Marah Geng Ph Bila Ada Cadangan Arak Nak Diharamkan



Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk.

Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Siti Kassim berkata peningkatan kes tersebut disebabkan sikap tidak bertanggungjawab mereka yang mengambil minuman berakohol itu.

“Alkohol itu bukan masalah. Tapi peminum yang tidak bertanggungjawab itulah punca masalah sebenar. Begitu juga dengan isu yang melibatkan sekolah tahfiz. Masalahnya adalah disebabkan oleh pihak pengurusan sekolah.

“Kamu (Pas) mahu mengharamkan alkohol hanya kerana menepati kehendak anda, kalau begitu haramkan juga sekolah tahfiz yang telah menyebabkan banyak masalah terhadap anak kecil yang tidak berdosa,” katanya melalui laman Facebook.

Siti Kassim turut berkata parti itu tidak seharusnya menghalang orang lain untuk meminum arak hanya kerana mereka tidak menyukainya.

“Kamu tidak boleh memaksa orang lain untuk akur dengan kehendak moral dan kepercayaan kamu. Hanya kerana kamu tidak menyukainya, jangan halang orang lain untuk menikmatinya (menun arak),” tegasnya lagi.

Pas sebelum ini mencadangkan kerajaan menggantung pengeluaran, perniagaan, dan penjualan arak sehingga “langkah baru” diambil untuk menghalang pemandu memandu dalam keadaan mabuk, susulan kes “menjadi-jadi” mutakhir ini.

Dalam tempoh penggantungan itu, PAS berkata, kerajaan perlu menubuhkan jawatankuasa khas Kabinet melibatkan beberapa kementerian untuk segera tangani kes itu.

“Menurut langkah ini, PAS meminta kastam dan pihak berkuasa tempatan menggantung semua lesen penjualan arak dan minuman beralkohol yang dijual secara terbuka dirangkaian kedai serbaneka 24 jam,” kata Ketua Penerangan Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan semalam.

PAS berkata kesalahan memandu dalam keadaan mabuk berpunca daripada kelemahan perundangan sedia ada dan penguatkuasaan, selain sifat pentingkan diri dan degil pemabuk.

“Hal ini telah menjadi satu lagi punca pertambahan kemalangan khasnya kemalangan maut di jalan raya atau di lebuh raya,” katanya.

Sementara itu, PAS menarik perhatian kepada senarai negara mengikut pengambilan alkohol oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Malaysia di tempat ke-10 dalam senarai pengambilan alkohol terbanyak dunia,” kata Kamaruzaman.

“Statistik yang dikeluarkan WHO menunjukkan rakyat membelanjakan lebih dari RM2.0 bilion untuk minuman beralkohol dengan purata 15 liter per kapita pada 2016. Pengambilan bir berada pada tahap membimbangkan,”.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong hari ini berkongsi gambar sampul mengandungi pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan melibatkan seksyen berkaitan memandu bawah pengaruh alkohol.

“Sepanjang bulan Mei ini saja, beberapa kemalangan berturut-turut dilaporkan berkaitan pemandu mabuk,” katanya di Facebook.

Wee berkata pejabatnya dalam tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat dan Aidilfitri meneliti semua cadangan berkaitan pindaan itu.

“Pada 1 Jun, saya akan memanggil satu sesi taklimat di kementerian bersama Jabatan Pengangkutan Jalan untuk segera meneliti dan menyemak cadangan pindaan akta berkaitan,” katanya.

Pindaan akta ini mesti dimuktamadkan dalam pertengahan Jun ini, katanya, dengan mengambil kira pandangan orang ramai melalui kajian soal selidik yang sedang dijalankan, sebelum ianya dibentangkan di dalam mesyuarat Kabinet.

Sumber: Suara TV


MR :  Geng PH atau Geng AMANAH?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/marah-geng-ph-bila-ada-cadangan-arak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memang Agong Tak Marah Kalau Tegur Kerajaan Tapi Jangan Fitnah Kerajaan Itu Pun Mahathir Nak Belit

Memang Agong Tak Marah Kalau Tegur Kerajaan Tapi Jangan Fitnah Kerajaan Itu Pun Mahathir Nak Belit

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 376 hits
Ketika sidang media Mahathir ditanya mengenai titah Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang memberitahu agar anggota parlimen tidak mengheret Malaysia dalam kancah krisis politik lagi Kita masih ada parlimen dan parlimen akan bersidang dan t...
Nak Pru 13 Mca Kempen Bela Arak

Nak Pru 13 Mca Kempen Bela Arak

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 343 hits
Ipohmali Masih ingat Kempen PRU 13 ini iklan rasmi kempen BN dan MCA siap ada logo BN Bagaimana MCA melalui akhbar akhbar Cina dan The Star milik mereka menjalankan Propaganda takutkan bukan Islam kepada Pakatan rakyat Apa depa kempen hasut...
Pemandu Mabuk Membunuh Perlu Ke Arak Difatwakan Diharamkan

Pemandu Mabuk Membunuh Perlu Ke Arak Difatwakan Diharamkan

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 578 hits
Haramkan Arak Haramkan Arak Begitulah kata kata netizen bila mengulas isu pemandu mabuk melanggar orang sampai mati Aku pun pelik bila masa arak halal Apa kata kita benteras pemandu mabuk ni bermula dari diri kita Macam mana nak mulakan Kal...
Patutlah Ada Pemandu Mabuk Tokey Arak Sedang Melobi Nak Jadi Pm Rupanya

Patutlah Ada Pemandu Mabuk Tokey Arak Sedang Melobi Nak Jadi Pm Rupanya

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 467 hits
Anwar dedah duit rakyat 2 9 billion keluarga MahathirMR Tokey arak rompak duai 2 billion Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus sila subscribe via telegram dan untuk forum sila ke oo000oo MINDARAKYAT 1439 Hakcipta Tak TerpeliharaA...
Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 424 hits
Kuala Lumpur Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Siti Kassim berkata peningkatan kes tersebut disebabk...
Tak Dapat Pm 8 Anwar Nak Rembat Mb S Ngor Pula

Tak Dapat Pm 8 Anwar Nak Rembat Mb S Ngor Pula

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 327 hits
ANWAR IBRAHIM MENTERI BESAR SELANGOR KE 17 Setelah tidak berjaya lagi untuk menjadi Perdana Menteri ke 8 semalam ada ura ura bahawa Anwar Ibrahim akan mengorak langkah untuk menjadi Menteri Besar Selangor pula Mengikut khabar ini seorang AD...
Paling Ringkas Pedas Power Rendang Negeri Sembilan Paling Senang Nak Buat

Paling Ringkas Pedas Power Rendang Negeri Sembilan Paling Senang Nak Buat

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 413 hits
Acapkali mencuba resipi yang sama apa kata kita cuba kelainan dengan rendang special dari Negeri Sembilan ini pula sebagai santapan juadah pagi raya tahun ini Menariknya rendang pedas yang cukup dikenali ini rupanya amat mudah untuk disedia...
Lantiklah Najib Jadi Ketua Cyberwar Bertaraf Menteri Atau Beliau Nak Jadi Pm Sekali Lagi

Lantiklah Najib Jadi Ketua Cyberwar Bertaraf Menteri Atau Beliau Nak Jadi Pm Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 285 hits
Harus diakui ketika ini Najib Razak cukup terkehadapan dari segi menggunakan media sosialnya berbanding lain lain pemimpin dalam gabungan tidak berdaftar PN untuk membela dan mempertahankan kerajaan Beliau jauh mendahului Perdana Menteri Mu...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel