Tipu Kutipan Derma Tiga Ditahan Termasuk Posmen


Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) semalam mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang suspek berhubung penipuan kutipan derma di Facebook.
"Kami memuji tindakan pantas PDRM untuk membawa scammer ke muka pengadilan dan menghentikan eksploitasi atas kebaikan rakyat Malaysia," menurut Pos Malaysia dalam kenyataan hari ini.

Pos Malaysia turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap penipuan kutipan derma di Facebook dan mengelak membuat hantaran bersifat memfitnah.

Ia susulan hantaran di media sosial oleh Masakan Utara Barat yang viral, apabila seorang pekerja Pos Malaysia dikatakan menangis di luar sebuah rumah selepas menyampaikan bungkusan.
Seorang posmen yang tular sebelum ini kerana dikatakan hidup susah direman tiga hari bersama dua individu lain bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan.

Suspek berusia 22 tahun itu bersama dua individu yang dikenalinya didakwa sanggup menjaja cerita sedih kerana mahu meraih simpati dan sumbangan orang ramai sehingga memperoleh sumbangan mencecah RM5,000 dengan memuat naik kisah sedih mengenai abang posmen yang didakwa hidup susah kerana tidak mendapat bonus daripada syarikat Pos Malaysia Berhad di laman Facebook.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pada mulanya posmen berusia 22 tahun itu membuat laporan polis menafikan penglibatannya dalam kutipan bantuan berkenaan, namun ketika proses rakaman keterangan diambil, lelaki berkenaan didapati gagal memberi kenyataan konsisten sehingga menimbulkan keraguan.

"Hasil soal siasat mendapati posmen berkenaan bersama abang dan kakak angkatnya terlibat dengan kisah sedih ini memuat naik gambar posmen dengan nama Amirul Megat kononnya hidup susah kerana tidak mendapat bonus.

"Siasatan mendapati nama Amirul Megat itu tidak wujud sebaliknya ia adalah gambar pengadu sendiri (posmen) yang dimuat naik untuk meraih simpati orang ramai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shafee berkata, susulan itu, tangkapan dibuat terhadap pengadu, selain menahan kakak angkatnya berusia 35 tahun di Pejabat Bahagian Siasatan Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah kira-kira jam 10 malam, semalam selepas dia diminta tampil untuk bantu siasatan.
Katanya, suspek ketiga berusia 23 tahun yang juga adik kepada wanita berkenaan turut ditahan tidak lama kemudian di lokasi sama kerana dipercayai terlibat dengan penipuan berkenaan.

"Siasatan mendapati suspek ketiga merupakan 'admin' bagi kumpulan Facebook yang bernama Masakan Utara Barat dan dia dipercayai menularkan kisah sedih berkenaan bagi mendapatkan sumbangan.

"Polis telah merampas empat buah telefon bimbit berserta kad sim dan sekeping kad ATM daripada ketiga-tiga suspek untuk siasatan lanjut," katanya.
Shafee berkata, wang sumbangan yang diterima oleh mereka telah habis digunakan untuk membeli barang milik pengadu.

Katanya, ketiga-tiga suspek kini direman selama tiga hari sehingga 24 Mei ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

SUMBER



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/tipu-kutipan-derma-tiga-ditahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Posmen Ditahan Kutip Derma Tipu Diri Hidup Susah Tak Dapat Bonus

Posmen Ditahan Kutip Derma Tipu Diri Hidup Susah Tak Dapat Bonus

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 425 hits
Gambar posmen menangis di luar sebuah rumah selepas menghantar bungkusan yang tersebar di media sosial sejak 17 Mei lalu PETALING JAYA Polis menahan 3 individu termasuk seorang posmen yang meraih simpati pengguna media sosial selepas mendak...
Tiga Dari Lima Orang Dalam Gambar Ini Sudah Ditahan Polis

