30 Ditahan Leka Berpesta Juga Termasuk Arak Punya Hal



Leka berpesta -gambar hiasan
30 ditahan leka berpesta


SERAMAI 30 individu ditahan kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul dan mengadakan parti persendirian di dua lokasi sekitar Ipoh, awal pagi hari ini.Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, dalam serbuan pertama, seramai 14 lelaki termasuk penganjur dan empat wanita berusia antara 17 hingga 26 tahun ditahan dalam Ops Covid-19 dan Ops Noda oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.Beliau berkata, dalam serbuan pada 2 pagi di sebuah pangsapuri di Jalan Meru Impian, Ipoh, polis mendengar bunyi muzik kuat sebaik tiba di premis berkenaan.Menurutnya, mereka bertindak memecahkan pintu apabila penghuni gagal membuka pintu selepas beberapa kali diminta berbuat demikian."Sebaik berjaya membuka pintu, ada penghuni cuba melarikan diri dalam keadaan muzik masih terpasang. Hasil soal siasat, mereka yang ditahan gagal memberi alasan munasabah," katanya dalam kenyataan, hari ini.
A Asmadi berkata, ada antara mereka pernah ditahan atas kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, tetapi masih mengulanginya termasuk penganjur lelaki berusia 24 tahun.Menurutnya, pihaknya turut merampas peralatan muzik iaitu sebuah pembesar suara, dua pembesar suara kecil serta sebuah telefon pintar.Katanya, kesemua 18 suspek direman tiga hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan Seksyen 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.Sementara itu, seramai 12 lelaki berusia 22 hingga 50 tahun ditahan ketika sedang menikmati minuman keras di sebuah ruang rehat di Jalan Veerasamy, Ipoh, pada 1.30 pagi tadi.A Asmadi berkata, mereka ditahan kerana disyaki melanggar arahan PKPB dalam serbuan Ops Covid-19 yang dijalankan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) IPD Ipoh."Pihak polis merampas satu salinan lesen Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) jenis perniagaan kedai makan atau restoran dan satu salinan lesen MBI jenis perniagaan dewan muzik," katanya. (BERNAMA)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seramai 12 lelaki berusia 22 hingga 50 tahun ditahan ketika sedang menikmati minuman keras di sebuah ruang rehat di Jalan Veerasamy, Ipoh, pada 1.30 pagi tadi. Juga kerana arak punya hal..
Sedikit Panduan: Semua Agama Mengharamkan Arak
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan semua agama yang mempunyai kitab petunjuk mengharamkan arak. Katanya, pengharaman tersebut merupakan sempadan bagi memelihara kemuliaan akal dan kesihatan tubuh badan.“Semua kajian yang matang menunjukkan itulah hikmahnya. Walaupun tidak boleh menggagu penganut agama lain yang menghalalkan arak, tetapi sempadan hidup bermasyarakat hendaklah dihormati kerana boleh menimbulkan mudarat lebih besar kepada masyarakat umum.“Menjaga kepentingan umum hendaklah diutamakan, maka wajib dilarang pesta arak supaya tidak terbabas sehingga merosakkan hubungan bermasyarakat majmuk lebih besar mudaratnya kalau dibiarkan. Syariat Islam menamakannya Feqah Muwazanat,” katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata demikian bagi mengulas isu pesta arak yang didakwa akan diadakan di Kuala Lumpur pada awal Oktober ini. Katanya, penetapan lesen arak merupakan satu kawalan bagi menetapkan sempadan kepada penggunanya sahaja mengikut agama dalam konsep kebebasan beragama.“Ada perkara haram wajib ditutup rapat, sehingga tidak boleh dilesenkan sekali-kali yang bertepatan dengan hukum agama dan fitrah, seperti mencuri, merompak dan menyamun. Tidak ada negara dalam dunia mengeluarkan lesen mencuri, merompak dan menyamun di atas konsep kebebasan yang salah.“Di sana banyak maksiat yang diharamkan oleh semua agama dan hukum akal, seperti berjudi, bebas berzina dan liwat. Maka kita tidak boleh mengikut dan terikut dengan negara-negara yang sudah terbabas daripada hukum semua agama, naluri serta akal sehingga melesenkannya,” katanya.
Menurutnya, manusia tidak boleh melampaui batas dalam semua perkara termasuk dalam  agama dan urusan kehidupan kerana boleh menyebabkan kemusnahan diri serta masyarakat.
“Maka tidak boleh diizinkan kalangan pelampau yang memainkan slogan di atas nama kebebasan, kerana pengertiannya salah dari segi bahasa, agama dan budaya. Tegasnya adalah kerana mereka terbabas daripada sempadan kehidupan manusia dan itu bukan kebebasan yang sebenarnya.
“Islam bukan sahaja mengharamkan pelampau individu, bahkan juga mengharamkan negara yang menggunakan senjata pemusnah terhadap manusia dan alam sekitar. Walaupun di atas nama jihad, ia di luar takrif jihad yang sebenarnya sangat murni dan mulia,” katanya. (SH)Sekian.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/05/30-ditahan-leka-berpesta-juga-termasuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Georgetown 20 Individu Termasuk 14 Pelajar Ditahan Berpesta Hari Jadi Dadah Turut Ditemui

Georgetown 20 Individu Termasuk 14 Pelajar Ditahan Berpesta Hari Jadi Dadah Turut Ditemui

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 297 hits
Seramai 20 individu termasuk 14 pelajar sekolah menengah bukan sahaja melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dalam sambutan hari jadi di dua unit apartmen yang mereka sewa malam semalam malah polis menemukan dadah Ketua Polis Daera...
Lagi Mabuk Punya Hal 5 Cedera Pn Sila Ambil Perhatian Jangan Tunggul Lama

Lagi Mabuk Punya Hal 5 Cedera Pn Sila Ambil Perhatian Jangan Tunggul Lama

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 598 hits
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamarudin suspek dipercayai memandu dalam keadaan mabuk hingga mengakibatkan sekurang kurangnya lima orang awam cedera IPD Hulu SelangorKUALA LUMPUR Polis menahan seorang lelaki b...
Tipu Kutipan Derma Tiga Ditahan Termasuk Posmen

Tipu Kutipan Derma Tiga Ditahan Termasuk Posmen

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 308 hits
Pos Malaysia Bhd semalam mengesahkan Polis Diraja Malaysia menahan seorang suspek berhubung penipuan kutipan derma di Facebook Kami memuji tindakan pantas PDRM untuk membawa scammer ke muka pengadilan dan menghentikan eksploitasi atas kebai...
Mabuk Punya Hal Rakan Siti Kasim Pula Maut

Mabuk Punya Hal Rakan Siti Kasim Pula Maut

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 565 hits
Rakan Siti Kasim maut dipercayai dirempuh pemandu mabukRAKAN peguam Siti Kasim maut dipercayai dirempuh pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol Dalam status terbaharu di Facebook Siti Kasim berkata beliau bersedih dengan pemerigian r...
15 Meme Yang Gambarkan Rasanya Punya Balita Sering Gemas Tapi Ujungnya Luluh Juga

15 Meme Yang Gambarkan Rasanya Punya Balita Sering Gemas Tapi Ujungnya Luluh Juga

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 332 hits
Bocah mah emang begitu Kadang super lucu kadang yahh begitu Sabar ya Bund Bawa ketawa aja
Marah Geng Ph Bila Ada Cadangan Arak Nak Diharamkan

Marah Geng Ph Bila Ada Cadangan Arak Nak Diharamkan

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 430 hits
Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Siti Kassim berkata peningkatan kes tersebut disebabkan sikap tida...
Arak Tahniah Pas Terus Bertindak Menurut Kemampuan Al Hamdulillah

Arak Tahniah Pas Terus Bertindak Menurut Kemampuan Al Hamdulillah

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 522 hits
PARTI Islam Se Malaysia memandang serius kes kemalangan mati membabitkan pemandu mabuk yang semakin menjadi jadi mutakhir ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah meletakkan Malaysia di tempat kesepuluh di dalam senarai pengambilan alkohol te...
Girls Leadership Institute

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

How Malaysians Can Tactically Deal With Zakir Naik S Non Ban

Memang Berbaloi Percutian 6 Hari Ke Jakarta Bandung Dengan Kos Rm8k Untuk 6 Orang

Orang Ramai Terbalikkan Kereta Untuk Menyelamatkan Murid Yang Dilanggar Kereta Tersebut

Strategi Efektif Penghematan Energi Di Industri Konveksi

How Online Platforms Set Pricing Standards In The Digital Age

Sambal Telur Puyuh Campur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Pengalaman Sewa Kereta Di Airport Kota Bharu Harga Berpatutan Dan Terbaik

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Mtuc S Disputing Parties Agree To Hold Polls Within 90 Days

Sila Ulangkaji Asas Penubuhan Bersatu Ahli Mpt Beritahu Hilman

Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Online Presence Is Critical For Business