bagi menebus tambang percuma:
MYRAPID PULSE
1. Pengguna digalakkan memuat turun aplikasi MyRapid PULSE yang tersedia di dalam Google Play atau Apple Store, dan mendaftar akaun serta mengisi maklumat menerusi borang yang disediakan. Setelah borang dilengkapkan, pengguna hanya perlu membuat tangkapan skrin dan menunjukkannya kepada pegawai di stesen ketika melalui gantri untuk ke landasan rel atau apabila menaiki bas.
2. Borang turut disediakan di semua kaunter khidmat pelanggan Rapid KL, hab bas terpilih, di dalam bas dan boleh juga dimuat turun menerusi laman web dan platform media sosial Rapid KL. Pengguna perlu mengambil gambar atau bahagian atas borang yang telah lengkap untuk menikmati RKLFR.
3. Kad TouchN’Go masih perlu disentuh seperti biasa untuk keluar dan masuk. Ini adalah untuk tujuan kawalan dan pemantauan. Tiada sebarang caj yang akan dikenakan.
PEMEGANG PAS MY50
Bagi para penumpang yang melanggan pas perjalanan tanpa had My50, jika mereka telah membeli Pas My50 pada 16 Jun 2022:
1. Tebus 30 hari tambang percuma selepas pas tamat
2. Aktifkan tambang percuma dalam tempoh 23 – 25 Julai 2022
3. Sebaiknya bawa resit sebagai pengesahan pembelian
Manakala, jika pas My50 pengguna akan tamat tempoh di antara 17 Jun ke 15 Julai 2022, tambang percuma akan dimasukkan ke dalam pas dan diaktifkan serta merta sehari selepas pas tamat.
Pengguna mesti memastikan nilai simpanan minimum RM5.00 dikekalkan dalam pas My50, kad Touch ‘N Go dan kad konsesi mereka.
PENGGUNAAN TOKEN
Bagi pengguna yang tidak mempunyai kad TouchN’Go atau sebarang pas, mereka boleh mendapatkan token percuma di kaunter khidmat pelanggan dengan mengisi maklumat menerusi aplikasi MyRapid PULSE atau borang yang disediakan sebelum memasuki stesen.
Maklumat lanjut mengenai terma dan syarat berkaitan pakej penawaran tambang percuma ini boleh didapati di laman web myrapid.com.my dan platform media sosial Rapid KL.
Rapid KL menyeru seluruh Keluarga Malaysia khususnya mereka yang belum pernah menaiki pengangkutan awam agar mengambil peluang ini untuk merasai pengalaman menaiki tren dan bas Rapid KL.
Perjalanan dipermudahkan dengan aplikasi mudah alih MyRapid PULSE yang menyediakan mempunyai beberapa fungsi penting bagi seperti Perancang Perjalanan, penjejak waktu ketibaan masa sebenar atau Real Time ETA untuk perkhidmatan bas, Paparan Notifikasi atau Push Notifications dan Kalkulator Tambang.
MyRapid PULSE turut memaparkan peta stesen-stesen tren dan bas dan tempat-tempat menarik di persekitarannya seperti pusat membeli-belah, tempat makan, minum dan santai serta tarikan pelancong bagi memudahkan pengguna merancang perjalanan dan aktiviti mereka.
Bagi keselesaan pengguna, Rapid KL turut menggalakkan warga kota yang ingin menikmati tambang percuma untuk tujuan santai agar merancang perjalanan pada waktu luar puncak bagi mengelakan kesesakan di stesen dan platform.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila emelkan kepada kami
di
[email protected] atau hubungi kami di 03-7885 2585 pada hari Isnin hingga Jumaat, dari 7 pagi hingga 8.30 malam, Sabtu hingga Ahad dan Cuti Umum dari 7 pagi hingga 5.30 petang.
Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke: https://myrapid.com.my/…/rapid-kl-30-day-free-ride-2022/
Baca juga:
My50 : Pas Perjalanan Tanpa Had RM50 LRT, MRT, Monorel & Bas RapidPelan Perlindungan HPP RapidKL Untuk Pengguna Pengangkutan Awam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/rapidkl-percuma-30-day-free-ride/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rapidkl-percuma-30-day-free-ride