Tiga Dari Lima Orang Dalam Gambar Ini Sudah Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 397 hits
Tiga dari lima orang dalam gambar ini sudah ditahan polis termasuk broker dan setiausaha politik Lid kenal ke tidak broker yang disyaki terima bayaran berjuta juta dari developer untuk projek DBKL Adakah setiausaha politik merangkap ketua b...
Lima Ditahan Disyaki Terlibat Pemalsuan Dokumen Penjagaan Bayi Tiga Bulan

Lima Ditahan Disyaki Terlibat Pemalsuan Dokumen Penjagaan Bayi Tiga Bulan

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 304 hits
ARAU 9 Mei Polis menahan dua lelaki dan tiga wanita warga tempatan berumur antara 30 hingga 58 tahun di Perlis dan Pulau Pinang yang disyaki terlibat dalam pemalsuan dokumen penjagaan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan di negeri ini Ket...
34 Termasuk 6 Kanak Kanak Ditahan Seludup Ke Thailand

34 Termasuk 6 Kanak Kanak Ditahan Seludup Ke Thailand

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 416 hits
BERITA HARIAN Lokasi kejadian yang menyebabkan 34 rakyat Thailand termasuk enam kanak kanak ditahan SONGKHLA Gara gara tidak mahu menjalani proses saringan kesihatan 34 rakyat Thailand termasuk enam kanak kanak ditahan kerana menyeludup mas...
Kisah Posmen Bersedih Tiada Bonus Ditahan Polis Kerana Menipu

Kisah Posmen Bersedih Tiada Bonus Ditahan Polis Kerana Menipu

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 414 hits
Memalsukan identiti di laman sosial Facebook dengan memuat naik kisah kesempitan hidup bagi meraih simpati netizen membawa padah kepada seorang posmen apabila ditahan bersama dua individu yang bersubahat dengannya Terdahulu kisah posmen did...
Perlu Ada Undang Undang Bendung Kutipan Derma Palsu Di Internet Kata Peguam

Perlu Ada Undang Undang Bendung Kutipan Derma Palsu Di Internet Kata Peguam

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 236 hits
PETALING JAYA Seorang peguam menggesa supaya undang undang digubal bagi mengawal kutipan dana secara atas talian bagi membendung penipu mempergunakan sikap pemurah penderma A Srimurugan berkata undang undang sedia ada hanya terpakai ke atas...
Georgetown Tiga Lelaki Ditahan Samun Dua Beradik

Georgetown Tiga Lelaki Ditahan Samun Dua Beradik

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 353 hits
Tiga lelaki ditahan untuk membantu siasatan kes samun dua beradik membabitkan kerugian RM10 000 di Jalan Brown di sini Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata ketiga tiga suspek berusia 23 24 dan 48 tahun di...
Tiga Pelajar Universiti Ditahan Ingkar Arahan Kuarantin Pkp Jkm Tawau

Tiga Pelajar Universiti Ditahan Ingkar Arahan Kuarantin Pkp Jkm Tawau

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 301 hits
Astro Awani Dr Suzalinna berkata pihaknya telah menggerakkan penguatkuasaan petugas kesihatan untuk memantau setiap pelajar yang tiba dari Kuala Lumpur ke Tawau Gambar hiasan TAWAU Tiga pelajar universiti yang dibawa pulang dari Kuala Lumpu...
Tiga Wanita Ditahan Maki Polis Tegur Main Mercun

Tiga Wanita Ditahan Maki Polis Tegur Main Mercun

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 530 hits
Tiga wanita ditahan selepas mengeluarkan perkataan kesat dan menghalang tugas polis yang menegur tindakan salah seorang daripada mereka bermain mercun di sebuah taman perumahan di Kerayong Bera dekat sini Ketua Polis Daerah Bera Deputi Supe...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda

Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul

Penjawat Awam Antara 13 Ditahan Disyaki Terbabit Dengan Kartel Pindah Milik Tanah Secara Tidak Sah

Sila Cermin Diri